Iklan

Thursday, 26 December 2013

KELETIHAN ITU MELANDA KEMBALI

Semalam 3 hari berturut2 aku terjaga hampir2 pukul 6 pagi. Tak ada bunyi jam tapi memang automatik aku akan terjaga time macam tu. Macam biasa, rasa tak selesa melanda. Aku perlu ke bilik air untuk menukar pad yang as usual memang penuh. Aduhhh, hari ni aku rasa letih sikit. Pinggang pula sakit sangat sampaikan aku nak menunduk untuk cuci pad pun tak boleh. 

Hari ni ada urusan yang perlu diselesaikan. Urusan persekolahan anak teruna aku yang masih belum selesai. So hari ni nak kena ke sekolah agama untuk hantar borang pendaftaran. Kalau tak hantar hari ni, silap2 nama anak aku tak ada pula dalam senarai nanti. Lepas dah hantar borang tu, kami ke sekolah kebangsaan pula untuk beli balance buku yang tak ada stok hari tu. Sekali ramai sangat la pula yang beratur, dah tu yang dok bekerja kat dalam tu pula 2 orang je. 15 minit suami aku dok beratur, aku tengok tak bergerak2 pula barisan tu so, aku ajak dia balik ajelah sebab cuma 1 je buku yang dah ada stok, yang lain2 belum ada juga lagi. Mungkin lain kalilah datang balik. Aku pun tak larat nak berdiri lama2, kepala betul2 rasa berat macam ada batu dalam kepala. Lepas tu rasa loya semua ada. Setiap kali bangun dari duduk, rasa berpusing2 sikit. 

Pagi tadi aku terpaksa makan ubat untuk kurangkan pendarahan sebab aku risau nak bergerak ke banyak tempat ni nanti bocor pula. Nanti satu kerja pun tak jadi! Aku malas nak makan ubat2 macam tu sebab aku risau effectnya lain pula nanti. Kita ni mana nak tahu badan kita sebenarnya memang nak keluarkan darah tu ke dan kita pandai2 pula nak stopkan darah tu keluar, silap2 darah dok membeku kat dalam sebab tak dapat keluar ke, dah timbul masalah lain pula. So kalau darah tu nak keluar, biarkan ajelah dia keluar. Ada Iron tablet yg doktor bekalkan tu, aku makan ajelah supaya darah bertambah menggantikan darah yang dah keluar. Tapi iron tablet tu kadang2 aku skip juga sebab membuatkan perut aku sakit dan cirit birit.

Destinasi seterusnya ke One Utama untuk beli baju sekolah agama. Aku jalan jugalah pelan2 walaupun kepala ni berat dan kadang2 rasa macam semput pun ada bila aku macam susah nak bernafas. Nasib baik urusan mencubakan baju tu kat badan Afif dibuat oleh encik suami sebab aku memang tak boleh nak tunduk.

Dalam pukul 3 ptg, kami kena balik sebab suamiku ada urusan di tempat lain pula. Sempatlah tapau nasi dulu sebelum balik. Nak harap aku masak mungkin tidak. Aku cuma rasa nak baring je. Mulanya cadang hari ni juga aku nak ke Klinik kesihatan untuk ambik bekalan ubat yang makin nak habis. Dekat list ubat2 tu doktor suruh ambik 2/1 nanti tapi 2/1 nanti ada hari orientasi sekolah Afif, mungkin tak sempat nak ambik. 1/1 dah cuti, 31/12 suami pula ada training. Tapi hari ni memang dah tak sempat nak pergi. Tak apalah, insyaallah adalah masanya tu nanti.

Balik rumah terus makan. Lepas makan, suami pun dah keluar dan tinggal aku dengan Afif je. Badan dah tak larat, mata pun dah layu so aku terus baring atas sofa dengan baju pun tak tukar.  Masalahnya mata aku memang dah tak boleh nak buka sangat tapi Afif asyiklah dok panggil nama aku. Baru aku nak terlelap, dia nak itu. Baru nak lelap lagi, dia nak ini. Baru nak masuk mimpi dia panggil pula. Aku rasa aku cuma dapat lelap dengan aman tak sampai sejam pun. Lepas tu terus bangun ajelah.

Malam pula ingat nak jahit kaki seluar sekolah Afif tapi nak tunduk pun tak boleh. Suami ada ajak aku pergi check balik bp kot2 jatuh balik tapi aku tak rasa ni masa yang sesuai. Tak lama je lagi Afif dah nak start sekolah. Banyak benda yang aku nak kena buat untuk persekolahan dia. Minggu depan dia dah start orientasi. Macamana kalau aku ditahan kat wad lagi? So aku tak nak! Biarlah aku tahan je dulu sakit ni. Apa2 pun anak aku lagi penting. Aku nak hantar dia ke sekolah dan ada di sisi dia hari pertama dia masuk sekolah :)


















Tuesday, 24 December 2013

5 OVERNIGHT PADS FOR TODAY!

Hari ni saja sampai ke ketika aku menulis entry ni, aku dah tukar 5 pads overnight/over flow.  Bermula pagi2 tadi, pukul 6 pagi aku memang dah tak selesa nak teruskan tidur pun rasa macam tak sedap je. Walaupun cadar tu aku dah alaskan dengan kain batik tapi still aku rasa aku kena bangun tukar juga pad yang memang aku tahu dah penuh melimpah. Bila aku pergi toilet nak tukar, tengok dah bocor sampai ke seluar. Kenalah pula tukar seluar sekali.

Aku ingat bolehlah bertahan sampai tengahari sikit tapi kirim salam! Pukul 8.30 pagi dah penuh balik. Sekali lagi bocor2 sampai ke seluar. Kena tukar seluar lagi nampaknya. Dah tu pukul 12.30 tghr aku pergi check sebab dari tadi rasa macam keluar membuak2 juga. Memang penuh juga so, tukar lagi!

Tengahari membawa ke petang barulah aku rasa kurang sikit flownya. Pukul 7 aku check barulah penuh dan aku tukar dengan pad yang baru. Untuk makluman, setiap kali aku tukar pad, aku memang tak pandanglah pad yang maxi. Hidup aku sejak 5 bulan lepas bergantung pada overnight/heavy flow saja. Kalau pakai yang maxi tu silap2 aku kena tukar 8-10 kali sehari kot! Bocor tu jangan cakaplah, confirm akan bocor dan aku kena salin seluar 5-6 kali pula. 

So, last untuk hari ni aku tukar pad pukul 11 malam tadi. Harap2 tidur aku nyenyaklah sampai ke pagi. Jangan buat tak selesa lagi macam pagi tadi sudahlah.  Rasanya darah 1 pain yang masuk dalam badan aku hari tu dah keluar balik kot. Kepala pun dah rasa macam bengong balik ni, rasa berat je. Cuma simptom penat dan dada berdebar2 tu belum ada lagi. Tak sabar rasa nak tunggu bulan 3 ni nak jumpa balik doktor untuk tahu result dari tisu yang diambil dari dinding rahim aku tu walaupun aku rasa aku dapat jangka yang aku tak ada apa2 masalah.

Oh , perut aku rasa cramp je tak berhenti, kejap sebelah kiri, sekejap belah kanan...rasa macam mild contraction, mild menstrual pain gitu. Kenapa ek??








Monday, 23 December 2013

BUNTING PELAMIN

Wehuuu....ada orang tu bunting pelamin! Bukan akulah! Kalau aku mungkin dipanggil bunting gajah kot sebab aku dah lama kawen kot. Ini kisahnya adik ipar aku yang baru kawen bulan lepas tu dah bunting. Khabarnya dah 6 minggu. Gila tak cepat? Kiranya adik jantan aku tu memang betul2 gelojoh dan tak sabar2 la :D

Adik ipar aku ni kira murah rezekilah sebab dia pernah bercerita dengan aku yang dia tu kalau setiap kali period mesti senggugut gila2. Biasanya aku dengar orang kata kalau selalu senggugut tu susah nak lekat. Dah tu pula bila pergi scan kat klinik, dia bagitahu aku rupa2nya dia ada cyst. Besar gak kalau aku tengok dalam gambar scan tu sebab lebih besar berkali ganda dari saiz baby dia.

Nampaknya tahun depan bertambahlah bilangan cucu mak aku. Jeles pula bila lepas sorang, sorang pregnant. Hasrat aku nak teruskan treatment tahun depan akan terbantut sekejap sebab aku nak kena betulkan dulu period aku yang ting tong ni. Doktor pula bekalkan pil perancang sampai 3 bulan, memang tergendala lah.

Semalam (22/12) period aku baru start turun heavy. Sebenarnya dari 17/12 tu dah keluar brownish yg sangat pekat tapi tak keluar darah cair. Semalam perut aku macam biasa cramping dan ada light senggugut sampailah ke hari ni. Nasib baik tak sakit sampai terguling2.

Tuesday, 17 December 2013

BUKTI CARREFOUR PENIPU BESAR!

Actually aku baru taruk gambar kat post yang aku pernah tulis sebelum ni pasal Carrefour penipu besar ni. Korang bolehlah baca kat sini je pasal gambar2 tu. Malas pula aku nak tulis 2-3 kali...hahaha, dasar pemalas aku ni!


Kesimpulannya, korang bacalah kat pamplet tu....sah2 tulis FREE kan? kan? Bukan tulis Buy 2nd at Price RM9.90 kan?


Tengok je arrow yang aku buat atas resit tu. Harga kat resit tu lebih mahal dari harga kat rak so aku dah pergi claim balik duit aku, sebab tu resit tu di cop.

Korang berhati2 dan sentiasa alert je lah bila membeli belah ni okey! Dahlah sekarang ni semua harga nak naik, kalau kena tipu 20-30 sen macam ni pun kira rugi gak. Takkan selamanya kita ni asyik nak kena tipuuuuuu je? Faham2kanlah sendiri!

PERUT DAH CRAMP...ANYWAY HAPPY 6th BIRTHDAY AFIF!

Apa maksudnya kalau perut dah cramp? Apa maksudnya kalau dah sakit2 belakang bila bangun tidur? Apa maksudnya kalau dah bloated2?

Maksudnya.....................................Cik 'P' akan muncul!!!

Aku tak kisah Cik 'P' nak muncul. Sejak period datang 13/11 dan stop 27/11 hari tu, memang period dah patutnya datang tapi yang aku risau sekarang ni aku rasa macam nak kena period pain jer! Mungkinkah sebab doktor ambik tisu dari dinding rahim hari tu? Aku jarang kena period pain dan kalau aku kena memang aku akan tertonggeng2lah menahan sakit.

Oh, hari ni Birthday putera aku yang terchenta, Muhammad Afif Muqri yang ke-6 tahun! Abah kata nak bawa tengok movie. Nampaknya aku kena sediakan pain killerlah nanti.

Cepatnya masa berlalu...tup2 Afif dah turn 6th...sob sob sob. Semalam Afif tengok video2 lama masa dia kecik kat h/phone aku. Bila dengar suara dia masa kecik2 tu, rasa rindu sangat dengan keletah dia yang super duper kiut miut. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 anak teruna  aku tu. Entah macamanalah dia kat sekolah nanti? Sampai sekarang pun masih bergantung dengan mama, tak pandai lagi nak berdikari. Perlukah mama ke sekolah setiap hari? Risau dan risau lagi...

UBAT-UBAT KU

Tadaaaa....Inilah dia ubat2 yang mesti aku telan sepanjang berbulan2 ni.

 Ada 7 jenis ubat termasuk Iron, Vit C, Vit B Complex, Asid Folic, Pil hormon, Pil tahan sakit. Kebanyakan ubat2 ni diambil oleh ibu2 yang mengandung. Mungkin adalah rezeki aku nanti tu...

 Ni pil hormon / pil perancang yang dibekalkan. Disebabkan pil ni aku kena stop TTC dulu selama 6 bulan.

 Kad rawatan aku.

Discharge note.

AKU WARDED LAST EPISOD

Adehhh...janganlah marah! Aku tau kisah Aku Warded ni tergantung, tak habis. Bukan apa, sebab aku tak balik rumah, aku dok kat rumah mak aku lagi sebab cuti sekolahkan? Anak2 sedara semua ada kat sana, tu yang bawa anak aku balik sana. Kat sana, aku update blog guna Ipad jerrr. Alkisahnya aku tak berapa mahir update blog guna Ipad! Bila aku menaip panjang2, kat Ipad tu keluar separuh je daripada apa yang dah aku tulis. Nak mencari balik segala yang aku dah tulis tu menggagau juga so aku cakap kat diri aku, sabar sajalah dan tunggu bila balik rumah baru update blog. Sebab tu jugalah entry pasal Aku Warded tu sampai Part 3 bagai :D

Okey bersambunglah kisah malam aku di wad. Lepas masuk air tu aku terus terlelap. Maklumlah dah telan panadolkan? Barulah aku rasa aman lelapkan mata. Apa jadi dengan kakak kat depan aku pun aku dah tak tahu. Pagi2 tu aku terjaga dalam pukul 7 kot. Berpeluh2 badan aku, kesan panadol semalam. Terus aku bangun. Tengok2 sarapan dah dihidangkan kat depan aku. Bihun goreng! :p Bangun je aku terus ke bilik air untuk mandi. Rasa badan tak selesa pula dengan peluh2. Lepas mandi rasa segar sikit badan. Nasib baik ada air panas kat bilik air tu.

Aku pun mulalah jamah sarapan. Tak sedap kot bihun tu! Entah rasa lembik berlendir je. Tak habis pun aku makan. Lepas makan lepak2 balik atas katil. Katanya duduk hospital, apa lagi yang boleh aku buatkan? Nak pergi melangut tengok tv rasa malas pula nak berjalan. Baring2 sekejap, lepas tu biasalah ada je nurse yang datang nak check bp, ada je doktor yang datang tanya itu ini. 

Entah macamana mata rasa mengantuk pula, tidur balik. Biasanya pagi ke tengahari doktor2 termasuk specialist akan datang melawat dari katil ke katil. Bila doktor2 tu datang, aku terasa macam ada lawatan sambil belajarlah pulakan? Sorang doktor tanya masalah, yang lain2 tengok je aku. Terasa macam orang bersalah pun ada! Itu salah satu sebab aku tak suka masuk hospital. Macam2 doktor dok datang tanya masalah kita padahal dah berkali2 kita bagitahu. Yang syoknya bila pakar dah tengok aku, katanya aku dah boleh discharge hari ni. Yabedabedu!

Sebenarnya esoknya tu aku dan kakak aku dah plan nak buat sambutan harijadi untuk adik pompuan aku, ayah aku, anak aku dan anak sedara aku. Tup-tup aku kena tahan wad, majlis tu terpaksalah kansel tapi bila aku dah boleh keluar ni, cadangnya nak suruh kakak aku teruskan je tapi kena buat simple2 dahlah sebab aku masih tak larat lagi.

Sebelum aku boleh discharge, doktor suruh aku buat UPT test, Pap Smear dan ambil sampel tisu dari dinding rahim dulu. Air kencing aku dah bagi kat nurse tapi pap smear dan ambil sampel tisu tu kena petang2 sikit sebab alat nak guna tu belum sampai lagi.

Tengahari tu suami aku tak datang pun melawat. Aku cuma call dia dan kata aku dah boleh discharge petang nanti. Mak dan kakak aku nak datang melawat pun aku tak bagi sebab petang tu aku dah nak balik. Petang lebih kurang pukul 4 kot doktor datang panggil aku dan kakak katil depan tu untuk pap smear. Kakak tu dah buat2 muka. Katanya sebelum masuk wad dia dah buat kat klinik O&G bawah tu. Aku suruhlah dia bagitahu doktor.

Masa tunggu kat luar bilik untuk pap smear tu, ada sorang doktor pelatih ni perempuan nak minta izin nak tengok proses macamana pap smear dibuat. Aku tak bagi sebab aku segan kot! Lepas tu tak lama dia tegur aku, dia tanya aku takut ke? Aku cakap aku tak takut tapi aku takut kalau doktor lelaki yang buat sebab doktor yang incharge aku tu doktor lelaki dan muda lagi. Aku nampak doktor tu yang dok pi balik pi balik dari bilik tu. Tapi dalam hati berdoa je supaya dia tak ada masa aku buat semua tu nanti.

Tup2 bila aku kena panggil masuk, doktor lelaki tu ada juga. Cuma doktor tu dan doktor pakar je kat dalam tu. Macamanalah aku nak halau doktor lelaki tu sebab dah tak ada assisstant lain. Nak tak nak aku terpaksa melalui semua tu depan doktor tu. Memang aku sakit hati dan geram ok! Terasa macam hak aku dicabuli. Kenapalah mesti ada doktor lelaki di wad O & G? Uwaaaaa........

Ok, aku cerita pasal prosedur pap smear tu la lagi best.Aku sakit hati pula masa nak buat pap smear tu, masa tu la baru doktor lelaki tu nak sediakan bahan2. Bayangkan aku dah terkangkang kat situ, alat nak membuka ruang dah dimasukkan, tapi proses belum berjalan. Rasa terseksa sikitlah kat situ bila kita punya tutt ada benda dok sekat lama2. Buat pap smear tak terasa sangat tapi bila proses nak ambil tisu dari dinding rahim tu memang menyakitkan. Sekali korek, doktor tu kata tak boleh sebab tisu dah hancur ke apa tah, so dia korek sekali lagi. Memang sakit giler kot! Aku sampai terpejam2 mata menahan sakit. Dah tu doktor tu pula buat kerja lembab, sambil dok berleter2 kat doktor lelaki tu la apa la! Aku dahlah seksa dok mengangkang lama2.

Lepas habis semua tu, baru terasa lega tapi perut aku sakit. Terasa macam kena contraction pain pun ada. Doktor pesan soh pakai pad lepas tu. Nasib aku bawa pad. Turun dari katil pun dah macam baru lepas sunat. Dah tu kena berjalan ke bilik pun perlahan2 je aku gerak. Lepas pakai pad, aku duduk atas katil. Ingat nak baring sebab perut terus rasa sakit. Barulah aku nak rasa badan sihat sikit, tup2 time nak balik tu lah sakit balik. Kakak yang katil depan aku pula datang, aku terus tak jadi baring. Duduk dok layan dia bersembang pula. Dia tak jadi buat pap smear sebab doktor kata darah piyed dia masih turun banyak. Selamatlah dia. 

Tak lama, pukul 5 lebih suami aku pun sampai. Lepas dia pergi solat, dia pergi uruskan bil aku. Kemudian doktor pun datang bekalkan ubat2 untuk aku makan kat rumah nanti. 7 jenis ubat kau! Hambekk! Bila ubat dah habis stok nanti, doktor dah siap2 bagi prescription ubat untuk diambik kat farmasi bulan Januari nanti. Then next appointment will be on 17/3 next year! Lama gilerr aku nak tunggu next appointment ya.

Settle semua, aku pun tukar baju dan kemas2 beg. Salam kakak depan katil aku tu. Tinggallah dia sorang2 malam tu sebab aku tak nampak ada orang baru masuk pun. Sebelum balik singgah cafe dulu temankan suami aku makan. Aku terus tak ada selera nak makan. Badan dan perut pun sakit je. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah.

Kat rumah semua dah tahu kisah aku masuk wad. Cepat pula tersebar berita aku ni. Aku tak larat nak sembang banyak2 sebab jantung aku masih copot, masih berdegup laju gak lagi. So aku banyak duduk dan baring je. Nak bangun pun seksa jugalah dengan perut yang sakit.

Esok tu alhamdulillah aku dah okey sikit. Dapatlah aku menolong kakak aku menyiapkan sikit2 juadah untuk majlis sambutan harijadi tu. Dapatlah kami menikmati hidangan bersama2 nanti. Suami aku pula tengahari tu dapat berita mak dia a.k.a mak mertua akulah tu masuk hospital pula. Dia kena jangkitan kat dalam usus. Malam tu suami aku dan abang dia akan bertolak balik kampung. Aku tak dapat nak ikut sebab kondisi masih belum stabil. Suami aku dah macam menjaga orang sakit berganti2lah :D

Okey, itulah pengakhiran kisah aku di wad...moga2 cepatlah aku sembuh sebab aku nak berTTC balik ni. Buat masa ni doktor suruh aku stop dulu TTC sebab aku kena makan pil perancang selama 6 bulan untuk regularkan period aku dulu. Harap2 semuanya akan berjalan lancar dan ada rezeki aku nanti.   

Thursday, 12 December 2013

AKU WARDED PART 3

Petang tu dalam pukul 6.50 ptg doktor datang ambil sampel darah lagi. Aku ni dahlah kurang darah, hari ni je dah 3 kali darah kena ambik... :(

Petang tu aku tunggu suami sampai nak dekat pukul 7 mlm. Pukul 7.30 dah habis waktu melawat. Jenuh gak tunggu dengan tuala, berus gigi dan segala peralatan tak ada. Kakak katil depan dah ada suami dan anak2 datang melawat. Tup2 pukul 7 lebih dia muncul sambil tersengih2. Rupanya dia tertidur....buleh??

Tak lama duduk dah kena halau dengan pak guard. Aku ni pula telefon tak boleh nak call out. Time2 macam ni la telefon nak kena block kan? Tadi doktor dah datang, katanya malam tu nak kena masuk darah. Siap doktor suruh aku sain consent letter lagi. Naik takut gak aku bila sampai kena sain2 borang ni. Macam bahaya sangat jer...risau gak dengan risiko2 penyakit dari darah yang dibekalkan tu.

Malam tu dalam pukul 8.05 malam, doktor dengan Nurse2 dah kalut berkerumun kat katil aku sebab nak prepare masukkan darah. Nak masukkan darah ni rupanya banyak prosedurnya siap Nurse kena bagi aku kertas untuk aku tanyakan soalan2 kat diaorang berkaitan masukkan darah ni. Mula2 diaorang masukkan cecair apa tah kat drip aku. Aku tak rasa air sebab botol tu kecik je. Masa nak masukkan cecair tu agak sakit sikitlah sebab dia menolak darah kering kat drip tangan aku yang dah
keras tu. Ngilu gakla aku rasa.

Pukul 8.20 mlm lepas habis cecair tu dimasukkan barulah nurse gantikan dengan botol darah pula. 1 pain je dulu. Masukkan darah ni orang kata sakit, aku tak pasti sakit macamana mula2nya...rupanya
memang sakit :( Sakit kat tempat jarum drip tu. Rasa nyut nyut je sampaikan aku tak boleh nak pejam mata. Letak tangan kot sini salah, kot sana salah...last2 bila aku tegakkan tangan menghala ke atas
baru lega sikit. Aku urut2 sikit kat urat tu sebab rasa sejuk je kat area tangan aku ni. Tengok darah turun setitis...setitis...Bilalah boleh habis satu botol darah ni agaknya? Aku dah rasa nak terkucil. Sebelum masuk darah tadi dah pergi toilet dah tapi kerap pula rasa nak terkencing sejak tadi.

Malam tu aku memang tak boleh tidur. Nurse pesan kalau ada rasa jantung berdebar2, sakit kepala, gatal2 atau rasa nak demam cepat2 panggil diaorang. Takut2 ada effect atau darah tak nak serasi. Nurse dah bekalkan butang loceng tu kat tepi tangan aku. Sebelum masuk darah lagi aku memang dah sakit kepala...migrain! Itu salah satu sebab aku tak boleh tidur. Kepala rasa panas macam nak meletup je. Lepas tu lampu dalam bilik tu pula bukak semuanya. Cahaya terang sangat sampai tak boleh pejam mata. Satu lagi sebab, badan aku rasa sejuk menggigil2. Aku takut effect dari masukkan darah tu. Mula2 aku tahan, tapi last2 aku cakap juga kat nurse yang aku sejuk. Nurse check suhu, katanya tak demam. Dia datang bekalkan aku satu lagi selimut. Aku pun berselimut dengan 2 helai
selimut. Ingatkan okeylah tapi masih juga sejuk so aku cakap kat nurse aku masih sejuk. Nurse check suhu lagi, tetap tak demam. Nurse kata mungkin sebab aircond walaupun aircond tu tak kuat mana
pun. Bila aku suruh tutup katanya tak boleh control sebab memang untuk satu bangunan punya aircond tapi suis aircond yang dalam bilik memang dah tutup. Ada satu masa tu bila mata dah nak terpejam pula, nurse datang kejutkan sebab nak amik bp. Aduhhhh!!! Kakak katil depan aku pun tak bileh tidur, kejap2 dia tekan button panggil nurse yang membuatkan aku terjaga je sebab bunyi bell tu kuat.

Kakak katil depan aku ni piyed dia membuak2 keluar sampai dia lemah dan tak boleh bangun. Sebab tu dia asyik panggil nurse. Aku dapat bayangkan macamana perasaan dia sebab aku pun pernah keluar darah membuak2 sampai tak larat. Kepala pun dah rasa ngenngg sangat bila keluar darah banyak macam tu. Dahlah badan tak larat, pad mesti nak kena ganti juga sebab dah penuh. Nak berjalan memang tak dayalah sampaikan nurse kena ambilkan wheelchair padahal toilet tu 5 langkah je pun daripada katil. Dia dah tak boleh nak pakai pad, nurse tukar dengan pampers pula. Dose ubat
pun kena tambah sebab dose yang ada sekarang tak cukup, dia masih banyak bleeding. Sekarang tahulah aku apa masalah kakak tu. Rupanya sama masalah dengan aku. Patutlah aku tengok muka dia pun pucat je.

Last2 aku cakap kat nurse yang aku nak panadol. Nurse bagi 2 biji panadol, lepas telan aku suruh nurse tutup satu lampu tapi dia tutup semua lampu dalam bilik tu, mujur ada lampu kat koridor so okeylah! Lepas telan panadol tu tak lama darah dalam botol pun surut dalam pukul 1.30 pagi. Terus aku tekan button dan panggil nurse sebab suami aku dah pesan jangan biar angin masuk dalam tiub tu. Lepas nurse datang, dia gantikan pula dengan satu botol air. Oh, masuk air baru kurang sikit rasa nyut nyut kat tangan aku. Baru aku boleh letak tangan.





Wednesday, 11 December 2013

AKU WARDED PART 2

Okey sambungan dari kisah semalam....

Lepas Nurse dah cakap aku kena masuk wad, aku pandang suami, suami pandang aku then aku merengek manja...tak nak! Hahaha...bukan apa, aku tak suka masuk hospital sebab suami tak boleh teman. Duduklah aku kat dalam tu sorang2, memang bosan giler kot! Ingat lagi masa nak bersalin dulu, suami memang tak boleh temankanlah dalam wad sebab hospital gomen. Bila time aku sakit menahan contraction, sorang2 ajelah merengkot dan mengusap perut. Nak buat macamana dah belum waktu melawat. Memang tak friendly betul hospital gomen ni. Patutnya time nak beranak tu lah kita perlukan suami lebih.

Nak tak nak pun Nurse dah siap surung wheelchair. Katanya wad ada kosong so aku disuruh duduk atas wheelchair tu. Segan pun ada sebab kat klinik o&g tu ramai ibu2 tengah usung perut yang besar2 tapi tup-tup aku yang perut tak besar ni yang kena naik wheelchair. Disurungnya aku ke tingkad 6, wad 6A. Wad 6A ni wad khas untuk pesakit2 O&G je. Bila sampai wad tu aku dibawa ke kaunter dulu untuk timbang berat. 47kg je kot berat aku. Aku timbang lepas raya hari tu dok ada 50kg lagi...turunlah maknanya berat aku. Dah tu aku diberi katil No.8. Nasib baik katil no.8 ni dalam bilik. Satu bilik ada 4 katil. Bila masuk bilik tu memang semua katil ada penghuni. Suami aku tak sampai lagi sebab dia kena uruskan pendaftaran aku dulu.

Tak lama, ada budak2 nurse ni datang ambik blood pressure. BP aku 152 kot tak silap...sampaikan budak tu tanya aku ni ada darah tinggi ke? Aku kata tak ada. Heran juga! Tadi kat bawah check BP normal, bila masuk wad terus BP naik tinggi. Terkejut agaknya. Samalah kes masa aku masuk labor room dulu. Dah nak bersalin boleh pula BP aku naik tinggi tiba2 sampaikan doktor kena bagi aku makan ubat dulu.

Aku diberi baju uniform hospital kaler pink. Suami pun sampai dan saja usik2 aku suruh aku baring atas katil sebab aku pesakit sebab masa tu aku dok bersandar kat kerusi lagi. Dia ajak aku solat dulu so kami keluar solat kat surau kat luar dulu. Bila masuk, nak tukar uniform aku tengok kakak katil depan aku dok bersembang dengan budak katil sebelah dia. So aku terjebaklah sekejap berborak2. Budak yang katil sebelah katil kakak tu rupanya baru lepas bersalin tapi baby dia yang berusia 8 bulan meninggal dalam perut. Muda lagi orangnya, baru 26 tahun tapi itu anak dia yang ke-4 dah. Kahwin muda! Semua anak dia lelaki termasuk yang meninggal. Sedih rasa hati bila dengar berita macam tu tapi dia nampak macam tabah je. Kalau jadi kat aku entahlah nak kata apa...mungkin sebab dia tak ada masalah kesuburan macam aku kot so sebab tu dia tabah. Kakak yang depan katil aku tu pula nampak dah berumur sikit, bila aku tanya apa masalah dia katanya masalah perempuan, so aku malas nak tanya banyak2. Tak apa, ada masa lagi nak bersembang.

Aku pergi tukar uniform yang besar gedabak, boleh masuk sorang lagi dalam baju tu dan kain yang entah berapa punya luas daaa sampai susah aku nak ketatkan. Bila suami aku tengok, dia kata comel pula pakai baju tu. Giler tak comel? Dengan besar gedabak, memanglah comel!

Oh ya, aku masuk ke wad dalam pukul 1.30 tghr, tak lama lepas aku masuk tu suami pun kena halau baliklah sebab waktu melawat sampai pukul 2 petang je. Memang sehelai sepingganglah aku kat situ sebab aku tak jangka pun nak kena tahan wad. Tak lama duduk, dalam pukul 3 lebih ada minum petang. Dapatlah menu bubur kacang dan coklat panas. Lepas makan, aku pun tidurlah. Tidur pun taklah nyenyak sangat sebab hospitalkan, manalah boleh nak tidur nyenyak sangat...kejap2 ada je yang datang. Sekejap Nurse, sekejap doktor tapi yang aku angin tu soalan yang ditanya tu soalan yang sama setiap kali oleh orang yang lain. Diaorang ni tak ada rekod ke? Ya lah, memang diaorang tak rekod pun, datang tanya dengan mulut je, tangan tak catit apa2 pun.

Petang tu budak yang baru bersalin tu dah nak check out. Mak cik sebelah katil aku pun nak check out juga. Tinggallah aku dan kakak katil depan aku. Lepas tu ada sorang doktor perempuan cina datang pasangkan jarum drip kat tangan aku. Aku tak berani tengok tapi tak sakit sangat pun. Aku pernah kena cucuk drip ni last masa aku nak bersalin dululah. Lepas2 tu atau sebelum2 tu aku mana pernah kena tahan kat hospital. Ini kiranya pengalaman kedua aku seumur hidup. Lepas tu doktor yang sama juga nak ambil sampel darah aku...mungkin nak buat test untuk tiroid kot sebab dia ada bagitahu nak buat test tu.


Tuesday, 10 December 2013

AKU WARDED!

Banyak lagi kisah2 yang nak aku sematkan ke dalam blog ni tapi semuanya belum berkesempatan...macam biasa ianya akan menjadi backdated storylah nanti. Apa2 pun ni cerita penting yang aku nak story pada hari ni. Walaupun kisah ni pun dah backdated tapi masih belum terlambat rasanya...

Pada 5/12/2013 (Khamis) aku telah ditahan di wad O & G di Hospital Sungai Buloh. Mulanya aku ke hospital tu membawa referral letter yang pernah aku cerita yang dah lama aku dapat untuk masalah piyed aku tu. Bila ke hospital, aku ke Klinik Pakar O & G dan diberi appointment untuk fertility treatment la pulak! Memanglah aku nak dapatkan juga tarikh untuk treatment tu tapi sebab utama aku ke sana sebab nak jumpa doktor supaya doktor boleh check apa masalah dengan period aku. Bila aku ke KK dirujuknya aku ke hospital, so takkan bila ke hospital pun aku masih tak dilayan juga? Oh ya, tarikh untuk treatment tu pada hujung bulan 3 tahun depan yer! Lama berkurun aku nak menunggu kot! Aku dah sakit, lemah2 badan, rasa nak mati masa2 sekarang, apahal aku nak tunggu 3 bulan lagi baru nak tahu apa masalah akukan?

Jadi, disebabkan aku memang suspek ada yang tak kena dengan diri aku, aku pun bercakap dengan Nurse yang kat kaunter yang bagi aku tarikh appointment tu yang aku nak check boleh tak apa masalah aku sebab aku dah sebulan rasa tak larat sangat badan ni, rasa nak pitam, kepala sakit2, dada berdebar2. Dia suruh aku pergi check BP so aku pun pergi check BP...keputusannya NORMAL! Aku masih tak puas hati, aku tanya boleh tak aku buat test darah untuk check masalah aku? Dia minta aku ke Kecemasan dan jumpa doktor kat sana. Kalau ada apa2 baru doktor kat sana akan refer aku ke situ balik...mmmm, aku dah macam konfius juga tapi aku pergi ajelah berjalan ke Kecemasan tu dengan suami aku. Dalam tak larat aku gagahkan juga sebab bukan senang nak minta suami aku bawa aku ke hospital. Itu pun aku yang ajak juga dia pergi hari tu, kalau aku tak ajak mungkin kini dan selamanya pun dia tak akan ajak aku pergi hospital untuk check masalah aku.

Sampai Kecemasan aku cerrita balik yang Klinik Pakar suruh aku ke situ sebab aku ada masalah dengan piyed aku dan aku lemah2 badan, letih, sakit kepala bla...bla...bla...sama juga explaination aku masa kat klinik tadi. Macam tape rosaklah aku kat situ. Lepas tu Kecemasan pula suggest aku ke KK untuk jumpa doktor kat sana dan dapatkan referral letter, lepas tu baru datang situ balik. Aku dah tak puas hati. Dah macam bola la aku ditendang ke sana ke mari. Hello! Aku sakit okey! Nak suruh aku ke sana ke mari la pulak! Apa masalah kau hantar je aku masuk jumpa doktor sekejap, kalau tak ada apa2 masalah kau tendanglah aku keluar balik! Masa tu aku tengok kat Kecemasan tu pun tak ramai orang, kalau nak jumpa doktor sekejap takkan
lah tak boleh. Kalau dah nama gomen tu tetap taraf gomenlah juga...hishhh!

Suami cadangkan aku patah balik ke Klinik Pakar tadi balik. On the way ke sana tu aku tanya juga suami aku, kenapa Kecemasan nak tolak aku ke KK balik untuk dapatkkan referral letter sedangkan memang aku ke hospital hari tu bersama dengan referral letter? Cumanya referral letter yang aku bagi kat klinik pakar tadi, diambiknya dan dibagi tarikh untuk fertility treatment je sedangkan aku nak
check masalah kesihatan aku juga. Suami aku pun terdiam jugalah berfikir...

Bila ke klinik pakar tadi balik, aku pun ceritakan yang Kecemasan nak tolak aku ke KK untuk dapatkan referral letter balik. So dah bincang2, diaorang pun suruh aku buat test darah kat situ. Alhamdulillah! Sekurang2nya adalah juga cara yang aku boleh buat untuk tahu masalah kesihatan aku ni. Aku bukan apa, dalam sebulan ni aku langsung tak boleh buat kerja2 rumah. Nak berdiri pun aku tak mampu dah aku rasa. Letih je badan. Kalau buat kerja sikit, naik tangga sikit, jantung aku rasa macam nak tercabut sebab berdebar2 sangat jadinya. Sampai bila aku nak melepet je kan? Kang suami aku yang tak faham masalah aku tu kata aku saja malas, kerjanya nak duduk saja tak nak buat kerja rumah pula sedangkan aku yang menanggung sakit ni tak ada siapa kisah.

Lepas ambik darah, aku dan suami pergi makan dulu. Katanya result dalam setengah jam tapi kami pergi balik ke sana sejam kemudian. Bila balik ke klinik tadi, tak sampai 5 minit, Nurse dah panggil nama aku. Katanya HB (hemoglobin) aku 5.5 jer...ni kena tahan wad ya, katanya! Aku
macam....ha??? HB normal sepatutnya 11 ke atas tapi aku punya HB ni consider sangat rendah. That's why lah aku lemah2 badan...tak cukup darah rupanya! Nasib baik aku desak2 juga nak check, kalau tak??? Itu pun Nurse2 kat situ dah bebel2 kenapa awal2 dulu tak nak datang jumpa doktor bila dah tahu ada masalah macam ni? Haiii...bila aku datang pun kau tolak aku ke sana ke mari, sekarang mau cakap banyak yer?

Okeylah...akan ada Part 2 berkenaan Aku Warded ni.....




Monday, 18 November 2013

CARREFOUR AEON BIG PENIPU BESAR!


Hishhh...bengangnya aku! Kisahnya aku ke Carrefour untuk beli compact powder disebabkan bedak mula aku dah mula susut. Bila nampak bedak Maybelline ada bagi free gift, aku pun decided nak beli yang tu la...jimat sikit duit aku nak beli bedak lagi kalau bedak habis esok. Sebelum ni aku bukan pengguna setia Maybelline pun tapi sebab nak dapatkan free gift, aku pun belilah.

Dah lepas bayar, aku ke tempat nak redeem free2 gift ni lah. Waktu tu baru pukul 8 malam. Lepas dah explain yang aku nak ambik free gift, budak yang jaga kaunter tu tercari2 barang kat dalam almari dia. Lepas tu dia masuk dalam hypermarket tu. Bila dia keluar katanya free gift tu kena ambik dari promoter tapi promoter dah balik. Dah balik?? Baru pukul 8 kot! Takkan diaorang expect pukul 8 malam dah tak ada customer nak beli barang? 

Then budak tu suruh aku ambik another free gift yang aku tak tahu entah apa2 barang tah. So, aku tak naklah ambik. Dia suruh aku datang balik esok. Nasib baik rumah aku dekat je kan...kalau jauh, kau nak bayar ke minyak kereta aku nak ulang-alik semata2 nak ambik free gift tu? Aku pun berkali2 tanya budak tu boleh ke kalau resit aku tarikh hari ni tapi nak claim benda tu esok? Katanya boleh. Berkali-kali aku confirmkan dengan budak tu so, aku yakin memang bolehlah.

Esoknya aku tak sempat nak pergi ambik, so lusa tu baru aku pergi. Bila aku sampai kaunter tu, muka budak yang aku jumpa sebelumnya tak ada. Tak apalah, aku tanya ajelah budak pompuan yang ada kat situ. Bila aku tunjuk je brochure yang jelas2 terpampang tulis FREE gift tu kat budak tu. Cepat je budak tu balas, macam dah prepare skrip jerr..."Ooo kak, yang ni bukan FREE gift tapi akak kena beli refill tu dengan harga RM9.90."

Hah! Bukan FREE gift? Habis tu yang jelas2 terpampang dan besar2 tertulis FREE tu apa benda? Bukannya ditulis 2nd Buy at RM9.90 pun...aku ni memanglah tak dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris masa SPM dulu tapi aku juga tak failed untuk subjek tu! Ingat aku tak faham ke apa yang ditulis??? Memang aku bengang giler ahhh....sepekara lagi, kalau korang beli kat Carrefour ni, tengok betul2 harga kat rak tu dan check balik harga tu masa dah dapat resit sebab aku dah banyak kali kena. Harga kat rak lain, masa bayar harga lain! Harga kat rak murah, bila bayar, harganya mahal! Aku ni memang jenis yang suka check balik resit lepas bayar. So far kes harga lain dari harga kat rak ni biasa jadi kat Carrefour la sebab aku memang biasa membeli di Giant, jarang2 terjadi pula perkara ni tapi pernah juga terjadi cuma jarang2.

Aku ni bukanlah hadap sangat nak tuntut FREE gift tu tapi aku tak suka ditipu macam ni. Macam senang2 je korang nak permainkan customerkan? Kalau dah kata free tu maknanya freelah, apa kejadah lak kami nak kena beli untuk dapatkan benda tu??

 Tengok harga yang aku tanda arrow tu. Kat atas bil shower gel tu harga RM9.50 kan? Kat rak cuma harga RM7 lebih je. Yang Oral B tu kat bil RM3.45 tapi kat rak RM2 lebih je. Walaupun melibatkan beberapa sen je tapi aku tak suka ditipu! 

Ini kes paling menyakitkan hati akulah! Korang boleh baca tak, sah2 tulis FREE I Unit Maybeline Refill worth RM9.90kan? Maksudnya kalau aku beli bedak tu aku dapat satu unit refill kan? Tapi budak yang jaga Customer Service tu kata kalau akak beli bedak ni, akak dapat beli refill tu dengan harga RM9.90 je! Malaslah aku nak bertekak dengan budak tak habis sekolah disebabkan satu unit refill tu...


Saturday, 16 November 2013

TERGENDALA

Arghhh...banyak sebenarnya aku nak update dalam blog ni tapi semua tergendala dan tertunda dulu yer. Sibuk...sibuk dan sibuk lagi. Huhuhu....bila banyak benda nak story mory, tak ada masa pula...bila tak ada benda nak story mory banyak lak masanya tu...sabar jerlah Sabariah! 

Apa-apa pun tunggu ajerlah cerita backdated nanti! Chow chin chow...muah muah!

* Period masih turun..dah hari ke-5 tapi flow terlalu banyak macam hari pertama jer. Semalam jer aku tukar 4 kali pad overnight. Letih la juga bila nak mencuci. Pastu semalam aku jadi penat sangat2 sampai rasa nak baring jer. Rasa nak pitam pun ada tapi disebabkan anak ada Majlis Anugerah Kecemerlangan, aku gagahkan juga diri ni. Ajak suami pergi jumpa Ustaz yang turun KL nak buat rawatan tu, dia macam tak nak pula. Entah kenapa setiap kali aku terasa ingin nak buat rawatan macam ada jer halangan dan alasan suami. Aku ke yang kena 'ganggu' atau dia yang kena 'ganggu' ni? Sebab macam dia yang asyik mengelak. Ajak ke hospital pun dia banyak alasan juga. Masalah sekarang, aku yang menanggung...huhuhu....sedihhhhh!!

Thursday, 14 November 2013

BERDARAH KEMBALI

Errr...macam takut jer...macam seram jer...header di atas memang bunyinya agak menyeramkan tapi bukan kisah hantu atau mistik yang aku nak ceritakan sekarang ni :p

Apalagi kalau bukan kisah period aku ni. Aku ni baru je bersih dari darah pada 7/11 hari tu selepas 15 hari berdarah. Lepas 5 hari bersih, semalam 13/11 berdarah balik pulak dahhhhh...letihnya aku! Bukan letih apa, aku letih nak membasuh pad. Aku rasa tak selesa setiap masa sebab takut bocor. Kiranya aku ni 2 kali period dalam sebulan dan aku cuma bersih dari darah dalam sebulan tu 5-7 hari jer, selebihnya aku berdarah sentiasa...dah macam pontianak dah :p Korang bolehlah baca kronologi pendarahan aku kat sini.

Petang semalam lepas Asar aku dah rasa badan lemah jer. Anak aku bercakap dan bertanya macam-macam pun aku malas nak layan. Rasa semacam. Rasa letih, rasa malas, rasa benci pun ada. Entah kenapa! Lepas Maghrib sementara nak tunggu Isyak, aku dok mengadap lappy tiba-tiba rasa panties aku basah. Rasa macam air ketuban pecah tu, tiba-tiba je basah. Aku dah rasa tak selesa pun pergilah ke bilik air nak buat pemeriksaan :)

Tengok-tengok memang basah dan air tu ada bercampur darah coklat-coklat. Sebenarnya memang sehari sebelum tu pun dah ada keluar brownish2 tapi sikit jer. So memang terpaksa pakai pad lah! Malam tu tidur, bila en. suami balik, aku terjaga dan aku rasa sangat tak selesa macam dah bocor jer! Bangun ke bilik air dan memang pad maxi yang aku pakai lepas maghrib tadi dah penuh tapi bukan darah pekat, darah yang bercampur dengan air. Air apa pun aku tak tahulah. Bila check kat tilam memang ada bocor tapi tak nampak darah pun, cuma cecair jer...macam pelik jer, macam pelik jer.

Hari ni barulah betul2 darah pekat keluar. Macam biasa berketul2. Kalau orang lain boleh bezakan antara miscarriage dengan period, aku dah tak tahu beza sebab setiap kali berdarah mesti berketul2, cumanya aku tak pernah sakit setiap kali keluar darah. Nak kata period pain pun tak ada. Macam normal cuma rasa macam kepala melayang2 jer dan letih.

Pagi tadi ajak encik suami ke hospital sebab aku ni dah ada 2 surat refer ke hospital dari KK tapi sampai ke hari ni tak pergi2 pun. Masa nak minta surat refer beria2, bila dah dapat tak pergi pulak! Bukan aku tak nak pergi, ikut rasa hati aku ni nak sangat pergi tapi encik suami tu sibuk sangat. Pagi tadi aku ajak terus dia jawab, "tengahari pun tak masuk ofis lagilah abah". Maksudnya mesti lambat habis dan sampai tengahari pun dia tak boleh masuk kerja lagi. Terus aku sentap. Dahlah terjaga pagi tadi dah pukul 7.45 pagi, kalau nak bersiap2 nanti mau pukul 9 pagi baru boleh gerak. Konfem lambatlah habisnya. Aku macam heran dan tertanya2 juga kenapalah suami aku tak kejutkan aku Subuh pagi tadi ni? Selalunya bila dia bangun dia akan kejutkan aku tapi pagi tadi dia tak kejut pula. Sampai tengahari baru aku perasan...aku kan period! Hampeh!! 

Hish...entah bilalah suami aku nak luangkan masa bawa aku pergi check agaknya? Kadang2 sedih gak sebab surat refer tu aku letak betul2 kat tempat dia selalu letak dompet dia, takkan dia tak perasan dan ada hati nak ajak aku pergi buat appointment? Tak kesian ke kat bini dia ni? Dia macam buat tak tahu jerr, bertanya pun tak pernah, mengajak pun tidak...huhuhu. Kalaulah aku ada transport, akan aku lakukan semuanya sendiri :(

Tak kisahlah, selagi aku rasa tak memudaratkan, aku bersabar ajelah! Oh ya, buat rakan2 TTC sekelian, hari Sabtu (16/11) dan Ahad (17/11) ni ada seorang perawat nak datang ke Kuala Lumpur. Bagi yang nak mendapatkan rawatan aternatif bolehlah berjumpa dengan ustaz ni di Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut dari 3 ptg sampai tengah malam. Bawa bersama air mineral 1.5L sebanyak 3 botol. Aku tak tahu macamana cara rawatan dia sebab aku belum pernah berubat dengan dia. Insyaallah kalau encik suami ada masa, nak heret dia ke sana juga kot.  

Tuesday, 12 November 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU

Tanggal 3/11/2013 (Ahad) sahlah sudah adik bongsu aku, Hafiz (Apit) menjadi suami kepada Nor Safinah (Fiena) dengan 3 kali lafaz...kakaka. Aku gelak bukan sebab apa tapi mengenangkan tragedi pada hari akad nikah tu. Kisahnya adik aku ni bagi mas kahwin dalam bentuk bank deraf. Maklumlah nilainya ribu-ribu, takkan nak bawak cash pula. Macam takut jerr...macam takut jerr nak bawak cash. Sekarang ni orang main tembak-tembak je untuk kesenangan diri sendiri. 

Okey, dah sebab guna bank deraf, yang tok kadi tu pula tak nak guna ayat 'dengan mas kahwinnya sebanyak RM_____ tunai'. Tok kadi nak juga adik aku sebut 'berdasarkan bank deraf Maybank yang bernombor ****** bernilai sebanyak........'. Sudah!! Tak ke panjang dan payah nak menyebut, sampaikan pak mentua adik aku pun tercungap-cungap nak akad nikahkan adik aku sampaikan nama anak dia sendiri pun dia lupa dan terpaksa baca nama tu kat atas bank deraf. Lawak kot!

Wakil dari family aku yang tak dapat datang cuma kakak aku je sebab anak-anak dia masih belum bercuti sekolah. Yang lain-lain, mak ayah, adik2 aku yang lain semua ada. Majlis akad nikah dibuat di surau di depan rumah pengantin perempuan jer. Dalam pukul 11.15 pagi tok kadi pun sampai dan pukul 12 lebih semuanya selesai. Lepas tu terus ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. 

Alhamdulillah, orang utara kalau masak memang sedaplah. Walaupun masakan yang simple, ayam masak merah, ikan masin, ulam2, sambal belacan macam tu tapi memang sedap. Sebab lapar pun iya jugekkk.

Lepas makan, dah nak bergambar pula...tup-tup kami duduk kat sana sampai nak masuk asar kot. Gilerrr....tebal gak muka aku. Ntah2 tuan rumah tertanya2 dalam hati 'bilalah diaorang ni nak blah agaknya?' :D

Nampaknya dah settle satu benda...Selasa (5/11/2013) pula majlis kenduri akan berlngsung di Dewan Millenium, Kepala Batas Penang.

Sekarang marilah layankan je gambar2 sepanjang majlis tu...kalau nak layanlah :)

 Kami dah berkumpul di surau. Yang duduk atas kerusi tu mak aku, sakit lutut sebab tu dia tinggi sikit daripada yang lain :)


 Yang tengah pegang phone kaler hitam tu adik aku...bakal pengantin gak tu hujung bulan ni. Yang sebelah tu adik angkat kami dan anak angkat mak kami...yang tu masih solo :D


 Ini dia mas kahwinnya yang berbentuk bank deraf, seutas rantai tangan dan sebentuk cincin.

 Inilah dia adik ipar aku. Macam cantik jerr...macam comel jerr...


 Haa...ini hero2 idaman Malaya. Yang belakang tu hero kesayangan aku dan yang depan tu anak kakak aku.


Tu dia, Tok Kadi sampai dah...berdebar-debarlah tu adik aku yang segak bergaya :p


Ni semua mak-mak menakan aku. Yang tudung coklat, tudung oren dan tudung kuning tu semua adik-adik ayah aku.

 Semua dah ready untuk akad nikah. Aku dah siap ke depan nak ambik gambar. Semua gambar ni akulah yang tukang snap. Last2 muka sendiri adalah 2-3 keping...:(


 Tinggal ini sajalah seorang lagi adik aku yang belum berkahwin tapi dah berpunya. Ini abang kepada pengantin lelaki. Nampaknya adik dia dah langkah bendul dulu :D

 Masa ni dah selesai akad nikah pun. Tengah dengar Tok Kadi dok berkhutbah :p


 Ayah aku kat belakang tu tersengih riang nampaknya ;)



 Masa ni acara airmata pulak dohhh...yang aku pelik, mak aku yang menangis beria-ia padahal anak dia jantan. Patutnya mak pengantin perempuanlah yang sedih lebih-lebih tapi dah terbalik daa. Masa aku kahwin dulu mak aku tak de pun menangis macam ni okey!! Tersenyum riang jer macam suka je melepaskan aku pergi...sentap okey!!


 Solat sunat dulu...


 Adik perempuan aku dengan pengantin...


 Itu dia, akhirnya aku muncul jugakan?? Yang baju hitam tu mak pengantin perempuan.

 Masa ni dah lepas makan, masuk dalam rumah untuk sessi bergambar lagi.

 Antara hantaran-hantaran pemberian daripada pengantin perempuan.




















 Selamat Pengantin Baru my youngest Bro! Beribu-ribu tania dan moga kekal hingga ke anak cucu.


 Pengantin dengan mak masing-masing.


 Pengantin dengan kakak-kakak dan abang pulak :)


Pengantin dengan mak-mak menakan. 


Pengantin dengan mak menakan dan sepupu.

Pengantin dengan mak menakan dan sepupu-sepupu.

Akhirnya....pengsan hero-hero idaman Malaya ni dalam perjalanan balik. Ciannyerrr!

Thursday, 31 October 2013

SURAT REFER HOSPITAL UNTUK O & G

Tadi pagi2 ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tujuan ke sana sebab anak terunaku yang sorang ni demam...semalaman dia tak boleh tidur, sakit kepala katanya. So, risaulah juga aku. Budak kecik macam tu dah sakit kepalakan?

Bila dah sampai KK, aku pun terus register sekali sebab aku nak check apa masalah dengan period aku yang berlanjutan ni tapi kerani pendaftar tu kata kalau untuk anak aku kena ke bahagian ibu mengandung & anak. Laa...pulak dah! Tak apalah, terpaksalah masuk jumpa doktor asing2. Aku ingat tadi nak cepatkan kerja, boleh la masuk sekali. Aku pun tinggalkan IC aku kat pendaftaran tu dan bawa anak teruna aku ke bahagian ibu mengandung dan anak untuk mendaftar kat situ pula.

Sambil duduk menunggu giliran, tengoklah juga gelagat ibu2 tengah mengandung dan baby2 yang baru lahir. Terimbau kembali kenangan 6 tahun lepas masa bawa anak aku untuk check up setiap bulan. Rindunya nak merasai semua tu kembali...insyaallah!

Nasib baiklah abah Afif ada, so dialah yang menunggu untuk Afif sementara aku menunggu kat tempat lain. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah menunggu baru dapat masuk jumpa Doktor. Nasib baiklah doktor tu tak adalah layan aku gitu2 aje. Apa aku tanya dia jawab dan dia jawab details juga, so aku rasa berbaloilah aku menunggu 2 jam lebih tu. Dia tanya umur berapa aku start datang bulan? Dia tanya macam2 lah pasal period aku dan aku pun explain sekali yang aku tengah TTC sekarang. Tanpa aku minta, dia sendiri ambik surat rujukan untuk aku. Katanya kat KK memang tak ada peralatan khas untuk check semua ni.

Surat rujukan ke O & G dah ada...surat rujukan untuk fertility treatment pun dah ada tapi aku aje yang tak pergi2 lagi...sedih! Kalau ikutkan aku esok juga nak pergi tapi encik suami pula yang macam tak endah je. Dah tak pernah tanya pun bila nak pergi start balik treatment ke apa. Asik kerja je manjang...abah, anak tu pun rezeki juga, bukan kerja itu je rezeki....uwaaaa! Kalau aku ada transport, tak payah tunggu dia, aku boleh redah je :D

Tuesday, 29 October 2013

PADA SIAPA NAK KU WARISKAN??

Petang ni tiba2 rajin pula mengemas gobok anak teruna aku. Agak lama juga tak kemaskini baju2 dalam gobok dia yang mana boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Nasib baiklah anak teruna aku ni, baju masa dia umur 2 tahun pun muat pakai lagi...tapi pakai kat dalam rumah ajelah! Tak melebar dia ni, cuma memanjang je :)

Kemas punya kemas, agak banyak jugalah baju2 dan seluar yang dia dah tak muat nak pakai. Semuanya dah senteng2. Ada juga yang aku belasah je bagi dia pakai. Maklumlah mama dan abah dia ni asal shopping je baju raya. Selain hari raya memang tak pernah nak shopping baju2 anak. Sebab tu semua baju anak aku dah senteng2. Kalau ada baju baru pun disebabkan pemberian orang. Kadang2 nenek dia bagi, kadang2 mak lang atau umy (panggilan Afif untuk kakak aku) dia yang bagi.

Bila tengok banyak baju2 yang dia dah tak boleh pakai, rasa sayang je. Bukan nak buang pun, semua baju2 dia yang dah tak muat aku letakkan dalam satu bekas. Nak buang lagilah sayang. Mulalah terfikir, kalaulah Afif ada adik, adalah juga pewaris kepada baju2 lama dia tu tapi Afif tak ada adik, pada siapa aku nak wariskan semua barang2 dia? Lama2 semua baju2 dia dan permainan2 dia mungkin aku terpaksa buang saja kot. Nak bagi pada anak2 saudara yang lain rasa macam ada sentimental value kat situ, sayang nak bagi. Bukan kedekut tapi semua tu menjadi satu-satunya kenangan dan memori buat aku.

Ya Allah, Kau lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu ini namun aku masih tidak putus2 berdoa dan berharap agar Kau murahkanlah lagi rezeki buat aku dan suami. Janganlah Kau biarkan anakku keseorangan di dunia ini tanpa saudara terdekat yang dapat menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.  

Sunday, 27 October 2013

SYUKUR DIA BUKAN JODOHKU!

Tengok, tajuk je dah macam adaptasi novel ke dramakan? Mesti hebat cerita ni...hehehe. Tak adalah sehebat 'Love You Mr. Arrogant' atau 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tapi not badlah! :p

Alkisahnya hujung bulan 11 ni akan berlangsung majlis perkahwinan 2 orang adik-adik aku so aku ni dok kalut nak menjemputlah kenalan2 terdekat untuk memeriahkan majlis. Entah macamana tergerak pula hati nak menjengah Timeline FB ex-bf aku (dah tak ada apa2 perasaan dan hati pun kat mamat ni tapi masihlah berkawan).

Bila aku dah masuk Timeline dia, tiba-tiba terbacalah satu post dari seorang perempuan yang wish birthday dia walaupun aku tahu birthday mamat ni lama lagi...30/10 nanti. Tapi katanya kat situ takut terlupa. Baca punya baca, ayat bukan main la ber'sayang2'. Aku tengok nama dan profile picture tu bukan bini dia. Aku tahulah nama bini dia. Mulanya aku ingatkan bini dia tukar nickname dan profile pic ke so, aku yang ter'busy' body pun mula menyiasat...hahaha. Memang tak penting pun tapi aku memang nak tahu juga apa kisahnya.

Selidik punya selidik sampai timeline perempuan yang tak dikenali tu pun aku buka, timeline bini dia pun aku jengah...ooo, rupa-rupanya dah divorce! Adalah juga aku tertengok gambar2 ex-wife dia tu untuk majlis pertunangan (dengan tunang baru). Dah bertunang lain, maksudnya dah lama ke mamat ni dengan bini dia divorce? Hahaha, nampak? Masih tak puas hatikan? Bila aku selidik pula timeline awek baru ni, dengar kisahnya akan menikah tak lama lagi, hujung tahun ni kot. Daripada status2 dan ayat2 awek baru dia ni, bagi aku memang tak boleh blahlah. Nampak macam desperado sikit...sorrylah ek! Bukan apa, katanya dah nak kawen tapi masih dok accept lagi lelaki2 yang nak berkenalan dengan dia pastu memang ayat2 dia control2 ayulah senang cerita. Tak baikkan aku ni nak ambik tahu pasal orang tapi ada sebab aku buat macam tu. Biasalah dendam lama dengan mamat ni...walaupun dah lama tapi sikit2 masih terasalah dengan apa yang dia buat kat aku.

Disebabkan aku nakkan juga kepastian, aku pun saja2 PM kat inbox mamat ni konon2 nak menjemput dia ke majlis adik aku nanti (dalam hati tak berapalah nak jemput sangat pun!). Aku siaplah buat ayat, datanglah bawa anak dan isteri sekali. Esoknya tu kot baru dia balas mesej aku. Katanya insyaallah tapi kalau datang pun mungkin solo saja sebab memang dah solo. Hahaha...so, aku dah tahulah maksud dia tu tapi saja2 buat2 tanya, solo tu apa maksudnya? Dia balas balik, solo tu dah divorce. Aku tanya lagi, kenapa? Macamana boleh jadi macam tu? Eiii...busy body betullah aku ni! Dia kata nak dekat setahun dah. Panjang ceritanya. So sampai takat situ je aku stop tak tanya dah, malas pula nak layan, sekati dialah! :D

Kenapa aku kata aku bersyukur bukan mamat ni jodoh aku? Sebab mamat ni dah kahwin dengan ex-wife dia tu tak silap aku 7 tahun dah sebab setahun lepas aku kawen, dia pun kawen. Anak dah ada 2 orang. Bini kerja bagus dan boleh tahan comei orangnya tapi itu pun dia masih tak bersyukur? Kalau akulah yang kawen dengan dia, silap2 aku yang berada dalam kedudukan tu sekarang. Mana taknya, aku ni dahlah susah nak bagi anak kat dia, kerja pun tak ada tapi bab comei tu aku lebih comei dari ex-wife dia kot! :D

Mamat ni dari dulu aku kenal dia kat universiti memang 'playboy' jugakla. Eh, tapi kenapa aku boleh tersangkut kat dia ek? Ala...cinta monyet! Best tak aku punya jawapan coverline? ;p So, bila aku dapat tahu dia dah divorce, of course aku nak busy body sebab masa aku tengah bercinta suam2 kuku dengan dia, ex-wife dialah yang menyebabkan kami terputus. Eh, mana ada aku salahkan ex-wife dia. Kalau boleh aku nak jumpa ex-wife dia dan ucapkan terima kasih kerana disebabkan dialah aku tak berkahwin dengan mamat poyo tu! Masa aku bercinta dengan mamat ni, kami bercinta jarak jauh. Aku di selatan, dia di utara. So, alasan dia main kayu tiga dengan aku sebab dia sunyi...phuihhh! Tapi aku tak frust menonggeng pun masa putus dengan dia sebab masa dia dah tunjukkan perangai nak elak2 diri, malas call aku tu aku dah agak pun. Aku pun tak tunggu lama, aku pun start juga berkenalan dengan orang lain. Masa itu jugalah aku berkenalan dengan suami aku yang tercinta lagi tersayang ni.

Syukur aku dipertemukan oleh Allah dengan insan yang baik ini. Bukan setakat dia baik, seluruh ahli keluarga dia pun baik. Macam family mamat poyo tu, aku pernah cuba call rumah dia masa bercinta dulu. Aku pernah bercakap dengan abang dia dan sorang lagi perempuan, aku tak pasti kakak atau emak dia tapi memang macam tuttt la layanan yang aku terima. Cakap dengan aku pun kasar macamlah aku desperate sangat! Setakat ni aku rasa suami aku adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenal (macamlah banyak sangat bf :p). Syukur sangat2 sebab dia sanggup menempuh semua ni bersama dengan aku. Dia bersabar dan redha dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kami ni. Dia layankan saja perangai2 buruk aku. Walaupun kadang2 memang ada gaduh2 kecik atau gaduh besar tapi semua tu makin menguatkan rasa cinta aku pada dia...sayang abah!


Friday, 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

Monday, 21 October 2013

PANTASNYA MASA BERLALU

Eh, aku tak teringin pun nak bercerita pasal Hari Raya AidilAdha yang lepaskan? Macamana nak bercerita kalau raya aku macam hari2 biasa je, tak ada yang best pun. Dahlah tahun ni kakak aku beraya dia kampung suami dia bersama anak2. Ini sebab kes dia beranak masa raya Aidilfitri lepaslah. Lepas beranak berpantang kat rumah mak aku walaupun raya tu turn dia kena beraya kat kampung belah laki dia. So terpaksalah dia tukar turn kali ni. Bermakna aku dan anak-anak buah aku tak akan bertemulah lagi setiap kali raya...huuuuu. Sedih!!!!

Ceritalah sikit pasal raya korban hari tu ek. Aku raya tu tak pakai baju raya pun. Mujur tak beli baju baru sebabnya aku jadi orang dapur je. Mak aku tak berapa sihat...sakit lutut. Menu pagi raya tu pulut bersama rendang (yang ni mak aku sempat juga buat dalam sakit2), pas tu aku buat mee kari. Alhamdulillah menjadi mee kari aku walaupun baru first time aku mencuba buat...muahahaha!

Ayah aku sibuk di masjid. Suami aku lepas balik sembahyang raya, bawalah anak teruna aku yang sorang tu nak tengok lembu kena korban tapi rupanya anak teruna aku tu penggeli! Di ajaknya abah dia balik sebab geli tengok lembu kena korban dan takut tengok darah...teruna oh teruna! Aku ingatkan nak bagilah dia pengalaman tengok semua tu tapi lain pula jadinya.

Seharian tu aku cuma dok rumah ajelah. Sambil2 dok tu aku membuat reben untuk dilekatkan kat botol2 cenderahati pada tetamu untuk majlis perkahwinan adik2 aku bulan November ni nanti. Sebelah petang barulah Pak Teh aku datang bersama isteri dan anak-anak dia. Malamnya, lepas adik aku belikan kek bersempena belated birthday mak aku pada 10/10 lepas, barulah kami bertolak balik rumah. Kena balik jugalah sebab si teruna aku tu nak sekolah esoknya.

Oh, ni nak bercerita pasal teruna aku. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 dah dia. Aku ni masih dalam dilema nak fikir pasal sekolah anak. Suami aku pula bila diajak berbincang macam tak kisah. Bila ditanya, jawapannya tak tahu! Kadang2 hati aku ni sakit sangat tapi aku terpaksalah pendam saja. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Sekolah yang dekat dengan rumah ni, aku agak kurang berkenan sikit nak masukkan anak aku ke sana. Sekolah tu bukannya berprestasi tinggi. Bukanlah anak aku tu bagus sangat tapi aku nak dia bergaul dengan rakan2 yang boleh diharap. 

Persekitaran kawasan rumah aku ni budak2nya macam tak sesuai sikit untuk membesarkan anak. Biasalah rumah kos sederhana ni macam2 masalah ada. Aku ni nak lepaskan anak aku keluar bermain kat luar pun aku berfikir banyak kali. Aku risau! Sekarang ni anak aku diam tak diam dah pandai, setiap petang mesti nak keluar bermain dengan kawan2. Mula2 aku memang berat hati nak lepas dia keluar main sorang2 kat bawah tu. Mujur padang permainan ni depan tingkap rumah aku. Setiap kali dia turun, aku akan pastikan betul ada kawan bersama dia. Masa tu aku dah tak boleh nak buat kerja, dah jadi jaga pula aku depan tingkap tu dok perhatikan dia. Rasa nak alih pandangan sekejap pun berat je hati. Kadang2 aku terfikir, aku ni terlalu mengawal anak ke? Entahlah...apa yang pasti, aku risau. Kadang2 tengok dia bermain dan terjatuh pun aku dah menggelabah. Tengok kawan2 dia buli dia pun aku dah serba tak kena. Macamanalah aku nak biarkan anak aku masuk Darjah 1 ni??? Boleh ke dia berdikari? Pandai ke dia mencari kawan yang baik2? Takkan ada ke budak2 yang akan ambil kesempatan dan membuli dia nanti? Risau dan risau lagi :(

Sebab itulah kalau boleh aku nak anak aku tu dihantar ke sekolah tahfiz sekurang-kurangnya. Bila aku bercakap dengan suami, mula2 dia kata hantar ajelah, anak sorang je pun bukannya ramai. Tapi bila aku ajak dia survey sekolah2 tahfiz yang ada, lain pula alasan dia. Katanya kan dah register sekolah? Pulak dah! Angin satu badan aku ni. Apa orang lelaki ni semua benda pun nak ambil mudah dan ringan ke? Apa diaorang tak ada perasaan risau ke? Dahlah nak 'buat' anak yang sorang tu pun bukan mainlah perit dan jerih yang aku kena lalui. Kena cucuk sana, kena cucuk sini. Kena makan itu, kena makan ini...alih2 macam tu je jawapan yang aku terima. Sedih lagi :(

Kalau nak masukkan anak aku ke sekolah tahfiz, sekurang2 satu sessi je. Tak perlulah dia terkejar2 balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Lepas tu malam nak belajar mengaji pula. Kat sekolah tahfiz tu semua dah lengkap. Agamanya dah diajar, mengaji dah diajar dan silibus sekolah kebangsaan pun diajar di satu tempat saja. Memanglah belanjanya mahal sikit tapi bak kata suami akulah, anak sorang je pun! Kalau nak kejar2 cari duit pun untuk siapa? Bukan untuk anak juga? So, aku memang betul2 nak yang terbaik untuk anak tapi macamana lagi aku nak cakap dengan cik suami aku ni??  

CIK 'P' STOP PADA HARI KE-14

Cik 'P' bulan ni datang selama 2 minggu...sebenarnya 16 hari pun still ada brownish2 tapi since after 14 hari dah kira darah istihadah dan kena solat, so aku dah start solat pada hari ke 15. Masih ada juga sikit2 brownish yang keluar walaupun dah 16 hari. Lama juga period aku kali ni...semalam pun macam ada rasa cramp kat bawah perut macam nak period balik pulak...huhuhu. Entahlah dik non! Sekati dialah nak datang balik ke tidak, aku dah malas nak fikir. Nak kira waktu subur pun memang dah tak pandai dah aku ni dengan period yang lintang pukang ni.

Friday, 11 October 2013

SEMALAM KU BERMIMPI...

Semalam mimpi memang syok tapi petandanya aku rasa tak baik kot. Aku mimpi baby...Nama pun  mimpi...memang adalah kelakar dan tak logiknya. Begini kisah bermula...

Muahahaha

Mula2 aku mimpi aku ke sebuah masjid. Aku masuk dalam masjid untuk singgah solat. Sebelum solat tu, lepas dah letak beg semua, aku keluar untuk ambik wudhuk. Masa nak ambik wudhuk tu, bila tunduk je nak basuh tangan aku nampak ada seketul darah yang besar kat dalam longkang tempat air wudhuk tu jatuh. Aku tengok je darah tu dan perlahan2 darah tu macam menggelupas...lama2 dari sebentuk darah bertukar menjadi seorang bayi. Ya Allah! Terus aku angkat baby tu dan peluk. Aku bawa masuk dalam masjid dan peluk lagi baby tu...sampai situ saja yang aku ingat. Lepas tu aku tak tahu apa kesudahan mimpi aku tu.

Orang cakap mimpi bayi memang tak elok. Kalaulah ada petanda bahagia alangkah gembiranya aku tapi mimpi tu semua mainan tidur dan gangguan syaitan, tambahan pula aku tengah period sekarang ni :(

Oh...bercakap pasal period, aku dah hari ke-7 hari ni tapi period still penuh pad. Macam tak ada tanda2 nak stop lagi je...mungkinkah tempoh period yang panjang akan aku lalui kembali macam dulu??

Monday, 7 October 2013

PERIOD PADA CD20??

Biar betul? Last period aku, bulan lepas (September) pada 17/9. Selepas aku 'bersih' tak sampai 10 hari (sebab period aku bulan lepas berlanjutan selama 11 hari), yang mana 27/9 baru period aku stop dan kelmarin 5/10 tiba-tiba keluar darah balik. 

Sebenarnya 2 hari sebelum tu memang dah ada spotting dan brownish2. Dalam entry aku sebelum ni aku ada cerita. Aku tak tahu la pula yang brownish tu akan betul2 turun darah period. Aku ingatkan cuma akan keluar brownish2 je. Darah yang keluar pula bukan sikit2, penuh pad jugak!

Okey, ni aku nak cerita macamana darah tu boleh keluar...sebenarnya benda ni dah beberapa kali jadi kat aku dan bila kelmarin terjadi sekali lagi, aku mula terfikir...

Aku ni sebenarnya suka membelek perut. Bukanlah belek macamana tapi kadang2 tu picit2 lemak2 kat perut, tengok berapa tinggi tahap lemak dah naik kat perut macam tu je lah. Disebabkan dah beberapa hari ada keluar brownish, kelmarin sambil2 dok layan Dikir Zikir kat TV AlHijrah, aku pun tekan2 perut aku. Ada 2 spot yang bila aku tekan sakit. Satu kat tepi pusat dan satu lagi kat bawah ulu hati (tempat yg sama ustaz yang pernah cuba nak rawat aku dr gangguan jin pernah tekan dan aku melalak2 dan terus bertukar menjadi 'orang' lain). So bila dah rasa sakit, aku tekan makin kuat kat dua-dua tempat tu sambil selawat banyak2. 

Lepas habis tengok tv, aku ke bilik air nak pee pee lah. Panties aku kotor dengan brownish yang pekat dan agak banyak, so aku rsa aku perlu pakai pad. Bila dah pakai pad, aku masuk bilik sambil berbual-bual dengan suami. Perut dah rasa macam lain macam. Rasa macam nak datang period, cramp, bloating dan agak keras sikit. Lepas tu macam rasa nak membuang, so aku ke toilet sekali lagi. Duduk atas jamban tu tak pula membuang tapi pee pee je sekali lagi. Dan bila habis pee pee tu, keluar darah yang agak pekat, berlendir dan berketul. Mmm...nampaknya macam period lagi ni tapi aku pun was2 juga sebab baru je aku kering dari period tak sampai 10 hari. Tapi aku cuma anggap disebabkan cuka epal tu kot nak membalancekan balik period aku. Macamanalah aku tak was2 sebab last cycle aku 72 hari dan tiba2 kali ni 20 hari je??

Tapi tu lah yang aku perasan, setiap kali aku tekan perut aku kat tempat yang sakit tu, tak lama lepas tu akan keluar darah. Bukanlah setiap kali tapi dah beberapa kali perkara macam ni terjadi. Aku bukan nak buat kisah mistik kat sini tapi aku ni memang ada pengalaman berubat cara Islam dengan seorang ustaz dan memang ada 'benda' kat dalam badan aku yang tak nak keluar...so, apakah 'benda' tu pun boleh dianggap penyebab segala masalah aku ni??

Pendarahan Selepas Haid - Dr. Zubaidi

Friday, 4 October 2013

OTAK KANAN - TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS

(Copy paste)

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak dia 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih

efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya. 

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu.... 

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama. 

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni... 

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


SUMBER: Dari Facebook

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...