Iklan

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, 26 September 2014

EARLY MENOPAUSE??

Mmm...sedih!

Semalam aku mendapat mesej WeChat dari adik perempuan aku. Kami 3 beradik perempuan ada buat satu group di WeChat untuk bersembang hal2 kami aje. Semalam adik aku ada follow up appointment di Ampang Puteri untuk masalah period dia, so sajalah bertanya keputusan ujian darah yang dia dah buat beberapa minggu lepas tu.

Katanya dia tengah sedih. Allah, apa pula keputusan ujian tu yang buat dia sedih? Aku faham situasi dia...sedih, hampa, kecewa mesti tengah menganggu fikiran.

Tengah aku nak korek apakah kesedihan dia boleh pula bateri telefon dia nak habis...ni yang aku hangin ni! Aku dah tengah excited, dia potong stim lak. Tak apalah, aku sabar ajelah. Nanti mesti dia bercerita punya.

Aku memang tunggu je mesej dia. Bila Ipad aku berbunyi terus aku jengah kotak mesej. Alhamdulillah ada mesej dari dia.

Katanya dia sedih sebab daripada blood test yang dibuat tu Doktor assumed dia on early menopause symptom. Allahuakbar! Aku turut terkejut dan bersedih. Umur dia masih muda, baru 32 tahun. Baru berkahwin 10 bulan dan belum pernah merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan menjaga anak sendiri.

Tapi aku bagi dia semangat. Aku tanya teman2 dalam grup TTC apa yang boleh dibuat kalau terjadinya perkara macam tu? Alhamdulillah ada juga yang berpengalaman yang sama dan bagi sedikit tips so aku terus sampaikan pada dia. Aku tak nak dia down. Aku tak nak dia putus asa. Aku tak nak hormon dia terganggu lagi.

Aku minta dia cuba macam-macam supplements yang teman2 TTC cadangkan. Aku minta dia cuba pelbagai alternatif lain juga...akupunture, homeopati dan segala yang boleh dicuba. Dia bekerja, dia ada pendapatan mungkin tak ada masalah semua tu berbanding aku yang tak bekerja ni hanya mampu menadah tangan berdoa sahaja.

Adik aku ni sebelum kahwin lagi ada masalah dengan period dia. Katanya setahun mungkin 2-3 kali sahaja dia period, itu pun tak banyak darah yang keluar. Lepas kahwin rasanya baru 2-3 kali juga dia period. Itupun selepas dia makan ubat yang doktor bekalkan.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...kasihanilah Adikku, berikanlah dia peluang untuk menjadi ibu. Berilah dia merasa pengalaman dan nikmatnya menjadi wanita. Berilah dia peluang untuk menjadi isteri yang memenuhi keperluan suami. Ya Allah, murahkanlah rezeki Adikku. Mudahkanlah dia mengandung. Suburkanlah benih2nya dan kurniakanlah dia anak2 yang soleh solehah.

Aku tak maksum yang mana doa aku akan dimakbulkan Allah tetapi aku rasa aku perlu mendoakan dia. Dia adik aku yang terpaling baik. Dialah yang menjaga anak2 buah dan juga anak aku sewaktu mereka masih kecik. Semua anak2 buah kami dan anak aku juga suka pada dia. Walaupun kadang2 dia garang tapi tak pernah ada di antara budak2 tu yang bencikan dia. Dia rajin melayan dan bawa budak2 tu berjalan. Dia suka manjakan budak2 tu dengan membeli macam2. Aku selalu bayangkan macamana agaknya kalau dia ada anak sendiri nanti.

Tapi perancangan Allah tu tak ada siapa yang tahu dan perancangan Allah juga yang terbaik buat hambaNya. Bagi aku, aku dah melaluinya dan dah banyak airmata aku yang mengalir. Buat dia, dia baru nak merasai. Semoga dia tabah dan tak putus2 berdoa.

Ya Allah, sesungguhnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku turut bersedih untuk dia.     

Tuesday, 29 October 2013

PADA SIAPA NAK KU WARISKAN??

Petang ni tiba2 rajin pula mengemas gobok anak teruna aku. Agak lama juga tak kemaskini baju2 dalam gobok dia yang mana boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Nasib baiklah anak teruna aku ni, baju masa dia umur 2 tahun pun muat pakai lagi...tapi pakai kat dalam rumah ajelah! Tak melebar dia ni, cuma memanjang je :)

Kemas punya kemas, agak banyak jugalah baju2 dan seluar yang dia dah tak muat nak pakai. Semuanya dah senteng2. Ada juga yang aku belasah je bagi dia pakai. Maklumlah mama dan abah dia ni asal shopping je baju raya. Selain hari raya memang tak pernah nak shopping baju2 anak. Sebab tu semua baju anak aku dah senteng2. Kalau ada baju baru pun disebabkan pemberian orang. Kadang2 nenek dia bagi, kadang2 mak lang atau umy (panggilan Afif untuk kakak aku) dia yang bagi.

Bila tengok banyak baju2 yang dia dah tak boleh pakai, rasa sayang je. Bukan nak buang pun, semua baju2 dia yang dah tak muat aku letakkan dalam satu bekas. Nak buang lagilah sayang. Mulalah terfikir, kalaulah Afif ada adik, adalah juga pewaris kepada baju2 lama dia tu tapi Afif tak ada adik, pada siapa aku nak wariskan semua barang2 dia? Lama2 semua baju2 dia dan permainan2 dia mungkin aku terpaksa buang saja kot. Nak bagi pada anak2 saudara yang lain rasa macam ada sentimental value kat situ, sayang nak bagi. Bukan kedekut tapi semua tu menjadi satu-satunya kenangan dan memori buat aku.

Ya Allah, Kau lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu ini namun aku masih tidak putus2 berdoa dan berharap agar Kau murahkanlah lagi rezeki buat aku dan suami. Janganlah Kau biarkan anakku keseorangan di dunia ini tanpa saudara terdekat yang dapat menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.  

Tuesday, 10 September 2013

ORANG LAIN MAKIN BERTAMBAH TAPI AKU...

Eh...eh, raya dah habis ek? Aku tak berapa nak perasan sebab tahun ni jemputan open house pun agak kurang. Bagus juga kurang jemputan ni sebab tak adalah aku nak diterjah dengan soalan2 annoying dan tak jugalah mata aku menahan cemburu melihat pasangan2 lain yang berderet2 mengangkut anak.

Mmm...orang lain semuanya dah bersusun2 anak. Yang baru kahwin pun terus je 'lekat'. Yang dah ada anak, nak bertambah lagi ahli keluarga. Jeles ok! 

Baru hari tu sepupu aku yang sorang ni anak sulung baru setahun lebih dah bersalin anak kedua. Dia bagitahu pula adik lelaki dia yang dah dekat 2 thn kahwin, sekarang ni bini dia dah pregnant (suami isteri ni agak obes juga tapi berjaya juga pregnant). Lepas tu kakak aku pula dah bersalin anak ke-6 you! Dah tu dapat tahu pula sepupu aku yang baru kahwin awal bulan 3 dah pun pregnant, sekarang ni dah 6 bln mengandung. Jumpa seorang lagi sepupu baru beberapa minggu gugur padahal anak sulung baru 8 bln (eh, macam senang je ek kau boleh mengandung. Dan dia ni pun badannya besar). Dah tu  datang pula sorang lagi sepupu dok tengah mabuk2 dan anak sulung dia pun baru setahun lebih nak masuk 2 tahun. Sorang sepupu sebelah ayah aku pula pun dah 2thn kot kahwin, pun dengarnya bini dia dah pregnant (pasangan ni pun berbadan besar). Masa balik kampung raya hari tu tengok wife sepupu suami aku yang baru setahun kahwin pula tengah sarat nak melahirkan dah. Eh! Diaorang ni guna baja apa ek yang subur sangat? Aku ni dah 6 tahun menyemai benih dan membaja dengan gigihnya tak pula ada hasil lagi. Sedih ok! Sangat2 sedih...:(

Asik dengar berita orang mengandung, beranak, mengandung, beranak je aku ni. Aku punya turn entahlah bila tapi, aku redha...mungkin ada salah dan silap aku kat mana2 pada Allah yang menyebabkan Allah tarik nikmat tu, siapa tahu? Tak apalah, selagi ada kudrat ni aku akan berusaha lagi. Kadang2 tak dinafikan aku muak dengan cakap2 orang yang menyuruh aku menambah lagi bilangan anak...'sorang lagi pun cukuplah' (korang ingat anak tu macam ikan boleh beli kat pasar ke?)...'tambahlah sorang lagi, perempuanlah pula' (korang rasa2 kalau aku mengandung pun, aku boleh pilih2 jantina anak ke macam pilih jawapan untuk soalan UPSR??) 

Tuesday, 5 February 2013

TIADA ZURIAT? MENANGISLAH...

Arghhh....kenapalah aku ni gatal tangan sangat nak menjengah blog sepupu aku??? Sebenarnya sepupu aku yang sorang ni memang blogger tegar. Disebabkan dia tak berTTC macam kita2 ni, so blog dia semua berkaitan pregnancy, anak dan bla...bla...bla...

Mommy2 blogger ni pun ada group juga dalam FB. Macam kita jugalah, ada TTC group kita sendiri cumanya, kisah kita dan kisah mereka berbeza. Kalau dalam group mereka mestilah terselit kisah2 suka. Bercerita tentang pengalaman mengandung, melahirkan, mengulit anak dan sebagainya....sedangkan group TTC ni pula hari2 akan dijamu dengan kata2 perangsang, menaikkan semangat & kisah sedih yang bersarang di hati.

Bukan kita minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi kita ni manusia biasa. Kita punya hati dan perasaan. Cubalah tepis macamana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya! Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderet2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak, secara automatik perasaan & hati akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, 'bilalah giliran aku pula?' atau 'bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat' atau 'macamana orang lain senang sangat mengandung & boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??'

Menangislah kalau itu yang akan membuatkan hati kita berasa tenang. Kalau dipendam2 & ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress....LEPASKAN! Tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita. Memang kita perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang hatinya rapuh apabila diuji? Layan sahaja perasaan sedih tersebut tapi jangan sampai terbawa2...tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan dsbnya. Tapi aku yakin rakan2 TTC semuanya kuat & tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental & kuat. Mereka ini memang wanita yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian & rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga.

MENANGISLAH wahai teman sekiranya kau bersedih. Rasulullah juga menangis ketika kematian isteri tercinta, Siti Khadijah tetapi janganlah melampau sampai meraung2, jangan sampai nak salahkan Tuhan & jangan merungut2. Menangis sekadar melepaskan perasaan sedih yang terbawa2. Kemudian, ambillah wudhuk & solatlah. Mengadaplah Allah dan pohonlah sekali lagi hajat kita kepadaNya.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan TTCians agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah? Kalau dah berbelas2 tahun berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri walaupun seorang? Aku yakin mesti kita akan bersedih. Tak siapa menyangka yang suatu hari nanti kita berkahwin & ditakdirkan susah memdapat zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga & keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punya semua tu mesti kita terasa kekurangan.  

Untuk apa kita perlukan sangat zuriat? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak di dalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendirikan? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain itu, kita inginkan anak yang dapat menjaga kita bila kita dah berusia kelak. Kita inginkan anak yang akan mendoakan kita apabila kita dah meninggal nanti. Kita inginkan penerus keturunan. Macam2 yang kita inginkan tapi jangan risau rakan2ku. Jika ditakdirkan kita tidak berpeluang mendapat semua tu, serahkan sajalah diri kita kepada Allah. Berkasih-sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati & fikiran kita hanya tentang Allah. Banyakkan amalan yang baik2 & jagalah suami kita sebaik2nya. Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga kita kelak atau mendoakan kita apabila kita sudah meninggal tapi pahala & amalan kita akan menampung semuanya.

     

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...