Iklan

Showing posts with label cycle. Show all posts
Showing posts with label cycle. Show all posts

Friday, 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

Wednesday, 2 October 2013

PEMAKANAN UTK CYCLE BARU

27/9/2013 dah start cycle baru setelah Cik 'P' datang menjenguk selama 11 hari. Untuk cycle baru ni, aku mula mengamalkan Apple Cider Vinegar & Jus Delima Gulsan dulu. 

Apple Cider tu aku ambik 1 sudu kecik waktu pagi sebelum sarapan. First2 day hari tu ambik 2 sudu besar kau! Berlagak! Sekali tu memang tak tahan tengitnya rasa cuka tu...sampai ke malam tekak aku sakit, lepas tu tobat tak ambik 2 sudu besar dah. Sekarang cuma ambik 1 sudu kecik & itu pun lepas masukkan 1 sudu tu, sebelum telan kena minum air sekali. Kalau tak, memang tak boleh nak telan. Cuka tu, korang boleh tahulah kan macamana kuatnya rasa cuka...dah macam ambik wasabi dah. Nak campur Apple Cider tu dalam air lagi rasa tak sanggup nak menelan sebab rasa macam banyak pula nak ditelan.

Pati Delima Gulsan pula aku ambik 1 sudu kecik juga (ni pun tak sanggup nak telan 1 sudu besar sebab masam...ngeee). Untuk Jus Delima ni aku ambik waktu malam sebelum tidur. Malas nak campur aduk dua-dua sekali pada waktu yang sama.

Lepas 2 hari aku telan Apple Cider tu, aku kena cirit tapi tak birit...eh, faham ke? Hahaha...maksudnya aku membuang tu cair je tapi bukanlah aku kerap ke toilet sangat...rasanya 3 kali kot membuang pada hari tu dan semuanya cair tapi aku tak adalah sakit perut sangat. Esoknya dah okey dah, tak ada cirit dah. Tak tahulah mungkin kesan pengambilan Apple Cider dan Jus Delima ke apa tapi aku rasa perut aku macam ringanlah sikit.

Hari ke-4 pengambilan perut aku berangin2 sikit. Sikit2 nak buang angin. Kadang dia keluar ikut atas dan kadang dia keluar ikut bawah. Ikut dialah nak keluar ikut mana, asal keluar. Tapi aku tak selesa sepanjang hari tu sebab perut aku bloated dan rasa penuh je. 

Oh, kenapa aku amalkan Apple Cider Vinegar ni ek? Aku dah lama nak amalkan sejak aku terbaca dan ter'YouTube' tentang khasiat Apple Cider Vinegar ni. Sebelum ni jumpa je Apple Cider ni jual kat pasaraya tapi tak pernah ada tanda halal so agak ragu2 pula nak beli. Masa bulan puasa hari tu terjumpa satu kedai Arab ada jual Apple Cider ni dan adalah tulis 'HALAL' teruslah aku rembat satu botol. Tak mahal sangat pula tu...RM9 je. Dengar kata Apple Cider ni boleh regularkan balik kita punya period. Wallahualam! Aku cuma berusaha, yang menentukan hanya Allah juga. Tengok sajalah macamana kesannya nanti ya!

*Tak pastilah boleh ke aku istiqhamah dengan Apple Cider ni sebab setiap pagi nak menelan rasa macam nak membunuh diri. Rasa cuka yang kuat tu yang buat aku tak tahan. Apa2 pun kenalah sabar dan kuat kalau nak sihatkan? kan?

Friday, 5 July 2013

PERIOD - UPDATE

3/7/2013 (Rabu)
CD 52
Waktu: 11.30 pagi
UPT Test: -ve

Sekian, terima kasih! Itu aje nak bagitahu :) Dah try buat UPT tapi negatif :D 

Hampa tapi dah agak resultnya so gelak sorang2 ajelah. Ni dah dekat 2 bulan delay period. Paling lama cycle aku pun kalau tak silap 55 hari, lepas tu period pun datang tapi hari ni (5/7/2013) dah CD 54 masih juga belum ada apa2 tanda macam spotting, perut kembung, sakit2 pinggang walaupun sakit pada breast dah berminggu2. Biasanya tanda2 ketara aku nak period adalah sakit pinggang & kembung perut berbanding sakit pada breast. 

Kalaulah period ni nak datang, datanglah sekarang supaya bolehlah dia kering cepat sikit & dapatlah aku menjalani ibadah puasa dengan hati yang girang. Jangan dibuat lagi 18 hari kena ganti puasa macam tahun lepas....menangis tak berair mata aku nanti! 

Friday, 25 January 2013

CIK 'P' DAH STOP

Hari ni 25/1/2013 dengan rasminya Cik 'P' dah menghilangkan diri. Maka bermulalah cycle baru kembali dalam hidup ini. Bulan ni 8 hari Cik 'P' menjengah since 17/1/2013 (malam) sampailah ke 24/1/2013 (malam juga habisnya).

Ok, antara usaha2 yang aku dah mulakan untuk cycle kali ni....aku minum jus delima + manggis. Mulanya nak minum Jus Delima Gulsan tu tapi mak teh aku yang jual ubat plak tak de stok masa aku nak beli. Aku cuma beli Jus Perawan je dari dia. Beli dari dia dapat murah sikit...RM30 sebotol. Tak apalah, next time bila dah ada jus delima Gulsan tu aku minum yang tu pula. Oh, jus delima + manggis tu aku beli kat Giant. Sebenarnya kat mana2 supermarket ada kot. Jus brand Fruit Tree. Mulanya nak beli jus delima brand Freshie tapi agak mahal berbanding Fruit Tree ni. Asal ada delima aku beli ajelah. Rasa taklah teruk cuma masam ajelah. Aku ni kalau masam2 memang bukan taste aku tapi nak buat macamana, telankan aje.

Oh, malam ni aku dah start minum Jus Perawan. Aku ambil 2 sudu dengan perut yang kosong. Lepas tu minum segelas air. Sekarang ni ada rasa macam menyucuk2 plak kat perut ni. Tak sherashi bersama ke? Tak pe2, baru minum, tunggu dulu beberapa hari serasi ke tak serasi. Oh, nasib baik rasanya tak teruk mana. Ada rasa madu2 sikit. Oklah....sedap.

Sejak 2 minggu lepas rasanya aku amalkan minum Yakult. Ok, rasanya memang tak ada kaitan dengan TTC kot tapi disebabkan aku ni macam ada masalah penghadaman sikit, itu sebabnya aku jadikan amalan. So far, sejak minum Yakult ni okey jugalah...angin2 dalam perut tu masih ada tapi senang keluar. Kalau tak keluar kot atas, dia keluar kot bawah...hahaha. Perut pun tak adalah moncit manjang, nampak gaklah surut.

Rasanya itu sajalah antara usaha aku setakat ni. Cengkih yang aku nak amalkan selama 41 malam tu tak berjaya dibuat lagi sebab susah benor nak curi masa suami aku. Ialah, kan dia yang nak kena genggam cengkih2 tu dan bacakan doa kat cengkih tu nanti. Telur ayam kampung + madu akan disusuli kemudian. Yang ni untuk suami akulah kot!

Friday, 18 January 2013

CIK 'P' DAH DATANG TAPI...

Semalam 17/1/2013, pagi2 masa tengah layankan Afif breakfast tiba2 terasa 'crettt' je kat bawah. Fuhh...macam dipicit2 & memancut2 je rasanya. Lain macam betul darah ni keluar...memang confirmlah darah. Segeralah mandi dan pakai pad. Okey...dari pagi sampai ke maghrib tu aku cuma pakai satu pad tu je sebab aku dapat rasa darah tu cuma keluar pagi tu je. Tengahari --> petang tak ada keluar dah. Malam tu aku malaslah nak pakai pad, memang tak keluar darah pun tapi bila dah pukul 12 malam, nak masuk tidur, time tu lah terasa meleleh lak. Terus bangun ke toilet, cuci2 dan pakai ajelah pad. Sepanjang malam tu ada juga keluar darah tapi...ala....tak penuh pun.

Pagi ni, aku pakai juga pad. Macam semalam juga, cuma pagi je aku terasa ada darah. Sekarang ni dah petang pun tak terasa ada yang keluar & confirm tengah2 malam kang baru keluar darah balik. Doktor kata rahim aku ni tebal, tapi apsal darah bila keluar sikit2 macam tu? Dulu masa darah keluar membuak2 & lama sampai 15 hari, bila scan dinding rahim aku tebal juga...kadang2 aku pun tak faham.

Tak apalah, aku consider ajelah aku masih gagal lagi nak uwek2 bulan ni. Kiranya untuk bulan 12, cycle aku genap2 50 hari. Amboi, pandai lak...bulan 10 cycle 30 hari, bulan 11 cycle 40 hari. bulan 12 cycle 50 hari ye dik non? Kalau macam tu bulan 1 ni, confirm2 ke cycle 60 hari??

Okey, next ikhtiar yang aku dah plan plak....Jus Perawan yang kononnya terlaris sangat tu. Nak trylah tengok macamana, lagipun harga not bad, bolehlah nak cuba. 

Eh, lepas kering period ni aku ingat nak minum air kelapa la. Moga2 dapat cuci sikit dalaman aku ni.

Monday, 24 December 2012

USAHA TTC 6 TAHUN LEPAS

Rasa2nya aku tak pernah cerita lagi apa usaha2 yang aku dah buat masa ber'TTC'kan Afif lebih kurang 6 tahun lepaskan? Hari ni sebab tak ada apa nak cerita, aku rasa nak kongsi cara2 aku TTC dulu. Sekarang ni dah 5 tahun sejak Afif lahir, aku dah tak usaha apa2 melainkan tunggu & lihat je. Tahun depan 2013 lah baru aku nak giatkan usaha balik. Afif pun dah genap 5 tahun 18/12/2012 hari tu. Sian dia asyik main sorang2 :( Bunga cengkih dah beli tau...ha, jangan main2! (Entah bilalah aku nak telan bunga2 cengkih tu sebab belum telan aku dah rasa tak sanggup dengan rasanya..)

Okey, aku ni lepas setahun lebih kahwin masih tak ada tanda2 pregnant. Pernah Cik 'P' missed sampai 2-3 bulan, tapi bila check -ve. Masa lepas kahwin Cik 'P' aku tak adalah ting tong sangat. Setiap bulan mesti Cik 'P' datang walaupun adalah terlewat beberapa hari. Tapi Cik 'P' aku ni jenis yang kalau bulan ni turun darah pekat, bulan depan akan keluar brownish je dari awal sampai habis 7 hari. Cik 'P' aku dikesan ting tong baru2 ni je, dalam 3-4 tahun lepas. Kejap dia datang banyak, kejap dia datang sikit, kejap dia tak datang, kejap dia datang lama.

Bila dah setahun lebih masih tak ada tanda dan mulut2 puaka pun dah banyak yang mengganggu, maka aku pun mulalah tingkatkan usaha. Antara usaha2 yang aku buat:

1. Aku ke LPPKN. Tak ingat pula berapa cycle aku mencuba tapi rasa2nya lebih kurang 5-6 cycle kot. Last sekali aku buat IUI kat situ juga. Tapi gagal bila bulan tu Cik 'P' datang. 

2. Aku selalu baca Surah Al-Imran ayat 38 setiap kali lepas solat.

3. Aku banyakkan berdoa masa bulan Ramadhan.

4. Kerap buat solat sunat tahajjud, solat sunat hajat & solat sunat taubat. (Bulan Ramadhan kena kerap buat).

5. Kirimkan doa pada emak aku yang ke Mekah untuk mengerjakan Umrah supaya mendoakan aku di sana. (Ini last usaha aku sebelum aku disahkan pregnant 3 bulan lepas mak aku balik dari Mekah).  

Aku memang tak amalkan apa-apa supplement tambahan atau makanan2 tambahan macam telur ayam kampung ke, susu kambing ke apa ke. Aku cuma bergantung pada ubat doktor dari LPPKN je masa tu.

Lepas aku buat IUI yang gagal kat LPPKN tu, aku terus stopkan treatment kat sana. Aku nak relax dan tak nak fikirkan pasal TTC buat sementara. Kuasa Allah, lepas Cik 'P' keluar after IUI tu, bulan depannya Cik 'P' tak datang 2 bulan. Rupanya dah sangkut dah dan baby pun dah 2 bulan dalam perut. Nasib baik aku buat test sebab aku memang dah malas nak buat test sebab dah serik kuciwa. Mungkin betul juga kata Doktor Hamid Arshad, lepas badan aku dah lalui banyak treatment kat LPPKN tu, mana masalah yang aku tak tahu dah cure dan senang nak conceive...ATAU mungkin juga berkat doa emak aku kat Tanah Suci...ATAU mungkin juga berkat doa aku dan sembahyang2 sunat yang aku buat...WALLAHUALAM! 

Masalah kesuburan ni memang tak ada siapa yang tahu apa puncanya. Kadang2 suami isteri dikatakan tak ada apa2 masalah tapi masih juga tak dikurniakan zuriat. Kadang2 isteri atau suami ada masalah serius tapi masih mampu memberikan zuriat. Semuanya di tangan Allah. Allah dah tulis dan rancang kehidupan kita sejak kita belum lahir lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap sesuatu yang Allah jadikan atau tak berikan pada kita ada sebab dan hikmahnya. 

Memang berat nak minta pada mereka yang sedang TTC untuk terima dan tabah sebab setiap mereka pasti ingin juga merasai liku2 untuk menjadi seorang ibu. Tipulah kalau tak ada yang nak merasa sendiri pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Apa yang mampu aku nasihatkan cuma tenangkan fikiran dan hati kita. Jangan terlalu stress dan selalulah redha. Elakkan dari menghampiri mereka yang memang dikenali bermulut PUAKA (kepuakaan mereka itulah nanti yang akan menghancurkan kita). Enjoy your life dan fikir positif. Mana tahu salah satu penawar tu ada kat sana ;) 

Kadang2 saya segan juga nak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan2 TTC yang lain memandangkan saya dah ada anak seorang tapi percayalah saya faham apa yang rakan2 TTC (yang masih belum punya zuriat) lalui sebab saya pun pernah menempuhinya 6 tahun dulu dan masih menempuhinya sekarang. Kesedihan tu masih sama seperti dulu setiap kali orang bertanya tentang anak... 


CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...