Iklan

Friday 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

6 comments:

  1. yunk..pg hospital la cek...atleast boleh tahu mmg period atau lain2 mslh..serams pulak dgr pakai overnite 6jam dah full.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu penah gak jd masalah cam ni liyana malah lagi teruk sampaikan sehari saya terpaksa tukar pad yg overnight tu paling kurang 4 kali, paling banyak pad yg maxi tu 8 kali tukar. Saya dah pernah ke klinik dr.hamid dan doktor kata tak ada apa masalah tp doktor tak buat plak u/sound, dia terus suggest buat lapo. Saya tak buatla lagi lapo tu sebab buat apa saya nak tebuk perut saya kalau takde msalah? Apa pendapat liyana?

      Delete
  2. Sis Hanie.....better gi cek dengan doktor. Macam banyak sgt keluar dalam selang tempoh yg terlalu dekat. Just nak kongsi pengalaman Yani (maybe takde related dgn situasi Sis)...Yani dulu on duphaston sbb period mmg tak teratur. Konon tinggalkan 4 bulan ubat tu nak tgk boleh period sendiri ke tak....memang tak period langsung...bila appointmnt dgn doktor, doktor tgk dinding rahim dh terlalu tebal, dia suruh sambung balik makan duphaston....habis je makan 1 minggu duphaston, Yani period sampai 32hari tak berhenti2, berketul2.....menyesal tak sudah sebab pandai2 berhenti mkn duphaston 4 bulan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah pernah jumpa 2 pakar, diaorg kata dinding rahim saya tebal. Dr.hamid pernah suggest saya cuci rahim sekali dgn lapo. Dinding rahim tebal ni bahaya ke? Saya setiap kali period jarang sakit, sebab tu saya tak gaduh sangat nak pergi check. Kalau setiap kali period kena period pain tu risaulah juga. Ni darah turun banyak pun x sakit cuma cramp sikit2 dan bloated tu ajelah

      Delete
  3. Hanie,gayanya masalah hanie ni mcm kronik jg ni smpi buat kita confused antara darah haid dgn istihadah..dtg selang msa terlalu dekat lama pula tu..hanie,bgus jg klau bertnya pd yg pakar agama..mcmna klau kes hanie ni kn..kt tkut jg hal2 hukum hakam xbleh dibuat main2..kalau suggestion dr hamid tu,umie rsa mgkn dia terus nak buat lapo sbb dgn lapo/laparotomy bru nmpk sbnar apa masalah rahim kita sbnarnya..TVS pn xdpt tnjukn yg sbnar tau..umie dulu Dr suggest buat laparotomy sbb dia kta dgn cara tu bru dia boleh ksan apa masalah utama di rahim kita..klau rsa makin x selesa apa kta hanie buat istikharah minta petunjuk samaada perlu buat lapo x..pd Allah kita mengadu dn minta petunjukNya ye hanie..moga2 masalah hanie ni dipermudahkn ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, ya ke Umie yg tvs ni pun x bleh tgk masalah dalaman? Kena juga buat lapo ya? Saya cuma risau buat lapo tapi tak ada apa2 masalah je, sakit juga buat lapo tu. Insyaallah saya akan cuba buat istikharah macam yg Umie suggest tu. Bab hukum hakam agama ni mmg saya ada bertanya juga tapi bkn pada yg pakar sebab tanya pada pakar x dpt jawapan, sibuk sgt agaknya...mmm

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...