Iklan

Showing posts with label nurse. Show all posts
Showing posts with label nurse. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

AKU WARDED PART 2

Okey sambungan dari kisah semalam....

Lepas Nurse dah cakap aku kena masuk wad, aku pandang suami, suami pandang aku then aku merengek manja...tak nak! Hahaha...bukan apa, aku tak suka masuk hospital sebab suami tak boleh teman. Duduklah aku kat dalam tu sorang2, memang bosan giler kot! Ingat lagi masa nak bersalin dulu, suami memang tak boleh temankanlah dalam wad sebab hospital gomen. Bila time aku sakit menahan contraction, sorang2 ajelah merengkot dan mengusap perut. Nak buat macamana dah belum waktu melawat. Memang tak friendly betul hospital gomen ni. Patutnya time nak beranak tu lah kita perlukan suami lebih.

Nak tak nak pun Nurse dah siap surung wheelchair. Katanya wad ada kosong so aku disuruh duduk atas wheelchair tu. Segan pun ada sebab kat klinik o&g tu ramai ibu2 tengah usung perut yang besar2 tapi tup-tup aku yang perut tak besar ni yang kena naik wheelchair. Disurungnya aku ke tingkad 6, wad 6A. Wad 6A ni wad khas untuk pesakit2 O&G je. Bila sampai wad tu aku dibawa ke kaunter dulu untuk timbang berat. 47kg je kot berat aku. Aku timbang lepas raya hari tu dok ada 50kg lagi...turunlah maknanya berat aku. Dah tu aku diberi katil No.8. Nasib baik katil no.8 ni dalam bilik. Satu bilik ada 4 katil. Bila masuk bilik tu memang semua katil ada penghuni. Suami aku tak sampai lagi sebab dia kena uruskan pendaftaran aku dulu.

Tak lama, ada budak2 nurse ni datang ambik blood pressure. BP aku 152 kot tak silap...sampaikan budak tu tanya aku ni ada darah tinggi ke? Aku kata tak ada. Heran juga! Tadi kat bawah check BP normal, bila masuk wad terus BP naik tinggi. Terkejut agaknya. Samalah kes masa aku masuk labor room dulu. Dah nak bersalin boleh pula BP aku naik tinggi tiba2 sampaikan doktor kena bagi aku makan ubat dulu.

Aku diberi baju uniform hospital kaler pink. Suami pun sampai dan saja usik2 aku suruh aku baring atas katil sebab aku pesakit sebab masa tu aku dok bersandar kat kerusi lagi. Dia ajak aku solat dulu so kami keluar solat kat surau kat luar dulu. Bila masuk, nak tukar uniform aku tengok kakak katil depan aku dok bersembang dengan budak katil sebelah dia. So aku terjebaklah sekejap berborak2. Budak yang katil sebelah katil kakak tu rupanya baru lepas bersalin tapi baby dia yang berusia 8 bulan meninggal dalam perut. Muda lagi orangnya, baru 26 tahun tapi itu anak dia yang ke-4 dah. Kahwin muda! Semua anak dia lelaki termasuk yang meninggal. Sedih rasa hati bila dengar berita macam tu tapi dia nampak macam tabah je. Kalau jadi kat aku entahlah nak kata apa...mungkin sebab dia tak ada masalah kesuburan macam aku kot so sebab tu dia tabah. Kakak yang depan katil aku tu pula nampak dah berumur sikit, bila aku tanya apa masalah dia katanya masalah perempuan, so aku malas nak tanya banyak2. Tak apa, ada masa lagi nak bersembang.

Aku pergi tukar uniform yang besar gedabak, boleh masuk sorang lagi dalam baju tu dan kain yang entah berapa punya luas daaa sampai susah aku nak ketatkan. Bila suami aku tengok, dia kata comel pula pakai baju tu. Giler tak comel? Dengan besar gedabak, memanglah comel!

Oh ya, aku masuk ke wad dalam pukul 1.30 tghr, tak lama lepas aku masuk tu suami pun kena halau baliklah sebab waktu melawat sampai pukul 2 petang je. Memang sehelai sepingganglah aku kat situ sebab aku tak jangka pun nak kena tahan wad. Tak lama duduk, dalam pukul 3 lebih ada minum petang. Dapatlah menu bubur kacang dan coklat panas. Lepas makan, aku pun tidurlah. Tidur pun taklah nyenyak sangat sebab hospitalkan, manalah boleh nak tidur nyenyak sangat...kejap2 ada je yang datang. Sekejap Nurse, sekejap doktor tapi yang aku angin tu soalan yang ditanya tu soalan yang sama setiap kali oleh orang yang lain. Diaorang ni tak ada rekod ke? Ya lah, memang diaorang tak rekod pun, datang tanya dengan mulut je, tangan tak catit apa2 pun.

Petang tu budak yang baru bersalin tu dah nak check out. Mak cik sebelah katil aku pun nak check out juga. Tinggallah aku dan kakak katil depan aku. Lepas tu ada sorang doktor perempuan cina datang pasangkan jarum drip kat tangan aku. Aku tak berani tengok tapi tak sakit sangat pun. Aku pernah kena cucuk drip ni last masa aku nak bersalin dululah. Lepas2 tu atau sebelum2 tu aku mana pernah kena tahan kat hospital. Ini kiranya pengalaman kedua aku seumur hidup. Lepas tu doktor yang sama juga nak ambil sampel darah aku...mungkin nak buat test untuk tiroid kot sebab dia ada bagitahu nak buat test tu.


Tuesday, 10 December 2013

AKU WARDED!

Banyak lagi kisah2 yang nak aku sematkan ke dalam blog ni tapi semuanya belum berkesempatan...macam biasa ianya akan menjadi backdated storylah nanti. Apa2 pun ni cerita penting yang aku nak story pada hari ni. Walaupun kisah ni pun dah backdated tapi masih belum terlambat rasanya...

Pada 5/12/2013 (Khamis) aku telah ditahan di wad O & G di Hospital Sungai Buloh. Mulanya aku ke hospital tu membawa referral letter yang pernah aku cerita yang dah lama aku dapat untuk masalah piyed aku tu. Bila ke hospital, aku ke Klinik Pakar O & G dan diberi appointment untuk fertility treatment la pulak! Memanglah aku nak dapatkan juga tarikh untuk treatment tu tapi sebab utama aku ke sana sebab nak jumpa doktor supaya doktor boleh check apa masalah dengan period aku. Bila aku ke KK dirujuknya aku ke hospital, so takkan bila ke hospital pun aku masih tak dilayan juga? Oh ya, tarikh untuk treatment tu pada hujung bulan 3 tahun depan yer! Lama berkurun aku nak menunggu kot! Aku dah sakit, lemah2 badan, rasa nak mati masa2 sekarang, apahal aku nak tunggu 3 bulan lagi baru nak tahu apa masalah akukan?

Jadi, disebabkan aku memang suspek ada yang tak kena dengan diri aku, aku pun bercakap dengan Nurse yang kat kaunter yang bagi aku tarikh appointment tu yang aku nak check boleh tak apa masalah aku sebab aku dah sebulan rasa tak larat sangat badan ni, rasa nak pitam, kepala sakit2, dada berdebar2. Dia suruh aku pergi check BP so aku pun pergi check BP...keputusannya NORMAL! Aku masih tak puas hati, aku tanya boleh tak aku buat test darah untuk check masalah aku? Dia minta aku ke Kecemasan dan jumpa doktor kat sana. Kalau ada apa2 baru doktor kat sana akan refer aku ke situ balik...mmmm, aku dah macam konfius juga tapi aku pergi ajelah berjalan ke Kecemasan tu dengan suami aku. Dalam tak larat aku gagahkan juga sebab bukan senang nak minta suami aku bawa aku ke hospital. Itu pun aku yang ajak juga dia pergi hari tu, kalau aku tak ajak mungkin kini dan selamanya pun dia tak akan ajak aku pergi hospital untuk check masalah aku.

Sampai Kecemasan aku cerrita balik yang Klinik Pakar suruh aku ke situ sebab aku ada masalah dengan piyed aku dan aku lemah2 badan, letih, sakit kepala bla...bla...bla...sama juga explaination aku masa kat klinik tadi. Macam tape rosaklah aku kat situ. Lepas tu Kecemasan pula suggest aku ke KK untuk jumpa doktor kat sana dan dapatkan referral letter, lepas tu baru datang situ balik. Aku dah tak puas hati. Dah macam bola la aku ditendang ke sana ke mari. Hello! Aku sakit okey! Nak suruh aku ke sana ke mari la pulak! Apa masalah kau hantar je aku masuk jumpa doktor sekejap, kalau tak ada apa2 masalah kau tendanglah aku keluar balik! Masa tu aku tengok kat Kecemasan tu pun tak ramai orang, kalau nak jumpa doktor sekejap takkan
lah tak boleh. Kalau dah nama gomen tu tetap taraf gomenlah juga...hishhh!

Suami cadangkan aku patah balik ke Klinik Pakar tadi balik. On the way ke sana tu aku tanya juga suami aku, kenapa Kecemasan nak tolak aku ke KK balik untuk dapatkkan referral letter sedangkan memang aku ke hospital hari tu bersama dengan referral letter? Cumanya referral letter yang aku bagi kat klinik pakar tadi, diambiknya dan dibagi tarikh untuk fertility treatment je sedangkan aku nak
check masalah kesihatan aku juga. Suami aku pun terdiam jugalah berfikir...

Bila ke klinik pakar tadi balik, aku pun ceritakan yang Kecemasan nak tolak aku ke KK untuk dapatkan referral letter balik. So dah bincang2, diaorang pun suruh aku buat test darah kat situ. Alhamdulillah! Sekurang2nya adalah juga cara yang aku boleh buat untuk tahu masalah kesihatan aku ni. Aku bukan apa, dalam sebulan ni aku langsung tak boleh buat kerja2 rumah. Nak berdiri pun aku tak mampu dah aku rasa. Letih je badan. Kalau buat kerja sikit, naik tangga sikit, jantung aku rasa macam nak tercabut sebab berdebar2 sangat jadinya. Sampai bila aku nak melepet je kan? Kang suami aku yang tak faham masalah aku tu kata aku saja malas, kerjanya nak duduk saja tak nak buat kerja rumah pula sedangkan aku yang menanggung sakit ni tak ada siapa kisah.

Lepas ambik darah, aku dan suami pergi makan dulu. Katanya result dalam setengah jam tapi kami pergi balik ke sana sejam kemudian. Bila balik ke klinik tadi, tak sampai 5 minit, Nurse dah panggil nama aku. Katanya HB (hemoglobin) aku 5.5 jer...ni kena tahan wad ya, katanya! Aku
macam....ha??? HB normal sepatutnya 11 ke atas tapi aku punya HB ni consider sangat rendah. That's why lah aku lemah2 badan...tak cukup darah rupanya! Nasib baik aku desak2 juga nak check, kalau tak??? Itu pun Nurse2 kat situ dah bebel2 kenapa awal2 dulu tak nak datang jumpa doktor bila dah tahu ada masalah macam ni? Haiii...bila aku datang pun kau tolak aku ke sana ke mari, sekarang mau cakap banyak yer?

Okeylah...akan ada Part 2 berkenaan Aku Warded ni.....




CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...