Iklan

Showing posts with label Afif. Show all posts
Showing posts with label Afif. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA AFIF

Syukur Ya Allah! 

Gembira aku tengok keputusan yang Afif bawak balik untuk peperiksaan penggal pertama dia tempoh hari. Sebenarnya belajar pun last2 minit dengan dia sebab memo dari cikgu pun dapat beberapa hari sebelum periksa. Nasib baik Afif dah ingat dan ada sense dia sendiri nak menjawab soalan2 tu.

Keputusan sekolah agama agak jatuh berbanding dengan awal penggal hari tu tapi masih memuaskan hati aku. Cuma ada 1 kertas je dia dapat 70%. Itu pun sebab ada beberapa soalan dia tak jawab, mungkin tak sempat tapi untuk kertas Bahasa Arab, ustaz kata cuma dia seorang je yang dapat 100%.

So, inilah keputusan peperiksaan Afif untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan hari tu...


Ini antara kertas2 peperiksaan Afif yang lepas.

Ini keputusan dia dalam darjah. Dapat No. 7 dalam kelas tapi keseluruhan No. 34 daripada 195 orang. 6A 1B. Well done dear!

Kertas2 peperiksaan sekolah agama. 

Keputusan dalam darjah dapat No. 3 daripada 15 orang. Peratusan agak jatuh tapi masih memuaskan.


Ini keputusan periksa Afif masa awal penggal hari tu. Dapat No. 3 juga di dalam kelas tapi masa ni peratusan dia tinggi berbanding keputusan periksa yang terkini.

Mama harap Afif kekalkan prestasi macam ni sampai bila2 ya sayang...







Friday, 21 March 2014

TAHNIAH AFIF!

Afif baru selesai peperiksaan penggal pertama untuk Sekolah Agama minggu lepas. Mama memang alergik bila dengar periksa ni. Mulalah mama pun gabra.

Memang tak tahu nak ajar Afif macamana. Nasib baik sekolah ada bagi silibus pelajaran yang budak2 dah belajar, so kami ulangkaji sama2lah silibus yang dah belajar tu. Cikgu pun lagi dua hari lagi nak exam baru nak bagi surat kata nak exam. Nasib baik silibus pelajaran tak banyak. Sempatlah ulangkaji sekejap malam sebelum Afif masuk tidur.

Macamana nak ulangkaji dengan budak ni? Mana2 pelajaran yang kena menulis macam Jawi tu suruh dia praktis menulis la. Pelajaran yang dia kena hafal macam Akhlak, Tauhid, Bahasa Arab dsbnya tu aku duduk dengan dia dan baca sama2. Lepas tu soal dia ulang2 kali.

Alhamdulillah Afif nampaknya dah boleh juga baca tulisan Jawi sikit2 walaupun baru 3 bulan bersekolah. Ayat Kursi pun dah hafal walaupun sebelum sekolah dulu hari2 mama bacakan kat telinga pun tak juga hafal. Menulis Jawi pun nampak okeylah bagi budak Darjah 1 macam dia. 

So, minggu ni Ustazah dah start pulangkan semula kertas2 peperiksaan tu. Alhamdulillah sekali lagi bila mama tengok result Afif. Mama pun tak tahu macamana cara peperiksaan tu berjalan tapi tengok keputusan ni mama dah boleh tersenyum sampai ke telinga. Mama harap keputusan macam ni yang mama akan tengok sampai tamat sekolah.


Memang tak sia2 mama susah payah nak dapatkan Afif dulu. Sejuk je perut mama mengandungkan Afif. Mama doakan Afif terus cemerlang dan jadi anak yang berguna. Sayangggggg Afif. 

Abah dah promised kalau Afif dapat result bagus nak bawa tengok wayang...seronoklah budak tu dapat tengok wayang. Lagi seronok kalau abah bawa pergi bercuti. Bukan takat Afif je yang seronok, mama lagi seronok. Kesian juga kat Afif tu, jarang sangat dapat peluang bercuti...sesekali dia dapat bercuti kemana-mana memang dia ingat sangat tempat yang dia pergi tu. 

Wednesday, 29 January 2014

TANGGUNGJAWAB BARU

Bermula dari minggu lepas lagi Afif dah start dengan tanggungjawab baru dia...Ketua Kelas!

Alhamdulillah, mama tumpang gembira untuk anak mama. Walaupun Ketua Kelas je tapi mama pun excited. Afif pun nampak happy sangat dapat jawatan tu dari Ustazah.

Minggu lepas bermulalah kami sibuk mencari sampin merah untuk dia. Bila sekolah dah mula rupanya dah tak banyak tempat menjual baju2 sekolah...mana ku tahu :D Terpaksalah kami mencari di butik yang memang menjual baju seragam sekolah. Akhirnya hari Khamis, 23/1 tu lepas balik dari tampal gigi mama dan sebelum pergi cabut gigi Afif, kami ke The Store di Sungai Buloh. Dalam The Store tu tak ada, kami beli dari butik pakaian seragam kat luar2 tu. Gembiralah anak teruna tu dah dapat sampin merah dia.

Hari Jumaat lepas, 24/1/2014 dah bagi dia pakai sampin tu :)  


Hensem anak mama. Semoga lepas ni dapat jadi Pengawas sekolah pula ;)

AFIF JATUH TANGGA

Musim persekolahan baru je bermula, tak sampai pun sebulan lagi tapi Afif ni kasut sekolah dah nampak ada tercarik dah sikit. Beg sekolah pula dah terkoyak kat bawah gara2 dapat buku teks hari tu, diseretnya beg dia...apalagi, memang tersagatlah beg tu. Agak2, untuk setahun, berapa pasang kasut dan beg sekolah yang aku kena beli? Itu belum masuk kes dia tertinggal bekal makanan dan botol air. Tapi setakat hari ni bekal2 tu selamat dijumpai semula sebab mak cik kantin tolong simpankan.

Sebenarnya, ni nak cerita pasal Afif jatuh tangga minggu lepas kat sekolah. Katanya dia nak turun rehat kat kantin. Tangan dia penuh pegang botol air satu dan bekal makanan satu tangan lagi jadi katanya dia tak ada tangan nak pegang tangga. Kemudian dia tersalah pijak anak tangga, makanya terus slippery dan menggelungsurlah jatuh. Teruk juga dia jatuh tu kalau tengok pada luka kat belakang dia. Bila tengok kesan luka tu hati aku tersayat sangat. Aku dapat bayangkan macamana dia menggelumpur menahan sakit. Kalau kena kat kita pun mesti sakit apatah lagi kena kat tulang.



Tengok luka tu, dari kesan luka tu macam kena tulang belakang. Bila aku tengok je luka dia terus aku tanya  dia ada sakit tak kat tulang? Ada rasa tak boleh berjalan ke apa ke? Alhamdulillah katanya tak ada, cuma pedih luka tu saja.

Aku tanya kawan2 tolak ke? Katanya tak, dia sorang2 je tapi lepas dia jatuh ada abang2 (budak2 darjah 2 @ 3 la tu) tolong bawa dia jumpa cikgu. Tapi yang aku terkilan, katanya cikgu tengok luka dia dan bila aku tanya, cikgu tak letak ubat ke? Katanya tak, cikgu tengok je sebab ubat tak ada.

Masyaallah, rasanya setiap sekolah mesti kena ada First Aid Kits kan? Takkanlah sampai tak ada ubat langsung nak tolong letak kat luka anak aku tu. Dibiarkan je luka tu macam tu. Kesian Afif! Kadang2 sikap pihak sekolah yang macam ni lah yang buat ibubapa sakit hati. Bila kami bising, katanya kami terlalu manjakan anak. Tapi kalau jadi macam ni, di dalam kawasan sekolah, tanggungjawab siapa? Memanglah salah anak aku sebab kecuaian dia tapi aku cuma minta cikgu lebih prihatin. Kalau ada patah tulang atau terjadi apa2 yang lebih serius macamana?

Macamanalah hati seorang ibu macam aku ni tak risau nak lepaskan anak walaupun ke sekolah? Sudahlah anak aku sorang itu je, kalau jadi apa2 pada dia, mana lagi aku nak cari pengganti? Semoga lepas ni Afif akan lebih berhati2. Harap2 juga sekolah dah mula beli First Aid Kits untuk kegunaan sekolah!

Tuesday, 29 October 2013

PADA SIAPA NAK KU WARISKAN??

Petang ni tiba2 rajin pula mengemas gobok anak teruna aku. Agak lama juga tak kemaskini baju2 dalam gobok dia yang mana boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Nasib baiklah anak teruna aku ni, baju masa dia umur 2 tahun pun muat pakai lagi...tapi pakai kat dalam rumah ajelah! Tak melebar dia ni, cuma memanjang je :)

Kemas punya kemas, agak banyak jugalah baju2 dan seluar yang dia dah tak muat nak pakai. Semuanya dah senteng2. Ada juga yang aku belasah je bagi dia pakai. Maklumlah mama dan abah dia ni asal shopping je baju raya. Selain hari raya memang tak pernah nak shopping baju2 anak. Sebab tu semua baju anak aku dah senteng2. Kalau ada baju baru pun disebabkan pemberian orang. Kadang2 nenek dia bagi, kadang2 mak lang atau umy (panggilan Afif untuk kakak aku) dia yang bagi.

Bila tengok banyak baju2 yang dia dah tak boleh pakai, rasa sayang je. Bukan nak buang pun, semua baju2 dia yang dah tak muat aku letakkan dalam satu bekas. Nak buang lagilah sayang. Mulalah terfikir, kalaulah Afif ada adik, adalah juga pewaris kepada baju2 lama dia tu tapi Afif tak ada adik, pada siapa aku nak wariskan semua barang2 dia? Lama2 semua baju2 dia dan permainan2 dia mungkin aku terpaksa buang saja kot. Nak bagi pada anak2 saudara yang lain rasa macam ada sentimental value kat situ, sayang nak bagi. Bukan kedekut tapi semua tu menjadi satu-satunya kenangan dan memori buat aku.

Ya Allah, Kau lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu ini namun aku masih tidak putus2 berdoa dan berharap agar Kau murahkanlah lagi rezeki buat aku dan suami. Janganlah Kau biarkan anakku keseorangan di dunia ini tanpa saudara terdekat yang dapat menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.  

Monday, 21 October 2013

PANTASNYA MASA BERLALU

Eh, aku tak teringin pun nak bercerita pasal Hari Raya AidilAdha yang lepaskan? Macamana nak bercerita kalau raya aku macam hari2 biasa je, tak ada yang best pun. Dahlah tahun ni kakak aku beraya dia kampung suami dia bersama anak2. Ini sebab kes dia beranak masa raya Aidilfitri lepaslah. Lepas beranak berpantang kat rumah mak aku walaupun raya tu turn dia kena beraya kat kampung belah laki dia. So terpaksalah dia tukar turn kali ni. Bermakna aku dan anak-anak buah aku tak akan bertemulah lagi setiap kali raya...huuuuu. Sedih!!!!

Ceritalah sikit pasal raya korban hari tu ek. Aku raya tu tak pakai baju raya pun. Mujur tak beli baju baru sebabnya aku jadi orang dapur je. Mak aku tak berapa sihat...sakit lutut. Menu pagi raya tu pulut bersama rendang (yang ni mak aku sempat juga buat dalam sakit2), pas tu aku buat mee kari. Alhamdulillah menjadi mee kari aku walaupun baru first time aku mencuba buat...muahahaha!

Ayah aku sibuk di masjid. Suami aku lepas balik sembahyang raya, bawalah anak teruna aku yang sorang tu nak tengok lembu kena korban tapi rupanya anak teruna aku tu penggeli! Di ajaknya abah dia balik sebab geli tengok lembu kena korban dan takut tengok darah...teruna oh teruna! Aku ingatkan nak bagilah dia pengalaman tengok semua tu tapi lain pula jadinya.

Seharian tu aku cuma dok rumah ajelah. Sambil2 dok tu aku membuat reben untuk dilekatkan kat botol2 cenderahati pada tetamu untuk majlis perkahwinan adik2 aku bulan November ni nanti. Sebelah petang barulah Pak Teh aku datang bersama isteri dan anak-anak dia. Malamnya, lepas adik aku belikan kek bersempena belated birthday mak aku pada 10/10 lepas, barulah kami bertolak balik rumah. Kena balik jugalah sebab si teruna aku tu nak sekolah esoknya.

Oh, ni nak bercerita pasal teruna aku. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 dah dia. Aku ni masih dalam dilema nak fikir pasal sekolah anak. Suami aku pula bila diajak berbincang macam tak kisah. Bila ditanya, jawapannya tak tahu! Kadang2 hati aku ni sakit sangat tapi aku terpaksalah pendam saja. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Sekolah yang dekat dengan rumah ni, aku agak kurang berkenan sikit nak masukkan anak aku ke sana. Sekolah tu bukannya berprestasi tinggi. Bukanlah anak aku tu bagus sangat tapi aku nak dia bergaul dengan rakan2 yang boleh diharap. 

Persekitaran kawasan rumah aku ni budak2nya macam tak sesuai sikit untuk membesarkan anak. Biasalah rumah kos sederhana ni macam2 masalah ada. Aku ni nak lepaskan anak aku keluar bermain kat luar pun aku berfikir banyak kali. Aku risau! Sekarang ni anak aku diam tak diam dah pandai, setiap petang mesti nak keluar bermain dengan kawan2. Mula2 aku memang berat hati nak lepas dia keluar main sorang2 kat bawah tu. Mujur padang permainan ni depan tingkap rumah aku. Setiap kali dia turun, aku akan pastikan betul ada kawan bersama dia. Masa tu aku dah tak boleh nak buat kerja, dah jadi jaga pula aku depan tingkap tu dok perhatikan dia. Rasa nak alih pandangan sekejap pun berat je hati. Kadang2 aku terfikir, aku ni terlalu mengawal anak ke? Entahlah...apa yang pasti, aku risau. Kadang2 tengok dia bermain dan terjatuh pun aku dah menggelabah. Tengok kawan2 dia buli dia pun aku dah serba tak kena. Macamanalah aku nak biarkan anak aku masuk Darjah 1 ni??? Boleh ke dia berdikari? Pandai ke dia mencari kawan yang baik2? Takkan ada ke budak2 yang akan ambil kesempatan dan membuli dia nanti? Risau dan risau lagi :(

Sebab itulah kalau boleh aku nak anak aku tu dihantar ke sekolah tahfiz sekurang-kurangnya. Bila aku bercakap dengan suami, mula2 dia kata hantar ajelah, anak sorang je pun bukannya ramai. Tapi bila aku ajak dia survey sekolah2 tahfiz yang ada, lain pula alasan dia. Katanya kan dah register sekolah? Pulak dah! Angin satu badan aku ni. Apa orang lelaki ni semua benda pun nak ambil mudah dan ringan ke? Apa diaorang tak ada perasaan risau ke? Dahlah nak 'buat' anak yang sorang tu pun bukan mainlah perit dan jerih yang aku kena lalui. Kena cucuk sana, kena cucuk sini. Kena makan itu, kena makan ini...alih2 macam tu je jawapan yang aku terima. Sedih lagi :(

Kalau nak masukkan anak aku ke sekolah tahfiz, sekurang2 satu sessi je. Tak perlulah dia terkejar2 balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Lepas tu malam nak belajar mengaji pula. Kat sekolah tahfiz tu semua dah lengkap. Agamanya dah diajar, mengaji dah diajar dan silibus sekolah kebangsaan pun diajar di satu tempat saja. Memanglah belanjanya mahal sikit tapi bak kata suami akulah, anak sorang je pun! Kalau nak kejar2 cari duit pun untuk siapa? Bukan untuk anak juga? So, aku memang betul2 nak yang terbaik untuk anak tapi macamana lagi aku nak cakap dengan cik suami aku ni??  

Friday, 1 February 2013

WELCOME FEBRUARY!

Sekejap je dah masuk bulan Februari. Bertambah lagi umur aku sebulan :( Bila agaknya aku nak mendapat perkhabaran gembira? Harap2 tahun ni adalah khabar yang aku tunggu2 tu. Aku bukan apa, selalu terfikirkan Afif. Kesian Afif. Dah 5 tahun hidup dia seorang diri, tak ada kawan. Walaupun dia kecik tapi aku tahu dia pun ada hati & perasaan. Kadang2 bila dia ajak aku main dan aku tak nak, dia akan keluarkan ayat sedih dia..."Afif tak ada kawan." Huwaaaaaaaaa :'(

Hari tu aku saja2 usik Afif. Aku kata nak ambil anak kakak aku yang kecik bawa balik rumah supaya Afif ada kawan nak main. Dah dia tak nak pula. Afif ni cemburu kuat oooo. Kalau aku main dengan anak2 buah aku dan puji2 diaorang, mesti dia akan suruh puji dia gak. Kalau aku peluk anak2 buah aku, mesti dia suruh peluk dia gak. Bukan takat cemburukan sepupu2 dia, tapi dengan abah dia sendiri pun dia cemburu. Dia tak boleh tengok abah dia mesra2 sikit dengan aku. Mesti dia akan terus menerpa kat aku dan duduk tengah2 antara kami. Kesimpulannya kalau nak mesra2 dengan abah dia, kena tunggu dia tak ada @ tidur ajelah :D

Hari ni dah CD 16. Tengari tadi test OPK tapi cuma naik 1 clear line & 1 line lagi sangat2 faint. Mungkin 2 hari lagi test lagi kot. Maklumlah aku ni tak buat BBT chart sebab malas & tak pandai guna chart dalam FF tu :D

Oklah, aku tak sihat hari ni so takde mood dan idea sangat nak melalut. Ni semua gara2 En. Mat Naat lah ni yang bawa balik virus ke rumah! Nak gi tdo jap. Bulan ni hormon tidur aku kuat plak, tak macam bulan lepas. Aku pun tak pasti sama ada hormon mempengaruhi aktiviti tidur aku tapi serius aku perasan yang bulan ni aku asyik ngantuk & senang je nak tidur :)

Saturday, 26 January 2013

AFIF DEMAM

24/1/2013 bersamaan masa cuti Maulud Nabi tu Afif tiba2 diserang demam tapi demam dia tak kuat sangat. Abah dia yang perasan dia demam, aku tak perasan pun sebab Afif ni badan dia memang sentiasa panas.

Walaupun hari ni sepatutnya cuti, tapi En. Mat Naat seperti biasa tak cuti. Aku bercadang nak bawa Afif ke Giant, nak potong sikit rambut dia yang dah panjang tu. Sambil2 tu jalan-jalan ajelah daripada berbosan2 di rumah berdua. Lagipun aku ada nak beli sayur2 sikit. Hari Sabtu ni adik perempuan aku nak bertunang, jadi aku diberi tugas untuk masakkan tomyam pada hari tu.

Masuk je dalam Giant tu, Afif aku terus letakkan dalam troli. Aku ke bahagian cadar, aku cari bantal, selimut & tuala. Bukan nak beli tapi nak buat lapik Afif tidur :D Aku lapikkan selimut lepas tu letakkan bantal, terus dia tidur dalam troli tu & aku selimutkan dengan tuala. Kesian pula tengok dia macam tu sebab aku yang beria-ia nak potong rambut dia hari tu juga. Bukan apa, aku nak dia nampak kemas sikit masa kenduri Sabtu ni...boleh gitu? Mulanya masa keluar rumah badan dia tak panas sangat pun, tapi bila dia dah mula tidur dalam troli tu baru aku rasa badan dia panas. Mujurlah dia tertidur & aku melambat2kan acara pembelian aku supaya dia ada peluang untuk tidur. Bila dia terjaga, semua dah settle tinggal nak bayar. 

Lepas bayar, kami ke KFC untuk makan. Bila tanya Afif nak makan apa, dia mesti akan cakap nasi & ayam. Mana lagi aku nak cari nasi & ayam kalau tak kat KFC. Tak payah nak fikir TTC sangatlah time tu sebab memang terpaksa gak aku telan fast food tu. Itu sajalah makanan yang Afif boleh telan. Nasib baik Afif tak meragam sangat.

Lepas makan baru pergi potong rambut. Afif ni penakut betul nak potong rambut. Dia takut dengan mesin yang orang guna untuk cukur rambut tu. Setiap kali potong rambut, memang kena cakap kat tukang gunting rambut jangan guna mesin tu. Lepas potong rambut barulah kami balik. Afif pun nampak cergas dah. Afif ni kalau demam memang jarang aku tengok dia melepet je. Dia tetap cergas macam tak sakit. Kalau dia melepet tu barulah aku risau.

Satu perkara lagi, Afif amat2 susah nak makan ubat. Jangankan ubat biji, ubat cair pun dia tak boleh telan. Kalau dipaksa juga dia boleh muntah. Kalau dah muntah, dah satu lagi kerja aku nak lap muntah dia. Dulu perkara ni dah pernah terjadi kat aku 2 kali rasanya dan aku cuak juga kalau nak paksa dia makan ubat. Tadi kat Giant aku belilah panadol biji untuk budak2 tu. Harapan aku bila aku campurkan dalam milo dia nanti, dia tak akan perasan. Itulah satu2nya cara yang ada sekarang nak bagi dia makan ubat. Nampaknya dah 2 malam aku buat macam tu dan alhamdulillah dia minum juga milo dia sampai habis. Tapi akulah yang kena disoal jawab oleh dia dulu. Jangan ingat dia tak perasan rasa lain dalam milo dia. Jenuhlah aku bohong sunat kat dia. Aku kata Afif demam sebab tu tekak Afif rasa tak sedap. Aku suruh dia sedut cepat2 milo tu baru tak rasa. Afif ni masih minum botol lagi jadi senang sikit kerja aku. Moga2 cepat sembuhlah anak aku daripada demam. 

Wednesday, 23 January 2013

AFIF NAK ADIK....:(

Okey just nak bagitahu yang semalam aku bergurau2 dengan Afif. Aku biasa panggil dia 'baby'. Walaupun anak dah besar tapi suka sangat panggil dia baby...rasa manja & sentiasa ada anak kecik je. Selalunya bila dia nak pergi sekolah, lepas salam aku mesti aku akan cakap..."Bye baby, I miss you baby & See you baby." Lepas tu dia akan balaslah..."Bye honey, I miss you honey & See you honey." Dia bahasakan aku 'honey' plak. Mula2 dulu okeylah, tapi sekarang dia dah agak segan tambah2 bila atuk, nenek dan abah dia selalu ejek2 dia. Bila dia nak sebut 'honey' tu dia akan slowkan suara dia. Bengang betul aku dengan orang yang suka gelakkan perbuatan anak kita yang kita dah asuh dari kecik...bukannya salah pun panggil mama dia 'honey'kan?

Oh...berbalik pada kisah tadi...aku saja2 panggil dia 'baby' banyak2 kali. Lepas tu ini di antara dialog aku dengan Afif...

Afif: Mama panggil Afif baby ya tadi?
Aku: Ya la, Afifkan baby mama, mestilah mama kena panggil baby.
Lepas tu dia datang kat aku. Aku tengah baring atas sofa. Dia duduk melutut pastu kepala dia tunduk pandang kerusi.
Afif: Tapi...Afif nak adik...(slow je dia cakap)
Aku: (Terkejut sebab tiba-tiba dia cakap nak adik). Kenapa Afif nak adik?
Afif: Afif tak ada kawan.
Aku: Ala...kalau Afif ada adik nanti Afif gaduh dengan dia macamana? Nanti dia nak rebut mainan Afif macamana?
Afif tunduk je. Dia tak bercakap dan sedih muka dia. Bila aku tanya dia lagi, dia cuma kata...nanti2, Afif tengah fikir.

Kesiannya anak aku...mama akan usahakan Afif supaya Afif akan ada kawan nak bermain nanti. Kalau mama boleh beli adik kat pasar, mesti mama dah segera belikan untuk Afif :(

 Semalam je, 2 kali Afif bagitahu aku dia tak ada kawan nak main. Dia ajak aku main kereta dengan dia & masa tu pula aku tengah layan Hingga Hujung Nyawa...acaner tu?? Bila aku suruh dia main dulu, terus dia cakap dia tak ada kawan. Sedihlah mama macam ni....rasa macam mama ni bukan mama yang baik je sebab tak mampu nak bagi apa yang Afif nak. Mama cuba Afif, hingga hujung nyawa mama akan cuba....huhuhu :(

Saturday, 19 January 2013

AKU PALING TAK SUKA KENDURI!

Haiii...ada kendurilah pula kat bawah ni. Jiran sebelah rumah pula tu yang buat kenduri. Tak nak pergi kang dikatakan sombong. Itu pun dapat jemputan lebih kurang pukul 11.30 tghr tadi masa En.Mat Naat nak keluar pergi kerja. Agaknya kalau dia tak keluar, aku tak dijemput ke macamana?? Aku ni memang bangsa yang tak reti nak keluar rumah. Kalau tak ada benda nak dibuat kat luar, memang memerap dalam rumah ajelah aku dengan si Afif tu. Kadang2 kesian juga kat Afif tapi biarlah ajar dia suka duduk rumah daripada dia dah biasa asik keluar rumah, esok besar suka melepak sana sini pula.

En. Mat Naat kata kenduri start lepas Asar. Nak turun bawah menolong terasa malas pula sebab aku ni hari ke-2 period, badan rasa lemah & letih je. Kepala jangan cakaplah memang berat & mamai2 dari hari tu lagi. Tak apalah, aku turun lepas Asarlah! Tolong kemas2 lepas kenduri pun menolong juga namanya.

Dalam pukul 5 petang aku pun turunlah dengan Afif. Sampai je dalam dewan kat bawah blok aku ni, jumpa jiran aku yang duduk depan rumah. Nampak muka aku, terus dia sound "Hai...baru nampak." Slow je dia cakap. Arghh...aku peduli apa dengan kata2 dia tu, bukan majlis dia pun yang dia nak sound2 aku. Aku punya masalah, sakit ke apa ke ada dia tahu? Mulanya aku ingatkan kenduri doa selamat biasa2 je, sekali aku sorang yang turun pakai seluar daaa...ahh, lantaklah! Aku nak dok belakang je pun bukan nak tayang body kat depan2 tu.

Aku terus menuju ke sekawan kakak2 yang dari blok2 situ juga. Adalah dalam 5-6 orang. Masing2 tengok muka aku masa aku masuk tu macam nampak hantu. Aku tahulah diaorang tak kenal aku & aku pun tak kenal diaorang :D Adalah 2-3 muka yang aku biasa nampak tapi nama haram aku tak tahu! Aku memang bukan bangsa suka melepak berbual2 & duduk luar rumah. Entahlah, mungkin sebab aku tak pernah dibesarkan di flat ke? Aku dari kecik duduk rumah teres, bila dah kawin ni aje baru aku pindah ke rumah flat. Jiran2 pula bukan yang lebih kurang umur aku, semua dah beranak pinak dan anak dah jadi anak dara & teruna. Alasannnnnn :p

Aku ni memang kategori tak banyak bercakap kalau bukan dengan orang yang aku kenal. Aku dah pernah buat dalam entry sebelum ni, kalau orang tak tegur aku memang aku tak akan manis2 mulut nak beramah mesra. Tapi, aku taklah menyombong. Cukup sekadar melemparkan senyuman. Senyuman itukan sedekah? Kakak2 jiran aku ni memang rajin benor berkumpul. Bukan aku tak nak join, tapi salah satu matlamat aku berhenti kerja dulu sebab aku nak kurangkan dosa sikit. Masa aku bekerja dulu, rasanya banyak benor dosa aku mengumpat sebab pejabat aku dulu politik memang kuat. Setiap hari mesti akan mengumpat dan gosip. Jiran2 aku ni pun kadang2 aku terdengar juga diaorang bergosip bila dah berkumpul tu...minta dijauhkanlah. Kadang ada benda yang memang aku nak tahu & tanya barulah aku berhenti berbual dengan diaorang. Bagi aku lebih baik berdiam diri dari melibatkan diri dengan dosa sebab dosa yang aku ada sekarang pun belum tentu aku mampu nak tanggung. Biarlah orang nak kata aku sombong ke apa, asalkan aku tak pernah ganggu hidup diaorang atau menyombong. Kalau terjumpa aku tak kedekut dengan senyum. Takkan sekadar aku tak rajin duduk melepak bersama nak anggap aku yang bukan2?

Habis kenduri, aku stay tolong2 apa yang patut. Kang dikata aku ni datang nak makan je, menolong tak nak pula...eh, tak adalah, aku memang ikhlas menolong. Ala, jiran aku kot. Takkanlah tak nak menolong! Aku kalau bab tolong2 kemas atau basuh2 pinggan bolehlah tapi kalau bab2 nak tolong memasak atau potong2 tu aku berat sikit sebab aku suka benda2 tu dilepaskan pada tangan2 yang lebih senior. Tengah dok basuh pinggan kat luar, Afif datang memekik ajak balik. Tadi dia tak kacau sebab ada kawan. Bila kawan dia dah balik, dia dah mulalah bosan. Terjerit2 dia kat dalam dewan tu panggil aku & aku tahan sabar je kat luar. Sekali boleh pula dia datang kat pintu & cakap..."Mama, jomlah balik. Kenapa mama nak buat kerja tu ha? Mama ingat ni rumah kita ke? Ni bukan rumah kita tahu tak?". Anak aku kalau bercakap memang boleh tahan, kadang2 memang kena cubit juga kaki dia tu. Aku punyalah malu sebab terang2 dah tak ramai kat dalam dewan tu. Mesti semua orang boleh dengar suara dia...Lama2 dia asyik dok menjerit, terpaksalah aku angkat kaki dulu. Memang dia kena syarahan akulah lepas tu...sabar ajelah!




CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...