Iklan

Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Friday, 26 September 2014

EARLY MENOPAUSE??

Mmm...sedih!

Semalam aku mendapat mesej WeChat dari adik perempuan aku. Kami 3 beradik perempuan ada buat satu group di WeChat untuk bersembang hal2 kami aje. Semalam adik aku ada follow up appointment di Ampang Puteri untuk masalah period dia, so sajalah bertanya keputusan ujian darah yang dia dah buat beberapa minggu lepas tu.

Katanya dia tengah sedih. Allah, apa pula keputusan ujian tu yang buat dia sedih? Aku faham situasi dia...sedih, hampa, kecewa mesti tengah menganggu fikiran.

Tengah aku nak korek apakah kesedihan dia boleh pula bateri telefon dia nak habis...ni yang aku hangin ni! Aku dah tengah excited, dia potong stim lak. Tak apalah, aku sabar ajelah. Nanti mesti dia bercerita punya.

Aku memang tunggu je mesej dia. Bila Ipad aku berbunyi terus aku jengah kotak mesej. Alhamdulillah ada mesej dari dia.

Katanya dia sedih sebab daripada blood test yang dibuat tu Doktor assumed dia on early menopause symptom. Allahuakbar! Aku turut terkejut dan bersedih. Umur dia masih muda, baru 32 tahun. Baru berkahwin 10 bulan dan belum pernah merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan menjaga anak sendiri.

Tapi aku bagi dia semangat. Aku tanya teman2 dalam grup TTC apa yang boleh dibuat kalau terjadinya perkara macam tu? Alhamdulillah ada juga yang berpengalaman yang sama dan bagi sedikit tips so aku terus sampaikan pada dia. Aku tak nak dia down. Aku tak nak dia putus asa. Aku tak nak hormon dia terganggu lagi.

Aku minta dia cuba macam-macam supplements yang teman2 TTC cadangkan. Aku minta dia cuba pelbagai alternatif lain juga...akupunture, homeopati dan segala yang boleh dicuba. Dia bekerja, dia ada pendapatan mungkin tak ada masalah semua tu berbanding aku yang tak bekerja ni hanya mampu menadah tangan berdoa sahaja.

Adik aku ni sebelum kahwin lagi ada masalah dengan period dia. Katanya setahun mungkin 2-3 kali sahaja dia period, itu pun tak banyak darah yang keluar. Lepas kahwin rasanya baru 2-3 kali juga dia period. Itupun selepas dia makan ubat yang doktor bekalkan.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...kasihanilah Adikku, berikanlah dia peluang untuk menjadi ibu. Berilah dia merasa pengalaman dan nikmatnya menjadi wanita. Berilah dia peluang untuk menjadi isteri yang memenuhi keperluan suami. Ya Allah, murahkanlah rezeki Adikku. Mudahkanlah dia mengandung. Suburkanlah benih2nya dan kurniakanlah dia anak2 yang soleh solehah.

Aku tak maksum yang mana doa aku akan dimakbulkan Allah tetapi aku rasa aku perlu mendoakan dia. Dia adik aku yang terpaling baik. Dialah yang menjaga anak2 buah dan juga anak aku sewaktu mereka masih kecik. Semua anak2 buah kami dan anak aku juga suka pada dia. Walaupun kadang2 dia garang tapi tak pernah ada di antara budak2 tu yang bencikan dia. Dia rajin melayan dan bawa budak2 tu berjalan. Dia suka manjakan budak2 tu dengan membeli macam2. Aku selalu bayangkan macamana agaknya kalau dia ada anak sendiri nanti.

Tapi perancangan Allah tu tak ada siapa yang tahu dan perancangan Allah juga yang terbaik buat hambaNya. Bagi aku, aku dah melaluinya dan dah banyak airmata aku yang mengalir. Buat dia, dia baru nak merasai. Semoga dia tabah dan tak putus2 berdoa.

Ya Allah, sesungguhnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku turut bersedih untuk dia.     

Tuesday, 17 December 2013

AKU WARDED LAST EPISOD

Adehhh...janganlah marah! Aku tau kisah Aku Warded ni tergantung, tak habis. Bukan apa, sebab aku tak balik rumah, aku dok kat rumah mak aku lagi sebab cuti sekolahkan? Anak2 sedara semua ada kat sana, tu yang bawa anak aku balik sana. Kat sana, aku update blog guna Ipad jerrr. Alkisahnya aku tak berapa mahir update blog guna Ipad! Bila aku menaip panjang2, kat Ipad tu keluar separuh je daripada apa yang dah aku tulis. Nak mencari balik segala yang aku dah tulis tu menggagau juga so aku cakap kat diri aku, sabar sajalah dan tunggu bila balik rumah baru update blog. Sebab tu jugalah entry pasal Aku Warded tu sampai Part 3 bagai :D

Okey bersambunglah kisah malam aku di wad. Lepas masuk air tu aku terus terlelap. Maklumlah dah telan panadolkan? Barulah aku rasa aman lelapkan mata. Apa jadi dengan kakak kat depan aku pun aku dah tak tahu. Pagi2 tu aku terjaga dalam pukul 7 kot. Berpeluh2 badan aku, kesan panadol semalam. Terus aku bangun. Tengok2 sarapan dah dihidangkan kat depan aku. Bihun goreng! :p Bangun je aku terus ke bilik air untuk mandi. Rasa badan tak selesa pula dengan peluh2. Lepas mandi rasa segar sikit badan. Nasib baik ada air panas kat bilik air tu.

Aku pun mulalah jamah sarapan. Tak sedap kot bihun tu! Entah rasa lembik berlendir je. Tak habis pun aku makan. Lepas makan lepak2 balik atas katil. Katanya duduk hospital, apa lagi yang boleh aku buatkan? Nak pergi melangut tengok tv rasa malas pula nak berjalan. Baring2 sekejap, lepas tu biasalah ada je nurse yang datang nak check bp, ada je doktor yang datang tanya itu ini. 

Entah macamana mata rasa mengantuk pula, tidur balik. Biasanya pagi ke tengahari doktor2 termasuk specialist akan datang melawat dari katil ke katil. Bila doktor2 tu datang, aku terasa macam ada lawatan sambil belajarlah pulakan? Sorang doktor tanya masalah, yang lain2 tengok je aku. Terasa macam orang bersalah pun ada! Itu salah satu sebab aku tak suka masuk hospital. Macam2 doktor dok datang tanya masalah kita padahal dah berkali2 kita bagitahu. Yang syoknya bila pakar dah tengok aku, katanya aku dah boleh discharge hari ni. Yabedabedu!

Sebenarnya esoknya tu aku dan kakak aku dah plan nak buat sambutan harijadi untuk adik pompuan aku, ayah aku, anak aku dan anak sedara aku. Tup-tup aku kena tahan wad, majlis tu terpaksalah kansel tapi bila aku dah boleh keluar ni, cadangnya nak suruh kakak aku teruskan je tapi kena buat simple2 dahlah sebab aku masih tak larat lagi.

Sebelum aku boleh discharge, doktor suruh aku buat UPT test, Pap Smear dan ambil sampel tisu dari dinding rahim dulu. Air kencing aku dah bagi kat nurse tapi pap smear dan ambil sampel tisu tu kena petang2 sikit sebab alat nak guna tu belum sampai lagi.

Tengahari tu suami aku tak datang pun melawat. Aku cuma call dia dan kata aku dah boleh discharge petang nanti. Mak dan kakak aku nak datang melawat pun aku tak bagi sebab petang tu aku dah nak balik. Petang lebih kurang pukul 4 kot doktor datang panggil aku dan kakak katil depan tu untuk pap smear. Kakak tu dah buat2 muka. Katanya sebelum masuk wad dia dah buat kat klinik O&G bawah tu. Aku suruhlah dia bagitahu doktor.

Masa tunggu kat luar bilik untuk pap smear tu, ada sorang doktor pelatih ni perempuan nak minta izin nak tengok proses macamana pap smear dibuat. Aku tak bagi sebab aku segan kot! Lepas tu tak lama dia tegur aku, dia tanya aku takut ke? Aku cakap aku tak takut tapi aku takut kalau doktor lelaki yang buat sebab doktor yang incharge aku tu doktor lelaki dan muda lagi. Aku nampak doktor tu yang dok pi balik pi balik dari bilik tu. Tapi dalam hati berdoa je supaya dia tak ada masa aku buat semua tu nanti.

Tup2 bila aku kena panggil masuk, doktor lelaki tu ada juga. Cuma doktor tu dan doktor pakar je kat dalam tu. Macamanalah aku nak halau doktor lelaki tu sebab dah tak ada assisstant lain. Nak tak nak aku terpaksa melalui semua tu depan doktor tu. Memang aku sakit hati dan geram ok! Terasa macam hak aku dicabuli. Kenapalah mesti ada doktor lelaki di wad O & G? Uwaaaaa........

Ok, aku cerita pasal prosedur pap smear tu la lagi best.Aku sakit hati pula masa nak buat pap smear tu, masa tu la baru doktor lelaki tu nak sediakan bahan2. Bayangkan aku dah terkangkang kat situ, alat nak membuka ruang dah dimasukkan, tapi proses belum berjalan. Rasa terseksa sikitlah kat situ bila kita punya tutt ada benda dok sekat lama2. Buat pap smear tak terasa sangat tapi bila proses nak ambil tisu dari dinding rahim tu memang menyakitkan. Sekali korek, doktor tu kata tak boleh sebab tisu dah hancur ke apa tah, so dia korek sekali lagi. Memang sakit giler kot! Aku sampai terpejam2 mata menahan sakit. Dah tu doktor tu pula buat kerja lembab, sambil dok berleter2 kat doktor lelaki tu la apa la! Aku dahlah seksa dok mengangkang lama2.

Lepas habis semua tu, baru terasa lega tapi perut aku sakit. Terasa macam kena contraction pain pun ada. Doktor pesan soh pakai pad lepas tu. Nasib aku bawa pad. Turun dari katil pun dah macam baru lepas sunat. Dah tu kena berjalan ke bilik pun perlahan2 je aku gerak. Lepas pakai pad, aku duduk atas katil. Ingat nak baring sebab perut terus rasa sakit. Barulah aku nak rasa badan sihat sikit, tup2 time nak balik tu lah sakit balik. Kakak yang katil depan aku pula datang, aku terus tak jadi baring. Duduk dok layan dia bersembang pula. Dia tak jadi buat pap smear sebab doktor kata darah piyed dia masih turun banyak. Selamatlah dia. 

Tak lama, pukul 5 lebih suami aku pun sampai. Lepas dia pergi solat, dia pergi uruskan bil aku. Kemudian doktor pun datang bekalkan ubat2 untuk aku makan kat rumah nanti. 7 jenis ubat kau! Hambekk! Bila ubat dah habis stok nanti, doktor dah siap2 bagi prescription ubat untuk diambik kat farmasi bulan Januari nanti. Then next appointment will be on 17/3 next year! Lama gilerr aku nak tunggu next appointment ya.

Settle semua, aku pun tukar baju dan kemas2 beg. Salam kakak depan katil aku tu. Tinggallah dia sorang2 malam tu sebab aku tak nampak ada orang baru masuk pun. Sebelum balik singgah cafe dulu temankan suami aku makan. Aku terus tak ada selera nak makan. Badan dan perut pun sakit je. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah.

Kat rumah semua dah tahu kisah aku masuk wad. Cepat pula tersebar berita aku ni. Aku tak larat nak sembang banyak2 sebab jantung aku masih copot, masih berdegup laju gak lagi. So aku banyak duduk dan baring je. Nak bangun pun seksa jugalah dengan perut yang sakit.

Esok tu alhamdulillah aku dah okey sikit. Dapatlah aku menolong kakak aku menyiapkan sikit2 juadah untuk majlis sambutan harijadi tu. Dapatlah kami menikmati hidangan bersama2 nanti. Suami aku pula tengahari tu dapat berita mak dia a.k.a mak mertua akulah tu masuk hospital pula. Dia kena jangkitan kat dalam usus. Malam tu suami aku dan abang dia akan bertolak balik kampung. Aku tak dapat nak ikut sebab kondisi masih belum stabil. Suami aku dah macam menjaga orang sakit berganti2lah :D

Okey, itulah pengakhiran kisah aku di wad...moga2 cepatlah aku sembuh sebab aku nak berTTC balik ni. Buat masa ni doktor suruh aku stop dulu TTC sebab aku kena makan pil perancang selama 6 bulan untuk regularkan period aku dulu. Harap2 semuanya akan berjalan lancar dan ada rezeki aku nanti.   

Thursday, 31 October 2013

SURAT REFER HOSPITAL UNTUK O & G

Tadi pagi2 ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tujuan ke sana sebab anak terunaku yang sorang ni demam...semalaman dia tak boleh tidur, sakit kepala katanya. So, risaulah juga aku. Budak kecik macam tu dah sakit kepalakan?

Bila dah sampai KK, aku pun terus register sekali sebab aku nak check apa masalah dengan period aku yang berlanjutan ni tapi kerani pendaftar tu kata kalau untuk anak aku kena ke bahagian ibu mengandung & anak. Laa...pulak dah! Tak apalah, terpaksalah masuk jumpa doktor asing2. Aku ingat tadi nak cepatkan kerja, boleh la masuk sekali. Aku pun tinggalkan IC aku kat pendaftaran tu dan bawa anak teruna aku ke bahagian ibu mengandung dan anak untuk mendaftar kat situ pula.

Sambil duduk menunggu giliran, tengoklah juga gelagat ibu2 tengah mengandung dan baby2 yang baru lahir. Terimbau kembali kenangan 6 tahun lepas masa bawa anak aku untuk check up setiap bulan. Rindunya nak merasai semua tu kembali...insyaallah!

Nasib baiklah abah Afif ada, so dialah yang menunggu untuk Afif sementara aku menunggu kat tempat lain. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah menunggu baru dapat masuk jumpa Doktor. Nasib baiklah doktor tu tak adalah layan aku gitu2 aje. Apa aku tanya dia jawab dan dia jawab details juga, so aku rasa berbaloilah aku menunggu 2 jam lebih tu. Dia tanya umur berapa aku start datang bulan? Dia tanya macam2 lah pasal period aku dan aku pun explain sekali yang aku tengah TTC sekarang. Tanpa aku minta, dia sendiri ambik surat rujukan untuk aku. Katanya kat KK memang tak ada peralatan khas untuk check semua ni.

Surat rujukan ke O & G dah ada...surat rujukan untuk fertility treatment pun dah ada tapi aku aje yang tak pergi2 lagi...sedih! Kalau ikutkan aku esok juga nak pergi tapi encik suami pula yang macam tak endah je. Dah tak pernah tanya pun bila nak pergi start balik treatment ke apa. Asik kerja je manjang...abah, anak tu pun rezeki juga, bukan kerja itu je rezeki....uwaaaa! Kalau aku ada transport, tak payah tunggu dia, aku boleh redah je :D

Tuesday, 24 September 2013

2nd STEPS - KIRIM DOA PADA KAWAN YG BUAT HAJI

Alhamdulillah..................

Tak semena-mena aku dapat tahu kawan baik aku masa kat 'U' dulu nak pergi buat haji hujung bulan 9 ni. Alhamdulillah!! So, aku terus mesej kat FB dia minta dia kirim salam pada Rasulullah dan doakan aku pregnant lagi. Sebenarnya kawan aku ni pun tengah TTC tapi aku tak pernah tanya dia apa usaha yang dia dah buat sepanjang TTC sebab dia laki bini nampak cool tak kisah je :D 

Dia kahwin sama tarikh dengan aku...8 tahun lepas dan sampai sekarang masih belum ada rezeki. Masa aku TTC anak 1st, aku pernah tanya dia, dia tak risau ke tak ada anak? Katanya dia tak kisah sangat...bagusnya ada orang yang macam ni. Tak sakit2 kepala nak pikir.

Aku harap dia tak lupalah nak doakan aku sebab memandangkan dia pun tengah TTC, moga2 dia teringat juga pada aku :)


* Sebenarnya ada je sorang mak cik aku nak buat haji juga tapi aku macam malas nak kirim doa kat dia sebab dia ni dari dulu tak sebulu dengan aku. Entah apa yang dia anti sangat dengan aku pun tak tahulah...tak apalah, harap2 dia selamat semuanya dan balik nanti berubahlah perangai tu.

Friday, 20 September 2013

HOSPITAL PUTRAJAYA @ HUKM?

Kawan-kawan TTC sekalian, nak minta tolong sikit boleh tak? 

Sesiapa yang dah pernah buat rawatan kat Hosp. Putrajaya atau HUKM? Rawatan IUI kat sana kena bayar ke macamana? Maksud saya untuk check darah, consultation, ubat2 dan IUI tu sendiri. 

Saya ni bukan gov. staff. Saya dah ada surat refer dari Klinik Kesihatan tapi masih dalam dilema lagi nak pilih nak buat rawatan kat mana. Kalau boleh nak yang menjimatkan kos. 

Terima kasih kawan-kawan...:)

PERNAH TAK?

Teman-teman TTC ku sekelian...

Pernah tak anda terfikir kenapalah aku yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian ni?
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa orang lain senang hamil sedangkan anda tidak?
Pernah tak anda terfikir kenapa bukan orang itu atau itu yang mengalami masalah ni dan bukannya aku?
Pernah tak anda terasa cemburu melihat orang lain disahkan hamil sedangkan anda tidak sepatutnya berperasaan begitu?
Pernah tak anda terasa ingin duduk di dalam rumah sahaja daripada keluar melihat kebahagiaan orang lain atau menadah telinga dengan soalan2 yang sama?

Pernah tak anda cuba membayangkan perasaan anda kalau test UPT yang anda buat tiba2 keluar 2 lines?
Pernah tak anda terfikir apa pula perasaan suami bila anda disahkan mengandung?
Pernah tak anda terfikir untuk melalui pengalaman mengandung?
Pernah tak anda terbayang bagaimana rasa sakit saat melahirkan?
Pernah tak anda berangan untuk mengandung dan terus mengandung sekiranya boleh?

Pernah tak anda terfikir apalah jantina anak anda sekiranya anda mengandung?
Pernah tak anda cuba membayangkan iras wajah siapakah anak anda nanti?
Pernah tak anda berangan-angan untuk meletakkan nama apa untuk anak anda?

Pernah tak anda terasa untuk mempunyai anak sendiri dan melalui saat2 melihat anak membesar di depan mata?
Pernah tak anda terasa teruja untuk membeli pakaian untuk anak apabila berjalan di shopping2 complex?
Pernah tak anda terfikir bagaimana hidup anda di hari tua tanpa anak?
Pernah tak anda cuba mencari jawapan kepada semua masalah anda?

Pernah tak? Pernah tak?  
Mustahil anda tak pernah..... 

Tuesday, 17 September 2013

ALLAH PERMUDAHKAN USAHA TTC KU YG KEDUA (SETELAH 6 TAHUN)

Alhamdulillah...syukur!

Pagi ni lepas hantar Afif ke tadika, terus ajak suami ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan surat refer ke hospital. Semangat memang berkobar2 sebab dah pasang niat untuk conceive pada tahun depan. Okeylah tu sebab Afif pun dah masuk Darjah 1 tahun depan, so mungkin dia dah boleh berdikari bila dapat adik nanti (moga2 Afif akan dapat adik...sob...sob).

Sampai KK dah lewat juga, dalam pukul 9 pagi...nak masuk pintu tu dah tengok kereta berderet parking kat tepi2 jalan. Melangkah masuk ke dalam lagilah...mak aiii manusia!!! Memang lepas cuti je ramai orang sakit ke apa? Punyalah penuh sampai ke luar manusianya. Aku ingatkan taklah ramai sangat sebab pernah datang bulan lepas (tak ingat hari apa) untuk ambik ubat suami aku yang demam taklah ramai macam ni. Memanglah masa tu kami sampai awal, 7.30 pagi dan kaunter pun belum buka tapi masa kami nak balik lepas rawatan dalam pukul 10 pagi pun taklah seramai ni manusianya.

Dengan hati yang pasrah, aku ambil jugalah no. giliran dan kepilkan pada IC (sebab baru 1st time ke KK tu). Suami masa tu tengah mencari parking lagi tapi mujurlah dia terus je dapat parking lepas turunkan aku (Allah permudahkan). Bila dia masuk, dia pun terkejut sambil tersengih2 kambing. Aku terus tanya, nak tunggu juga ke? Kami pun tunggulah juga sekejap sambil suami google pula KK Kelana Jaya sebab hari tu adik pompuan aku buat check darah untuk HIV test katanya sekejap je. Dalam 45 minit menunggu, bila dah tahu KK Kelana Jaya kat mana, suami ajak ke sana. 

Aku terus ke kaunter balik untuk ambil IC aku. Aku tengok dalam tray dah tak ada IC aku, so aku tegurlah brader kat kaunter tu minta dia tolong carikan IC aku sebab aku nak cancel pendaftaran. Aku bagi dia no. giliran aku yang tertulis No. 1051 kat dia. Bila dia selak2 kad rawatan kat sebelah dia, aku nampak ada No. 1052 tapi atas No. 1052 tu tak ada pun No. 1051. Dia pun tertinjau2 ke sana sini mencari. Lepas tu dia serahkan tugas tu pada kakak2 staf kat dalam bilik sebab dia pun banyak kerja kat kaunter untuk urusan pendaftaran. Okey, aku faham dan aku tak kisah sebab dia punya layanan pun okey je bila aku minta tolong.

Lama jugalah aku tunggu staf2 dalam bilik tu mencari...tengok gaya diaorang tu macam tak ada je IC aku. Sudahhhh...aku ni nak mempercepatkan kerja, ni dah kira melambatkan kerja aku dan membuang masa aku. Tapi tak apa, aku bersabar juga sebab memang aku nampak diaorang sibuk mencari. IC tu! Benda penting, takkan diaorang nak lepas tangan kot. Aku dalam hati dah terfikir siapalah pula nak curi IC aku ni? Takut juga kot ada sindiket nak palsukan identiti guna IC dan IC aku menjadi mangsanya.

Suami aku dah nampak aku macam lama je kat kaunter, dia pun datang. Katanya kalau IC tu dah proses tak apalah, proceed je la. Aku pun angin juga dengan orang tua ni. Aku dah pergi minta IC dan orang tu dah bertungkus-lumus mencari, alih2 dia kata nak proceed lak. Tapi aku tak proceed pun dan aku biarkan je staf KK tu cari gak IC aku sebab aku confirm IC aku memang hilang masa tu dan bukan dah diproses sebab masa aku ternampak kad2 rawatan kat brader kaunter tu tadi nombor2 giliran yang sebelum aku pun dok ada lagi kat situ, apahal pulalah aku punya nombor giliran nak diproses dulu pula?

Dengan redha dan pasrah, aku menunggu lagi...lamalah juga tapi IC punya pasal aku tunggu juga. Tak sanggup aku nak menadah muka ke balai polis buat repot dan ke JPN ambil gambar dan buat IC baru (sebab aku rasa gambar dalam IC yg hilang tu dah cun dan muda gitu...ahaksss).

Tak lama lepas tu sorang nurse panggil aku dan nak aku confirmkan betul ke aku ada letak IC kat dalam tray tu? Dia minta aku check balik dalam beg kot2 aku letak dalam beg...mmm, aku rasa nak bahasakan je tapi sebab dia cakap elok2 so aku pun jawab elok2 dan buat2 check beg aku sebab memang aku ingat kot, lepas ambik nombor terus aku kepil nombor tu kat IC dan letak dalam tray. Lepas tu dia datang balik cari aku. Katanya IC aku memang tak dapat dijumpai....uwaaaa!!! Dugaan apakah ini?

So, aku tanya dia, macamana ni? Ye lah, takkan dah bagi hilang IC orang lepas tu diaorang nak lepas tangan pulakkan? Dia minta aku masuk satu bilik rawatan depan kami yang tengah kosong. Nurse tu cakaplah tak apa, biasanya lepas klinik dah surut orang, diaorang akan jumpa balik IC tu. Tapi hati aku masih tak tenang juga. Dia minta no.telefon aku. Katanya dia akan call aku kalau dia jumpa IC tu dan kalau tak jumpa pun dia akan call juga.

Dia tanya kenapa nak cancel treatment? Aku kata orang ramai sangat, aku malas nak tunggu (jujur tak aku? :D) Lepas tu mungkin dia nak sedapkan hati aku, dia kata dia akan bagi aku jumpa doktor. Dalam hati aku pun berkata...what??? Betul ke ni? Ini bermakna aku akan potong line orang yang dah Q kat luar tu? Maaflah bukan aku yang minta tapi bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku gembira di dalam hati (taklah tunjuk kat depan2 nurse tu...cover!). Dia tanya apa tujuan aku ke klinik tu? Aku pun sekali lagi berlaku jujur dan bagitahu dia yang aku nak buat fertility treatment, jadi aku nak minta surat refer ke hospital. Katanya dia akan minta doktor tuliskan surat tu...yeay! 

Lepas bilik doktor yang kat sebelah tu dah clear, dia pun panggil aku masuk. Alhamdulillah doktor yang aku jumpa tu pun okey sangat! Doktor tu pun interview aku sikit2...dah berapa tahun kahwin? Umur berapa? Dah ada anak ke belum? Anak 1st tu normal atau under treatment juga? Ada apa2 masalah kesihatan ke? Dulu buat treatment kat mana? Lebih kurang gitulah soalan2nya. Lepas tu doktor tu tanya kenapa lambat sangat nak buat treatment? Ye lah, aku kan tunggu sampai anak dah 6thn baru nak start treatment balik. Aku kata sebab tak ada masa tapi sebenarnya aku ada masalah kewangan dan juga nak usaha sendiri sebenarnya. So, doktor kata nanti bawalah surat tu ke hospital. Katanya tak payah surat pun tak apa sebenarnya tapi hospital ni saja je dan dia pun doakan aku akan berjaya, insyaallah. Aku pun balas...insyaallah! Semoga masinlah mulut doktor.

Ya Allah, keluar dari bilik tu aku macam tak percaya pula. Allah turunkan aku ujian ke atau ALLAH nak permudahkan aku ni? Memanglah IC aku masih hilang tapi fikiran aku lebih positif...aku tak fikir sangat IC yang hilang tu sebagai ujian, aku cuma anggap ALLAH cuma nak bantu percepatkan urusan aku je.

Masa berjalan balik ke kereta tu suami saja2 usik, katanya kalau tak jumpa IC tu nanti nak kena pergi buat repot, nak kena pergi JPN buat IC baru pula. Lepas tu kalau jumpa, bila pula nak datang ambik? Entahlah, aku macam yakin yang IC aku tu tak hilang dan masih ada dalam KK tu cuma adalah orang yang tersalah letak kat dalam mana2 file orang lain. Aku balas balik kat suami, aku kata dalam ramai2 orang kenapa IC saya yang boleh hilang? Ini semua ujian dari Allah dan kita kena redha. Dalam hati aku bersyukur Allah pilih aku untuk diberikan ujian.

Sebelum balik rumah, kami berdua singgah makan dekat2 situ juga. Al-maklumlah dua2 belum bersarapan. Lepas makan dan sambil borak, ada call masuk kat telefon suami. Bila diangkat, tak dengar suara. Dah 2 kali panggilan pun macam tu, aku tanya suami berapa nombor telefon tu? Bila suami kata nombor mula dengan 6, aku yakin itu nombor dari KK tadi sebab masa bagi nombor telefon kat nurse tadi, aku bagi nombor telefon aku dan suami. Telefon aku pula boleh tertinggal kat rumah pagi tadi, so mesti diaorang call tak ada orang angkatlah tu. Dekat 4-5 kali panggilan masuk tapi bila angkat tak dengar suara. Bila suami call pula tak ada orang angkat. Suami aku bawa 2 biji telefon tapi 2-2 buat hal time tu. Bila satu lagi telefon dah okey, aku try call balik nombor tadi dan nasib baik ada orang angkat. Bila tanya, memang betullah dari KK tadi. Alhamdulillah!!! IC aku dah dijumpai. Ya Allah!!! Allah betul2 permudahkan segalanyalah. Nasib baik kami berdua pun belum balik, dan masih melepak2 dekat area situ, so kami pun teruslah patah balik dan ambil IC tu.

Syukur Ya Allah! Semoga perjalanan & usaha TTC kami kali ini juga dipermudahkan...insyaallah!

*Aku cuma tengah berfikir sekarang ni kalau aku buat treatment kat hospital, paling kurang tahun depan baru treatment boleh mula. Masa tu Afif dah masuk darjah 1, macamana aku nak pergi appointment kat hospital? Siapa nak ada kat rumah masa Afif balik sekolah? Kalau treatment kat hospital paling2 kurang pun mesti sampai tengahari...adoiii. Itu masalah juga tapi insyaallah akan ada penyelesaiannya.   

SANGAT2 MEMBERI INSPIRASI!!!

Cuba baca blog ni kawan2 TTC ku sekelian...


Dah baca? Adakah memberi anda2 semua inspirasi? Subhanallah! Kuasa Allah Maha Hebatkan? Cuba tengok kronologi TTCnya...right fallopian tube has been removed tapi masih berjaya conceive...Allahuakbar! 

Monday, 1 July 2013

BAWANG PUTIH MERANGSANG PENGELUARAN HAID

Bawang putih? Biar betul? Memang tak pernah dengar lagi petua ni tapi apalah salahnya kalau nak mencuba sebab tak melibatkan kos yang tinggi pun dan bahannya mudah je nak didapati kat setiap rumah.

Tapi cara bawang putih ni perlu diingatkan, hanya untuk mereka yang tiada sebarang masalah kemandulan tapi cuma sukar mendapatkan zuriat saja. Apa yang dimaksudkan dengan masalah kemandulan tu jangan tanya aku, aku cuma copy paste ayat dari blog seorang blogger ni je. Pada aku memang tak ada istilah 'mandul' dalam hidup ni dan aku tak suka betul dengan istilah 'mandul' tu.

Cara nak amalkan bawang putih ni senang je. Cuma makan 3 ulas bawang putih bersama dengan nasi. Perlu diingatkan, bawang putih tu bukan yang kita bubuh dalam masakan atau buat tumisan...bawang putih tu perlulah MENTAH a.k.a dibuat ULAM! Kalau nak makan saja tanpa nasi pun boleh tapi tahan ke dengan baunya? Kalau tahan, teruskanlah. Amalkan benda ni sebanyak 3x seminggu sampailah dapat hasilnya ya! Sebenarnya boleh je diamalkan berapa ulas pun dan bila2 masa tapi ini sekadar panduan. Apa yang penting bawang putih tu MENTAH ya....diulangi MENTAH!! Bawang putih jeruk pun tak masuk list.

Kat bawah ni antara fakta2 menarik pasal bawang putih ni:-

~ Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi. Bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

~  Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

~  Dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Begitu la sedikit sebanyak kebaikan bawang putih terhadap kesihatan manusia. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hal ini kerana telah terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah amalkan mengambil bawang putih dalam rutin pemakanan. Insyaallah, dengan izin Allah mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan.

Wednesday, 6 March 2013

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Sebenarnya ada banyak cara & amalan yang boleh kita lakukan untuk memperolehi zuriat. Terpulang kepada individu hendak mencuba cara yang mana. Nak cuba semua pun boleh, tak ada halangan. Kita tak tahu amalan yang mana yang akan diterima oleh Allah, jadi tak salah kita mencuba segala amalan yang ada asalkan tak bercanggah dengan hukum agama kita.


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan 
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa


Amalan kedua

• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. 
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. 
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya

Tuesday, 5 February 2013

TIADA ZURIAT? MENANGISLAH...

Arghhh....kenapalah aku ni gatal tangan sangat nak menjengah blog sepupu aku??? Sebenarnya sepupu aku yang sorang ni memang blogger tegar. Disebabkan dia tak berTTC macam kita2 ni, so blog dia semua berkaitan pregnancy, anak dan bla...bla...bla...

Mommy2 blogger ni pun ada group juga dalam FB. Macam kita jugalah, ada TTC group kita sendiri cumanya, kisah kita dan kisah mereka berbeza. Kalau dalam group mereka mestilah terselit kisah2 suka. Bercerita tentang pengalaman mengandung, melahirkan, mengulit anak dan sebagainya....sedangkan group TTC ni pula hari2 akan dijamu dengan kata2 perangsang, menaikkan semangat & kisah sedih yang bersarang di hati.

Bukan kita minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi kita ni manusia biasa. Kita punya hati dan perasaan. Cubalah tepis macamana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya! Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderet2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak, secara automatik perasaan & hati akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, 'bilalah giliran aku pula?' atau 'bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat' atau 'macamana orang lain senang sangat mengandung & boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??'

Menangislah kalau itu yang akan membuatkan hati kita berasa tenang. Kalau dipendam2 & ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress....LEPASKAN! Tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita. Memang kita perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang hatinya rapuh apabila diuji? Layan sahaja perasaan sedih tersebut tapi jangan sampai terbawa2...tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan dsbnya. Tapi aku yakin rakan2 TTC semuanya kuat & tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental & kuat. Mereka ini memang wanita yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian & rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga.

MENANGISLAH wahai teman sekiranya kau bersedih. Rasulullah juga menangis ketika kematian isteri tercinta, Siti Khadijah tetapi janganlah melampau sampai meraung2, jangan sampai nak salahkan Tuhan & jangan merungut2. Menangis sekadar melepaskan perasaan sedih yang terbawa2. Kemudian, ambillah wudhuk & solatlah. Mengadaplah Allah dan pohonlah sekali lagi hajat kita kepadaNya.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan TTCians agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah? Kalau dah berbelas2 tahun berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri walaupun seorang? Aku yakin mesti kita akan bersedih. Tak siapa menyangka yang suatu hari nanti kita berkahwin & ditakdirkan susah memdapat zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga & keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punya semua tu mesti kita terasa kekurangan.  

Untuk apa kita perlukan sangat zuriat? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak di dalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendirikan? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain itu, kita inginkan anak yang dapat menjaga kita bila kita dah berusia kelak. Kita inginkan anak yang akan mendoakan kita apabila kita dah meninggal nanti. Kita inginkan penerus keturunan. Macam2 yang kita inginkan tapi jangan risau rakan2ku. Jika ditakdirkan kita tidak berpeluang mendapat semua tu, serahkan sajalah diri kita kepada Allah. Berkasih-sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati & fikiran kita hanya tentang Allah. Banyakkan amalan yang baik2 & jagalah suami kita sebaik2nya. Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga kita kelak atau mendoakan kita apabila kita sudah meninggal tapi pahala & amalan kita akan menampung semuanya.

     

Wednesday, 30 January 2013

MENGANDUNG LAGI?

Kali ni aku nak story kisah sedih pula. Bukanlah sedih sebenarnya tapi pada aku, agak tersentuh jugalah naluri bila mendapat khabar berita ni. Sebenarnya aku tak kisah langsung dengan berita ni tapi cara & sikap sesetengah orang membuatkan aku tersentak hati sikitlah.

Kalau baca heading kat atas tu mesti dah dapat agakkan? Ya...ini kisah tentang pregnancy! Tapi bukan aku yang mengandung :( Ini kisah kakak aku...Aku baru dapat tahu yang kakak aku mengandung lagi. Kalau diikutkan anak yang ke-6, tapi disebabkan anak ke-2 kakak aku dah meninggal, so ini kira anak ke-5 lah. Berita ni berita gembira pada semua orang termasuklah pada aku sekali. Kenapa pula aku kata berita sedihkan? Okey, yang tu jap lagi aku cerita details k! Saboooo :p

Alkisahnya yang aku terpegun tu sebab anak dia yang paling kecik, hari ni 30/1/2013 baru berumur setahun. Dia dijangka bersalin bulan 8, mengikut perkiraan aku kandungan dia dah 2 bulan. Alahai...senangnya kau boleh mengandung Along oiii...Kakak aku ni memang mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. Aku pernah cerita dalam entry yang lepas-lepas, dia ni walaupun makan pil perancang tapi tak pernah kebal...asik lut je. Kiranya pil perancang jenis apa pun memang tak berkesan pada dia. Betapa suburnya dia. Bahagianya kalau aku juga seperti dia...mmmm.

Oh...ni nak cerita kenapa aku sedih. Sebenarnya aku terkilan sebab semua family aku termasuk mak cik aku dah tahu tentang berita ni kecuali aku. Aku tak rasa kakak aku tahu yang aku sedang TTC sebab ayat dia lepas aku sound dia pregnant tu agak pedas jugalah bagi seorang yang sedang berTTC macam aku ni.

Sebenarnya, malam selepas majlis pertunangan adik aku tu kami (aku, adik aku, kakak aku, mak & ayah aku) berkumpul sambil berbincang tentang kenduri adik aku nanti. Masa majlis tunang tadi tak mencapai kata sepakat lagi bila nak adakan majlis perkahwinannya so kami sefamily ni duduklah berbincang bila masa yang sesuai. Mak aku nak buat awal. Paling lewat pun lepas raya. So aku cadangkan bulan 8. Lepas tu mak aku bersuara, "Bulan 8 macamana, along hang nak beranak." Aku terus terkujat kat situ. Beranak??? Ini betul2 ke dugaan? Aku bertanya dalam hati ajelah, kat mulut keluar soalan lain. "Ha? Beranak? Hang mengandung lagi ka?" Oh! Rupanya ini bukan cubaan, ini betul2. Lepas tu keluarlah ayat yang tak sedap didengar sikit dari mulut kakak aku, "Habis tu dah hang tak mau beranak, along beranaklah!" Oh, tidak! Itu satu penipuan. Bukan aku tak mau beranak tapi aku belum diberikan nikmat & rezeki itu lagi. Disebabkan nak cover diri aku yang tersentak dengan statement dia tu, aku balas balik..."Sudah2lah tu along." :D

Kakak aku ni kalau ikutkan kenyataan rasmi dari mulut dia lepas melahirkan anak tahun lepas konon2nya nak stop dah tapi dah Tuhan nak bagi rezeki lagi, alhamdulillah. Kalaulah dia sudi bagi seorang anak dia kat aku, bahagianya aku rasa tapi aku tak beranilah nak minta dari dia. Nanti keluar plak ayat2 laser yang aku tak sanggup nak dengar. Baik aku diamkan diri saja.

Okey, itulah kisahnya buat setakat ini. Aku bakal menimang anak buah lagi tahun ini. Asyik timang anak buah ajelah aku ni sebab anak sendiri dah tak boleh2 nak timang. Tak apalah, ada rezeki Allah nak bagi, bila2 masa dia boleh bagi :)

Ini ada satu lagi kisah aku nak story mory. Esoknya masa 27/1/2013 ada majlis sambutan harijadi yang pertama anak sepupu aku. Sepupu aku yang ni pun tengah mengandung juga. Tak silap aku dah 4 atau 5 bulan dan anak dia yang sulung tu baru umur setahun 9/1/2013 hari tu. See...see...family aku ni semua subur2 belaka tapi yang tak subur tu turun kat aku gak...sedih mak! Hehehe...taklah, aku malas dah nak sedih2 ni. aku percaya pada qada' & qadar Allah.

Oh ya, masa dok duduk makan tu aku duduk sebelah mak ndak aku. Biasalah, dah duduk sebelah orang tua2 ni, tak lain tak bukan topiknya pasal anaklah. Yang bestnya dia bukan takat suruh aku beranak lagi, siap pegang2 perut lak tu. Mudah-mudahan berkat tangan dia memegang perut aku, aku mengandunglah...aminnnnnn :) Aku dah lali dengan mulut2 yang suruh aku beranak lagi, so bila mak ndak aku cakap kat aku suruh beranak lagi, sekurang2nya seorang lagi, aku dah tak kisah. Aku boleh gelak2 lagi & cakap Insyaallah je. Lepas tu aku buat2 sibuk makan dengan harapan dia tak cakap lagi pasal perkara tu & alhamdulillah dia memang tak cakap dah pasal tu...ngeee :)

Aku bersyukur sebab mempunyai ibu ayah & mertua yang tak pernah menekankan kat aku atau minta aku untuk menambah lagi bilangan ahli keluarga. Rasanya tak pernah lagi aku dengar mereka minta aku beranak lagi atau cepat2lah mengandung sementara masih muda. Biasanya yang bercakap macam tu mak2 sedara aku & laki aku @ sedara2 lelaki laki aku (sebab sedara2 lelaki belah aku tak pernah lak nak kisah pasal ni). Bila dengar orang cakap pasal anak dengan aku, aku akan cuba positifkan diri. Tak kena atas batang hidung sendiri memang diaorang tak akan sedar. Bila dah kena kat anak atau adik2 diorang nanti, masa tu barulah diaorang nak faham hati & perasaan orang yang berTTC macam kami ni.

Friday, 25 January 2013

CIK 'P' DAH STOP

Hari ni 25/1/2013 dengan rasminya Cik 'P' dah menghilangkan diri. Maka bermulalah cycle baru kembali dalam hidup ini. Bulan ni 8 hari Cik 'P' menjengah since 17/1/2013 (malam) sampailah ke 24/1/2013 (malam juga habisnya).

Ok, antara usaha2 yang aku dah mulakan untuk cycle kali ni....aku minum jus delima + manggis. Mulanya nak minum Jus Delima Gulsan tu tapi mak teh aku yang jual ubat plak tak de stok masa aku nak beli. Aku cuma beli Jus Perawan je dari dia. Beli dari dia dapat murah sikit...RM30 sebotol. Tak apalah, next time bila dah ada jus delima Gulsan tu aku minum yang tu pula. Oh, jus delima + manggis tu aku beli kat Giant. Sebenarnya kat mana2 supermarket ada kot. Jus brand Fruit Tree. Mulanya nak beli jus delima brand Freshie tapi agak mahal berbanding Fruit Tree ni. Asal ada delima aku beli ajelah. Rasa taklah teruk cuma masam ajelah. Aku ni kalau masam2 memang bukan taste aku tapi nak buat macamana, telankan aje.

Oh, malam ni aku dah start minum Jus Perawan. Aku ambil 2 sudu dengan perut yang kosong. Lepas tu minum segelas air. Sekarang ni ada rasa macam menyucuk2 plak kat perut ni. Tak sherashi bersama ke? Tak pe2, baru minum, tunggu dulu beberapa hari serasi ke tak serasi. Oh, nasib baik rasanya tak teruk mana. Ada rasa madu2 sikit. Oklah....sedap.

Sejak 2 minggu lepas rasanya aku amalkan minum Yakult. Ok, rasanya memang tak ada kaitan dengan TTC kot tapi disebabkan aku ni macam ada masalah penghadaman sikit, itu sebabnya aku jadikan amalan. So far, sejak minum Yakult ni okey jugalah...angin2 dalam perut tu masih ada tapi senang keluar. Kalau tak keluar kot atas, dia keluar kot bawah...hahaha. Perut pun tak adalah moncit manjang, nampak gaklah surut.

Rasanya itu sajalah antara usaha aku setakat ni. Cengkih yang aku nak amalkan selama 41 malam tu tak berjaya dibuat lagi sebab susah benor nak curi masa suami aku. Ialah, kan dia yang nak kena genggam cengkih2 tu dan bacakan doa kat cengkih tu nanti. Telur ayam kampung + madu akan disusuli kemudian. Yang ni untuk suami akulah kot!

Monday, 7 January 2013

KAEDAH TAUGEH PULA

Ohh...hari ni terjumpa satu petua lain pula untuk mudah hamil. Saya dapat daripada blogger yang juga sedang TTC. Ni nak kena masuk list jugalah kot (kaedah Bunga Cengkih pun tak cuba2 lagi...dah datang kaedah taugeh plak). Masalahnya boleh ke aku telan air rebusan taugeh tu? Boleh tak buat sayur terus? Kikiki....

Cara-caranya:

1. Ambil segenggam kacang hijau (bukan kacang merah atau kacang panggang yer!)

2. Rendam kacang hijau tu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak taugeh kira2 panjang ekor tu 2x panjang kepala taugeh). Air rendaman kena sama aras dengan kacang hijau. (Bagi kacang hijau tu tenggelam dalam air)

3. Tutup bekas tu.

4. Bila dah jadi anak taugeh, bersihkan taugeh dan buang kulit kacang hijau yang ada.

5. Rebus taugeh dengan 2 gelas air kira2 15 minit dengan api sederhana.

6. Bila air rebusan dah tinggal separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira2 dalam segelas).

7. Minum air rebusan tersebut setiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.



Itulah saja cara-caranya. Nampak macam mudah je kan? Tapi aku tak pasti nak kena rendam kacang hijau setiap hari ke macamana. Kalau aku nak buat, aku akan rendam kacang hijau setiap harilah. Daripada apa yang aku dapat dari blog tu, ada yang sebulan je amalkan dah pregnant...so, apa tunggu lagi! Kayuhlah!!!


Wednesday, 26 December 2012

RAWATAN ALTERNATIF

Hari ni belek2 blog Kak Jee, terbacalah satu tempat rawatan alternatif yang dia pergi. Of courselah dia tak buat rawatan fertility kat sana tapi kat tempat yang dia pergi tu ada juga buat rawatan untuk fertility. Macamana cara yang dibuat oleh Haji ni tidaklah aku tahu sebab aku tak pernah pergi pun. Aku cuma nak share je kot2 ada yang nak pergi dan mencuba.

 Ini business cardnya. Alamat tak jelas? Tak apa, yang penting h/p no. jelaskan? :p

Haaa...nampak kat bawah sekali ada rawatan untuk masalah kesuburan lelaki & wanita.

Monday, 24 December 2012

USAHA TTC 6 TAHUN LEPAS

Rasa2nya aku tak pernah cerita lagi apa usaha2 yang aku dah buat masa ber'TTC'kan Afif lebih kurang 6 tahun lepaskan? Hari ni sebab tak ada apa nak cerita, aku rasa nak kongsi cara2 aku TTC dulu. Sekarang ni dah 5 tahun sejak Afif lahir, aku dah tak usaha apa2 melainkan tunggu & lihat je. Tahun depan 2013 lah baru aku nak giatkan usaha balik. Afif pun dah genap 5 tahun 18/12/2012 hari tu. Sian dia asyik main sorang2 :( Bunga cengkih dah beli tau...ha, jangan main2! (Entah bilalah aku nak telan bunga2 cengkih tu sebab belum telan aku dah rasa tak sanggup dengan rasanya..)

Okey, aku ni lepas setahun lebih kahwin masih tak ada tanda2 pregnant. Pernah Cik 'P' missed sampai 2-3 bulan, tapi bila check -ve. Masa lepas kahwin Cik 'P' aku tak adalah ting tong sangat. Setiap bulan mesti Cik 'P' datang walaupun adalah terlewat beberapa hari. Tapi Cik 'P' aku ni jenis yang kalau bulan ni turun darah pekat, bulan depan akan keluar brownish je dari awal sampai habis 7 hari. Cik 'P' aku dikesan ting tong baru2 ni je, dalam 3-4 tahun lepas. Kejap dia datang banyak, kejap dia datang sikit, kejap dia tak datang, kejap dia datang lama.

Bila dah setahun lebih masih tak ada tanda dan mulut2 puaka pun dah banyak yang mengganggu, maka aku pun mulalah tingkatkan usaha. Antara usaha2 yang aku buat:

1. Aku ke LPPKN. Tak ingat pula berapa cycle aku mencuba tapi rasa2nya lebih kurang 5-6 cycle kot. Last sekali aku buat IUI kat situ juga. Tapi gagal bila bulan tu Cik 'P' datang. 

2. Aku selalu baca Surah Al-Imran ayat 38 setiap kali lepas solat.

3. Aku banyakkan berdoa masa bulan Ramadhan.

4. Kerap buat solat sunat tahajjud, solat sunat hajat & solat sunat taubat. (Bulan Ramadhan kena kerap buat).

5. Kirimkan doa pada emak aku yang ke Mekah untuk mengerjakan Umrah supaya mendoakan aku di sana. (Ini last usaha aku sebelum aku disahkan pregnant 3 bulan lepas mak aku balik dari Mekah).  

Aku memang tak amalkan apa-apa supplement tambahan atau makanan2 tambahan macam telur ayam kampung ke, susu kambing ke apa ke. Aku cuma bergantung pada ubat doktor dari LPPKN je masa tu.

Lepas aku buat IUI yang gagal kat LPPKN tu, aku terus stopkan treatment kat sana. Aku nak relax dan tak nak fikirkan pasal TTC buat sementara. Kuasa Allah, lepas Cik 'P' keluar after IUI tu, bulan depannya Cik 'P' tak datang 2 bulan. Rupanya dah sangkut dah dan baby pun dah 2 bulan dalam perut. Nasib baik aku buat test sebab aku memang dah malas nak buat test sebab dah serik kuciwa. Mungkin betul juga kata Doktor Hamid Arshad, lepas badan aku dah lalui banyak treatment kat LPPKN tu, mana masalah yang aku tak tahu dah cure dan senang nak conceive...ATAU mungkin juga berkat doa emak aku kat Tanah Suci...ATAU mungkin juga berkat doa aku dan sembahyang2 sunat yang aku buat...WALLAHUALAM! 

Masalah kesuburan ni memang tak ada siapa yang tahu apa puncanya. Kadang2 suami isteri dikatakan tak ada apa2 masalah tapi masih juga tak dikurniakan zuriat. Kadang2 isteri atau suami ada masalah serius tapi masih mampu memberikan zuriat. Semuanya di tangan Allah. Allah dah tulis dan rancang kehidupan kita sejak kita belum lahir lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap sesuatu yang Allah jadikan atau tak berikan pada kita ada sebab dan hikmahnya. 

Memang berat nak minta pada mereka yang sedang TTC untuk terima dan tabah sebab setiap mereka pasti ingin juga merasai liku2 untuk menjadi seorang ibu. Tipulah kalau tak ada yang nak merasa sendiri pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Apa yang mampu aku nasihatkan cuma tenangkan fikiran dan hati kita. Jangan terlalu stress dan selalulah redha. Elakkan dari menghampiri mereka yang memang dikenali bermulut PUAKA (kepuakaan mereka itulah nanti yang akan menghancurkan kita). Enjoy your life dan fikir positif. Mana tahu salah satu penawar tu ada kat sana ;) 

Kadang2 saya segan juga nak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan2 TTC yang lain memandangkan saya dah ada anak seorang tapi percayalah saya faham apa yang rakan2 TTC (yang masih belum punya zuriat) lalui sebab saya pun pernah menempuhinya 6 tahun dulu dan masih menempuhinya sekarang. Kesedihan tu masih sama seperti dulu setiap kali orang bertanya tentang anak... 


Tuesday, 4 September 2012

5 TAHUN SUDAH BERLALU...

Sebenarnya entry-entry sebelum ni adalah kisah lampau yang aku cuba kenang balik. Hari ni dah lebih 7 tahun aku berumahtangga dan dah hampir 5 tahun Afif dilahirkan. 

Sekarang mari kita kembali ke zaman ini...Sebenarnya pada tarikh ini, 4hb September 2012, aku ada temujanji dengan doktor pakar, Dr. Hamid Arshad di klinik beliau di Plaza Damansara. Temujanji tu petang sebab pagi aku tak boleh ke mana-mana sebab Afif sekolah.

Apa masalah yang menyebabkan aku terpaksa membuat temujanji dengan Dr. Hamid ni? Aku ada masalah irregular period. Aku dah telefon klinik untuk buat temujanji sebulan sebelum tu. Masalah period aku ni complicated sangat. Kejap tak datang, kejap datang lama sangat, kejap kerap datang, kejap datang dengan banyak, so aku dah fade-up tak tahu apa masalahnya.

Bila sampai ke Plaza Damansara tu, masalah utama adalah parkinglah! Kawasan tu memang susah nak dapat parking, so sesiapa nak ke sana kenalah datang awal sejam rasanya untuk cari parking. Sementara suami aku sibuk cari parking, aku dan anak naik atas dulu untuk mendaftar. Biasalah, lepas mendaftar kenalah ada proses menunggu. Bila dah tunggu sekejap, pembantu doktor yang nak daftarkan nama aku tu panggil sebab nak buat temuduga sikit tentang sejarah perubatan aku (ini hanya untuk pesakit-pesakit baru macam aku je). Bila dah selesai semua, dia minta aku tunggu balik. 

Lebih kurang sejam dok tunggu barulah sampai turn aku. Aku pun melangkah ala-ala catwalk menuju ke bilik doktor sambil diikuti oleh suami dan anak. Bila masuk tu, doktor ingat aku nak buat rawatan kesuburan (which is memang ada dalam perancangan tapi let's settle my problem first). Bila aku dah bagitahu yang aku ada masalah dengan period dan story-mory sikit-sikit masalah aku, doktor suruh aku buat scan.

Bila doktor scan, doktor kata rahim aku tak ada masalah cuma dinding rahim aku tebal dan dia pun explain tentang 2 jenis hormon yang ada pada wanita yang mana kalau tak balance akan menyebabkan darah haid kita tak akan turun atau akan turun tak berhenti-henti. Aku fahamlah juga sikit-sikit. Nak habis scan, dia terjumpa pula satu telur yang tengah matang dan mungkin akan menetas pada bila-bila masa. So, dia cadangkan aku ambik pil which is Norculut yang mana kalau aku hamil pun dalam tempoh tu pil ni tak akan bawa apa-apa kesan.  

Then, doktor set appointment lagi untuk next month sebab dia minta aku buat ujian darah pula dan bulan depan datang untuk tengok result darah aku. So, keluar dari bilik tu, aku terus diambil darah sebanyak 1 tabung uji. Ngeri pulak tengok darah aku hitam pekat je. Jarum nak ambik darah memang besar ya puan-puan tapi aku tak rasa sakit pun. Kalau kena dengan orang yang pandai cari urat kita memang tak sakit.

Masa nak buat pembayaran, aku dok budget dalam RM200-RM250 je kot bilnya. Sekali tengok RM360 daaa....adusss, mahal giler! Nasib baik aku dah bayar deposit melalui online sebelum ni sebanyak RM100 (bagi yang confirm nak datang masa tarikh temujanji, kena bayar deposit RM100. Diaorang akan hantar email untuk maklumkan kita), so suami aku kenalah keluarkan lagi RM260 dari poket dia. Mujur cukup! (Sian suami aku...)

Okey, aku listkan apa yang sebenarnya aku dah bayar....

1. Consultation Fee (1st visit) RM150 (2nd visit aku tak tahulah mahal gak macam ni ke tak.....)
2. Scan RM50
3. Blood Test RM150
4. Medication RM10    

Fuhhh....gigil-gigil gakla tangan nak hulur duit sebanyak tu untuk perkhidmatan yang tak sampai 5 minit :(
Tapi, kesihatan kita pun penting jugakkan? Jadi, kita kena redha...baru rawatan yang kita buat ni akan berbaloi (ayat nak sedapkan hati sendiri...)

LAHIRNYA MUHAMMAD AFIF MUQRI

Sebenarnya hari ni ada benda yang aku nak ceritakan tapi nampaknya entry pasal Afif belum habis lagi, so aku proceed dulu dan nanti-nanti aku ceritakan apa sebenarnya yang aku buat pada tarikh hari ini.
  
Kisah bermula di Hospital Selayang...

MUHAMMAD AFIF MUQRI dilahirkan pada 18/12/2007 di Hospital Selayang. Dia dilahirkan pada waktu Maghrib, lebih kurang pukul 7.21 malam. Berat dia cuma 2.55 kg je tapi alhamdulillah sihat.

Sebenarnya aku dijangka bersalin pada 31/12/2007, betul-betul hujung tahun! Mujur tak bersalin tarikh tu...kalau tak, rugilah anak aku. Kenapa aku kata rugi? Sebabnya, bagi kawan-kawan dia yang lahir awal tahun dapat bermain dan hu..ha..hu..ha dalam tempoh yang lebih lama berbanding dia. Bila umur 7 tahun dah kena masuk sekolah tapi anak aku yang sepatutnya kalau dikira dari segi bulan masih umur 6 tahun tapi dia pun dah kena masuk sekolah juga...macam rugi setahunlah kiranya! Tapi semua tu tak berapa pentinglah sebenarnya (saja nak buat havoc :p)

Pengalaman bersalin ni adalah yang pertama buat aku. Sebelum bersalin aku memang tak tahu macamana sakit yang bakal aku lalui tapi aku taklah pula takut malah excited nak berjumpa dengan putera aku ni. Dengar dari mulut orang, sakitnya nanti macam nak buang air besar tapi tak boleh. Mmm...honestly aku pernah gak lalui pengalaman tu :D

Pada 18/12/2007 tu sebenarnya aku ada check-up kat hospital tapi bertukar menjadi hari aku deliver pula! Sebenarnya aku dapat tanda air ketuban pecah. Masa tu lebih kurang pukul 4 pagi, tengah sedap-sedap aku tidur, tiba-tiba rasa ada air keluar (ingatkan mimpi mandi sungai ke sampai terkencing-kencing). Aku pun bangun nak ke bilik air tapi bila aku berdiri je, menitik-nitik air atas lantai. Aku mula pelik, apsal aku tak rasa nak kencing tapi sampai menceceh-ceceh air ni? Tak pe, aku terus juga ke tandas. Bila aku duduk atas mangkuk tandas tu, air keluar lagi dan banyak juga...non-stop pulak tu. Ini tak boleh jadi!

Aku terus kejutkan suami aku. Aku kata air dah pecah. Suami aku ni pula memanglah zero! Dia memang tak tahu apa-apa pasal orang perempuan ni sebab adik-beradik dia 4 orang semua lelaki! Last-last dia suruh call mak aku dan tanya nak kena buat apa (dalam hati aku kata pergi hospital je lah! Kang terberanak kat situ siapa nak sambut? Tapi aku pun was-was jugak, kena tunggu dulu sampai sakit atau dah boleh pergi hospital?) So, aku dengan muka tak malu pun call mak aku pagi-pagi buta tu.

Mak aku angkat telefon dengan suara orang tengah tidur. Dia marah aku, dia kata pergi hospital terus, jangan tunggu-tunggu! Ha, kan aku dah cakap pergi hospital! (Cakap dalam hati je pun :D) So, memang tak sempat nak mandi bagi wangi-wangi dah pun, terus aku dan suami bersiap ringkas-ringkas dan capai beg baby untuk ke hospital. Dari rumah aku nak ke hospital tu kalau ikutkan waktu yang masih hening tu taklah lama mana, lebih-kurang 20 minit dah boleh sampai (tapi kalau waktu sibuk, 30-45 minit pun boleh cecah).

Sampai hospital lebih kurang pukul 5 pagi. Terus ke dewan bersalin dan mendaftar. Aku masih relaks lagi sebab tak sakit. Kena duduk dulu untuk tunggu doktor periksa laluan baby tu. Biasalah, hospital gomen kan, tunggu tu adalah lebih kurang setengah jam jugak! Aku dahlah letih dan mengantuk. Lepas tu, masuk dalam bilik untuk diperiksa. Doktor yang datang nak periksa aku tu rasanya doktor pelatih sebab muka pun muda je. Dengan muka baru bangun tidur dan mulut Ya Allah! punyalah wanginya, dia datang check aku (mujur aku tak pengsan kat situ) dan pecahkan air ketuban aku. Basahlah kain yang aku pakai tu dan kain itulah yang aku pakai juga sementara nak tunggu masuk wad. 

Lepas periksa tu kena tunggu lagi. Punyalah lama aku duduk menunggu kat situ (kalau bagi katil tak apa jugak!), aku teramatlah mengantuk dan perut pun lapar. Aku tak pasti tunggu apa, rupanya tunggu nak masuk wad. Aku ni dah lenguh pinggang dan terbayang katil je untuk aku baring. Dalam pukul 10 pagi agaknya barulah aku di bawa ke wad (katanya tak ada kosong sebelum ni). Giler lama! dari pukul 5 pagi aku kat situ sampai pukul 10 pagi! 5 jam tu!! Akak dahlah tengah sarat Dek Non oii...Inilah yang aku malas dengan gomen, apa-apa pun mesti nak suruh kita tunggu jugak. Tak kiralah kau sakit nak mampus ke apa ke, tunggu tetap tunggu!   

Aku masuk wad kelas 2. Satu bilik ada 4 katil. Masa aku masuk, sebelah katil aku ada seorang kakak tu dah bersalin dan tunggu nak discharge je. Disebabkan langsir dia tutup, aku cuma dengar baby dia menangis dan dia layan dengkur :D. Tak lama lepas tu suami aku kena halau keluar sebab dah habis waktu melawat. Aduh! Walaupun aku letih nak tidur je tapi aku berharap sangat suami aku ada kat situ menemankan aku tapi tak boleh. 

Tak lama lepas tu, ada seorang lagi cina masuk kat katil depan aku. Cina depan aku ni kena contraction teruk giler. Aku dengarlah dia dok merintih-rintih sambil mak dia dok tolong urut-urut belakang dia. Lepas tu bila dah lama sangat dia dok menangis-nangis tu, laki dia panggil doktor. Bila doktor check baru bukak 1cm, so dia kena marah sebab dok meraung-raung macam tu. Aku? Oh, aku dok melayan nasi hospital dengan sup ayam...ha ha ha! (sampai sekarang aku dok terbayang kehebatan sup ayam tu...org lain msti tak suka makanan hospitalkan? Tapi aku suka sangat!!) Tak tahulah, aku ni sakit tu sakit jugalah. Kadang-kadang sakit tu akan datang menyengat dan aku tahankan je tapi lapar pun lapar jugak. Habislah nasi tu aku kerjakan! Doktor dan nurse siap tanya aku, 'awak ni tak sakit ke?'. Aku kata aku sakit tapi taklah berapa sakit sangat. Mungkin aku pernah kena period pain yang lebih hebat dari sakit ni (sampai berpeluh-peluh, nak pengsan & merengkuk-rengkuk aku dalam selimut). So, contraction pain yang memintal-mintal urat perut aku ni aku rasakan manja-manja je lagi. Cuma bila aku tak tahan sangat, aku akan baring dan cuba tidur.

Sebelum masuk dewan bersalin, wajib kena makan pil untuk keluarkan semua isi perut kita, so tak adalah time kita meneran nanti terkeluar sekali dengan yang tidak sepatutnya! Lepas makan pil tu, automatiklah aku nak ke tandas. Habislah keluar balik nasi dan sup ayam yang aku telan tadi :(

Doktor akan kerap juga datang untuk periksa bukaan kita sampai kita naik tak lalulah nak mengangkang...opss! :p Dan bila laluan aku dah buka ke 6cm tak silap aku, terus aku kena bawak ke dewan bersalin. Dalam pukul 5 ptg jugalah aku ke dewan bersalin. Kat sana sempat lagi suami aku snap gambar aku dok baring atas stretcher yang keras tu.

Entah macamana pula tiba-tiba tekanan darah aku naik tinggi masa kat dalam dewan tu. Doktor suruh aku relaks, jangan takut tapi masalahnya aku tak takut pun, tak stress pun. Kenapa tiba-tiba boleh darah naik tinggi? So, terpaksalah aku telan sebiji pil nak stabilkan dulu tekanan darah aku. Kalau tekanan darah tinggi gak, camna nak bersalin nanti? Tak lama lepas tu alhamdulillah semua back to normal.

Kat tangan aku dah dicucuk jarum untuk masukkan air dan nurse tanya nak ambil epidural ke? Aku tak nak sebab aku rasa tak sakit sangat tapi suami aku dah tercakap nak so, kenalah juga ambil epidural tu tapi aku tak ingat aku disuntik tang mana...(maklumlah urat dah banyak putus).

Tak silap aku lepas-lepas ambil epidural tu yang aku terus rasa perut aku dok berombak-ombak. Memang betul ada rasa nak buang air besar tapi macam keras dan tak mau keluar. So, aku dah tak boleh duduk diam, aku meronta-ronta kat situ. Terus suami aku panggil nurse dan doktor. Bila doktor periksa, dah buka 10cm terus dia suruh aku teran.  

Banyak kali juga aku meneran tapi tak juga boleh-boleh. Sebenarnya cina depan katil aku tu dah masuk dewan bersalin juga. Dia bersalin awal dari aku. Aku sempat dengar dia meneran nak bersalin...macam senang je! Bila time aku, susah pula! So mungkin bagi yang sakit sebelum bersalin, akan mudah meneran dan yang tak sakit ni susah sikit nak meneran? Wallahualam! Aku dah kena marah dengan nurse sebab dok jerit (bukan jerit melalak tu, cuma suara aku meneran tu ala-ala nyaring sket :D) dan sebab aku dok tarik nafas masa meneran. Ada aku kisah? Aku dah semput, mestilah aku nak bernafas...ha ha ha!

Tapi, syukur, akhirnya lahir juga putera aku. Bila Afif keluar je, dan nurse hulur kat aku, aku cium dahi dia yang masih sejuk. Pertama sekali aku nak tengok macamana rupa anak aku dan mata aku terus tertancap kat hidung dia yang penyek & kembang macam hidung aku. Adoii! Awatlah hang tak ikut hidung pak hang hat tinggi tu Afif oii?? Tak apa, itu semua tak penting, yang penting anak aku sempurna dan sihat.

Next entry aku akan cerita peristiwa ngeri yang aku lalui di hospital berhantu ni yang membuatkan aku serik nak beranak kat sini lagi...next entry ok!         

Monday, 3 September 2012

SYUKUR, AKHIRNYA AKU MENGANDUNG!!!


Ini sambungan dari entry aku yang sebelum ni. Sebelum ni kan aku cerita pasal IUI aku yang tak berjaya tu. Lepas tu aku terus stopkan rawatan dengan LPPKN tu (merajuklah kononnya!). Okey sekarang aku nak cerita kisah 2 bulan selepas itu...

Subhanallah...Allah Maha Besar! Sebulan lepas aku datang bulan tu, lepas tu 2 bulan aku tak datang-datang bulan. Aku tak pula nak buat UPT ke apa sebab aku dah fade-up. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku terlewat datang bulan dan bila beli pregnancy test tu yang mahal (kalau lebih dr RM1 tu mahallah!), tak pernahnya +ve. Tapi kali ni aku tekad nak beli jugak pregnancy test tu sebab aku rasa kali ni lain. Aku ada simptom-simptom malas, letih (balik keje aku terus tido atas sofa sampai laki aku marah sebab aku dah malas nak gerak hatta nak mandi sekalipun...last-last dia tinggal aku tido atas sofa tu, dia sedap-sedap tidur atas katil. Ada ke patut??), aku pun kerap kencing (tengah-tengah malam dok tidur pun aku tak tahan nak terkencing), kadang-kadang ada titis-titis darah kat panties aku dan pernah aku dok mencangkung nak tumbuk sambal, bila bangun tu aku sakit kat bahagian bawah perut. So, kira banyaklah simptom yang aku tak pernah alami sebelum ni yang buat aku makin was-was.

Di suatu Subuh yang indah sebelum solat Subuh, aku pun buat UPT. Tak payah tunggu 5 minit, terus naik 2 line! Masa tu Subuhkan, aku ingat aku ni tengah mimpi ke apa, tonyoh-tonyohla mata sikit tapi tidak...ini betul-betul, bukan cubaan! Sambil ambik air sembahyang, dada aku berdebar-debar. Dalam hati macam tak percaya lagi dengan result UPT tadi. Lepas sembahyang Subuh, terus aku baca Yaasin 3 kali berturut-turut sebab itu nazar aku. Aku dah bernazar kalau aku dapat tahu aku mengandung, aku nak baca Yaasin 3 kali berturut-turut. Tapi berita ni aku tak kobarkan pada suami aku lagi. Aku nak bagi suprise, tapi pada masa yang sama aku tak tahu nak bagitahu macamana.

Esoknya bila ke pejabat, aku terus ke klinik untuk check air kencing sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian yang lebih lanjut. Dan bila doktor tu sahkan aku dah mengandung 2 bulan (last period aku bulan 3, bulan 5 baru aku check, so 2 bulan dahlah...hujung bln 12 aku dijangkan bersalin) aku memanglah bersyukur sangat-sangat. Akhirnya aku dapat bagi hadiah paling bermakna buat suami aku. Lagipun birthday dia tak lama je lagi, lebih kurang 2 minggu lagi. Mulanya aku cadang nak bagitau dia masa birthday dia je tapi tak tahanlah pula nak tunggu lama-lama. Excited!




Orang pertama yang aku kobarkan berita ni, kepada mak aku. Orang kedua barulah suami aku. Aku ingat lagi masa tu kitaorang ke mamak untuk makan malam. Lepas bersembang-sembang, aku pandang muka dia, aku kata "Awak, saya nak bagitahu ni...saya pregnant!". Muka suami aku terkejut giler. Memang nampak muka dia berubah. Aku tak tahu dia gembira ke, dia sedih ke atau dia tak suka (tak suka?? tak mungkin!!!) Aku tau dia gembira sebab dia yang selam ni mintak sangat kat aku bila nak bagi dia baby yang comel-comel? Tapi, dia gembira sampai tak cakap apa...tak adalah nak kata tahniah (eh, sesuai ke nak ucap tahniah kat bini sendiri? :D) sekurang-kurangnya cakaplah, jaga diri elok-elok ke...makan banyak-banyak sikit ke...ini senyap jee. Cuma dia tanya aku, lepas ni nak kena pergi LPPKN balik ke? Aku kata ya sebab aku dah call dan staf kat sana suruh datang untuk jumpa doktor.

So, itulah kisah macamana susah dan peritnya aku untuk mendapatkan seorang anak. Aku tahu ada ramai lagi kat luar sana yang kisahnya lebih perit lagi dari aku. Ada yang dah berpuluh tahun menunggu tetap tak ada rezeki dan aku telah pun dikurniakan seorang. Walaupun seorang, aku tetap bersyukur sebab anak aku sihat, cergas dan pintar. 

Jadi, buat semua di luar sana tak perlulah kita nak sibuk-sibuk hal orang lain. Tak perlulah kita nak kisah kalau orang tu kahwin tak nak anak ke, anak dia seorang tak bertambah-tambah ke sebab masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri. Untunglah buat mereka yang baru kahwin tak sampai setahun dah dikurniakan anak dan untunglah buat mereka yang setiap tahun mengandung. Bersyukur sajalah pada Tuhan atas nikmat dan rezeki yang Tuhan dah berikan. tak perlu sibuk-sibuk nak soal orang lain 'Bila lagi?', 'ha, apalagi...tambahlah sorang lagi!' atau 'beranaklah awal-awal sementara masih muda...'. Bukan setiap insan Allah ciptakan dengan kesempurnaan, bagi yang sempurna tu banyak-banyakkanlah amalan supaya menjadi lebih sempurna.

    

BUKAN SENANG NAK HAMIL RUPANYA!

Entry hari ni nak sambung cerita tentang hamil pulak. Kalau sebelum ni dah bercerita tentang perkahwinanku dengan encik suami, kini tibalah masa nak menceritakan detik-detik nak mendapatkan zuriat kami sendiri pula. Alkisahnya tidaklah sesenang yang disangka :(

Macam yang diwar-warkan sebelum ni, kami bernikah pada 12.3.2005. Setelah setahun lebih menanti, kami masih belum juga dikurniakan zuriat. Hasrat di hati nak tunggu lagi tapi bila memikirkan yang usia aku bukannya makin muda, esok dah makin bertambah umur makin kurang lagi tahap kesuburan aku so dengan hati yang tekad aku telah membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan LPPKN. Bagi yang tak tahu LPPKN tu apa, it stands for Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara. Bagi yang duduk luar dari KL aku tak tahulah kat mana diaorang boleh dapatkan rawatan dari LPPKN ni tapi bagi aku yang duduk di KL, aku ke Jalan Raja Laut tu je. 

First thing first, kena call dulu buat appointment...jangan main redah je, confirm kena halau balik! Lepas tu, pihak LPPKN akan bagi tarikh yang kosong. Bila sampai tarikh tu, korang pergilah sana. Kat sana diaorang akan bagi kad kedatangan (next appointment akan ditulis atas kad tu)...dah buat appointment jangan tak pergi pulak! Sia-sia je...Staf-staf kat sana tak makan orang pun. Lagi pun prosedur yang dibuat tak menyakitkan sangat cuma ada sesetengahnya rasa tak selesa juga. Lupa pulak nak bagitau, kalau pergi kena datang laki bini. Bukan bini je datang, laki tak datang. Tak boleh! Sebab tak tahu masalah timbul daripada siapa...so bini pun kena check, laki pun akan disoal siasat. Seingat aku, laki aku dulu takde check apa pun, just ujian sperm je kot (pasal ujian tu aku tak nak cerita, tu korang kena tanya laki aku sendiri...:p)

Aku dah tak berapa nak ingat apa prosedur pertama yang diorang buat kat aku masa kat sana. Tapi aku dulu ada check darah (kena cucuklah yer...walaupun jarumnya besar tapi insyaallah tak sakit :D), kena buat x-ray & ujian HSG (nak pastikan tiub tak tersumbat)...x-ray & HSG ni tak silap aku kena buat kat Hospital Tawakal (Tawakal je la aku...). Yang lain-lain aku tak ingat sebab dah 6 tahun dah cik oiii!

Agak lama jugalah aku buat rawatan kat sana (rasa-rasa 6 bulan lebih) dan banyak ribu jugaklah habis untuk berubat (aku anggarkan RM2k lebih termasuk buat IUI). Setiap kali jumpa doktor mesti buat ultrasound. Ultrasound ni yang aku tak berapa gemar sangat. Ini yang aku kata tak berapa nak selesa sebab setiap kali lepas buat ultrasound tu, 1-2 hari lepas tu mesti aku kena kencing kotor. Sakitnya kena kencing kotor, Tuhan saja yang tahu. Sampai aku rasa aku dah tak nak lagi nak tanggung sakit tu. Kalau scan kat perut je tak apa sebab scan perut ni dia just buat atas perut je tapi ultrasound ni dia akan masukkan kamera kecik melalui alat sulit kita...itu yang aku tak suka.

Oh ya, doktor yang merawat aku kat sana, Dr. Hamizah. Orangnya tak berapa mesra tapi okey jugaklah sebab dia banyak juga bagi explaination. Dari apa yang doktor bagitahu aku, aku tak ada masalah dengan rahim atau pun saluran tiub tapi telur aku tak matang (tak boleh nak menetas). Korang tahulah, kalau benih nak jadi embrio kenalah sperma bercantum dengan telur. Kalau sperma ada tapi telur tak ada, tak bercantumlah benih tu (macamana nak bercantum kalau telur tak menetas? Macamana nak menetas kalau telur tak matang?). Complicated rupanya nak mengandung ni...dulu aku ingat lepas kahwin je boleh terus dapat baby :D 

Kemudian aku diberi ubat kesuburan yang dicucuk di perut dan suamilah tukang cucukkan jarum tu ke perut aku (tak sakit, jangan risau! Atau mungkin suami aku ada ciri-ciri seorang doktor yang bagus?). Sebenarnya lepas ambik ubat ni, kami berdua merancang nak buat IUI. Sajalah nak try kot-kot boleh lekat. Untuk buat IUI, pasangan kita pun kena berusaha juga sebab dia (suami) kena keluarkan benih dia dan disimpan di dalam bekas. Benih tu nanti akan di senarai pendekkan mana yang 'terhebat' untuk disuntik ke dalam rahim isteri (hehehe). Proses suntik IUI ni tak lama pun dan tak sakit, so jangan risau sangat sampai gigil-gigil :P 



Lepas aku buat IUI, aku dan suami pun tunggulah sebulan...ya la, kalau aku tak datang period dalam tempoh tu, bolehlah aku buat UPT nak check air kencing +ve ke -ve. Malangnya, aku datang bulan selepas tu. Memang aku kuciwa sangat-sangat time tu (tapi aku tak menangis la). Suami kata tak apa, kita pergi buat rawatan lagi. Aku yang dah kecewa & memikirkan sumber kewangan pun dah tipis sebab rawatan-rawatan tu terpaksa menolak. Aku kata aku nak rehat dan tak nak fikir apa-apa dulu (macamana aku tak nak fikir kalau setiap masa aku memikirkan benda ni??? Uwaaaa).

Lepas tu, aku cuba +ve kan diri aku. Kalau ada rezeki tu nanti, ada la....Sebenarnya terus-terang aku tak kisah lambat dikurniakan zuriat tapi orang sekeliling yang buat aku stressssssss! Macam entry aku sebelum ni, orang yang kepoh-kepoh ni memang suka bertanya macam-macam hal peribadi kita dan dia tak sedar benda tu sensitif pada kita. Kadang-kadang aku tak tahan, aku cerita juga kat suami. Dia cuma suruh aku sabar dan jangan ambil kisah sangat (masalahnya macamana aku tak nak kisah kalau pasal anak orang akan tanya aku? Jarang pula orang nak tuju kat laki aku tanya pasal anak...). Aku pun dah naik fobia nak ke majlis-majlis yang ramai orang. Paling tidak mesti terselit 1 soalan pasal anak...eiiiii, bencinya! Suami aku ni pula ada sorang mak sedara yang memang kalau nampak muka aku mesti nak tanya 'Bila lagi?'. Kadang-kadang aku malas juga nak ke rumah mak sedara dia tu tapi memikirkan dia mak sedara laki aku, aku gagahkan jugalah walau di dalam hati merana.

Nanti aku sambung lagi pasal kisah ni...panjang sangat pula aku baca. Tunggu next entry yer!


CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...