Iklan

Showing posts with label sampel tisu dinding rahim. Show all posts
Showing posts with label sampel tisu dinding rahim. Show all posts

Thursday, 20 March 2014

ENDOMETRIAL HYPERPLASIA

Menatang apa pula Endometrial Hyperplasia ni kan? Aku pun baru tahu istilah ni semalam semasa pergi untuk follow up kat hospital. Hasil dari ujian tisu dinding rahim yang dibuat masa aku warded hari tu, kata doktor aku ni ada Endometrial Hyperplasia. 

Maksudnya lebih kurang macam dinding rahim yang terlalu tebal. Kalau dinding rahim orang lain tebalnya 10mm, dinding rahim aku goes to 20mm...it's a hyper growing. Disebabkan itulah aku kerap period dan period aku banyak...kata doktorlah!

Doktor bagi aku Duphaston. Untuk apa duphaston? Doktor kata ia akan membuatkan dinding rahim aku tak akan menebal lagi yang mana kalau dibiarkan kemungkinan besar aku boleh dapat kanser rahim. 

"Endometrial Hyperplasia terjadi akibat hormon estrogen dalam tubuh terlalu tinggi melebihi hormon progestrone. Pil Duphaston yang mengandungi bahan aktif ‘dydrogesterone’, iaitu hormon sintetik yang menyerupai progesterone utk menggalakkan hormon progestrone sekaligus mengawal estrogen dari menebalkan lagi endometrium pd rahim.. utk seimbangkan hormon. Mungkin bila hormon sudah seimbang maka endometrium akan menebal pada kadar yg normal...(copy paste dari komen seorang sahabat).

Okey, sebenarnya aku nak ceritakan apa yang berlaku pada hari aku berjumpa dengan doktor semalam. Aku yang pada mulanya sangat excited untuk berjumpa doktor untuk mengetahui apa keputusan pap smear dan sampel dari tisu rahim yang diambil sebelum ni menjadi sangat kecewa dan sedih. Aku dah excited sangat nak sambung balik treatment untuk fertility. Aku dah target yang tahun ni aku nak mulakan treatment semula. Umur makin meningkat, aku risau...

Pukul 12 tghr aku dah sampai ke Klinik Pakar O & G Hospital Sg. Buloh. Appointment pun memang pukul 12 tghr. Aku ingat tak ramailah rupa2nya meleset sama sekali. Aku dapat no. giliran 3094 dan no. giliran yang dipanggil waktu tu 3054. Bayangkan lagi 40 org dan berada di hospital kerajaan kalau nak tunggu lagi 40 orang tu sama macam boleh travel dari KL sampai ke Penang!

Like I said, pukul 3.10 minit barulah nombor aku kena panggil. Sebelum tu dah sempat pergi lunch dengan encik suami. Oh! Afif sekolah hari ni tapi aku minta tolong mak dan ayah aku datang untuk tolong uruskan dia ke sekolah kebangsaan sebab aku memang tak sempat coz appointment aku pukul 12 kan?

Aku dapat bilik no.2. Doktor tu nama Ida tak silap aku. Orangnya pendek2 dan badan gempal. Masa nak masuk bilik dia, dia nampak kelam kabut keluar dan suruh aku dan suami tunggu. Ok fine, tak kisahlah nak tunggu lagi. Dalam 2-3 minit baru dia masuk balik dalam keadaan tergesa2 dan tercungap2. Dia sempat cakap ujian pap smear aku ok, tak ada masalah. Lepas tu dia cakap pula hasil ujian tisu dinding rahim aku detect yang aku ada masalah yang tadi tu lah....endometrial hyperplasia! Dia sempat explain sikit lepas tu dapat phone call pula. Lepas letak phone dia sekali lagi tergesa2 keluar.

After 5 minit kemudian pula baru dia masuk dalam keadaan tercungap2 lagi. Entahlah apa yang baru dia kejarkan tadi. So bila dia masuk dia pun sambung explaination pasal penyakit tu tadi. Bila dia dah start explain, aku pun mulalah menyoal. Maklumlah ini istilah yang baru pertama kali aku dengar, mestilah banyak yang aku nak tahu dan aku memang zero pasal penyakit tu walaupun memang setiap kali aku jumpa doktor dan buat scan, doktor akan kata rahim aku tebal. Tapi setiap kali doktor kata rahim aku tebal, doktor2 yang aku jumpa tu tak pernah cakap pun pasal penyakit ni jadi aku ingat tak jadi masalah besar rahim aku tebal.

Bila doktor ni kata nak start aku dengan Duphaston selama 3 bulan, aku dah jadi down sikit. Aku ingat lepas 3 bulan kena ambik Ravimed yang mana aku memang tak boleh buat treatment dalam tempoh tu, bila dah selesai dengan Ravimed, aku dah boleh mula treatment tapi aku hampa.

Kata doktor kalau rahim yang tebal ni dibiarkan, lama kelamaan berkemungkinan boleh dapat kanser rahim. Okey, tak kisahlah kalau nak start dengan Duphaston pun tapi aku cakaplah dengan dia yang aku kalau boleh nak start dengan fertility treatment. Dia dah mula tinggi2 suara dengan aku. Katanya buat satu-satu dik! Kena settlekan semua masalah dulu baru boleh nak buat treatment.

Bila masa pula aku kata aku tak nak buat satu2? Tak sempat aku nak menyampuk apa, dia punya bebel2. Bebel2 saja aku tak kisah tapi ton suara dia punyalah high macam aku ni buat salah besar pula kat dia...dah apahal?

Aku tanya juga kenapa kena makan duphaston? Apa fungsi duphaston tu? Sebagai seorang pesakit, aku tak ada hak ke nak tahu ubat yang doktor bagi aku makan? Dengan suara tak puas hati dan menghentak2 pen, katanya supaya dinding rahim aku tak akan menebal. So, sekarang ni dinding rahim aku tebal sangat, macamana pula dia nak menipis? Aku pun tanyalah lagi, dinding rahim aku akan menipis dengan cara macamana? Keluar period ke? Tiba2 menipis ke? Dia dah hangin satu badan macam kera. Mula dia menengking aku. 

"Dik, saya kat sini dari pukul 8.30 pagi sampai sekarang tau!" So?? Motif nak cakap dia ada kat situ dari pukul 8.30 pg? Hello doktor...nak saya ingatkan doktor ke yang doktor tu tengah bekerja? Memanglah kena duduk kat situ dari pagi atau doktor nak masuk kerja tapi duduk kat cafe sambil hirup kopi sampai petang? Saya ni datang dari tengahari sampai ke petang tunggu apahal pula? Saya dibayar gaji ke tunggu kat situ? Ditolak gaji mungkinlah kot.

Aku masih gak tak puas hati sebab dia punya explanation memang aku tak faham. Katanya dinding tu akan menipis. But how? Dia akan menipis! Itu aje yang dia cakap. Kalau koranglah yang memang tak ada ilmu pasal ni semua, tak sakit hati dapat jawapan macam tu? Kalau bukan nipis melalui period, dia akan kecut sikit demi sikit ke, mcamana...tak boleh nak explain ke? Sebab apa yang aku tahu dinding rahim tebal tu terdiri dari darah jugakan? So sebab tu aku tanya ia akan gugur sebagai darah ke apa? Baik lagi sahabat dalam FB aku explain macam yang kat atas tadi, faham juga aku. 

Dahlah nak explain pun bengap, suara dok tengking2 aku pula macam aku anak dia sampaikan ada staff nurse datang jenguk kat pintu bilik. Katanya dia belajar sampai 5 tahun tapi still bila nak explain kena google juga sebab nak tunjuk kat aku. Kalau belajar sampai 5 tahun, nak explain kat pesakit pun kena google baik tak payah! Aku pun boleh google sendiri. Aku ni langsung tak pernah belajar, kau budget aku nak terus tangkap dan pandai apa yang kau explain? Vangang punya doktor! Memang kena maki dengan aku je doktor yang buat kerja marah2 patient macam ni. Depan2 pesakit nak hentak2 keyboard, nak hentak2 pen, nak buat2 bunyi mulut tak puas hati. Doktor memang tak perlu ada etika ke masa merawat pesakit?

Hei, tolonglah...kami pesakit ni bukan hadap sangat nak pergi hospital tu. Nak tunggu berjam2 semata2 nak dapat explaination yang tak sampai 5 minit ok! Kami bukan suka2 nak sakit. Kami tak minta. Faham sikit perasaan orang dan hormat sikit walaupun awak tu pangkat Doktor ke apa tapi jangan lupa semua tu pinjaman dari Allah saja. Kalau rasa tak ikhlas nak buat kerja tu, jangan buat! Cari kerja lain. Kerja tu biar dengan niat nak tolong orang bukan nak menjatuhkan airmuka dan menyakitkan hati orang.

Aku memang dah bergenang airmata tapi aku cuba tahan daripada menangis depan doktor vangang tu. Suami aku pun nampak tak membantah, so aku pun malas nak bahasakan balik doktor tu. Katanya aku masih muda...35 tahun! Dia ada patient yang umur 52 tahun. Jangan jadi doktor bodoh boleh tak? Tahap kesuburan setiap orang sama ke? Umur masa menopos setiap orang sama ke? Umur masa 1st datang period setiap orang sama ke? Kau nak aku pregnant masa umur berapa? 50 tahun? Dengan macam2 masalah dan kemungkinan yang aku kena tanggung masa tu? Aku memang angin tahap gaban hari tu.

Dah tu tak pasal2 dia ceramah aku kenapa nak start dengan clomid balik sedangkan aku pernah buat IUI...serius aku tak faham! Lepas tu dia pun bagi example konon aku dah naik pangkat jadi Sarjan, kenapa nak turun pangkat jadi Konstable balik? Ha?? What?? Apa yang kau meraban ni doktor? Apa plak keluar Sarjan Konstable segala ni? Bila masa pula aku minta Clomid segala tu? Aku tak ada cakap pasal Clomid pun. Aku memang malas nak ambik tahu, aku angguk je. Apa masalah kalau dah pernah buat IUI tak boleh ambik clomid balik ke? Aku tak tahu tapi aku tak ada hati pun nak tanya!

Yang aku heran bila suami aku tanya soalan kat dia, boleh pula dia slow down volume suara dia tapi aku waktu tu dah tak minat nak tanya dan tahu apa pun. Aku cuma nak cepat2 keluar je dari bilik tu. Bila dia tanya nak next follow up sebelum raya ke selepas raya pun aku main jawab je lepas raya. Aku sebenarnya dah tak ada hati nak follow up ke situ lagi. Bila keluar bilik tu, aku tak cakap terima kasih pun. Untuk apa terima kasih? Aku tak dapat apa yang aku nak, cuma kena herdik adalah. Dahlah bagi Duphaston 3 bulan tapi follow upnya 5 bulan lagi...memang boleh berjanggut aku nak tunggu setiap kali nak follow up kat hospital ni.

Seriously 2 hari juga emosi aku terganggu disebabkan tu. Aku betul2 down dan jadi terlalu sensitif. Nampak tak macamana fragilenya hati kami yang sedang TTC ni? Niat kami cuma nakkan zuriat, hina sangat ke? Kalau nak kata untuk kepentingan diri aku sendiri zuriat tu mungkin tidak. Harapan dan impian aku cuma nak bahagiakan suami dan anak aku. Itu yang mereka harapkan sangat dari aku tapi aku tak mampu...tak terasa ke diri ini sangat tak berguna.....................? 



































Tuesday, 17 December 2013

AKU WARDED LAST EPISOD

Adehhh...janganlah marah! Aku tau kisah Aku Warded ni tergantung, tak habis. Bukan apa, sebab aku tak balik rumah, aku dok kat rumah mak aku lagi sebab cuti sekolahkan? Anak2 sedara semua ada kat sana, tu yang bawa anak aku balik sana. Kat sana, aku update blog guna Ipad jerrr. Alkisahnya aku tak berapa mahir update blog guna Ipad! Bila aku menaip panjang2, kat Ipad tu keluar separuh je daripada apa yang dah aku tulis. Nak mencari balik segala yang aku dah tulis tu menggagau juga so aku cakap kat diri aku, sabar sajalah dan tunggu bila balik rumah baru update blog. Sebab tu jugalah entry pasal Aku Warded tu sampai Part 3 bagai :D

Okey bersambunglah kisah malam aku di wad. Lepas masuk air tu aku terus terlelap. Maklumlah dah telan panadolkan? Barulah aku rasa aman lelapkan mata. Apa jadi dengan kakak kat depan aku pun aku dah tak tahu. Pagi2 tu aku terjaga dalam pukul 7 kot. Berpeluh2 badan aku, kesan panadol semalam. Terus aku bangun. Tengok2 sarapan dah dihidangkan kat depan aku. Bihun goreng! :p Bangun je aku terus ke bilik air untuk mandi. Rasa badan tak selesa pula dengan peluh2. Lepas mandi rasa segar sikit badan. Nasib baik ada air panas kat bilik air tu.

Aku pun mulalah jamah sarapan. Tak sedap kot bihun tu! Entah rasa lembik berlendir je. Tak habis pun aku makan. Lepas makan lepak2 balik atas katil. Katanya duduk hospital, apa lagi yang boleh aku buatkan? Nak pergi melangut tengok tv rasa malas pula nak berjalan. Baring2 sekejap, lepas tu biasalah ada je nurse yang datang nak check bp, ada je doktor yang datang tanya itu ini. 

Entah macamana mata rasa mengantuk pula, tidur balik. Biasanya pagi ke tengahari doktor2 termasuk specialist akan datang melawat dari katil ke katil. Bila doktor2 tu datang, aku terasa macam ada lawatan sambil belajarlah pulakan? Sorang doktor tanya masalah, yang lain2 tengok je aku. Terasa macam orang bersalah pun ada! Itu salah satu sebab aku tak suka masuk hospital. Macam2 doktor dok datang tanya masalah kita padahal dah berkali2 kita bagitahu. Yang syoknya bila pakar dah tengok aku, katanya aku dah boleh discharge hari ni. Yabedabedu!

Sebenarnya esoknya tu aku dan kakak aku dah plan nak buat sambutan harijadi untuk adik pompuan aku, ayah aku, anak aku dan anak sedara aku. Tup-tup aku kena tahan wad, majlis tu terpaksalah kansel tapi bila aku dah boleh keluar ni, cadangnya nak suruh kakak aku teruskan je tapi kena buat simple2 dahlah sebab aku masih tak larat lagi.

Sebelum aku boleh discharge, doktor suruh aku buat UPT test, Pap Smear dan ambil sampel tisu dari dinding rahim dulu. Air kencing aku dah bagi kat nurse tapi pap smear dan ambil sampel tisu tu kena petang2 sikit sebab alat nak guna tu belum sampai lagi.

Tengahari tu suami aku tak datang pun melawat. Aku cuma call dia dan kata aku dah boleh discharge petang nanti. Mak dan kakak aku nak datang melawat pun aku tak bagi sebab petang tu aku dah nak balik. Petang lebih kurang pukul 4 kot doktor datang panggil aku dan kakak katil depan tu untuk pap smear. Kakak tu dah buat2 muka. Katanya sebelum masuk wad dia dah buat kat klinik O&G bawah tu. Aku suruhlah dia bagitahu doktor.

Masa tunggu kat luar bilik untuk pap smear tu, ada sorang doktor pelatih ni perempuan nak minta izin nak tengok proses macamana pap smear dibuat. Aku tak bagi sebab aku segan kot! Lepas tu tak lama dia tegur aku, dia tanya aku takut ke? Aku cakap aku tak takut tapi aku takut kalau doktor lelaki yang buat sebab doktor yang incharge aku tu doktor lelaki dan muda lagi. Aku nampak doktor tu yang dok pi balik pi balik dari bilik tu. Tapi dalam hati berdoa je supaya dia tak ada masa aku buat semua tu nanti.

Tup2 bila aku kena panggil masuk, doktor lelaki tu ada juga. Cuma doktor tu dan doktor pakar je kat dalam tu. Macamanalah aku nak halau doktor lelaki tu sebab dah tak ada assisstant lain. Nak tak nak aku terpaksa melalui semua tu depan doktor tu. Memang aku sakit hati dan geram ok! Terasa macam hak aku dicabuli. Kenapalah mesti ada doktor lelaki di wad O & G? Uwaaaaa........

Ok, aku cerita pasal prosedur pap smear tu la lagi best.Aku sakit hati pula masa nak buat pap smear tu, masa tu la baru doktor lelaki tu nak sediakan bahan2. Bayangkan aku dah terkangkang kat situ, alat nak membuka ruang dah dimasukkan, tapi proses belum berjalan. Rasa terseksa sikitlah kat situ bila kita punya tutt ada benda dok sekat lama2. Buat pap smear tak terasa sangat tapi bila proses nak ambil tisu dari dinding rahim tu memang menyakitkan. Sekali korek, doktor tu kata tak boleh sebab tisu dah hancur ke apa tah, so dia korek sekali lagi. Memang sakit giler kot! Aku sampai terpejam2 mata menahan sakit. Dah tu doktor tu pula buat kerja lembab, sambil dok berleter2 kat doktor lelaki tu la apa la! Aku dahlah seksa dok mengangkang lama2.

Lepas habis semua tu, baru terasa lega tapi perut aku sakit. Terasa macam kena contraction pain pun ada. Doktor pesan soh pakai pad lepas tu. Nasib aku bawa pad. Turun dari katil pun dah macam baru lepas sunat. Dah tu kena berjalan ke bilik pun perlahan2 je aku gerak. Lepas pakai pad, aku duduk atas katil. Ingat nak baring sebab perut terus rasa sakit. Barulah aku nak rasa badan sihat sikit, tup2 time nak balik tu lah sakit balik. Kakak yang katil depan aku pula datang, aku terus tak jadi baring. Duduk dok layan dia bersembang pula. Dia tak jadi buat pap smear sebab doktor kata darah piyed dia masih turun banyak. Selamatlah dia. 

Tak lama, pukul 5 lebih suami aku pun sampai. Lepas dia pergi solat, dia pergi uruskan bil aku. Kemudian doktor pun datang bekalkan ubat2 untuk aku makan kat rumah nanti. 7 jenis ubat kau! Hambekk! Bila ubat dah habis stok nanti, doktor dah siap2 bagi prescription ubat untuk diambik kat farmasi bulan Januari nanti. Then next appointment will be on 17/3 next year! Lama gilerr aku nak tunggu next appointment ya.

Settle semua, aku pun tukar baju dan kemas2 beg. Salam kakak depan katil aku tu. Tinggallah dia sorang2 malam tu sebab aku tak nampak ada orang baru masuk pun. Sebelum balik singgah cafe dulu temankan suami aku makan. Aku terus tak ada selera nak makan. Badan dan perut pun sakit je. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah.

Kat rumah semua dah tahu kisah aku masuk wad. Cepat pula tersebar berita aku ni. Aku tak larat nak sembang banyak2 sebab jantung aku masih copot, masih berdegup laju gak lagi. So aku banyak duduk dan baring je. Nak bangun pun seksa jugalah dengan perut yang sakit.

Esok tu alhamdulillah aku dah okey sikit. Dapatlah aku menolong kakak aku menyiapkan sikit2 juadah untuk majlis sambutan harijadi tu. Dapatlah kami menikmati hidangan bersama2 nanti. Suami aku pula tengahari tu dapat berita mak dia a.k.a mak mertua akulah tu masuk hospital pula. Dia kena jangkitan kat dalam usus. Malam tu suami aku dan abang dia akan bertolak balik kampung. Aku tak dapat nak ikut sebab kondisi masih belum stabil. Suami aku dah macam menjaga orang sakit berganti2lah :D

Okey, itulah pengakhiran kisah aku di wad...moga2 cepatlah aku sembuh sebab aku nak berTTC balik ni. Buat masa ni doktor suruh aku stop dulu TTC sebab aku kena makan pil perancang selama 6 bulan untuk regularkan period aku dulu. Harap2 semuanya akan berjalan lancar dan ada rezeki aku nanti.   

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...