Iklan

Showing posts with label CD. Show all posts
Showing posts with label CD. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

PERUT DAH CRAMP...ANYWAY HAPPY 6th BIRTHDAY AFIF!

Apa maksudnya kalau perut dah cramp? Apa maksudnya kalau dah sakit2 belakang bila bangun tidur? Apa maksudnya kalau dah bloated2?

Maksudnya.....................................Cik 'P' akan muncul!!!

Aku tak kisah Cik 'P' nak muncul. Sejak period datang 13/11 dan stop 27/11 hari tu, memang period dah patutnya datang tapi yang aku risau sekarang ni aku rasa macam nak kena period pain jer! Mungkinkah sebab doktor ambik tisu dari dinding rahim hari tu? Aku jarang kena period pain dan kalau aku kena memang aku akan tertonggeng2lah menahan sakit.

Oh, hari ni Birthday putera aku yang terchenta, Muhammad Afif Muqri yang ke-6 tahun! Abah kata nak bawa tengok movie. Nampaknya aku kena sediakan pain killerlah nanti.

Cepatnya masa berlalu...tup2 Afif dah turn 6th...sob sob sob. Semalam Afif tengok video2 lama masa dia kecik kat h/phone aku. Bila dengar suara dia masa kecik2 tu, rasa rindu sangat dengan keletah dia yang super duper kiut miut. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 anak teruna  aku tu. Entah macamanalah dia kat sekolah nanti? Sampai sekarang pun masih bergantung dengan mama, tak pandai lagi nak berdikari. Perlukah mama ke sekolah setiap hari? Risau dan risau lagi...

Friday, 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

Monday, 7 October 2013

PERIOD PADA CD20??

Biar betul? Last period aku, bulan lepas (September) pada 17/9. Selepas aku 'bersih' tak sampai 10 hari (sebab period aku bulan lepas berlanjutan selama 11 hari), yang mana 27/9 baru period aku stop dan kelmarin 5/10 tiba-tiba keluar darah balik. 

Sebenarnya 2 hari sebelum tu memang dah ada spotting dan brownish2. Dalam entry aku sebelum ni aku ada cerita. Aku tak tahu la pula yang brownish tu akan betul2 turun darah period. Aku ingatkan cuma akan keluar brownish2 je. Darah yang keluar pula bukan sikit2, penuh pad jugak!

Okey, ni aku nak cerita macamana darah tu boleh keluar...sebenarnya benda ni dah beberapa kali jadi kat aku dan bila kelmarin terjadi sekali lagi, aku mula terfikir...

Aku ni sebenarnya suka membelek perut. Bukanlah belek macamana tapi kadang2 tu picit2 lemak2 kat perut, tengok berapa tinggi tahap lemak dah naik kat perut macam tu je lah. Disebabkan dah beberapa hari ada keluar brownish, kelmarin sambil2 dok layan Dikir Zikir kat TV AlHijrah, aku pun tekan2 perut aku. Ada 2 spot yang bila aku tekan sakit. Satu kat tepi pusat dan satu lagi kat bawah ulu hati (tempat yg sama ustaz yang pernah cuba nak rawat aku dr gangguan jin pernah tekan dan aku melalak2 dan terus bertukar menjadi 'orang' lain). So bila dah rasa sakit, aku tekan makin kuat kat dua-dua tempat tu sambil selawat banyak2. 

Lepas habis tengok tv, aku ke bilik air nak pee pee lah. Panties aku kotor dengan brownish yang pekat dan agak banyak, so aku rsa aku perlu pakai pad. Bila dah pakai pad, aku masuk bilik sambil berbual-bual dengan suami. Perut dah rasa macam lain macam. Rasa macam nak datang period, cramp, bloating dan agak keras sikit. Lepas tu macam rasa nak membuang, so aku ke toilet sekali lagi. Duduk atas jamban tu tak pula membuang tapi pee pee je sekali lagi. Dan bila habis pee pee tu, keluar darah yang agak pekat, berlendir dan berketul. Mmm...nampaknya macam period lagi ni tapi aku pun was2 juga sebab baru je aku kering dari period tak sampai 10 hari. Tapi aku cuma anggap disebabkan cuka epal tu kot nak membalancekan balik period aku. Macamanalah aku tak was2 sebab last cycle aku 72 hari dan tiba2 kali ni 20 hari je??

Tapi tu lah yang aku perasan, setiap kali aku tekan perut aku kat tempat yang sakit tu, tak lama lepas tu akan keluar darah. Bukanlah setiap kali tapi dah beberapa kali perkara macam ni terjadi. Aku bukan nak buat kisah mistik kat sini tapi aku ni memang ada pengalaman berubat cara Islam dengan seorang ustaz dan memang ada 'benda' kat dalam badan aku yang tak nak keluar...so, apakah 'benda' tu pun boleh dianggap penyebab segala masalah aku ni??

Pendarahan Selepas Haid - Dr. Zubaidi

Thursday, 19 September 2013

PERIOD PADA CD74

Akhirnya period aku datang juga tapi tak heavy. Last period aku pada 8/7/2013, sebelum bulan puasa hari tu. Pada 16/9/2013 (lepas aku balik dari larian bersama dengan anak aku), dah start keluar brownish. Aku dah dapat faham dah badan aku ni, kalau aku banyak berjalan sikit mesti aku senang datang period tapi bila dah memang time untuk periodlah.

17/9/2013 pun masih keluar brownish2 je sampailah malam tu sebelum tidur aku dah rasa perut agak cramp sikit. Masa tengah tidur, dalam pukul 3 pagi aku terasa darah macam terpancut keluar sikit. Mulanya aku malas nak bangun tapi bila rasa basah dan tak selesa, aku ke bilik airlah juga. Memang darah dan penuh panties aku, so terpaksalah aku pakai pad malam tu. Esoknya aku still pakai pad walaupun tak rasa sangat darah keluar tapi kat pad tu ada juga brownish yang tersangat pekat dan gelap. Maksudnya tak keluar fresh blood macam period biasa tapi ada beberapa kali juga aku terasa ada ketulan darah keluar. Okeylah, aku consider memang aku dah period cuma period aku kali ni cuma datang darah pekat dan berketul.

Hari ni 19/9/2013 pun bentuk darah yang keluar masih sama. Apa2 pun inilah cycle terpanjang yang pernah aku lalui semenjak selepas aku beranakkan Afif. 

Friday, 6 September 2013

DAH CD60

Hari ni 6/9/2013 dah genap 2 bln aku takde period :( Last period aku 8/7/2013 hari tu. Dalam 2 minggu lepas adalah brownish 2 hari, aku ingat period is on the way tapi tak ada juga. Semalam pula pun ada spotting (actually after BD). Mmm...camna ek? Nak try UPT ke? Rasa macam dah malas nak celup UPT tu sebab tak ada tanda2 pun yg UPT tu akan naik 2 lines...aduhhhh. Kenapa cycle makin lambat ni???

Friday, 19 July 2013

2 HARI LA PULAK

8/7 - Spotting
9/7 - Period + period pain
10/7 - Period
11/7 - Brownish
12/7 - Brownish
13/7 - Clear

Wahhhh....itulah catatan period aku untuk bulan ni. Perasan tak cuma 2 hari je darah keluar? Yg lain cuma spotting & brownish. Nak kata aku implementation bleeding @ miscarriage, dah try buat UPT sebelum period memang tak ada naik 2 lines. Jadi apakah makna semua ini? Yang pelik lagi tu, masa 1st day period tu aku kena period pain sampai nak pengsan2 dibuatnya. Bolehlah baca kat sini. Selalu kalau aku kena period pain memang period aku akan heavy dan makan masa seminggu atau lebih tapi kali ni...

Yang bestnya, aku cuma tinggal puasa 3 hari je...yeay! Aku confirm CD aku akan lewat macam sebelum ni juga, so mesti hujung Ramadhan ni period belum datang :) 

Tuesday, 9 July 2013

CIK 'P' SUDAH DATANG!

Kannn...patutlah UPT -ve :D Akhirnya dia munculkan diri. Semalam dah start ada spot dan hari ni dah mula aku kena period pain. Bangun2 je pagi masa Afif nak pergi sekolah, aku dah terguling2 menahan sakit. Maaflah, mama tak dapat bantu nak siapkan Afif, abahlah mangsanya. Nasib baik abah ambil berat pula kali ni, bertanya jugaklah dia kenapa dengan bini dia ni, kalau tak selalunya buat dono je...dan dia offer nak belikan panadol menstrual. Syoknya! Lepas beli panadol, dia buatkan milo & roti...barulah rasa macam ada suami ;)

Kalau ikutkan aku period pada CD57 bulan ni. Esok dah nak puasa. Tak dapatlah aku berpuasa pada hari pertama Ramadhan tapi aku harap aku dapat berpuasa sekurang2nya 24 hari bulan ni. Tak payahlah aku nak ganti berbelas2 hari lagi. 

Hari ni juga gagah ke Carrefour untuk beli barang2 dapur. Nak buat macamana dah hari ni je ada kesempatan dengan encik suami yang sibuk tu. Sakit2 pun kenalah aku pergi juga. Nak harapkan dia belikan barang dapur macam tak je! Nasiblah lepas telan 2 biji panadol tu kurang sikit sakit. Habuannya, lepas sejam lebih dalam Carrefour tu, aku dah macam nak pitam. Aku jadi letih & mmg tak daya nak melangkah pun. Nasib baik dah nak habis shopping, so aku minta suami aku je la yang pilihkan ikan sejenis dua. Aku ni melangkah setapak dua, aku terpaksa duduk. Bila aku bangun aku rasa kepala aku panas macam nak pitam sangat2. Entahlah kenapa. Darah tak sampai ke kepala ke apa ke tak tahulah tapi letih dan tak daya sangat2 sampaikan bila berjalan nak balik tu aku berpaut kat troli sekuat hati sebab tak mampu nak usung badan aku. 

Balik dari Carrefour tu singgah Giant pula sebab ada lagi benda nak beli. Suami je yang turun. Aku dan anak tinggal dalam kereta. Sempatlah aku merehatkan badan dan lelap sekejap. Bila buka mata, anak bising sebab lapar so aku pun call suami dan kami berdua turun makan kat dalam Giant tu. Alhamdulillah dah tak lemah macam tadi & aku boleh sambung shopping lak tu...hahaha. Ye la, nak harapkan 2 jenis ikan yang suami aku beli tadi memang tak cukup stok seminggu pun!

Balik dari Giant dalam pukul 6 petang, aku masih ada kudrat nak menyiang ikan, ayam dan mengemas barang2 yang dibeli sampai pukul 8.30 malam. Syukur! Mujur aku tak boleh solat, so dapatlah aku teruskan dengan kerja2 dapur tu sampai selesai.

Friday, 5 July 2013

PERIOD - UPDATE

3/7/2013 (Rabu)
CD 52
Waktu: 11.30 pagi
UPT Test: -ve

Sekian, terima kasih! Itu aje nak bagitahu :) Dah try buat UPT tapi negatif :D 

Hampa tapi dah agak resultnya so gelak sorang2 ajelah. Ni dah dekat 2 bulan delay period. Paling lama cycle aku pun kalau tak silap 55 hari, lepas tu period pun datang tapi hari ni (5/7/2013) dah CD 54 masih juga belum ada apa2 tanda macam spotting, perut kembung, sakit2 pinggang walaupun sakit pada breast dah berminggu2. Biasanya tanda2 ketara aku nak period adalah sakit pinggang & kembung perut berbanding sakit pada breast. 

Kalaulah period ni nak datang, datanglah sekarang supaya bolehlah dia kering cepat sikit & dapatlah aku menjalani ibadah puasa dengan hati yang girang. Jangan dibuat lagi 18 hari kena ganti puasa macam tahun lepas....menangis tak berair mata aku nanti! 

Saturday, 29 June 2013

JUN TAK ADA TANDA2 PERIOD :(

Bulan Jun ni tak ada period :( Hari ni dah 29/6, esok dah last day bulan Jun...oh! Esok Birthday aku!!! Happy Birthday to me :) (Apa yang happy sangat sambut birthday ni? Tak sedar umur makin lanjut? Anak takleh nak tambah2 jugak!) 

Setiap kali period lewat, mulalah berangan2 supaya ada berita baik tapi setiap kali juga hampa...takmo sedih2, semua itu perancangan Allah belaka. Apa yang aku perlu buat, berusaha, doa, tawakal sahaja tanpa putus asa.

Hari ni 29/6 dah CD48 (last period 13/5). Kalau genap2 2 bulan a.k.a 60 hari tak ada juga period, nak try test upt walaupun hari tu ada test opk tapi hampehhhh, tak terang pon! Ni pun dah ada tanda2 macam nak period. Mata asyik mengantuk je, perut dah berangin, breast dah sakit2, cuma tang pinggang je tak sakit2 macam selalu. Mungkin seminggu dua lagi kunjung tibalah period tu.

Oh, hari ni last day aku ganti puasa. Mujurlah sempat juga habiskan. Risau gak aku kalau hujung2 dan dekat2 Ramadhan ni Cik 'P' datang sebelum aku sempat habiskan puasa ganti aku. Tahun lepas aku tinggal 18 hari hokey!! Banyak giler kot! Dah separuh bulan tu kiranya. Mana taknya, tahun lepas memang period aku jenis datang long & heavy. Buat pula dia datang awal bulan puasa dan hujung bulan puasa, tak ke aku kena ganti berbelas2 hari. Aku berharaplah supaya tahun ni aku tak menghadapi masalah yang sama. Manalah tahu kot2 puasa tahun ni penuh ke.....(dengan harapan ada baby dalam puyut...ngeee).

Wednesday, 22 May 2013

CIK 'P' UNTUK MAY 2013

Ya Allah....lama giler aku tak menulis kat blog ni. Menjenguk tu ada tapi nak menulis entry rasa berat tangan ni. Sebenarnya ada beberapa benda yang menyebabkan aku malas dan tak sempat nak menulis kat sini tapi nanti2 la aku bercerita pasal tu. Sekarang ni aku nak story tentang Cik 'P' aku untuk bulan May ni.

Alhamdulillah Cik 'P' untuk bulan ni datang tepat2 7 hari. Tak adalah belarutan sampai berbelas-belas hari. Bila Cik 'P' datang normal macam tu, tiba2 aku terasa aku adalah wanita sempurna :D Cik 'P' bulan ni datang pada 13/5-19/5. CD aku tak sure sebab bulan lepas (April) aku datang period 2 kali...1st tu masa 30/3-13/4 (actually ni period utk bulan March kot sebab bulan March aku takde period). Lepas tu pada 21/4 Cik 'P' datang lagi iaitu pada CD23. Tapi cuma datang 3 hari je sampai 23/4. Walaupun 3 hari tapi heavy jugak masa hari pertama & kedua.

Kalau nak ikutkan dari tarikh 21/4 tu, untuk bulan May Cik 'P' datang pada CD23 jugaklah. Sekejap sangatkan CD aku...agak2 bila aku 'O' ek? Aku memang gembira sangat dengan cycle bulan ni. Suami aku pun macam tak percaya aku dah kering dari period bila aku cakap nak puasa esoknya sebab selalunya berminggu-minggu aku cuti dan dia pun of courselah ikut 'cuti' :p

Cik 'P' kali ni aku kena period pain. Aku dah agak, kalau betul period nak datang aku mesti akan kena period pain sebab 2 minggu sebelum tu aku dah rasa breast aku sakit2. Seminggu sebelum period pula pinggang aku pula sakit bila bangun dari tidur. Aku ni kalau nak period mesti akan sakit pinggang lepas bangun tidur. Kadang2 rasa nak menangis sebab aku tak boleh gerakkan badan sebab sakit sangat kat bahagian tulang pelvis ni, tengah tidur pun aku boleh terjaga disebabkan sakit. 2 hari sebelum period datang, aku jadi dahaga gila. Mulanya aku ingat sebab cuaca sekarang yang terlalu panas, sebab tu aku dahaga. Mana taknya, dah minum 2 gelas air pun rasa macam tak cukup...2 hari kemudian, Cik 'P' pun melawat :) 2-3 hari aku menanggung period pain tapi tak kritikal sangat sebab aku masih boleh berFB lagi. Darah memang heavy sampai aku guna overnight wings pun boleh bocor2 lagi.

Aku rasa period aku teratur sikit ni sebab aku berpuasa kot. Aku dah start puasa ganti beberapa minggu sebelum Cik 'P' bulan May ni menjengah. Agaknya perut kita ni memang kena rest jugalah sekali-sekala daripada makan memanjang. Insyaallah aku akan cuba kerap berpuasa kalau itu yang terbaik (okey, itu memang dalam perancangan tapi puasa ganti pun dok ada 10 hari lagi ni, camna?? Itulah nasib bila cycle period ni panjang, kena pula masa bulan Ramadhan...sabar ajeleh :D)

Okey, alhamdulillah pada 11/5 lepas (1 Rejab) aku sempat berpuasa sebelum Cik 'P' hadir. Moga2 apa yang aku hajati dan usaha akan dimakbulkan Allah. Rakan2 TTCians sekelian pun marilah kita berpuasa 10 hari dalam bulan Rejab ni sebab doa2 yang kita mohon insyaallah akan dimakbulkan. Allah tu kan Maha Pemurah, bila dia nak bagi kita kenalah rebut peluang ni...ya tak? Moga ada rezeki untuk rakan-rakan TTCians di luar sana ;)


Tuesday, 2 April 2013

PERIOD JUGA PADA CD52 (March)

Aku ingat bulan March ni dah tak period, tapi rupanya ada juga...alhamdulillah walaupun lebih bagus kalau tak period & keputusan UPT +ve tapi nak buat macamana, aku redhalah kalau masih belum rezeki aku.

Period aku bulan ni lain...tak macam bulan lepas yang lancar je darahnya & lama berbelas2 hari. Bulan ni tak tahulah nak berbelas hari juga ke atau 4-5 hari je tapi pada CD52 (30/3/2013) ada brownish kat panties. Aku still solat macam biasa sebab just brownish2 je. Esoknya bila aku tengok still ada brownish tu, aku tak solatlah sebab mungkin inilah rupa period aku untuk bulan ni. Petang2 sikit aku ada rasa perut macam cramp then ada keluar darah + lendir sikit, so aku confirmlah yang aku period walaupun masih tak keluar darah merah, cuma brownish yang sangat dark color.

Hari ni dah 2/4/2013 barulah ada juga darah keluar sikit dan aku dapat terasa darah tu keluar tapi tak lancar macam biasa, cuma beberapa kali je darah tu keluar dalam kuantiti banyak dan bila aku tengok pad pun darah sangatlah pekat dan kehitam-hitaman. Kalau cengginilah gaya period aku bulan ni, rasanya tak lama kot. Dalam 7-8 hari harap2 dah stop.

Wednesday, 27 March 2013

NO PERIOD FOR MARCH I THINK...

Last period (February) pada 7/2/2013. Ok hari ni (March) dah CD48 masih belum ada heavy blood, cuma brownish yg sekali-sekala datang. Last cycle CD22 je & panjangnya sampai 19 hari. Rasanya untuk bulan March ni tak ada periodlah gamaknya. Tu ajelah nak cakap. K....bai :( 

Wednesday, 13 February 2013

FEB - Cik 'P' hadir pada CD22

Ish2...penyakit apalah yang melanda aku ni. Punyalah malas nak update blog. Datang juga melawat tapak tapi tak ada buat apa2 perubahan sebab malas. Cina cuti 4 hari, dengan aku2 pun cuti tapi jangan tanya apa aku buat dan ke mana aku menghabiskan cuti panjang itu...huh! Orang lain sedap2 je letak status dalam FB berjalan sana sini...aku? 4 hari cuti, 4 hari jugalah aku melangut dalam rumah dengan suami dan anak. Kalau duduk dalam rumah tu disertakan dengan urutan ala Bali ke tak apa juga, ini tidak! Aku sorang2lah menghadap kerja2 dalam rumah. Lepas dah settle baru ada peluang nak melangut tengok tv. Yang si suami dengan anak sedap2 main games kat Ipad dari pagi sampai ke malam! Sakit hati! Hello, masih wujud seorang lagi insan dalam rumah ni ok! Ke nampak aku ni cuma sebagai bibik je?? Sentap ok!

Eh...hehehe, lari dari tajuk ek? Ok2, dah lama sebenarnya nak update pasal Cik 'P' untuk bulan February ni tapi disebabkan penyakit malas tu lebih kuat, makanya terperap ajelah cerita ni. Untuk pengetahuan semua, bulan ni Cik 'P' datang seawal CD22!! Believe it or not? Aku memang tak percayalah sampaikan masa keluar darah tu, aku ingat aku ni kes keguguran ke? Macamana nak percaya, 3 cycles yang lepas Cik 'P' datang masa CD30, lepas tu CD40, lepas tu CD50...tup2 bulan ni CD22.

Hari ni dah hari ke 7 tapi masih ada flow. Maksudnya belum tinggal brownish2, masih ada darah lagi yang mengalir. Tapi harap2 tak panjanglah cycle ni. Mungkin esok lusa tu stoplah kot. 

Sepanjang 2 minggu selepas habis period aku bulan lepas, aku dah amalkan Jus Perawan 2 kali sehari...pagi & malam & tak pernah tinggal (itupun kes aku kena tampal note kat pintu bilik supaya tak lupa :D). Selain tu, aku juga ada minum jus manggis + delima yang dibeli di pasaraya brand F&N Fruit Tree. So, mungkin ke aku mengamalkan kedua2 tu yang membuatkan Cik 'P' ni hadir awal...wallahualam. Yang pasti semua ini ketentuan dariNya dan dengan bantuanNya juga. Moga2 selepas ni cycle aku akan semakin tetap. Insyaallah! 


Inilah rupa paras Jus Perawan tu ya kawan2 :)

Sunday, 3 February 2013

PENANGAN JUS PERAWAN

Aku start minum jus perawan ni baru bulan lepas, lepas habis 'P'. Aku start Jumaat malam (25/1/2013). Sabtu 26/1/2013 pun aku ada amik gak 2 sudu, lepas tu terus zoom ke rumah mak aku untuk majlis bertunang adik aku. Aku tak bawalah Jus Perawan bersama. Ingat tak nak tidur sana tapi En. Mat Naat tak sihat badan so tidur gaklah sana sampai hari Isnin. Kiranya Sabtu (26/1/2013) tu aku skip malam, Ahad & Isnin pun aku skip gak tapi Isnin malam aku start minum balik. Kalau dikira dr 28/1 sampai hari ni 3/2/2013 dah seminggulah aku amalkan.

Jus perawan ni memang panas. Aku dapat rasakan badan aku panas lepas amalkan. Penangannya aku disahkan demam! Ya ampunnnn...nasib baik bukan demam kuat. Selsema sikit je dan badan panas kat dalam je. lebih kurang 3 hari kot aku demam tapi cuma sehari je yang aku rasa tak tahan panas & letih sangat. Selain tu aku rasa hidung aku yang ada sinus ni menjadi2 gatalnya. Entah apa kaitan lak Jus Perawan dengan sinus pun aku tak tahu. Mungkin sinus tak tahan panas dalam badan kot! Gatalnya Ya Allah macam ada ulat dok korek2. Bukan takat hidung, tekak & telinga aku pun ikut gatal. Jarang amatlah aku dapat pakej 3 dalam 1 macam tu.

Untuk Miss 'V' lak aku rasa agak kurang watery berbanding sebelumnya. Keputihan pun agak berkurang. Bab badan letih2 ni aku takleh nak komen lagi sebab aku pun demam & baru je nak baik demam so masih terasa badan lemah. 

Bagi yang nak amalkan Jus Perawan ni nasihat aku minumlah banyak air suam. Macam aku, setiap kali lepas minum 2 sudu jus tu memang aku akan minum segelas air tapi aku ni jenis yang malas minum air terutama sekali air suam....not my taste!!! Sebab tu turun kat anak aku tak suka minum air masak, nak yang manis2 je :) Sehari aku rasa adalah 3 gelas je kot aku minum air masak.

Harap2 bulan ni adalah perubahan pada Cik 'P' aku. Kalau ikut cycle dah CD 18. Moga2 pd CD28-CD30 nanti Cik 'P' hadirlah. Kalau tak hadir, moga2 ada good news untuk aku :)

Friday, 1 February 2013

WELCOME FEBRUARY!

Sekejap je dah masuk bulan Februari. Bertambah lagi umur aku sebulan :( Bila agaknya aku nak mendapat perkhabaran gembira? Harap2 tahun ni adalah khabar yang aku tunggu2 tu. Aku bukan apa, selalu terfikirkan Afif. Kesian Afif. Dah 5 tahun hidup dia seorang diri, tak ada kawan. Walaupun dia kecik tapi aku tahu dia pun ada hati & perasaan. Kadang2 bila dia ajak aku main dan aku tak nak, dia akan keluarkan ayat sedih dia..."Afif tak ada kawan." Huwaaaaaaaaa :'(

Hari tu aku saja2 usik Afif. Aku kata nak ambil anak kakak aku yang kecik bawa balik rumah supaya Afif ada kawan nak main. Dah dia tak nak pula. Afif ni cemburu kuat oooo. Kalau aku main dengan anak2 buah aku dan puji2 diaorang, mesti dia akan suruh puji dia gak. Kalau aku peluk anak2 buah aku, mesti dia suruh peluk dia gak. Bukan takat cemburukan sepupu2 dia, tapi dengan abah dia sendiri pun dia cemburu. Dia tak boleh tengok abah dia mesra2 sikit dengan aku. Mesti dia akan terus menerpa kat aku dan duduk tengah2 antara kami. Kesimpulannya kalau nak mesra2 dengan abah dia, kena tunggu dia tak ada @ tidur ajelah :D

Hari ni dah CD 16. Tengari tadi test OPK tapi cuma naik 1 clear line & 1 line lagi sangat2 faint. Mungkin 2 hari lagi test lagi kot. Maklumlah aku ni tak buat BBT chart sebab malas & tak pandai guna chart dalam FF tu :D

Oklah, aku tak sihat hari ni so takde mood dan idea sangat nak melalut. Ni semua gara2 En. Mat Naat lah ni yang bawa balik virus ke rumah! Nak gi tdo jap. Bulan ni hormon tidur aku kuat plak, tak macam bulan lepas. Aku pun tak pasti sama ada hormon mempengaruhi aktiviti tidur aku tapi serius aku perasan yang bulan ni aku asyik ngantuk & senang je nak tidur :)

Tuesday, 13 November 2012

CD27

Hari ni dah CD27 aku. Tak tahu kenapa excited sangat nak tunggu sampai ke CD30 sebab bulan lepas CD30 cik 'P' datang. Bulan ni kalau cik 'P' datang lewat macam nak gatal2 tangan check UPT :D Macam tak ada kerja kan?

Bukan apa sebab bulan ni rasanya banyak juga masa dihabiskan bersama suami dan bulan ni juga dapat spot EW walaupun tak tahu sebenarnya betul ke tidak EW :D Kepala ni pula dok pusing2 dah beberapa minggu. Perut kembung dari minggu lepas, tapi minggu ni dah agak kurang. Hari tu plak ada rasa sakit kat bawah perut, kerap nak terkencing, ada rasa letih & malas memanjang...hahaha, bunyi cam best je. Macam nak naik 2 lines je kat UPT sebab 1st experience mengandungkan Afif itulah tanda2 awal yang aku alami tapi selepas dah 5 tahun menanti untuk 2nd baby & tanda2 macam ni akan datang setiap kali cik 'P' nak datang, aku dah jadi lali.

Tunggu je la next entry aku (probably by next week), mesti kisah cik 'P' bertandang akan aku paparkan...for sure! Entry yang ni sebenarnya saja2 je nak gembirakan hati sendiri. Chill! :D

Saturday, 3 November 2012

EGGWHITE

Bangun tidur pagi tadi masa nak pee..pee..tiba2 nampak something macam eggwhite. Betul ke? Aku try sentuh dan tarik. Agak melekit dan tak putus. Mungkin ya kot! Lagipun hari ni CD ke 17. So, dalam 2-3 hari ni aku kenalah berusaha sikit kot. Tapi macamana? Semalam dah merajuk dengan suami :(

Sumpah sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pasal eggwhite. Aku tahu kalau ovulasi akan keluar cecair macam eggwhite tapi aku tak pernah kisah nak perhatikan semua tu. Sejak2 rajin baca forum ni, setiap hari aku perhati. Dan hari ni barulah aku rajin menyentuh benda alah tu. Mungkin ke sebab tu semalam aku sakit kepala? Eh, ada kaitan tak? :D

Sekarang ni aku dok tengah pikir macamana nak ajak suami BD :)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...