Banyak lagi kisah2 yang nak aku sematkan ke dalam blog ni tapi semuanya belum berkesempatan...macam biasa ianya akan menjadi backdated storylah nanti. Apa2 pun ni cerita penting yang aku nak story pada hari ni. Walaupun kisah ni pun dah backdated tapi masih belum terlambat rasanya...
Pada 5/12/2013 (Khamis) aku telah ditahan di wad O & G di Hospital Sungai Buloh. Mulanya aku ke hospital tu membawa referral letter yang pernah aku cerita yang dah lama aku dapat untuk masalah piyed aku tu. Bila ke hospital, aku ke Klinik Pakar O & G dan diberi appointment untuk fertility treatment la pulak! Memanglah aku nak dapatkan juga tarikh untuk treatment tu tapi sebab utama aku ke sana sebab nak jumpa doktor supaya doktor boleh check apa masalah dengan period aku. Bila aku ke KK dirujuknya aku ke hospital, so takkan bila ke hospital pun aku masih tak dilayan juga? Oh ya, tarikh untuk treatment tu pada hujung bulan 3 tahun depan yer! Lama berkurun aku nak menunggu kot! Aku dah sakit, lemah2 badan, rasa nak mati masa2 sekarang, apahal aku nak tunggu 3 bulan lagi baru nak tahu apa masalah akukan?
Jadi, disebabkan aku memang suspek ada yang tak kena dengan diri aku, aku pun bercakap dengan Nurse yang kat kaunter yang bagi aku tarikh appointment tu yang aku nak check boleh tak apa masalah aku sebab aku dah sebulan rasa tak larat sangat badan ni, rasa nak pitam, kepala sakit2, dada berdebar2. Dia suruh aku pergi check BP so aku pun pergi check BP...keputusannya NORMAL! Aku masih tak puas hati, aku tanya boleh tak aku buat test darah untuk check masalah aku? Dia minta aku ke Kecemasan dan jumpa doktor kat sana. Kalau ada apa2 baru doktor kat sana akan refer aku ke situ balik...mmmm, aku dah macam konfius juga tapi aku pergi ajelah berjalan ke Kecemasan tu dengan suami aku. Dalam tak larat aku gagahkan juga sebab bukan senang nak minta suami aku bawa aku ke hospital. Itu pun aku yang ajak juga dia pergi hari tu, kalau aku tak ajak mungkin kini dan selamanya pun dia tak akan ajak aku pergi hospital untuk check masalah aku.
Sampai Kecemasan aku cerrita balik yang Klinik Pakar suruh aku ke situ sebab aku ada masalah dengan piyed aku dan aku lemah2 badan, letih, sakit kepala bla...bla...bla...sama juga explaination aku masa kat klinik tadi. Macam tape rosaklah aku kat situ. Lepas tu Kecemasan pula suggest aku ke KK untuk jumpa doktor kat sana dan dapatkan referral letter, lepas tu baru datang situ balik. Aku dah tak puas hati. Dah macam bola la aku ditendang ke sana ke mari. Hello! Aku sakit okey! Nak suruh aku ke sana ke mari la pulak! Apa masalah kau hantar je aku masuk jumpa doktor sekejap, kalau tak ada apa2 masalah kau tendanglah aku keluar balik! Masa tu aku tengok kat Kecemasan tu pun tak ramai orang, kalau nak jumpa doktor sekejap takkan
lah tak boleh. Kalau dah nama gomen tu tetap taraf gomenlah juga...hishhh!
Suami cadangkan aku patah balik ke Klinik Pakar tadi balik. On the way ke sana tu aku tanya juga suami aku, kenapa Kecemasan nak tolak aku ke KK balik untuk dapatkkan referral letter sedangkan memang aku ke hospital hari tu bersama dengan referral letter? Cumanya referral letter yang aku bagi kat klinik pakar tadi, diambiknya dan dibagi tarikh untuk fertility treatment je sedangkan aku nak
check masalah kesihatan aku juga. Suami aku pun terdiam jugalah berfikir...
check masalah kesihatan aku juga. Suami aku pun terdiam jugalah berfikir...
Bila ke klinik pakar tadi balik, aku pun ceritakan yang Kecemasan nak tolak aku ke KK untuk dapatkan referral letter balik. So dah bincang2, diaorang pun suruh aku buat test darah kat situ. Alhamdulillah! Sekurang2nya adalah juga cara yang aku boleh buat untuk tahu masalah kesihatan aku ni. Aku bukan apa, dalam sebulan ni aku langsung tak boleh buat kerja2 rumah. Nak berdiri pun aku tak mampu dah aku rasa. Letih je badan. Kalau buat kerja sikit, naik tangga sikit, jantung aku rasa macam nak tercabut sebab berdebar2 sangat jadinya. Sampai bila aku nak melepet je kan? Kang suami aku yang tak faham masalah aku tu kata aku saja malas, kerjanya nak duduk saja tak nak buat kerja rumah pula sedangkan aku yang menanggung sakit ni tak ada siapa kisah.
Lepas ambik darah, aku dan suami pergi makan dulu. Katanya result dalam setengah jam tapi kami pergi balik ke sana sejam kemudian. Bila balik ke klinik tadi, tak sampai 5 minit, Nurse dah panggil nama aku. Katanya HB (hemoglobin) aku 5.5 jer...ni kena tahan wad ya, katanya! Aku
macam....ha??? HB normal sepatutnya 11 ke atas tapi aku punya HB ni consider sangat rendah. That's why lah aku lemah2 badan...tak cukup darah rupanya! Nasib baik aku desak2 juga nak check, kalau tak??? Itu pun Nurse2 kat situ dah bebel2 kenapa awal2 dulu tak nak datang jumpa doktor bila dah tahu ada masalah macam ni? Haiii...bila aku datang pun kau tolak aku ke sana ke mari, sekarang mau cakap banyak yer?
Okeylah...akan ada Part 2 berkenaan Aku Warded ni.....
macam....ha??? HB normal sepatutnya 11 ke atas tapi aku punya HB ni consider sangat rendah. That's why lah aku lemah2 badan...tak cukup darah rupanya! Nasib baik aku desak2 juga nak check, kalau tak??? Itu pun Nurse2 kat situ dah bebel2 kenapa awal2 dulu tak nak datang jumpa doktor bila dah tahu ada masalah macam ni? Haiii...bila aku datang pun kau tolak aku ke sana ke mari, sekarang mau cakap banyak yer?
Okeylah...akan ada Part 2 berkenaan Aku Warded ni.....
I bace pun geram je diorg buat mcm tu kat u. Tolak sana sini. Cuba awl2 terima je kan. Dah tahu membebel lak diorang. Hanie...semoga awk cepat sembuh ya. Take care dear
ReplyDeleteitulah Atie, saya pun mcm konfius apsal masa kat kecemasan tu diaorang takleh nak check sekejap, bukan suruh buat apa, just nak check darah je. Kalau saya mcm dah putus asa hari tu mgkn sampai hari ni saya dah putus nyawa agaknya sebab darah dah makin kurang. Yang klinik tu pun satu, ingatkan tak blh check darah kat situ, rupanya bila kita patah balik ke situ, boleh aje nak check. Sakit hati pun ada tapi layanan kat HSB bagi saya masih memuaskan walaupun mulanya hati sakit :)
Delete