Iklan

Showing posts with label Cik 'P'. Show all posts
Showing posts with label Cik 'P'. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

CUMA MIMPI

Pagi tadi entah macamana encik suami cakap kat aku yang dia mimpi aku mengandung... :o

Alangkah indahnya kalau itu bukan sekadar mimpi....

Beberapa minggu sebelum tu pun aku ada juga mimpi aku mengandung...suratan atau kebetulan?

Tapi semuanya cuma mimpi. Bukan aku tak pernah mimpi aku mengandung sebelum ni tapi aku tak juga mengandung lagi. Mimpi itukan mainan tidur :( Kalau boleh aku tak nak mimpi macam tu lagi sebab membuatkan aku menaruh harapan...

Cik P nampaknya tak sudi hadir pula bulan ni. Perlukah aku try UPT??? Ahakssss.....

Tuesday, 17 December 2013

PERUT DAH CRAMP...ANYWAY HAPPY 6th BIRTHDAY AFIF!

Apa maksudnya kalau perut dah cramp? Apa maksudnya kalau dah sakit2 belakang bila bangun tidur? Apa maksudnya kalau dah bloated2?

Maksudnya.....................................Cik 'P' akan muncul!!!

Aku tak kisah Cik 'P' nak muncul. Sejak period datang 13/11 dan stop 27/11 hari tu, memang period dah patutnya datang tapi yang aku risau sekarang ni aku rasa macam nak kena period pain jer! Mungkinkah sebab doktor ambik tisu dari dinding rahim hari tu? Aku jarang kena period pain dan kalau aku kena memang aku akan tertonggeng2lah menahan sakit.

Oh, hari ni Birthday putera aku yang terchenta, Muhammad Afif Muqri yang ke-6 tahun! Abah kata nak bawa tengok movie. Nampaknya aku kena sediakan pain killerlah nanti.

Cepatnya masa berlalu...tup2 Afif dah turn 6th...sob sob sob. Semalam Afif tengok video2 lama masa dia kecik kat h/phone aku. Bila dengar suara dia masa kecik2 tu, rasa rindu sangat dengan keletah dia yang super duper kiut miut. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 anak teruna  aku tu. Entah macamanalah dia kat sekolah nanti? Sampai sekarang pun masih bergantung dengan mama, tak pandai lagi nak berdikari. Perlukah mama ke sekolah setiap hari? Risau dan risau lagi...

Monday, 21 October 2013

CIK 'P' STOP PADA HARI KE-14

Cik 'P' bulan ni datang selama 2 minggu...sebenarnya 16 hari pun still ada brownish2 tapi since after 14 hari dah kira darah istihadah dan kena solat, so aku dah start solat pada hari ke 15. Masih ada juga sikit2 brownish yang keluar walaupun dah 16 hari. Lama juga period aku kali ni...semalam pun macam ada rasa cramp kat bawah perut macam nak period balik pulak...huhuhu. Entahlah dik non! Sekati dialah nak datang balik ke tidak, aku dah malas nak fikir. Nak kira waktu subur pun memang dah tak pandai dah aku ni dengan period yang lintang pukang ni.

Friday, 4 October 2013

MALAPETAKA APAKAH PULA?

Ish...ish...tak tahu nak kategorikan ini dalam kategori apa. Malapetaka? Petanda? Mimpi buruk? Entahlah...

Setelah sekian lama aku tak pernah ada tanda2 brownish di dalam waktu bukan waktu period, tiba2 semalam benda yang dah lama tak jadi tu datang balik. Tengahari semalam masa dah pee pee (buang air kecik :D) tengok macam ada lendir ala2 light brown gitu tapi buat tak kisah je. Sekali tu petang bila nak pee pee lagi sekali tengok panties ada tanda brownish yang pekat. Walaupun tak banyak tapi apakah itu??

Cik 'P' aku baru je menghilangkan diri 27/9 hari tu...ni baru seminggu aku 'suci' takkan Cik 'P' nak tunjuk diri lagi? Macam tak nak bagi chance aku manja2 dengan cik suami je. Jeles eh? Kalau itu tanda yang dalaman aku sedang dibersihkan...Alhamdulillah! Kalau itu tanda penyakit...minta dijauhkan! Kalau itu tanda penempelan...Subhanallah! :)

Mungkin ke sebab amalan Apple Cider Vinegar sejak 6 hari yang lalu? Mmm...tak dapat nak dipastikan cuma harap2 semuanya tak mendatangkan penyakit.

Wednesday, 2 October 2013

PEMAKANAN UTK CYCLE BARU

27/9/2013 dah start cycle baru setelah Cik 'P' datang menjenguk selama 11 hari. Untuk cycle baru ni, aku mula mengamalkan Apple Cider Vinegar & Jus Delima Gulsan dulu. 

Apple Cider tu aku ambik 1 sudu kecik waktu pagi sebelum sarapan. First2 day hari tu ambik 2 sudu besar kau! Berlagak! Sekali tu memang tak tahan tengitnya rasa cuka tu...sampai ke malam tekak aku sakit, lepas tu tobat tak ambik 2 sudu besar dah. Sekarang cuma ambik 1 sudu kecik & itu pun lepas masukkan 1 sudu tu, sebelum telan kena minum air sekali. Kalau tak, memang tak boleh nak telan. Cuka tu, korang boleh tahulah kan macamana kuatnya rasa cuka...dah macam ambik wasabi dah. Nak campur Apple Cider tu dalam air lagi rasa tak sanggup nak menelan sebab rasa macam banyak pula nak ditelan.

Pati Delima Gulsan pula aku ambik 1 sudu kecik juga (ni pun tak sanggup nak telan 1 sudu besar sebab masam...ngeee). Untuk Jus Delima ni aku ambik waktu malam sebelum tidur. Malas nak campur aduk dua-dua sekali pada waktu yang sama.

Lepas 2 hari aku telan Apple Cider tu, aku kena cirit tapi tak birit...eh, faham ke? Hahaha...maksudnya aku membuang tu cair je tapi bukanlah aku kerap ke toilet sangat...rasanya 3 kali kot membuang pada hari tu dan semuanya cair tapi aku tak adalah sakit perut sangat. Esoknya dah okey dah, tak ada cirit dah. Tak tahulah mungkin kesan pengambilan Apple Cider dan Jus Delima ke apa tapi aku rasa perut aku macam ringanlah sikit.

Hari ke-4 pengambilan perut aku berangin2 sikit. Sikit2 nak buang angin. Kadang dia keluar ikut atas dan kadang dia keluar ikut bawah. Ikut dialah nak keluar ikut mana, asal keluar. Tapi aku tak selesa sepanjang hari tu sebab perut aku bloated dan rasa penuh je. 

Oh, kenapa aku amalkan Apple Cider Vinegar ni ek? Aku dah lama nak amalkan sejak aku terbaca dan ter'YouTube' tentang khasiat Apple Cider Vinegar ni. Sebelum ni jumpa je Apple Cider ni jual kat pasaraya tapi tak pernah ada tanda halal so agak ragu2 pula nak beli. Masa bulan puasa hari tu terjumpa satu kedai Arab ada jual Apple Cider ni dan adalah tulis 'HALAL' teruslah aku rembat satu botol. Tak mahal sangat pula tu...RM9 je. Dengar kata Apple Cider ni boleh regularkan balik kita punya period. Wallahualam! Aku cuma berusaha, yang menentukan hanya Allah juga. Tengok sajalah macamana kesannya nanti ya!

*Tak pastilah boleh ke aku istiqhamah dengan Apple Cider ni sebab setiap pagi nak menelan rasa macam nak membunuh diri. Rasa cuka yang kuat tu yang buat aku tak tahan. Apa2 pun kenalah sabar dan kuat kalau nak sihatkan? kan?

Wednesday, 22 May 2013

CIK 'P' UNTUK MAY 2013

Ya Allah....lama giler aku tak menulis kat blog ni. Menjenguk tu ada tapi nak menulis entry rasa berat tangan ni. Sebenarnya ada beberapa benda yang menyebabkan aku malas dan tak sempat nak menulis kat sini tapi nanti2 la aku bercerita pasal tu. Sekarang ni aku nak story tentang Cik 'P' aku untuk bulan May ni.

Alhamdulillah Cik 'P' untuk bulan ni datang tepat2 7 hari. Tak adalah belarutan sampai berbelas-belas hari. Bila Cik 'P' datang normal macam tu, tiba2 aku terasa aku adalah wanita sempurna :D Cik 'P' bulan ni datang pada 13/5-19/5. CD aku tak sure sebab bulan lepas (April) aku datang period 2 kali...1st tu masa 30/3-13/4 (actually ni period utk bulan March kot sebab bulan March aku takde period). Lepas tu pada 21/4 Cik 'P' datang lagi iaitu pada CD23. Tapi cuma datang 3 hari je sampai 23/4. Walaupun 3 hari tapi heavy jugak masa hari pertama & kedua.

Kalau nak ikutkan dari tarikh 21/4 tu, untuk bulan May Cik 'P' datang pada CD23 jugaklah. Sekejap sangatkan CD aku...agak2 bila aku 'O' ek? Aku memang gembira sangat dengan cycle bulan ni. Suami aku pun macam tak percaya aku dah kering dari period bila aku cakap nak puasa esoknya sebab selalunya berminggu-minggu aku cuti dan dia pun of courselah ikut 'cuti' :p

Cik 'P' kali ni aku kena period pain. Aku dah agak, kalau betul period nak datang aku mesti akan kena period pain sebab 2 minggu sebelum tu aku dah rasa breast aku sakit2. Seminggu sebelum period pula pinggang aku pula sakit bila bangun dari tidur. Aku ni kalau nak period mesti akan sakit pinggang lepas bangun tidur. Kadang2 rasa nak menangis sebab aku tak boleh gerakkan badan sebab sakit sangat kat bahagian tulang pelvis ni, tengah tidur pun aku boleh terjaga disebabkan sakit. 2 hari sebelum period datang, aku jadi dahaga gila. Mulanya aku ingat sebab cuaca sekarang yang terlalu panas, sebab tu aku dahaga. Mana taknya, dah minum 2 gelas air pun rasa macam tak cukup...2 hari kemudian, Cik 'P' pun melawat :) 2-3 hari aku menanggung period pain tapi tak kritikal sangat sebab aku masih boleh berFB lagi. Darah memang heavy sampai aku guna overnight wings pun boleh bocor2 lagi.

Aku rasa period aku teratur sikit ni sebab aku berpuasa kot. Aku dah start puasa ganti beberapa minggu sebelum Cik 'P' bulan May ni menjengah. Agaknya perut kita ni memang kena rest jugalah sekali-sekala daripada makan memanjang. Insyaallah aku akan cuba kerap berpuasa kalau itu yang terbaik (okey, itu memang dalam perancangan tapi puasa ganti pun dok ada 10 hari lagi ni, camna?? Itulah nasib bila cycle period ni panjang, kena pula masa bulan Ramadhan...sabar ajeleh :D)

Okey, alhamdulillah pada 11/5 lepas (1 Rejab) aku sempat berpuasa sebelum Cik 'P' hadir. Moga2 apa yang aku hajati dan usaha akan dimakbulkan Allah. Rakan2 TTCians sekelian pun marilah kita berpuasa 10 hari dalam bulan Rejab ni sebab doa2 yang kita mohon insyaallah akan dimakbulkan. Allah tu kan Maha Pemurah, bila dia nak bagi kita kenalah rebut peluang ni...ya tak? Moga ada rezeki untuk rakan-rakan TTCians di luar sana ;)


Sunday, 21 April 2013

CIK 'P' DATANG LAGI???

Entah apa masalah ni?? Cik 'P' bulan lepas datang 15 hari (30/3-13/4). Hari ni barulah 21/4, 8 hari lepas bersih lagi suci dari Cik 'P' tapi tetiba nak dekat2 Subuh tadi aku dah mula rimas nak tidur. Aku dapat rasa basah je panties. Mula2 ingat mungkin 'saki baki' yang keluar so, pejamkanlah juga mata buat2 tak ada apa2 sebab malas giler nak bangun. Tapi bila kejap2 aku dapat rasa makin keluar, makin keluar cecair, aku dah rimas terus bangun ke toilet.

Bila aku buka je, lahhhh....darah kot! Darah yang fresh, pink, cair + lendir & darah beku sikit. Apakah??? Takkan period lagi kot? Aku tak puas hati, terus keluar bilik air amik UPT. Bila test, -ve! Itu yang aku benci :( Tapi, benda ni lah yang aku dah harungi sejak bertahun2 maka aku bertabah ajelah...tukar panties, pakai pad, tukar seluar dan keluar bilik air main games Zombie kat Ipad :D

Aku ingatkan darah tu akan keluar sikit2 je tapi dalam pukul 9 lebih nak pergi mandi, rupanya pad yang aku baru pakai Subuh tadi dah penuh sampai melimpah2 dengan darah. Pelik! Tapi syukur aku tak ada alami cramp perut cuma sikit2 je lah. Aku considerkan Cik 'P' datang lagi!! (Macam Tora datang lagi plak :D)

Friday, 22 February 2013

CIK 'P' HADIR LEBIH DARI 2 MINGGU :(

Aku sangat tertekan...tak tahu nak buat macamana dah. Bila tak berubat, datangnya berminggu-minggu. Bila berubat, datangnya lewat & sedikit. Apa lagi yang aku patut buat? Untuk bulan Februari ni, setelah aku happy2 Cik 'P' hadir pada CD22, rupa2nya dia hadir selama berminggu-minggu dan masih belum menunjukkan tanda untuk berhenti .:(

Hari ni, 22/2/2013 disahkan Cik 'P' dah 16 hari menemani aku. Masih belum ada tanda2 untuk dia pergi meninggalkan aku. Masih ada flow yang banyak. Aku tertekan sebab aku susah untuk melakukan ibadah. Aku susah nak solat. Aku memohon Ya Allah, kalau yang keluar ini adalah segala jenis penyakit yang ada di dalam tubuhku, aku redha. Kalau bukan, kau sembuhkanlah agar aku mudah melakukan ibadah kepadaMu.

Wednesday, 13 February 2013

FEB - Cik 'P' hadir pada CD22

Ish2...penyakit apalah yang melanda aku ni. Punyalah malas nak update blog. Datang juga melawat tapak tapi tak ada buat apa2 perubahan sebab malas. Cina cuti 4 hari, dengan aku2 pun cuti tapi jangan tanya apa aku buat dan ke mana aku menghabiskan cuti panjang itu...huh! Orang lain sedap2 je letak status dalam FB berjalan sana sini...aku? 4 hari cuti, 4 hari jugalah aku melangut dalam rumah dengan suami dan anak. Kalau duduk dalam rumah tu disertakan dengan urutan ala Bali ke tak apa juga, ini tidak! Aku sorang2lah menghadap kerja2 dalam rumah. Lepas dah settle baru ada peluang nak melangut tengok tv. Yang si suami dengan anak sedap2 main games kat Ipad dari pagi sampai ke malam! Sakit hati! Hello, masih wujud seorang lagi insan dalam rumah ni ok! Ke nampak aku ni cuma sebagai bibik je?? Sentap ok!

Eh...hehehe, lari dari tajuk ek? Ok2, dah lama sebenarnya nak update pasal Cik 'P' untuk bulan February ni tapi disebabkan penyakit malas tu lebih kuat, makanya terperap ajelah cerita ni. Untuk pengetahuan semua, bulan ni Cik 'P' datang seawal CD22!! Believe it or not? Aku memang tak percayalah sampaikan masa keluar darah tu, aku ingat aku ni kes keguguran ke? Macamana nak percaya, 3 cycles yang lepas Cik 'P' datang masa CD30, lepas tu CD40, lepas tu CD50...tup2 bulan ni CD22.

Hari ni dah hari ke 7 tapi masih ada flow. Maksudnya belum tinggal brownish2, masih ada darah lagi yang mengalir. Tapi harap2 tak panjanglah cycle ni. Mungkin esok lusa tu stoplah kot. 

Sepanjang 2 minggu selepas habis period aku bulan lepas, aku dah amalkan Jus Perawan 2 kali sehari...pagi & malam & tak pernah tinggal (itupun kes aku kena tampal note kat pintu bilik supaya tak lupa :D). Selain tu, aku juga ada minum jus manggis + delima yang dibeli di pasaraya brand F&N Fruit Tree. So, mungkin ke aku mengamalkan kedua2 tu yang membuatkan Cik 'P' ni hadir awal...wallahualam. Yang pasti semua ini ketentuan dariNya dan dengan bantuanNya juga. Moga2 selepas ni cycle aku akan semakin tetap. Insyaallah! 


Inilah rupa paras Jus Perawan tu ya kawan2 :)

Sunday, 3 February 2013

PENANGAN JUS PERAWAN

Aku start minum jus perawan ni baru bulan lepas, lepas habis 'P'. Aku start Jumaat malam (25/1/2013). Sabtu 26/1/2013 pun aku ada amik gak 2 sudu, lepas tu terus zoom ke rumah mak aku untuk majlis bertunang adik aku. Aku tak bawalah Jus Perawan bersama. Ingat tak nak tidur sana tapi En. Mat Naat tak sihat badan so tidur gaklah sana sampai hari Isnin. Kiranya Sabtu (26/1/2013) tu aku skip malam, Ahad & Isnin pun aku skip gak tapi Isnin malam aku start minum balik. Kalau dikira dr 28/1 sampai hari ni 3/2/2013 dah seminggulah aku amalkan.

Jus perawan ni memang panas. Aku dapat rasakan badan aku panas lepas amalkan. Penangannya aku disahkan demam! Ya ampunnnn...nasib baik bukan demam kuat. Selsema sikit je dan badan panas kat dalam je. lebih kurang 3 hari kot aku demam tapi cuma sehari je yang aku rasa tak tahan panas & letih sangat. Selain tu aku rasa hidung aku yang ada sinus ni menjadi2 gatalnya. Entah apa kaitan lak Jus Perawan dengan sinus pun aku tak tahu. Mungkin sinus tak tahan panas dalam badan kot! Gatalnya Ya Allah macam ada ulat dok korek2. Bukan takat hidung, tekak & telinga aku pun ikut gatal. Jarang amatlah aku dapat pakej 3 dalam 1 macam tu.

Untuk Miss 'V' lak aku rasa agak kurang watery berbanding sebelumnya. Keputihan pun agak berkurang. Bab badan letih2 ni aku takleh nak komen lagi sebab aku pun demam & baru je nak baik demam so masih terasa badan lemah. 

Bagi yang nak amalkan Jus Perawan ni nasihat aku minumlah banyak air suam. Macam aku, setiap kali lepas minum 2 sudu jus tu memang aku akan minum segelas air tapi aku ni jenis yang malas minum air terutama sekali air suam....not my taste!!! Sebab tu turun kat anak aku tak suka minum air masak, nak yang manis2 je :) Sehari aku rasa adalah 3 gelas je kot aku minum air masak.

Harap2 bulan ni adalah perubahan pada Cik 'P' aku. Kalau ikut cycle dah CD 18. Moga2 pd CD28-CD30 nanti Cik 'P' hadirlah. Kalau tak hadir, moga2 ada good news untuk aku :)

Friday, 25 January 2013

CIK 'P' DAH STOP

Hari ni 25/1/2013 dengan rasminya Cik 'P' dah menghilangkan diri. Maka bermulalah cycle baru kembali dalam hidup ini. Bulan ni 8 hari Cik 'P' menjengah since 17/1/2013 (malam) sampailah ke 24/1/2013 (malam juga habisnya).

Ok, antara usaha2 yang aku dah mulakan untuk cycle kali ni....aku minum jus delima + manggis. Mulanya nak minum Jus Delima Gulsan tu tapi mak teh aku yang jual ubat plak tak de stok masa aku nak beli. Aku cuma beli Jus Perawan je dari dia. Beli dari dia dapat murah sikit...RM30 sebotol. Tak apalah, next time bila dah ada jus delima Gulsan tu aku minum yang tu pula. Oh, jus delima + manggis tu aku beli kat Giant. Sebenarnya kat mana2 supermarket ada kot. Jus brand Fruit Tree. Mulanya nak beli jus delima brand Freshie tapi agak mahal berbanding Fruit Tree ni. Asal ada delima aku beli ajelah. Rasa taklah teruk cuma masam ajelah. Aku ni kalau masam2 memang bukan taste aku tapi nak buat macamana, telankan aje.

Oh, malam ni aku dah start minum Jus Perawan. Aku ambil 2 sudu dengan perut yang kosong. Lepas tu minum segelas air. Sekarang ni ada rasa macam menyucuk2 plak kat perut ni. Tak sherashi bersama ke? Tak pe2, baru minum, tunggu dulu beberapa hari serasi ke tak serasi. Oh, nasib baik rasanya tak teruk mana. Ada rasa madu2 sikit. Oklah....sedap.

Sejak 2 minggu lepas rasanya aku amalkan minum Yakult. Ok, rasanya memang tak ada kaitan dengan TTC kot tapi disebabkan aku ni macam ada masalah penghadaman sikit, itu sebabnya aku jadikan amalan. So far, sejak minum Yakult ni okey jugalah...angin2 dalam perut tu masih ada tapi senang keluar. Kalau tak keluar kot atas, dia keluar kot bawah...hahaha. Perut pun tak adalah moncit manjang, nampak gaklah surut.

Rasanya itu sajalah antara usaha aku setakat ni. Cengkih yang aku nak amalkan selama 41 malam tu tak berjaya dibuat lagi sebab susah benor nak curi masa suami aku. Ialah, kan dia yang nak kena genggam cengkih2 tu dan bacakan doa kat cengkih tu nanti. Telur ayam kampung + madu akan disusuli kemudian. Yang ni untuk suami akulah kot!

Friday, 18 January 2013

CIK 'P' DAH DATANG TAPI...

Semalam 17/1/2013, pagi2 masa tengah layankan Afif breakfast tiba2 terasa 'crettt' je kat bawah. Fuhh...macam dipicit2 & memancut2 je rasanya. Lain macam betul darah ni keluar...memang confirmlah darah. Segeralah mandi dan pakai pad. Okey...dari pagi sampai ke maghrib tu aku cuma pakai satu pad tu je sebab aku dapat rasa darah tu cuma keluar pagi tu je. Tengahari --> petang tak ada keluar dah. Malam tu aku malaslah nak pakai pad, memang tak keluar darah pun tapi bila dah pukul 12 malam, nak masuk tidur, time tu lah terasa meleleh lak. Terus bangun ke toilet, cuci2 dan pakai ajelah pad. Sepanjang malam tu ada juga keluar darah tapi...ala....tak penuh pun.

Pagi ni, aku pakai juga pad. Macam semalam juga, cuma pagi je aku terasa ada darah. Sekarang ni dah petang pun tak terasa ada yang keluar & confirm tengah2 malam kang baru keluar darah balik. Doktor kata rahim aku ni tebal, tapi apsal darah bila keluar sikit2 macam tu? Dulu masa darah keluar membuak2 & lama sampai 15 hari, bila scan dinding rahim aku tebal juga...kadang2 aku pun tak faham.

Tak apalah, aku consider ajelah aku masih gagal lagi nak uwek2 bulan ni. Kiranya untuk bulan 12, cycle aku genap2 50 hari. Amboi, pandai lak...bulan 10 cycle 30 hari, bulan 11 cycle 40 hari. bulan 12 cycle 50 hari ye dik non? Kalau macam tu bulan 1 ni, confirm2 ke cycle 60 hari??

Okey, next ikhtiar yang aku dah plan plak....Jus Perawan yang kononnya terlaris sangat tu. Nak trylah tengok macamana, lagipun harga not bad, bolehlah nak cuba. 

Eh, lepas kering period ni aku ingat nak minum air kelapa la. Moga2 dapat cuci sikit dalaman aku ni.

Sunday, 13 January 2013

-VE LAGI :(

Hari ni dah hari ke 45 period aku delay. Pagi tadi dah check UPT dan keputusannya -ve. Itu aje nak story sebab tak best pun! Sedih...:(

Tuesday, 8 January 2013

PREGNANT?

Aku sukakan nak buat tajuk yang bikin gempak. No..no..no.. aku belum lagi dapat UPT 2 lines, cuma malam tadi aku mimpi aku pregnant. Perut aku besar dan of courselah ada baby inside :D Aku tak ingat pun mimpi tu tapi tiba-tiba masa nak sembahyang Zohor, that mimpi muncul lak depan mata aku. Ya Allah! Alangkah bahagianya kalau betul tapi aku tak suka sebenarnya mimpi indah2 macam tu sebab selalunya mimpi indah ni terbalik maksudnya. Bulan lepas pun aku pernah gak mimpi UPT naik 2 lines tapi aku tak pregnant pun lagi. Ini kisahnya. Tak apalah...aku redha.

By d way, Cik 'P' yang sepatutnya dah munculkan diri hari ni tak nampak batang hidung. Ni dah CD40 dah ni. Takkan tak nak jenguk2 aku dah? Masa CD35 hari tu lepas BD ada keluar darah seketul kecik je masa aku pee pee & ada flow beberapa kali tapi sehari tu ajelah. Yang peliknya esok & hari2 selepas tu terus ghaib, langsung takde darah, dot2, spot2 dan sewaktu dengannya. Cuba rujuk balik aku punya entry ni Masalah Miss 'P' untuk Jan 2013. Aku dah order UPT dah, mungkin 1-2 hari lagi sampailah barang tu kat tangan aku. Walaupun aku dah tahu result sebelum buat test tapi tak kisahlah, aku beli je. Maklumlah addicted :p

Oh ya, hari ni aku puasa ganti. Sepatutnya ambiklah semalam dengan hari ni kan? Ngeng! Semalam Isnin memang sunat berpuasa tapi nak buat macamana mak cik lupa! Tak kisahlah, asalkan aku sempat nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas sudah! Nak tahu ada berapa hari lagi aku tak ganti? 14 hari kau!!! Maklumlah tahun lepas aku tinggal puasa 17 hari...gilakan! Tu lah aku kata Cik 'P' aku ni memang ting tong teng!

Monday, 24 December 2012

USAHA TTC 6 TAHUN LEPAS

Rasa2nya aku tak pernah cerita lagi apa usaha2 yang aku dah buat masa ber'TTC'kan Afif lebih kurang 6 tahun lepaskan? Hari ni sebab tak ada apa nak cerita, aku rasa nak kongsi cara2 aku TTC dulu. Sekarang ni dah 5 tahun sejak Afif lahir, aku dah tak usaha apa2 melainkan tunggu & lihat je. Tahun depan 2013 lah baru aku nak giatkan usaha balik. Afif pun dah genap 5 tahun 18/12/2012 hari tu. Sian dia asyik main sorang2 :( Bunga cengkih dah beli tau...ha, jangan main2! (Entah bilalah aku nak telan bunga2 cengkih tu sebab belum telan aku dah rasa tak sanggup dengan rasanya..)

Okey, aku ni lepas setahun lebih kahwin masih tak ada tanda2 pregnant. Pernah Cik 'P' missed sampai 2-3 bulan, tapi bila check -ve. Masa lepas kahwin Cik 'P' aku tak adalah ting tong sangat. Setiap bulan mesti Cik 'P' datang walaupun adalah terlewat beberapa hari. Tapi Cik 'P' aku ni jenis yang kalau bulan ni turun darah pekat, bulan depan akan keluar brownish je dari awal sampai habis 7 hari. Cik 'P' aku dikesan ting tong baru2 ni je, dalam 3-4 tahun lepas. Kejap dia datang banyak, kejap dia datang sikit, kejap dia tak datang, kejap dia datang lama.

Bila dah setahun lebih masih tak ada tanda dan mulut2 puaka pun dah banyak yang mengganggu, maka aku pun mulalah tingkatkan usaha. Antara usaha2 yang aku buat:

1. Aku ke LPPKN. Tak ingat pula berapa cycle aku mencuba tapi rasa2nya lebih kurang 5-6 cycle kot. Last sekali aku buat IUI kat situ juga. Tapi gagal bila bulan tu Cik 'P' datang. 

2. Aku selalu baca Surah Al-Imran ayat 38 setiap kali lepas solat.

3. Aku banyakkan berdoa masa bulan Ramadhan.

4. Kerap buat solat sunat tahajjud, solat sunat hajat & solat sunat taubat. (Bulan Ramadhan kena kerap buat).

5. Kirimkan doa pada emak aku yang ke Mekah untuk mengerjakan Umrah supaya mendoakan aku di sana. (Ini last usaha aku sebelum aku disahkan pregnant 3 bulan lepas mak aku balik dari Mekah).  

Aku memang tak amalkan apa-apa supplement tambahan atau makanan2 tambahan macam telur ayam kampung ke, susu kambing ke apa ke. Aku cuma bergantung pada ubat doktor dari LPPKN je masa tu.

Lepas aku buat IUI yang gagal kat LPPKN tu, aku terus stopkan treatment kat sana. Aku nak relax dan tak nak fikirkan pasal TTC buat sementara. Kuasa Allah, lepas Cik 'P' keluar after IUI tu, bulan depannya Cik 'P' tak datang 2 bulan. Rupanya dah sangkut dah dan baby pun dah 2 bulan dalam perut. Nasib baik aku buat test sebab aku memang dah malas nak buat test sebab dah serik kuciwa. Mungkin betul juga kata Doktor Hamid Arshad, lepas badan aku dah lalui banyak treatment kat LPPKN tu, mana masalah yang aku tak tahu dah cure dan senang nak conceive...ATAU mungkin juga berkat doa emak aku kat Tanah Suci...ATAU mungkin juga berkat doa aku dan sembahyang2 sunat yang aku buat...WALLAHUALAM! 

Masalah kesuburan ni memang tak ada siapa yang tahu apa puncanya. Kadang2 suami isteri dikatakan tak ada apa2 masalah tapi masih juga tak dikurniakan zuriat. Kadang2 isteri atau suami ada masalah serius tapi masih mampu memberikan zuriat. Semuanya di tangan Allah. Allah dah tulis dan rancang kehidupan kita sejak kita belum lahir lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap sesuatu yang Allah jadikan atau tak berikan pada kita ada sebab dan hikmahnya. 

Memang berat nak minta pada mereka yang sedang TTC untuk terima dan tabah sebab setiap mereka pasti ingin juga merasai liku2 untuk menjadi seorang ibu. Tipulah kalau tak ada yang nak merasa sendiri pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Apa yang mampu aku nasihatkan cuma tenangkan fikiran dan hati kita. Jangan terlalu stress dan selalulah redha. Elakkan dari menghampiri mereka yang memang dikenali bermulut PUAKA (kepuakaan mereka itulah nanti yang akan menghancurkan kita). Enjoy your life dan fikir positif. Mana tahu salah satu penawar tu ada kat sana ;) 

Kadang2 saya segan juga nak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan2 TTC yang lain memandangkan saya dah ada anak seorang tapi percayalah saya faham apa yang rakan2 TTC (yang masih belum punya zuriat) lalui sebab saya pun pernah menempuhinya 6 tahun dulu dan masih menempuhinya sekarang. Kesedihan tu masih sama seperti dulu setiap kali orang bertanya tentang anak... 


Tuesday, 13 November 2012

CD27

Hari ni dah CD27 aku. Tak tahu kenapa excited sangat nak tunggu sampai ke CD30 sebab bulan lepas CD30 cik 'P' datang. Bulan ni kalau cik 'P' datang lewat macam nak gatal2 tangan check UPT :D Macam tak ada kerja kan?

Bukan apa sebab bulan ni rasanya banyak juga masa dihabiskan bersama suami dan bulan ni juga dapat spot EW walaupun tak tahu sebenarnya betul ke tidak EW :D Kepala ni pula dok pusing2 dah beberapa minggu. Perut kembung dari minggu lepas, tapi minggu ni dah agak kurang. Hari tu plak ada rasa sakit kat bawah perut, kerap nak terkencing, ada rasa letih & malas memanjang...hahaha, bunyi cam best je. Macam nak naik 2 lines je kat UPT sebab 1st experience mengandungkan Afif itulah tanda2 awal yang aku alami tapi selepas dah 5 tahun menanti untuk 2nd baby & tanda2 macam ni akan datang setiap kali cik 'P' nak datang, aku dah jadi lali.

Tunggu je la next entry aku (probably by next week), mesti kisah cik 'P' bertandang akan aku paparkan...for sure! Entry yang ni sebenarnya saja2 je nak gembirakan hati sendiri. Chill! :D

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...