Iklan

Showing posts with label surat rujukan. Show all posts
Showing posts with label surat rujukan. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

BERDARAH KEMBALI

Errr...macam takut jer...macam seram jer...header di atas memang bunyinya agak menyeramkan tapi bukan kisah hantu atau mistik yang aku nak ceritakan sekarang ni :p

Apalagi kalau bukan kisah period aku ni. Aku ni baru je bersih dari darah pada 7/11 hari tu selepas 15 hari berdarah. Lepas 5 hari bersih, semalam 13/11 berdarah balik pulak dahhhhh...letihnya aku! Bukan letih apa, aku letih nak membasuh pad. Aku rasa tak selesa setiap masa sebab takut bocor. Kiranya aku ni 2 kali period dalam sebulan dan aku cuma bersih dari darah dalam sebulan tu 5-7 hari jer, selebihnya aku berdarah sentiasa...dah macam pontianak dah :p Korang bolehlah baca kronologi pendarahan aku kat sini.

Petang semalam lepas Asar aku dah rasa badan lemah jer. Anak aku bercakap dan bertanya macam-macam pun aku malas nak layan. Rasa semacam. Rasa letih, rasa malas, rasa benci pun ada. Entah kenapa! Lepas Maghrib sementara nak tunggu Isyak, aku dok mengadap lappy tiba-tiba rasa panties aku basah. Rasa macam air ketuban pecah tu, tiba-tiba je basah. Aku dah rasa tak selesa pun pergilah ke bilik air nak buat pemeriksaan :)

Tengok-tengok memang basah dan air tu ada bercampur darah coklat-coklat. Sebenarnya memang sehari sebelum tu pun dah ada keluar brownish2 tapi sikit jer. So memang terpaksa pakai pad lah! Malam tu tidur, bila en. suami balik, aku terjaga dan aku rasa sangat tak selesa macam dah bocor jer! Bangun ke bilik air dan memang pad maxi yang aku pakai lepas maghrib tadi dah penuh tapi bukan darah pekat, darah yang bercampur dengan air. Air apa pun aku tak tahulah. Bila check kat tilam memang ada bocor tapi tak nampak darah pun, cuma cecair jer...macam pelik jer, macam pelik jer.

Hari ni barulah betul2 darah pekat keluar. Macam biasa berketul2. Kalau orang lain boleh bezakan antara miscarriage dengan period, aku dah tak tahu beza sebab setiap kali berdarah mesti berketul2, cumanya aku tak pernah sakit setiap kali keluar darah. Nak kata period pain pun tak ada. Macam normal cuma rasa macam kepala melayang2 jer dan letih.

Pagi tadi ajak encik suami ke hospital sebab aku ni dah ada 2 surat refer ke hospital dari KK tapi sampai ke hari ni tak pergi2 pun. Masa nak minta surat refer beria2, bila dah dapat tak pergi pulak! Bukan aku tak nak pergi, ikut rasa hati aku ni nak sangat pergi tapi encik suami tu sibuk sangat. Pagi tadi aku ajak terus dia jawab, "tengahari pun tak masuk ofis lagilah abah". Maksudnya mesti lambat habis dan sampai tengahari pun dia tak boleh masuk kerja lagi. Terus aku sentap. Dahlah terjaga pagi tadi dah pukul 7.45 pagi, kalau nak bersiap2 nanti mau pukul 9 pagi baru boleh gerak. Konfem lambatlah habisnya. Aku macam heran dan tertanya2 juga kenapalah suami aku tak kejutkan aku Subuh pagi tadi ni? Selalunya bila dia bangun dia akan kejutkan aku tapi pagi tadi dia tak kejut pula. Sampai tengahari baru aku perasan...aku kan period! Hampeh!! 

Hish...entah bilalah suami aku nak luangkan masa bawa aku pergi check agaknya? Kadang2 sedih gak sebab surat refer tu aku letak betul2 kat tempat dia selalu letak dompet dia, takkan dia tak perasan dan ada hati nak ajak aku pergi buat appointment? Tak kesian ke kat bini dia ni? Dia macam buat tak tahu jerr, bertanya pun tak pernah, mengajak pun tidak...huhuhu. Kalaulah aku ada transport, akan aku lakukan semuanya sendiri :(

Tak kisahlah, selagi aku rasa tak memudaratkan, aku bersabar ajelah! Oh ya, buat rakan2 TTC sekelian, hari Sabtu (16/11) dan Ahad (17/11) ni ada seorang perawat nak datang ke Kuala Lumpur. Bagi yang nak mendapatkan rawatan aternatif bolehlah berjumpa dengan ustaz ni di Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut dari 3 ptg sampai tengah malam. Bawa bersama air mineral 1.5L sebanyak 3 botol. Aku tak tahu macamana cara rawatan dia sebab aku belum pernah berubat dengan dia. Insyaallah kalau encik suami ada masa, nak heret dia ke sana juga kot.  

Thursday, 31 October 2013

SURAT REFER HOSPITAL UNTUK O & G

Tadi pagi2 ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tujuan ke sana sebab anak terunaku yang sorang ni demam...semalaman dia tak boleh tidur, sakit kepala katanya. So, risaulah juga aku. Budak kecik macam tu dah sakit kepalakan?

Bila dah sampai KK, aku pun terus register sekali sebab aku nak check apa masalah dengan period aku yang berlanjutan ni tapi kerani pendaftar tu kata kalau untuk anak aku kena ke bahagian ibu mengandung & anak. Laa...pulak dah! Tak apalah, terpaksalah masuk jumpa doktor asing2. Aku ingat tadi nak cepatkan kerja, boleh la masuk sekali. Aku pun tinggalkan IC aku kat pendaftaran tu dan bawa anak teruna aku ke bahagian ibu mengandung dan anak untuk mendaftar kat situ pula.

Sambil duduk menunggu giliran, tengoklah juga gelagat ibu2 tengah mengandung dan baby2 yang baru lahir. Terimbau kembali kenangan 6 tahun lepas masa bawa anak aku untuk check up setiap bulan. Rindunya nak merasai semua tu kembali...insyaallah!

Nasib baiklah abah Afif ada, so dialah yang menunggu untuk Afif sementara aku menunggu kat tempat lain. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah menunggu baru dapat masuk jumpa Doktor. Nasib baiklah doktor tu tak adalah layan aku gitu2 aje. Apa aku tanya dia jawab dan dia jawab details juga, so aku rasa berbaloilah aku menunggu 2 jam lebih tu. Dia tanya umur berapa aku start datang bulan? Dia tanya macam2 lah pasal period aku dan aku pun explain sekali yang aku tengah TTC sekarang. Tanpa aku minta, dia sendiri ambik surat rujukan untuk aku. Katanya kat KK memang tak ada peralatan khas untuk check semua ni.

Surat rujukan ke O & G dah ada...surat rujukan untuk fertility treatment pun dah ada tapi aku aje yang tak pergi2 lagi...sedih! Kalau ikutkan aku esok juga nak pergi tapi encik suami pula yang macam tak endah je. Dah tak pernah tanya pun bila nak pergi start balik treatment ke apa. Asik kerja je manjang...abah, anak tu pun rezeki juga, bukan kerja itu je rezeki....uwaaaa! Kalau aku ada transport, tak payah tunggu dia, aku boleh redah je :D

Monday, 3 September 2012

INDAHNYA MASA MENGANDUNG

Ahaaa....ini kisah semasa aku mengandung pula. Trimester pertama, kedua & ketiga. Proses melahirkan insyaalah dalam entry selepas ini.



Alhamdulillah, dalam trimester pertama mengandung ni aku tak alami alahan yang teruk-teruk sampai tak boleh bangun atau muntah-muntah sampai lesu badan. Aku tak alami loya-loya mahu pun mutah-muntah, cuma aku tak boleh gosok gigi lama-lama dan gosok dalam-dalam sangat. Ha, kalau buat juga memang mengundang padahlah sebab masa tu lah aku akan luahkan segala isi perut. So, bila gosok gigi aku gosok sekejap je dan gigi bahagian depan je yang dapat belaian lebih dari aku. Gigi yang belakang-belakang tu aku mintak maaflah...tak dapek den nak nolong!

Sepanjang mengandung ni juga aku terpaksa ubah menu breakfast aku hari-hari. Selalunya tekak 'omputih' aku ni makan roti je sapu peanut butter. Sebenarnya malas nak buat sarapan, itu yang paling senangkan? Tapi bila dah mengandung, secubit roti pun tak boleh nak masuk dalam tekak aku ni. Aku rasa loya. Tekak aku cuma menerima nasi lemak je sepanjang aku mengandung sampai melahirkan. Mujurlah badan aku tak berlemak-lemak sangat. 

Paling aku loya + nak termuntah time ni bila bau orang menumis, hatta aku sendiri tak membenarkan diri aku menumis (so, selalunya aku suruh suami aku beli kat luar je sebab banyak masakan orang-orang kita ni nak kena menumis). Baru aku percaya yang orang kalau mengandung memang banyak perkara-perkara pelik terjadi. Dulu aku macam tak percaya bila orang kata ada isteri tak boleh bau minyak wangi masa mengandung. What a nonsense? Ecehh...ye la, minyak wangi tu! Nama pun wangi, apsal takleh bau lak? rupanya memang betul ada kes, walaupun tak terkena kat aku tapi aku pun tak boleh bau juga...cumanya bau tumisanlah! Kalau tak mengandung, bukan main sedap lagi kalau kita bau orang menumis nak buat tomyam atau rendang ke, tapi pada aku time tu memang giler busuk sampai pening kepala!

Selebihnya, sampai 9 bulan aku okey dan sihat. Tak ada masalah darah tinggi atau kencing manis. Aku juga aktif dan rajin bergerak masa mengandung. Kat pejabat aku tu, kena angkat fail berat-berat dah biasa. Ada yang larang aku angkat, tapi aku buat juga. Takkan nak mengada-ngada buat orang menyampah pulak. Oh ya, lupa nak cakap...kita ni kalau susah nak lekat lebih baik awal-awal pregnant tu kita tutup mulut kita dari hebohkan pada sesiapa kecuali orang-orang tertentu macam mak atau suami kita je. Bukan apa, kita tak tahu hati orang ni macamana. Mana tahu ada yang busuk hati, dibuatnya sesuatu kat kita...macamana? Aku cuma bagitahu pada sorang kakak kat pejabat aku masa aku dah 4 bulan, itu pun sebab aku risau jadi apa-apa kat aku kat pejabat tu takde orang yang tahu aku pregnant. Masa bulan ke-5 baru satu pejabat tahu pasal aku (sebab perut pun dah makin membesar, nak rahsiakan apa lagi?).

Aku buat check-up bulan-bulan kat Hospital Selayang (next entry aku cerita pasal hospital ni....). Selalunya orang akan check-up kat klinik biasa je kan? Aku dapat surat rujukan daripada LPPKN sebab aku dikira special case dan aku minta LPPKN buat surat refer ke Hospital Selayang (hospital tu yang paling dekat dengan rumah mak aku). Check-up hospital ni biasalah, tak lama mana pun...kadang-kadang 5 minit pun tak sampai nak jumpa doktor tapi nak kena tunggu tu sampai 4-5jam. Selalunya aku akan ambik leave. Dapat pula sorang doktor lelaki bangsa India yang aku dah lupa nama dia (sebab dia tu tak mesra alam sangat!). Susah betul aku nak tanya apa-apa kat doktor ni sebab dia tak berapa nak layan...biasalah hospital kerajaan, mana ada masa nak layan soalan-soalan kita sebab kita pergi pun bayar RM5 je :p

Aku ingat lagi kejadian bila aku tanya doktor tu jantina anak aku (padahal aku dah tahu jantina anak aku...2 bulan buat scan kat LPPKN doktor dah detect) dan doktor tu mati-mati tak nak bagitahu. Dia kata takut ada kes orang sanggup bunuh diri sebab stress bila dapat tahu jantina anak. Aku kata itu mungkin bangsa lain tapi orang Melayu tak kisah jantina anak...dia tetap juga tak nak bagitahu. Suka hati kaulah doktor!    

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...