Iklan

Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

TRAGEDI 25/4/2013

Maaflah...ini kisah yang terjadi bulan lepas tapi baru sekarang aku rasa rajin nak bercerita. Kisah ni lebih kurang macam drama swasta jugalah tapi memang membuatkan aku cemas, cuak, menggelabah giler2.

Sebenarnya suami aku ni demam. Dah 2-3 hari kot dia demam dan dia ni memang senang betul kena demam, selsema & batuk. Antibodi lemah betul! Mungkin juga faktor dia yang tak menjaga diri. Kerja teruk, keluar pagi balik malam setiap hari. Balik lewat malam baru nak makan nasi. Vitamin tak pernah makan dan bla...bla...bla... 

Disebabkan dia ni dah besar bukan baby lagi so bila dia demam tu aku suruhlah makan ubat. Suami aku ni jenis manja, tak suruh tak buat. Tak suap tak makan. Kadang2 menci gak nak layan sebab bila aku sakit dia buat dekkk je...geram!! Anak aku pun demam juga. Nasib baiklah aku tak demam sekali. Kalau tak, tak tahulah siapa nak jaga siapa. Al-kisahnya pada hari tu, badan dia memang panas sangat so dia sendiri cadang nak ke klinik. Dia ni memang susah nak ke klinik. Bila dia sendiri nak pergi, aku ok je tapi dialah yang drive sendiri. Aku temankan aje sebab aku takleh drive...hahahahampeh!

Nasib baik dia boleh lagi drive tapi dia mengadu la kepala dia berat sebab cuaca pun panas lit-lit kat luar. Sekarangkan memang cuaca panas melampau. Doktor kata suami aku memang demam panas. Doktor kata kalau masih panas 2-3 hari lagi kena datang klinik balik untuk check darah. Balik klinik aku suruh dia singgah Giant kejap (Giant dengan klinik tak jauh mana, tu yang boleh suruh). Aku nak beli barang dapur sikit sebab dah tak ada benda nak masak. Dia tidur dalam kereta, cuma aku dan anak yang turun beli barang. Sempatlah aku beli ketam. Cadang nak buat sup ketam sebab suami aku cakap tadi dia nak makan sup2.

Balik dari Giant tu aku terus ke dapur nak masak walaupun dah pukul 2 lebih waktu tu. Suami aku terus landing atas sofa dan tidur. Nak siang ikan, ketam segala bagai...nak dekat pukul 4 baru aku habis masak. Kesian jugalah kat anak dan suami aku yang tak makan tengahari lagi. 

So dah settle semua, aku terus kejut suami untuk makan. Bila dia dah bangun dan duduk nak makan, dia kata rasa nak muntah. Aku suruh dia ke bilik air sorang2. Aku ingatkan dia okey je sebab masa dia bangun tidur tadi dia jalan okey je. Aku tengok dia dok berdiri depan pintu bilik air sambil pegang kepala. Lama jugalah tapi tak muntah2 juga. So aku pun abaikan dia, aku senduk lauk ke dalam pinggan anak. Tiba-tiba bunyi gedeganggggg!!!! Kuat giler kot sampaikan aku dan anak terkejut. Aku tengok suami aku, nampak kaki dia je. Dia dah terlentang atas lantai. Rupanya dia pitam dan terus jatuh ke belakang dan jatuh kepala dulu atas lantai, tu yang bunyi kepala dia terhantuk kuat gilerrrr...Spontan mulut aku jerit...'Abah!!!' (Drama swasta habissss :p)

Aku memang dah macam putus nyawa bila dengar bunyi macam tu. Siapa2 yang dengar bunyi tu mesti ingat kepala akan pecah, berdarah, mungkin koma atau macam2 kemungkinan dalam kepala. Terus aku bangun dan lari ke suami aku. Anak aku pun kalut juga nak tengok abah dia. 

Bila aku sampai kat dia, kaki dia kat pintu bilik air dan kepala dia dekat dinding bilik depan bilik air tu. Aku terus angkat kepala dia pelan2 letak atas peha aku. Aku tepuk2 pipi dia bagi dia sedar. Dalam pada tu aku memang shaking giler. 1st time aku tengok orang pitam macam ni, selalu tengok dalam drama kat tv je. Aku panggil dia berkali2...Abah! Abah! Abah! Berpeluh2 muka dan badan dia. Mula2 aku nak ambil air simbah je tapi susah pula nak bangun so aku minta tolong anak teruna aku ambilkan kipas tangan untuk aku kipaskan abah dia. Mujurlah anak aku dah boleh membantu. Lepas aku kipaskan suami aku, alhamdulillah sejuk sikit. Dia pun tak pengsan, tapi dalam keadaan lalok. Aku tepuk2 pipi dia tak nak bagi dia tidur. Aku risau kalau dia tidur lain pula jadinya. Aku memang panggil je dia supaya dia sedar sentiasa. Anak aku pun macam-macam soalan dia nak tanya masa tu. Mujur aku yang tengah kepanasan tak hangin satu badan :D Aku jawab je la  mana yang aku termampu. Dia pun nampak risau tengok abah dia yang lalok2 tu. Dia pun tanya abah dia, 'Abah okey ke tak ni?' 'Abah dah gila ke, mama?'. Nak tergelak pun ada juga.

Aku memang tak boleh bergerak kemana-mana sebab pangkukan kepala suami aku. Dia pula ambik masa nak betul2 sedar dari lalok. Aku minta anak aku ambikkan telefon. Dalam kepala aku cuma ingat nak telefon mak aku, nak minta tolong adik lelaki aku bawakan suami aku ke hospital tapi adik aku tak ada kat rumah pula. Aku tanya adik perempuan aku. Mak aku kata adik perempuan aku pergi kerja. Ya Rabbi! Iyalah, hari Khamis memanglah orang kerja, aku mati2 ingat hari Sabtu. So aku kata kat mak aku tak apalah, aku fikir macamana nanti. Mak aku pun kata dia akan cuba call minta tolong adik lelaki aku sorang lagi. Tiba-tiba teringat kat abang ipar aku (abang suami aku). Teruslah dail nombor dia. Mula2 tanya dia busy tak? Katanya dia agak busy tapi aku dah tak peduli. Aku cerita semua dan minta dia datang bawa adik dia ke hospital juga sebab aku risau kalau ada internal bleeding dalam kepala nanti. Kepala suami aku pun dah naik benjol sebesar bola tenis.

Tak lama, suami aku pun dah sedar dan dia dah boleh duduk. Aku minta dia bangun jalan perlahan2 ke dalam bilik sebab ada kipas dan sejuk sikit. Aku nak angkat dia tak larat...berat beb! Dia minta sikit masa. Aku bagi dia minum air limau + madu sikit. Bila dia dah sedar boleh pula dia tanya aku soalan, 'Kita dah pergi klinik ke tak?'. Ya Allah, suami aku ni dah hilang ingatan ke? Bukan ke tadi dah ke klinik. Lepas tu dia tanya lagi, 'Abah pergi bilik air nak buat apa?' aku kata, 'Abah cakap nak muntah, sebab tu saya suruh ke bilik air.' Ya Allah, janganlah ada apa2 kesan lepas jatuh tu pada suami aku. Tadi aku risau dia koma, sekarang aku risau dia hilang ingatan pula. Lepas tu baru dia boleh bangun dan jalan perlahan2 masuk dalam bilik. Nasi yang dah terhidang aku tinggalkan sampai sejuk atas meja. Aku suapkan suami aku makan dulu. Sebelum dia ke hospital, aku nak dia isi perut dulu. Mujur juga dia masih mampu habiskan nasi sepinggan.

Petang tu dalam pukul 5 lebih, abang ipar aku sampai dengan beberapa orang kawan dia dan bawa suami aku terus ke HKL. Dalam pukul 7 adik lelaki aku datang ambik aku dan anak ke rumah mak aku. Aku masih tak dapat apa2 berita tentang suami aku. Lepas solat Isyak, aku telefon abang ipar aku dan katanya suami aku akan ditahan di wad so aku tinggalkan anak dekat mak aku dan ke hospital malam tu. 

Bila masuk dalam kecemasan tu, suami aku masih belum dapat mana2 wad. Dia kena buat X-ray, CT Scan dulu. Sampai pukul 11 lebih baru dimasukkan ke wad. Itupun wad penuh juga sampaikan suami aku kena tidur depan pintu masuk wad. Aku yang mulanya cadang nak temankan dia terus tak jadi. So aku balik juga malam tu dengan adik aku.

Lama juga suami aku kena tahan kat wad, 5 hari sebab doktor nak pantau lebih lagi. Aku kat rumah mak aku pun kena jaga juga anak teruna sorang ni yang demam tak kebah2. Bawa ke klinik ambik ubat tapi takut nak makan. Bercintalah nak suruh anak teruna aku ni makan ubat. Selagi tak keluar suara pontianak aku, memang dia tak makan ubatlah jawabnya....adehhh, mujurlah mama sihat Afif oiii, bolehlah nak jaga Afif dan abah yang sakit.

Itulah drama yang terjadi bulan lepas yang membuatkan aku lama tak menjengah blog ni. Syukur suami aku dah sihat walaupun kadang2 dia mengadu juga yang dia macam tak sesihat dan sekuat dulu lepas2 demam tu tapi insyaallah tak ada apa2. Mungkin proses nak sembuh tu makan masa sikit. Lepas dia keluar hospital tu terus aku paksa dia ke farmasi untuk beli vitamin sikit supaya dia tak kerap sangat jatuh sakit dah. Ni dah sebulan sejak kejadian tu dan Afif pula dalam tempoh ni dah 3x demam. Risau betul aku! Suruh makan ubat dahlah penakut, aku yang darah tinggi setiap kali nak minta dia makan ubat :(

Sunday, 3 February 2013

PENANGAN JUS PERAWAN

Aku start minum jus perawan ni baru bulan lepas, lepas habis 'P'. Aku start Jumaat malam (25/1/2013). Sabtu 26/1/2013 pun aku ada amik gak 2 sudu, lepas tu terus zoom ke rumah mak aku untuk majlis bertunang adik aku. Aku tak bawalah Jus Perawan bersama. Ingat tak nak tidur sana tapi En. Mat Naat tak sihat badan so tidur gaklah sana sampai hari Isnin. Kiranya Sabtu (26/1/2013) tu aku skip malam, Ahad & Isnin pun aku skip gak tapi Isnin malam aku start minum balik. Kalau dikira dr 28/1 sampai hari ni 3/2/2013 dah seminggulah aku amalkan.

Jus perawan ni memang panas. Aku dapat rasakan badan aku panas lepas amalkan. Penangannya aku disahkan demam! Ya ampunnnn...nasib baik bukan demam kuat. Selsema sikit je dan badan panas kat dalam je. lebih kurang 3 hari kot aku demam tapi cuma sehari je yang aku rasa tak tahan panas & letih sangat. Selain tu aku rasa hidung aku yang ada sinus ni menjadi2 gatalnya. Entah apa kaitan lak Jus Perawan dengan sinus pun aku tak tahu. Mungkin sinus tak tahan panas dalam badan kot! Gatalnya Ya Allah macam ada ulat dok korek2. Bukan takat hidung, tekak & telinga aku pun ikut gatal. Jarang amatlah aku dapat pakej 3 dalam 1 macam tu.

Untuk Miss 'V' lak aku rasa agak kurang watery berbanding sebelumnya. Keputihan pun agak berkurang. Bab badan letih2 ni aku takleh nak komen lagi sebab aku pun demam & baru je nak baik demam so masih terasa badan lemah. 

Bagi yang nak amalkan Jus Perawan ni nasihat aku minumlah banyak air suam. Macam aku, setiap kali lepas minum 2 sudu jus tu memang aku akan minum segelas air tapi aku ni jenis yang malas minum air terutama sekali air suam....not my taste!!! Sebab tu turun kat anak aku tak suka minum air masak, nak yang manis2 je :) Sehari aku rasa adalah 3 gelas je kot aku minum air masak.

Harap2 bulan ni adalah perubahan pada Cik 'P' aku. Kalau ikut cycle dah CD 18. Moga2 pd CD28-CD30 nanti Cik 'P' hadirlah. Kalau tak hadir, moga2 ada good news untuk aku :)

Saturday, 26 January 2013

AFIF DEMAM

24/1/2013 bersamaan masa cuti Maulud Nabi tu Afif tiba2 diserang demam tapi demam dia tak kuat sangat. Abah dia yang perasan dia demam, aku tak perasan pun sebab Afif ni badan dia memang sentiasa panas.

Walaupun hari ni sepatutnya cuti, tapi En. Mat Naat seperti biasa tak cuti. Aku bercadang nak bawa Afif ke Giant, nak potong sikit rambut dia yang dah panjang tu. Sambil2 tu jalan-jalan ajelah daripada berbosan2 di rumah berdua. Lagipun aku ada nak beli sayur2 sikit. Hari Sabtu ni adik perempuan aku nak bertunang, jadi aku diberi tugas untuk masakkan tomyam pada hari tu.

Masuk je dalam Giant tu, Afif aku terus letakkan dalam troli. Aku ke bahagian cadar, aku cari bantal, selimut & tuala. Bukan nak beli tapi nak buat lapik Afif tidur :D Aku lapikkan selimut lepas tu letakkan bantal, terus dia tidur dalam troli tu & aku selimutkan dengan tuala. Kesian pula tengok dia macam tu sebab aku yang beria-ia nak potong rambut dia hari tu juga. Bukan apa, aku nak dia nampak kemas sikit masa kenduri Sabtu ni...boleh gitu? Mulanya masa keluar rumah badan dia tak panas sangat pun, tapi bila dia dah mula tidur dalam troli tu baru aku rasa badan dia panas. Mujurlah dia tertidur & aku melambat2kan acara pembelian aku supaya dia ada peluang untuk tidur. Bila dia terjaga, semua dah settle tinggal nak bayar. 

Lepas bayar, kami ke KFC untuk makan. Bila tanya Afif nak makan apa, dia mesti akan cakap nasi & ayam. Mana lagi aku nak cari nasi & ayam kalau tak kat KFC. Tak payah nak fikir TTC sangatlah time tu sebab memang terpaksa gak aku telan fast food tu. Itu sajalah makanan yang Afif boleh telan. Nasib baik Afif tak meragam sangat.

Lepas makan baru pergi potong rambut. Afif ni penakut betul nak potong rambut. Dia takut dengan mesin yang orang guna untuk cukur rambut tu. Setiap kali potong rambut, memang kena cakap kat tukang gunting rambut jangan guna mesin tu. Lepas potong rambut barulah kami balik. Afif pun nampak cergas dah. Afif ni kalau demam memang jarang aku tengok dia melepet je. Dia tetap cergas macam tak sakit. Kalau dia melepet tu barulah aku risau.

Satu perkara lagi, Afif amat2 susah nak makan ubat. Jangankan ubat biji, ubat cair pun dia tak boleh telan. Kalau dipaksa juga dia boleh muntah. Kalau dah muntah, dah satu lagi kerja aku nak lap muntah dia. Dulu perkara ni dah pernah terjadi kat aku 2 kali rasanya dan aku cuak juga kalau nak paksa dia makan ubat. Tadi kat Giant aku belilah panadol biji untuk budak2 tu. Harapan aku bila aku campurkan dalam milo dia nanti, dia tak akan perasan. Itulah satu2nya cara yang ada sekarang nak bagi dia makan ubat. Nampaknya dah 2 malam aku buat macam tu dan alhamdulillah dia minum juga milo dia sampai habis. Tapi akulah yang kena disoal jawab oleh dia dulu. Jangan ingat dia tak perasan rasa lain dalam milo dia. Jenuhlah aku bohong sunat kat dia. Aku kata Afif demam sebab tu tekak Afif rasa tak sedap. Aku suruh dia sedut cepat2 milo tu baru tak rasa. Afif ni masih minum botol lagi jadi senang sikit kerja aku. Moga2 cepat sembuhlah anak aku daripada demam. 

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...