Iklan

Showing posts with label UPT. Show all posts
Showing posts with label UPT. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

CUMA MIMPI

Pagi tadi entah macamana encik suami cakap kat aku yang dia mimpi aku mengandung... :o

Alangkah indahnya kalau itu bukan sekadar mimpi....

Beberapa minggu sebelum tu pun aku ada juga mimpi aku mengandung...suratan atau kebetulan?

Tapi semuanya cuma mimpi. Bukan aku tak pernah mimpi aku mengandung sebelum ni tapi aku tak juga mengandung lagi. Mimpi itukan mainan tidur :( Kalau boleh aku tak nak mimpi macam tu lagi sebab membuatkan aku menaruh harapan...

Cik P nampaknya tak sudi hadir pula bulan ni. Perlukah aku try UPT??? Ahakssss.....

Friday, 5 July 2013

PERIOD - UPDATE

3/7/2013 (Rabu)
CD 52
Waktu: 11.30 pagi
UPT Test: -ve

Sekian, terima kasih! Itu aje nak bagitahu :) Dah try buat UPT tapi negatif :D 

Hampa tapi dah agak resultnya so gelak sorang2 ajelah. Ni dah dekat 2 bulan delay period. Paling lama cycle aku pun kalau tak silap 55 hari, lepas tu period pun datang tapi hari ni (5/7/2013) dah CD 54 masih juga belum ada apa2 tanda macam spotting, perut kembung, sakit2 pinggang walaupun sakit pada breast dah berminggu2. Biasanya tanda2 ketara aku nak period adalah sakit pinggang & kembung perut berbanding sakit pada breast. 

Kalaulah period ni nak datang, datanglah sekarang supaya bolehlah dia kering cepat sikit & dapatlah aku menjalani ibadah puasa dengan hati yang girang. Jangan dibuat lagi 18 hari kena ganti puasa macam tahun lepas....menangis tak berair mata aku nanti! 

Saturday, 29 June 2013

JUN TAK ADA TANDA2 PERIOD :(

Bulan Jun ni tak ada period :( Hari ni dah 29/6, esok dah last day bulan Jun...oh! Esok Birthday aku!!! Happy Birthday to me :) (Apa yang happy sangat sambut birthday ni? Tak sedar umur makin lanjut? Anak takleh nak tambah2 jugak!) 

Setiap kali period lewat, mulalah berangan2 supaya ada berita baik tapi setiap kali juga hampa...takmo sedih2, semua itu perancangan Allah belaka. Apa yang aku perlu buat, berusaha, doa, tawakal sahaja tanpa putus asa.

Hari ni 29/6 dah CD48 (last period 13/5). Kalau genap2 2 bulan a.k.a 60 hari tak ada juga period, nak try test upt walaupun hari tu ada test opk tapi hampehhhh, tak terang pon! Ni pun dah ada tanda2 macam nak period. Mata asyik mengantuk je, perut dah berangin, breast dah sakit2, cuma tang pinggang je tak sakit2 macam selalu. Mungkin seminggu dua lagi kunjung tibalah period tu.

Oh, hari ni last day aku ganti puasa. Mujurlah sempat juga habiskan. Risau gak aku kalau hujung2 dan dekat2 Ramadhan ni Cik 'P' datang sebelum aku sempat habiskan puasa ganti aku. Tahun lepas aku tinggal 18 hari hokey!! Banyak giler kot! Dah separuh bulan tu kiranya. Mana taknya, tahun lepas memang period aku jenis datang long & heavy. Buat pula dia datang awal bulan puasa dan hujung bulan puasa, tak ke aku kena ganti berbelas2 hari. Aku berharaplah supaya tahun ni aku tak menghadapi masalah yang sama. Manalah tahu kot2 puasa tahun ni penuh ke.....(dengan harapan ada baby dalam puyut...ngeee).

Sunday, 13 January 2013

-VE LAGI :(

Hari ni dah hari ke 45 period aku delay. Pagi tadi dah check UPT dan keputusannya -ve. Itu aje nak story sebab tak best pun! Sedih...:(

Tuesday, 8 January 2013

PREGNANT?

Aku sukakan nak buat tajuk yang bikin gempak. No..no..no.. aku belum lagi dapat UPT 2 lines, cuma malam tadi aku mimpi aku pregnant. Perut aku besar dan of courselah ada baby inside :D Aku tak ingat pun mimpi tu tapi tiba-tiba masa nak sembahyang Zohor, that mimpi muncul lak depan mata aku. Ya Allah! Alangkah bahagianya kalau betul tapi aku tak suka sebenarnya mimpi indah2 macam tu sebab selalunya mimpi indah ni terbalik maksudnya. Bulan lepas pun aku pernah gak mimpi UPT naik 2 lines tapi aku tak pregnant pun lagi. Ini kisahnya. Tak apalah...aku redha.

By d way, Cik 'P' yang sepatutnya dah munculkan diri hari ni tak nampak batang hidung. Ni dah CD40 dah ni. Takkan tak nak jenguk2 aku dah? Masa CD35 hari tu lepas BD ada keluar darah seketul kecik je masa aku pee pee & ada flow beberapa kali tapi sehari tu ajelah. Yang peliknya esok & hari2 selepas tu terus ghaib, langsung takde darah, dot2, spot2 dan sewaktu dengannya. Cuba rujuk balik aku punya entry ni Masalah Miss 'P' untuk Jan 2013. Aku dah order UPT dah, mungkin 1-2 hari lagi sampailah barang tu kat tangan aku. Walaupun aku dah tahu result sebelum buat test tapi tak kisahlah, aku beli je. Maklumlah addicted :p

Oh ya, hari ni aku puasa ganti. Sepatutnya ambiklah semalam dengan hari ni kan? Ngeng! Semalam Isnin memang sunat berpuasa tapi nak buat macamana mak cik lupa! Tak kisahlah, asalkan aku sempat nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas sudah! Nak tahu ada berapa hari lagi aku tak ganti? 14 hari kau!!! Maklumlah tahun lepas aku tinggal puasa 17 hari...gilakan! Tu lah aku kata Cik 'P' aku ni memang ting tong teng!

Monday, 3 September 2012

SYUKUR, AKHIRNYA AKU MENGANDUNG!!!


Ini sambungan dari entry aku yang sebelum ni. Sebelum ni kan aku cerita pasal IUI aku yang tak berjaya tu. Lepas tu aku terus stopkan rawatan dengan LPPKN tu (merajuklah kononnya!). Okey sekarang aku nak cerita kisah 2 bulan selepas itu...

Subhanallah...Allah Maha Besar! Sebulan lepas aku datang bulan tu, lepas tu 2 bulan aku tak datang-datang bulan. Aku tak pula nak buat UPT ke apa sebab aku dah fade-up. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku terlewat datang bulan dan bila beli pregnancy test tu yang mahal (kalau lebih dr RM1 tu mahallah!), tak pernahnya +ve. Tapi kali ni aku tekad nak beli jugak pregnancy test tu sebab aku rasa kali ni lain. Aku ada simptom-simptom malas, letih (balik keje aku terus tido atas sofa sampai laki aku marah sebab aku dah malas nak gerak hatta nak mandi sekalipun...last-last dia tinggal aku tido atas sofa tu, dia sedap-sedap tidur atas katil. Ada ke patut??), aku pun kerap kencing (tengah-tengah malam dok tidur pun aku tak tahan nak terkencing), kadang-kadang ada titis-titis darah kat panties aku dan pernah aku dok mencangkung nak tumbuk sambal, bila bangun tu aku sakit kat bahagian bawah perut. So, kira banyaklah simptom yang aku tak pernah alami sebelum ni yang buat aku makin was-was.

Di suatu Subuh yang indah sebelum solat Subuh, aku pun buat UPT. Tak payah tunggu 5 minit, terus naik 2 line! Masa tu Subuhkan, aku ingat aku ni tengah mimpi ke apa, tonyoh-tonyohla mata sikit tapi tidak...ini betul-betul, bukan cubaan! Sambil ambik air sembahyang, dada aku berdebar-debar. Dalam hati macam tak percaya lagi dengan result UPT tadi. Lepas sembahyang Subuh, terus aku baca Yaasin 3 kali berturut-turut sebab itu nazar aku. Aku dah bernazar kalau aku dapat tahu aku mengandung, aku nak baca Yaasin 3 kali berturut-turut. Tapi berita ni aku tak kobarkan pada suami aku lagi. Aku nak bagi suprise, tapi pada masa yang sama aku tak tahu nak bagitahu macamana.

Esoknya bila ke pejabat, aku terus ke klinik untuk check air kencing sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian yang lebih lanjut. Dan bila doktor tu sahkan aku dah mengandung 2 bulan (last period aku bulan 3, bulan 5 baru aku check, so 2 bulan dahlah...hujung bln 12 aku dijangkan bersalin) aku memanglah bersyukur sangat-sangat. Akhirnya aku dapat bagi hadiah paling bermakna buat suami aku. Lagipun birthday dia tak lama je lagi, lebih kurang 2 minggu lagi. Mulanya aku cadang nak bagitau dia masa birthday dia je tapi tak tahanlah pula nak tunggu lama-lama. Excited!




Orang pertama yang aku kobarkan berita ni, kepada mak aku. Orang kedua barulah suami aku. Aku ingat lagi masa tu kitaorang ke mamak untuk makan malam. Lepas bersembang-sembang, aku pandang muka dia, aku kata "Awak, saya nak bagitahu ni...saya pregnant!". Muka suami aku terkejut giler. Memang nampak muka dia berubah. Aku tak tahu dia gembira ke, dia sedih ke atau dia tak suka (tak suka?? tak mungkin!!!) Aku tau dia gembira sebab dia yang selam ni mintak sangat kat aku bila nak bagi dia baby yang comel-comel? Tapi, dia gembira sampai tak cakap apa...tak adalah nak kata tahniah (eh, sesuai ke nak ucap tahniah kat bini sendiri? :D) sekurang-kurangnya cakaplah, jaga diri elok-elok ke...makan banyak-banyak sikit ke...ini senyap jee. Cuma dia tanya aku, lepas ni nak kena pergi LPPKN balik ke? Aku kata ya sebab aku dah call dan staf kat sana suruh datang untuk jumpa doktor.

So, itulah kisah macamana susah dan peritnya aku untuk mendapatkan seorang anak. Aku tahu ada ramai lagi kat luar sana yang kisahnya lebih perit lagi dari aku. Ada yang dah berpuluh tahun menunggu tetap tak ada rezeki dan aku telah pun dikurniakan seorang. Walaupun seorang, aku tetap bersyukur sebab anak aku sihat, cergas dan pintar. 

Jadi, buat semua di luar sana tak perlulah kita nak sibuk-sibuk hal orang lain. Tak perlulah kita nak kisah kalau orang tu kahwin tak nak anak ke, anak dia seorang tak bertambah-tambah ke sebab masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri. Untunglah buat mereka yang baru kahwin tak sampai setahun dah dikurniakan anak dan untunglah buat mereka yang setiap tahun mengandung. Bersyukur sajalah pada Tuhan atas nikmat dan rezeki yang Tuhan dah berikan. tak perlu sibuk-sibuk nak soal orang lain 'Bila lagi?', 'ha, apalagi...tambahlah sorang lagi!' atau 'beranaklah awal-awal sementara masih muda...'. Bukan setiap insan Allah ciptakan dengan kesempurnaan, bagi yang sempurna tu banyak-banyakkanlah amalan supaya menjadi lebih sempurna.

    

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...