Iklan

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

MIMPI TSUNAMI

Tak tahu apa puncanya dalam tempoh 3 hari, 2 kali aku mimpi tsunami. 

Mimpi yang pertama tu sedih. Tsunami dalam mimpi aku taklah ombak kuat mengheas pantai cuma air secara perlahan2 naik atas darat dan terus membanjiri kawasan darat tu. Yang sedihnya aku dan suami bergegas nak ambik Afif kat rumah sebab masa tu kami berdua kat uar. Bila sampai depan rumah, aku tengok Afif dok merengkok atas tanah sambil menangis dan menggigil2 sebab takut. Ya Allah, kesiannya anak aku. Aku peluk dia sambil menangis dan minta maaf sangat2 kat dia sebab biarkan dia sorang2 :(

Kali kedua aku mimpi tsunami, aku duduk tepi sungai dan sungai tu dekat dengan laut. Mula2 aku tengok haiwan2 yang ada kat situ lain macam. Semua macam melarikan diri. Lepas tu air sungai perlahan2 surut macam disedut ke dalam laut dan terus kering. Aku kata nak tsunami kot tapi aku rileks lagi duduk kat situ, tak takut pun. Tak lama lepas tu memang terus air laut laju je menyerang darat. Lepas tu aku tak ingat dah...

Orang kata kalau mimpi air ni maksudnya rezeki. Mungkinkah Allah nak bagi aku rezeki dalam waktu terdekat ni? Zuriat mungkin? Allahuakbar! Kuasa Allah tak ada siapa boleh nafikan. Syukur alhamdulillah sekiranya diberikan rezeki tersebut. Amin...amin!

Thursday, 23 January 2014

CUMA MIMPI

Pagi tadi entah macamana encik suami cakap kat aku yang dia mimpi aku mengandung... :o

Alangkah indahnya kalau itu bukan sekadar mimpi....

Beberapa minggu sebelum tu pun aku ada juga mimpi aku mengandung...suratan atau kebetulan?

Tapi semuanya cuma mimpi. Bukan aku tak pernah mimpi aku mengandung sebelum ni tapi aku tak juga mengandung lagi. Mimpi itukan mainan tidur :( Kalau boleh aku tak nak mimpi macam tu lagi sebab membuatkan aku menaruh harapan...

Cik P nampaknya tak sudi hadir pula bulan ni. Perlukah aku try UPT??? Ahakssss.....

Monday, 13 January 2014

KENA TINDIH

Assalamualaikum...ni nak buat entry yang dah basi tapi rasa nak kongsi gak kat sini :) Nak cerita pasal mimpi sebenarnya. Kejadian ni terjadi dah lama dah...setahun lepas! Hah? Setahun lepas? Ye lah, 31/12/2013 tu tahun lepaslah kan? Muahahaha...baru lagi tapi tahunnya yang dah berubah.

Kisahnya pagi2 sebelum Subuh 31/12/2013 tu aku kena mimpi tu. Kira macam mimpi ngeri terakhir sebelum tahun barulah! Kronologi mimpi tu aku tak ingat. Yang aku ingat, tau2 dah kena tindih. Tapi kali ni kena tindih lain macam sket. Aku taklah berpeluh2 bergelut tapi letih tu ada. Menjerit tu jangan cakaplah, memang kuat gila kot menjerit dan siap toleh kat suami aku yang dok tidur kat sebelah lagi tapi suami aku tak dengar dan tak bergerak sikit pun.

Selalunya kalau aku mimpi atau tak tahulah memang betul2 kena tindih ke apa, aku cuma rasa tak boleh bergerak je tapi kali ni aku dapat rasa badan aku bergetar dari kaki sampai ke kepala. Sakit! Lain macam rasanya macam ada benda nak masuk atau keluar daripada badan kita. Nasib baik dalam kena tindih tu aku masih boleh sebut 'Allahuakbar!' dan lepas tu aku baca ayat Qursi. Tak lama aku pun tersedar.

Sejak2 lepas aku mimpi tu badan aku pun mulalah sakit2 balik. Aku bukan nak buat cerita mistik ke apa kat sini tapi aku dapat rasa perbezaan badan aku. Aku memang kerap lenguh2 kat tengkuk, bahu dan belakang. Sejak aku keluar hospital hari tu alhamdulillah aku tak ada rasa lenguh2 sangat kat tengkuk, bahu dan belakang aku tapi sejak aku mimpi tu aku jadi lenguh2 balik kat area tu. Kalau dulu aku anggap mungkin aku banyak mengadap laptop tapi aku dah lama tak mengadap laptop, so kenapa aku boleh lenguh2 kat area situ? Memang seksa dan tak selesa bila sakit tu datang. Aku rasa tak boleh nak buat apa sebab lenguh, pastu menangkap sampai ke kepala. Nak mengurut pula payah sebab kat belakang, macamana pula aku nak pusing mengurut badan sendiri? :(

Friday, 11 October 2013

SEMALAM KU BERMIMPI...

Semalam mimpi memang syok tapi petandanya aku rasa tak baik kot. Aku mimpi baby...Nama pun  mimpi...memang adalah kelakar dan tak logiknya. Begini kisah bermula...

Muahahaha

Mula2 aku mimpi aku ke sebuah masjid. Aku masuk dalam masjid untuk singgah solat. Sebelum solat tu, lepas dah letak beg semua, aku keluar untuk ambik wudhuk. Masa nak ambik wudhuk tu, bila tunduk je nak basuh tangan aku nampak ada seketul darah yang besar kat dalam longkang tempat air wudhuk tu jatuh. Aku tengok je darah tu dan perlahan2 darah tu macam menggelupas...lama2 dari sebentuk darah bertukar menjadi seorang bayi. Ya Allah! Terus aku angkat baby tu dan peluk. Aku bawa masuk dalam masjid dan peluk lagi baby tu...sampai situ saja yang aku ingat. Lepas tu aku tak tahu apa kesudahan mimpi aku tu.

Orang cakap mimpi bayi memang tak elok. Kalaulah ada petanda bahagia alangkah gembiranya aku tapi mimpi tu semua mainan tidur dan gangguan syaitan, tambahan pula aku tengah period sekarang ni :(

Oh...bercakap pasal period, aku dah hari ke-7 hari ni tapi period still penuh pad. Macam tak ada tanda2 nak stop lagi je...mungkinkah tempoh period yang panjang akan aku lalui kembali macam dulu??

Thursday, 25 July 2013

1st TIME TERLEPAS SAHUR :(

Allahuakbar! 1st time dalam sejarah hidup aku, aku boleh terlepas nak bersahur. Dulu2 ada juga hampir terlepas tapi hampir je, belum terlepas. Kiranya sempatlah nak teguk air pun tapi hari ni buka2 mata je jam dah pukul 6.28 pagi!

Memang syahdu sikitlah bila terlepas sahur walaupun bersahur pun bukan nak lalu makan sangat tapi sebab aku memang dah terbiasa sejak kecik memang wajib bangun sahur so, bila tak bersahur rasa tak lengkap amalan puasa hari ni. Lagipun kesiankan suami yang turut tak makan disebabkan aku.

Yang bestnya, jam memang berbunyi tapi aku lost langsung entah bila aku tutup jam tu dan letak bawah bantal. Biasa sebelum tidur aku akan kunci jam dan letak atas meja tepi katil. Pernah juga jam berbunyi aku tak terus bangun, aku tutup bunyi jam dan pegang telefon tu sampai aku terjaga juga akhirnya. Entah kenapa semalam aku tak sedar langsung bila aku tutup jam telefon tu, ambik telefon dan letak bawah bantal. Aduhhh...Mujurlah sempat juga Subuh. Kalau Subuh pun terlepas tak tahulah nak cakap.

Apa yang aku ingat, aku mimpi dikelilingi ular lepas tu kaki aku kena gigit dengan ular (bukan dipatuk). Lepas2 aku kena gigit tu yang aku terjaga dari tidur dan terus capai telefon. Mimpi ular memang tak baguskan? Tapi aku memang kerap mimpi ular dan mimpi berada di tempat yang kotor (tandas) tapi bukan mimpi yang berturut2, cuma ianya kerap datang sejak dari aku belum kahwin lagi.

Alhamdulillah sampai ke waktu ni, dah pukul 4 ptg, aku taklah terasa lapar @ dahaga sangat. Biasa aje keadaannya macam aku bersahur juga. Oh, hari ni ada orang tu berbuka di luar. Bos belanja katanya... 

*Note: Baju raya anak pun tak beli lagi. Baju raya mak dan abah dah ada (baju abah tak ambil je lagi kat tailor). Mujur tahun ni aku cepat2 tempah baju, kalau tak mungkin nasib aku sama macam anak, belum berbaju raya. 


Saturday, 23 February 2013

SIAPA TAMPAR LUTUT AKU??

Nak cerita kisah seram yang terjadi malam tadi. Masa dah tak ingat pukul berapa tapi kami semua memang dah tidur waktu tu. Tengah enak2 mimpi tiba2 aku rasa ada orang tampar lutut kaki aku ni kuat sampai aku tersentak dari tidur. Nak katakan mimpi, rasanya tak sebab masa tu tak pula aku mimpi tengah bertarung ke apa. Masa tu memang aku mimpi lain & lagi pula tamparan tu agak kuatlah sampai membuatkan aku terjaga. Aku ingatkan suami aku yang tampar, kot2 kejutkan aku bangun solat Subuh ke apa sebab dia kalau kejut aku bangun Subuh memang agak ganas sikit. Tapi itu kalau aku malas bukak mata :D

Bila dah tersentak tu terus aku buka mata. Aku tengok suami aku dok lena elok je. Mulalah timbul perasaan seram sejuk. Nak tidur balik pun macam dok terasa ada sesuatu je dalam bilik tu. Beberapa minit jugalah aku cuba pejamkan balik mata. Ada juga 2-3 kali bila dah terpejam mata tersentak balik macam ada yang tak kena. Akhirnya syukur aku terlelap balik sampai ke pagi. 

Entahlah, malaslah nak fikir apa & tak bercerita pun dengan suami pasal tu. Agaknya sebab diri aku ni dah lama 'kotor' so ada je benda nak ganggu.

Tuesday, 22 January 2013

MIMPI BABY

Malam tadi before Subuh aku bermimpikan baby. Aku ingat dalam mimpi aku tu memang ada baby & aku dukung baby tu tapi aku tak ingat apa jalan cerita mimpi tu, kenapa & dari mana baby tu muncul. Yang pasti dalam mimpi tu, baby tu bukan anak aku.

Okey, Ustaz Fauzi (yg jual produk Tok Guru) tu pernah kata kalau mimpi2 yang tak best macam baby ke, ular ke, binatang2 berbisa ke jangan terus membuat kesimpulan itu tanda gangguan benda2 halus. Kalau kita cuma bermimpi benda2 tu sekali sahaja bermakna itu mainan tidur tapi kalau mimpi tu kerap datang & mungkin juga berturut2 barulah tanda ada gangguan. Kalau macam mimpi binatang2 berbisa, buas atau ular pula, sekiranya binatang2 itu menguasai kita barulah tanda gangguan tetapi sekiranya di dalam mimpi tu kita yang menguasai binatang2 tersebut, aggaplah ianya hanya gangguan tidur semata-mata.

So far, aku dah pernah mimpikan baby ni banyak kali tapi tak berturut2. Aku tak tak pasti adakah ianya satu petanda atau mainan tidur sahaja. Aku yang pernah beberapa kali pergi berubat perubatan Islam memang tahu aku di'ganggu'. Apa yang aku pasti gangguan itu masih terus berada bersama aku cuma bila 'benda' tersebut akan tersingkir yang aku tak tahu....:( 

Sunday, 13 January 2013

GUGUR PULAK DAH!

Ish...nauzubillah! Sebelum ni aku kan cakap aku tak suka mimpi indah2 sangat sebab maksudnya nanti terbalik? Tapi, Jumaat hari tu (11/1/2013), malamnya aku mimpi keguguran pula. Boleh nampak jari2 halus dah terbentuk masa dah gugur tu. Aduh...dah aku tak suka pula mimpi2 tak indah. Kalau membawa maksud indah tak apa juga tapi macamana kalau maksudnya tetap tak indah? :(

Boleh dikatakan lengkap dahlah mimpi aku sejak kebelakang ni dari aku pernah bermimpi test UPT dapat +ve, lepas tu aku mimpi aku mengandung dan perut dah boyot. Sekarang ni aku mimpi pula gugur...apakah semua ni?? Mungkin mainan tidur semata2. Aku dengar semanis kurma hari Khamis hari tu, Ustaz Fauzi tu kata kalau mimpi ular ke, bayi ke kalau sekali tu hanyalah mainan tidur tapi kalau mimpi berkali-kali itu yang tandanya kita diganggu.

Dan ada satu lagi kejadian yang berlaku Jumaat hari tu yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Mungkin ke effect daripada mimpi tu? Mmm...entahlah! Pagi tu bila En. Mat Naat kejut aku untuk solat Subuh, bila buka je mata aku dah terasa kepala ni berat. Bila bangun rasa macam melayang2 tapi aku masih mampu solat walaupun masa solat tu aku tak mampu nak bukak mata langsung.

Lepas solat, biasanya aku akan kejutkan Afif untuk bangun ke sekolah tapi hari tu aku jadi tak larat dan terus aku baring je sebelah Afif. Bila En. Mat Naat datang memang membebellah juga mulut dia tengok aku tak kejut anak bangun lagi sebab dia dah lambat nak ke pejabat. Last2 dia yang kejutkan Afif dan uruskan Afif.

Aku dah terlentang sambil menahan pening kepala yang lain macam rasanya. Bukak mata aku nampak macam berpusing2. Pejam mata pun terasa macam berpusing2. Rasa macam tengah terbang pun ada...melayang2 je rasanya. Lebih kurang rasa macam lepas telan ubat batuklah, terasa melayang2 je....nak kata kena dadah, aku tak makan apa2 pun semalam, cuma makan roti krim sebungkus. Apa sebab tiba2 aku pening ni?

Bila En. Mat Naat masuk bilik nak bersiap ke pejabat, aku pun panggillah...konon2 nak manja2 dan mita simpati...dengarkan dialog aku dan si dia di pagi hari itu....
Aku: Abah, pening...
En. Mat Naat: Ha? Pening?
Aku: Rasa macam pusing2 je.
En. Mat Naat: Abis tu mama nak abah buat apa?
Aku: (menyakit hati betul!)
En. Mat Naat: Mama tak cukup tidurlah tu...(terus keluar dari bilik)

Ha...macam itulah lebih kurang situasi yang berlaku. Sikit pun dia tak datang tengok keadaan aku, sentuh mahu pun membelai bini dia ni. Sorrylah, aku yang memang tengah sakit terus tersentap maka berjuraianlah airmata. Bukan apa, suami aku ni selalu kata aku kuat tidur & banyak tidur, tapi bila aku kata aku sakit dia boleh pula kata aku tak cukup tidur. Cakap berbelit-belit. Memanglah aku selalu tidur lewat sekarang tapi paling lewat pun pukul 2.30 pagi aku dah merebahkan diri atas katil. Aku tak rasalah aku tak cukup tidur.

Yang paling sedih bila Afif datang nak salam tangan aku sebelum ke sekolah, dia tengok aku tengah menangis, dia tanya "Mama sakit ke?". Aku angguk, terus dia usap2 belakang aku. Lepas tu dia pegang tangan aku macam tak nak lepas je. Ya Allah! Budak sekecik tu pun tahu simpati dan kesiankan orang tapi suami aku yang dah besar tapi tak kenal erti simpati langsung ke? Langsung tak tengok keadaan aku, terus dia keluar rumah. Melalak jugalah aku sambil menahan kepala yang berat dan pening memusing2 tu.

Aku rasa mungkin tekanan darah rendah, so aku ambik gula2 sebiji dan hisap tapi tak lega juga. Lepas aku bangun berjalan tu, bila aku baring balik atas katil aku jadi sesak nafas. Dahlah badan rasa letih, kepala berat + memusing, lepas tu susah nak bernafas pula. Aku dah terpikir mungkin dah sampai ajal aku ke hari tu? Kalau betul, aku redhalah...meninggal hari Jumaat terlepas seksaan kubur tu tapi bila fikir2, aku ni dah cukup baik & cukup amal ke? Jadi takut pula. Aku terus capai telefon dan hantar sms kat En. Mat Naat. Nak bangun capai telefon tu pun aku rasa macam baru lepas maraton 10km. Aku suruh suami aku balik sebab aku tak tahan penat. Kalau aku sorang2 pengsan siapa pula nak uruskan Afif bila dia balik sekolah nanti. Aku dah tak kisah dah suami aku dah sampai ke mana, apa yang penting aku memang tak larat.

Bila En. Mat Naat dah sampai rumah, aku dah rasa lega sikit (mungkin aku baring sampai tak bergerak2 dari tadi), cuma kepala je masih berat dan memusing2. Barulah dia nak datang tengok keadaan aku. Tapi, last2 dia pun tertidur sama kat sebelah aku.

Okey...jujur cakap, satu hari tu kerja aku cuma tidur. Makan pun mujur suami ada, dia belikan je nasi bungkus kat kedai. Lepas bangun tidur masa Afif balik, aku sambung tidur lagi kat atas sofa. En. Mat Naat dah ke masjid nak solat Jumaat. Sampai dia balik solat, aku dok tidur lagi. Lepas tu En. Mat Naat suruh mandi sebab nak ajak ke klinik. Dalam pukul 3 ptg kot baru aku mandi :D Lepas mandi, makan jugalah sikit sebab lapar juga walaupun sakit2. Lepas makan, tidur lagi :D Suami aku kata aku tak cukup tidurkan? So, aku tidurlah puas2. Dia pun sambung tidur gak kat dalam bilik, last2 tak pergi pun klinik. Aku pun tak tahu apa punca aku pening & tak larat gila2 tu... 

Tuesday, 8 January 2013

PREGNANT?

Aku sukakan nak buat tajuk yang bikin gempak. No..no..no.. aku belum lagi dapat UPT 2 lines, cuma malam tadi aku mimpi aku pregnant. Perut aku besar dan of courselah ada baby inside :D Aku tak ingat pun mimpi tu tapi tiba-tiba masa nak sembahyang Zohor, that mimpi muncul lak depan mata aku. Ya Allah! Alangkah bahagianya kalau betul tapi aku tak suka sebenarnya mimpi indah2 macam tu sebab selalunya mimpi indah ni terbalik maksudnya. Bulan lepas pun aku pernah gak mimpi UPT naik 2 lines tapi aku tak pregnant pun lagi. Ini kisahnya. Tak apalah...aku redha.

By d way, Cik 'P' yang sepatutnya dah munculkan diri hari ni tak nampak batang hidung. Ni dah CD40 dah ni. Takkan tak nak jenguk2 aku dah? Masa CD35 hari tu lepas BD ada keluar darah seketul kecik je masa aku pee pee & ada flow beberapa kali tapi sehari tu ajelah. Yang peliknya esok & hari2 selepas tu terus ghaib, langsung takde darah, dot2, spot2 dan sewaktu dengannya. Cuba rujuk balik aku punya entry ni Masalah Miss 'P' untuk Jan 2013. Aku dah order UPT dah, mungkin 1-2 hari lagi sampailah barang tu kat tangan aku. Walaupun aku dah tahu result sebelum buat test tapi tak kisahlah, aku beli je. Maklumlah addicted :p

Oh ya, hari ni aku puasa ganti. Sepatutnya ambiklah semalam dengan hari ni kan? Ngeng! Semalam Isnin memang sunat berpuasa tapi nak buat macamana mak cik lupa! Tak kisahlah, asalkan aku sempat nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas sudah! Nak tahu ada berapa hari lagi aku tak ganti? 14 hari kau!!! Maklumlah tahun lepas aku tinggal puasa 17 hari...gilakan! Tu lah aku kata Cik 'P' aku ni memang ting tong teng!

Friday, 16 November 2012

MIMPI ULAR

Siapa pernah mimpi ular? Aku pernah banyak kali sangat...sebelum kahwin pernah dan lepas kahwin pun pernah. Dulu sebelum kahwin macam suka bila mimpi ular sebab orang kata nak bertemu jodoh. Lepas kahwin barulah aku tahu yang mimpikan ular ni membawa petanda yang tak baik. 

Kali ni aku dapat ingat mimpi tu dan aku rasa aku pernah mimpi yang serupa sebelum ni. Sebelum Subuh aku bermimpi sebab terjaga je aku terus istighfar dan tengok jam dalam pukul 6 pagi. Aku dok terkelipot2 kejap dan cuba ingatkan balik mimpi aku sebelum aku bangun untuk solat Subuh.

Lupakan ajelah mimpi2 ular tu. Hari ni nak ke rumah mak aku. Afif dah tak sabar gila nak jumpa sepupu2 dia. Aku pun tak sabar nak jumpa anak2 buah aku.

(*Untuk makluman, aku masih belum period. Aku harap period aku tak ting...tong sebab aku dah letih melayan masalah period yang tak berkesudahan ni.)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...