Ini sambungan dari entry aku yang sebelum ni. Sebelum ni kan aku cerita pasal IUI aku yang tak berjaya tu. Lepas tu aku terus stopkan rawatan dengan LPPKN tu (merajuklah kononnya!). Okey sekarang aku nak cerita kisah 2 bulan selepas itu...
Subhanallah...Allah Maha Besar! Sebulan lepas aku datang bulan tu, lepas tu 2 bulan aku tak datang-datang bulan. Aku tak pula nak buat UPT ke apa sebab aku dah fade-up. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku terlewat datang bulan dan bila beli pregnancy test tu yang mahal (kalau lebih dr RM1 tu mahallah!), tak pernahnya +ve. Tapi kali ni aku tekad nak beli jugak pregnancy test tu sebab aku rasa kali ni lain. Aku ada simptom-simptom malas, letih (balik keje aku terus tido atas sofa sampai laki aku marah sebab aku dah malas nak gerak hatta nak mandi sekalipun...last-last dia tinggal aku tido atas sofa tu, dia sedap-sedap tidur atas katil. Ada ke patut??), aku pun kerap kencing (tengah-tengah malam dok tidur pun aku tak tahan nak terkencing), kadang-kadang ada titis-titis darah kat panties aku dan pernah aku dok mencangkung nak tumbuk sambal, bila bangun tu aku sakit kat bahagian bawah perut. So, kira banyaklah simptom yang aku tak pernah alami sebelum ni yang buat aku makin was-was.
Di suatu Subuh yang indah sebelum solat Subuh, aku pun buat UPT. Tak payah tunggu 5 minit, terus naik 2 line! Masa tu Subuhkan, aku ingat aku ni tengah mimpi ke apa, tonyoh-tonyohla mata sikit tapi tidak...ini betul-betul, bukan cubaan! Sambil ambik air sembahyang, dada aku berdebar-debar. Dalam hati macam tak percaya lagi dengan result UPT tadi. Lepas sembahyang Subuh, terus aku baca Yaasin 3 kali berturut-turut sebab itu nazar aku. Aku dah bernazar kalau aku dapat tahu aku mengandung, aku nak baca Yaasin 3 kali berturut-turut. Tapi berita ni aku tak kobarkan pada suami aku lagi. Aku nak bagi suprise, tapi pada masa yang sama aku tak tahu nak bagitahu macamana.
Esoknya bila ke pejabat, aku terus ke klinik untuk check air kencing sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian yang lebih lanjut. Dan bila doktor tu sahkan aku dah mengandung 2 bulan (last period aku bulan 3, bulan 5 baru aku check, so 2 bulan dahlah...hujung bln 12 aku dijangkan bersalin) aku memanglah bersyukur sangat-sangat. Akhirnya aku dapat bagi hadiah paling bermakna buat suami aku. Lagipun birthday dia tak lama je lagi, lebih kurang 2 minggu lagi. Mulanya aku cadang nak bagitau dia masa birthday dia je tapi tak tahanlah pula nak tunggu lama-lama. Excited!
Orang pertama yang aku kobarkan berita ni, kepada mak aku. Orang kedua barulah suami aku. Aku ingat lagi masa tu kitaorang ke mamak untuk makan malam. Lepas bersembang-sembang, aku pandang muka dia, aku kata "Awak, saya nak bagitahu ni...saya pregnant!". Muka suami aku terkejut giler. Memang nampak muka dia berubah. Aku tak tahu dia gembira ke, dia sedih ke atau dia tak suka (tak suka?? tak mungkin!!!) Aku tau dia gembira sebab dia yang selam ni mintak sangat kat aku bila nak bagi dia baby yang comel-comel? Tapi, dia gembira sampai tak cakap apa...tak adalah nak kata tahniah (eh, sesuai ke nak ucap tahniah kat bini sendiri? :D) sekurang-kurangnya cakaplah, jaga diri elok-elok ke...makan banyak-banyak sikit ke...ini senyap jee. Cuma dia tanya aku, lepas ni nak kena pergi LPPKN balik ke? Aku kata ya sebab aku dah call dan staf kat sana suruh datang untuk jumpa doktor.
So, itulah kisah macamana susah dan peritnya aku untuk mendapatkan seorang anak. Aku tahu ada ramai lagi kat luar sana yang kisahnya lebih perit lagi dari aku. Ada yang dah berpuluh tahun menunggu tetap tak ada rezeki dan aku telah pun dikurniakan seorang. Walaupun seorang, aku tetap bersyukur sebab anak aku sihat, cergas dan pintar.
Jadi, buat semua di luar sana tak perlulah kita nak sibuk-sibuk hal orang lain. Tak perlulah kita nak kisah kalau orang tu kahwin tak nak anak ke, anak dia seorang tak bertambah-tambah ke sebab masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri. Untunglah buat mereka yang baru kahwin tak sampai setahun dah dikurniakan anak dan untunglah buat mereka yang setiap tahun mengandung. Bersyukur sajalah pada Tuhan atas nikmat dan rezeki yang Tuhan dah berikan. tak perlu sibuk-sibuk nak soal orang lain 'Bila lagi?', 'ha, apalagi...tambahlah sorang lagi!' atau 'beranaklah awal-awal sementara masih muda...'. Bukan setiap insan Allah ciptakan dengan kesempurnaan, bagi yang sempurna tu banyak-banyakkanlah amalan supaya menjadi lebih sempurna.
Betul 2..saya masih lagi menanti zuriat,dah setahun 6 bulan kawin tapi xde rezeki lagi..Bulan 7 ari2 baru keguguran-5weeks..Problem sama mcm awak telur x matang.Hope Allah makbulkan doa kami untuk mendapatkan zuriat..Aminn
ReplyDeleteInsyaallah Bella...masalah Bella tak complicated, berusaha & jgn putus asa ya. Yg penting doa dan doa dan doa :)
DeleteBestnye awak dh berjaya...usaha awk xsia2..sy pun masih dlm proses utk step ke iui..mggu lps scan telur sy besar 15cm or 15mm..huhu lupa plak mm or cm..so doc ckp sy xbleh buat lg iui sbb dia nk telur besar smp 18...bru bleh buat iui..so doc sruh buat next month lah..tggu peyed lg skali...sy buat di hospital htar...so duit xdela kuar byk...cuma sy ni kena korbankan masa je sbb sy ni bekerja..stress jgk la bila memikirkan komitmen kerja n appointment dgn doc..kdg2 smp menangis jgk la...bygkan dlm sebulan 3 ke 4x sy time off sbb ada appointment...hope sy pun ada berita baik..sy akan update di blog sy nnt.. link blog sy
ReplyDeletehttp://princesskittyku.blogspot.com
sorry silap bagi link..link untuk update iui saya
Delete--->> http://penantiancahayacinta.blogspot.my/
Sy 4 thn kawin x der ank lg.
ReplyDeletesabar ye kwn2 nnt insyaAllah ade rzki... sy lps 7 thn bru dpt baby.. 6 kali iui fail.. tggu ivf.. tp alhamdulillah preggy naturally mase smbg blja.. mase tggu giliran ivf..
ReplyDeleteUPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
ReplyDelete(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil
ReplyDelete