Iklan

Tuesday, 5 February 2013

TIADA ZURIAT? MENANGISLAH...

Arghhh....kenapalah aku ni gatal tangan sangat nak menjengah blog sepupu aku??? Sebenarnya sepupu aku yang sorang ni memang blogger tegar. Disebabkan dia tak berTTC macam kita2 ni, so blog dia semua berkaitan pregnancy, anak dan bla...bla...bla...

Mommy2 blogger ni pun ada group juga dalam FB. Macam kita jugalah, ada TTC group kita sendiri cumanya, kisah kita dan kisah mereka berbeza. Kalau dalam group mereka mestilah terselit kisah2 suka. Bercerita tentang pengalaman mengandung, melahirkan, mengulit anak dan sebagainya....sedangkan group TTC ni pula hari2 akan dijamu dengan kata2 perangsang, menaikkan semangat & kisah sedih yang bersarang di hati.

Bukan kita minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi kita ni manusia biasa. Kita punya hati dan perasaan. Cubalah tepis macamana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya! Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderet2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak, secara automatik perasaan & hati akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, 'bilalah giliran aku pula?' atau 'bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat' atau 'macamana orang lain senang sangat mengandung & boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??'

Menangislah kalau itu yang akan membuatkan hati kita berasa tenang. Kalau dipendam2 & ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress....LEPASKAN! Tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita. Memang kita perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang hatinya rapuh apabila diuji? Layan sahaja perasaan sedih tersebut tapi jangan sampai terbawa2...tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan dsbnya. Tapi aku yakin rakan2 TTC semuanya kuat & tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental & kuat. Mereka ini memang wanita yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian & rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga.

MENANGISLAH wahai teman sekiranya kau bersedih. Rasulullah juga menangis ketika kematian isteri tercinta, Siti Khadijah tetapi janganlah melampau sampai meraung2, jangan sampai nak salahkan Tuhan & jangan merungut2. Menangis sekadar melepaskan perasaan sedih yang terbawa2. Kemudian, ambillah wudhuk & solatlah. Mengadaplah Allah dan pohonlah sekali lagi hajat kita kepadaNya.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan TTCians agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah? Kalau dah berbelas2 tahun berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri walaupun seorang? Aku yakin mesti kita akan bersedih. Tak siapa menyangka yang suatu hari nanti kita berkahwin & ditakdirkan susah memdapat zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga & keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punya semua tu mesti kita terasa kekurangan.  

Untuk apa kita perlukan sangat zuriat? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak di dalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendirikan? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain itu, kita inginkan anak yang dapat menjaga kita bila kita dah berusia kelak. Kita inginkan anak yang akan mendoakan kita apabila kita dah meninggal nanti. Kita inginkan penerus keturunan. Macam2 yang kita inginkan tapi jangan risau rakan2ku. Jika ditakdirkan kita tidak berpeluang mendapat semua tu, serahkan sajalah diri kita kepada Allah. Berkasih-sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati & fikiran kita hanya tentang Allah. Banyakkan amalan yang baik2 & jagalah suami kita sebaik2nya. Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga kita kelak atau mendoakan kita apabila kita sudah meninggal tapi pahala & amalan kita akan menampung semuanya.

     

46 comments:

  1. betul tu hanie..siapakah yang tidak mahu adanya penyambung zuriat dan waris kan..namun sebagai hamba hanya mampu tunduk dan akur pada ketentuanNya, kita tak putus ikhtiar, cuba untuk kuatkan hati dan redha itulah ujian yang Allah tentukan pada kita..moga2 kita akan selalu bersangka baik pada DIA yang Maha Menentu segalanya..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan buat kita untuk hadapi ujian ini...mudahan terselit hikmah yang besar buat para TTCians yang bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bersangka baik dengan Allah selalu. Kalau Allah tak bagi, jangan persoalkan kenapa tapi renung balik diri kita, mungkin kekurangan @ kesilapan tu datangnya dari diri kita sendiri. Doa saya untuk semua rakan2 TTCians saya agar Allah murahkan rezeki zuriat buat mereka.

      Delete
  2. betul! menangis boleh lah skit2 tapi jangan terbawak2 sampai bertahun2 lamanya. sekali sekala down, kalau boleh lawan tu memang tipu lah, kite ni siapa? bukannye ada kuasa apa2, semua manusia lemah. apa2 pun perlu belajar, kadang2 sebab kite dah nangis awal2, lama2 kite akan kuat, daripada pendam lama2 baru nak nangis, lagi payah. nangis tu normal. sedih to normal. but how we overcome kesedihan tu terpulang pada diri masing2.

    ReplyDelete
  3. jap i ni sbenanye dah konpius. hanie nahar dengan nanie nahar adakah org yg sama? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ya Jay yang comel, org yg sama. Tukar nama sebab tak nak org googling2 pasal diri ini (*perasan macam diri diva la plk :p)

      Delete
  4. Sedey bile feymes kt opis as org yg x beranak2 lg..kalo org nk describe sy org akn ckp 'Alaa..Maya yg xde ank lg tuu'
    Sy mmg slalu mnangis smpai jemu dah..
    Jarang2 dpn suami..xnk serabutkn dia
    Tp lg sedih bila ahli kluarga sendiri xnk memahami..pndang sy mcm org cacat.
    Tuduh sy merancang..xkn la smpai 5 tahun sy nk rancang..
    Benci dgn org yg pretend sgt2 caring tp blakang kite ckp ni balasan atas dosa2 lalu..
    Mungkin benar, tp kau bkn Tuhan utk mnghukum sesiapa.
    Semoga Allah mngurniakan rezki anak 1 hari nnt.amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah lagi jumpa orang yg lepas kahwin tak nak anak atau merancang sampai 5 thn & siapa yg tak faham2 dan masih cakap tentang kita tu memang tak ada akal agaknya. Tak apalah, kita ni insan terpilih yang diuji oleh Allah, bersabar sajalah yang kita mampu.

      Delete
    2. Sabarlah sahabat.. sedih sgt sy membacanya

      Delete
  5. ramai rakan senasib rupanya di alam maya ini........

    ReplyDelete
  6. Allah maha adil ..Dia tak turunkan sesuatu ujian tu kalau tak mampu ditanggung hambanya...

    ReplyDelete
  7. Saya faham sgt perasaan rakan2 semua yg TTC..
    Allah sedang menguji keimanan kita..
    Sabar dan kita teruskan berdoa kawan2..
    Bertabahlah

    ReplyDelete
  8. sya juga msh belum punyai zuriat...Namun sy ttp rase kcewa krna masih xmampu bg zuriat pda suami & msh xmampu bg cucu2 pda mak n mertua sy.Apalah daya sy...jika ini ujian yg perlu sy terima.sya redha dan perlu kuat serta tabah utk meneruskan hidup.sya akn ttp menanti dan terus menanti

    ReplyDelete
  9. Kita kuat..sebab tu Allah uji kita.. =)

    ReplyDelete
  10. Says pun dh 5 tahun kwin x ade zuriat lg... tidak putus asa berdoa pada Allah..namun saya melihat ada hikmah walau tiada zuriat lg..namun kecewa sikap kaum hawa sendiri yg sanggup mencaci n menghina sy yang masih belum punya zuriat.

    ReplyDelete
  11. Saya masih sedih bila kata-kata seorang wanita riak mrngatakan pada saya, dia bangga boleh mengandung dan tahu kemampuannya walaupun dulu ank yang dikandungnya gugur dan suaminya diambil illahi.. mungkin dia lupa rezeki semua ditangan tuhan.ada suami Ada anak, jika tiada rezeki, sekelip mata tuhan balas. Dia lupa jodoh itu rahsia Allah.die berbangga ada ank di syurga mrndoakan Dan mrnunggu dia..

    ReplyDelete
  12. Salam. Anak penyambung warisan. Saya juga belum mempunyao zuriat. 9 tahun usia perkahwinan. Jangan putus usaha dan doa. Allah Maha Mengetahui. Jangan terlalu sedih.

    ReplyDelete
  13. Salam.harini baru dpt period lepas iui punye 2week wait.sedih and kecewa tataulah sapa yg bole lawan menangis saya ni. Sedih. Dah 6 tahun tunnggu baby xdpt2 lagi. lemah semangat.baca blog ni buat i happy skit.

    ReplyDelete
  14. Sedih yg terpaksa dipendam sendiri..

    ReplyDelete
  15. Macam2 perasaan yg ada dalam diri bila dah lama berkahwin takde zuriat. Paling teruk...rase benci pada suami sbb rase suami penyebabnya sedangkan dah jumpa pakar diriku ini normal...Rasa tak mau berjumpa org...masakan tidak asal berkumpul je mesti cerita pasal anak. Hati ini saja yang menjerit....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Saya dua tahun berkahwin belum di kurniakan zuriat. Kami normal, tiada masalah secara tubuh badan. Namun bila subur, biasanya kami bergaduh. Ada saja yg tak kena. Saya sampai malu berjumpa kawan dan saudara, saya tak suka pergi kenduri kahwin bila orang asyik tanya benda yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada alami masalah tu, bila lps piyed je gaduh dgn suami...mgn kita kena cuba rawatan cara islam jg

      Delete
  17. semoga kita semua diberikan rezeki mengandung & melahirkan zuriat.amin

    ReplyDelete
  18. Saya da setahun lebih kawen..saya bunting pelamin tp 5 bulan pregnen saya gugur..now masih cuba utk pregnen tp blm ade rezki..mmg brtuah ade zuriat yg mnanti di syurga.tp sya jgk spt wanita laen.nk rase pregnen smpi 9 bulan.nk rase besarkn ank, jaga mlm susukn ank..nk htr ank skola,didik dorg jd org brguna..

    ReplyDelete
  19. MLm nie rse sedih Sgt. 3thun kwen .masih blom ade anak...xtau nk share dgn sape LG.. apepon...berdoa 1ari nnt Allah perkenankan doa st nk jd seorg ibu

    ReplyDelete
  20. sabar ye kwn2...sy pun puas usaha ikhtiar tp x berjaya.. tp x sngka2 pastu preggy mase thn ke7 kawen.. sy doakan sume kt sini tabah dan be strong.. insyaAllah ade rzki.. if nk share ape2 leh contact sy fb nini shapie pm sy dlu..

    ReplyDelete
  21. Ringan beban yg tertanggung walaupun sedikit setelah baca blog & komen di sini. Hanya yang alami shj mengerti. 5 tahun bukanlah sekejap. Kata2 sinis, sangkaan buruk... bagaikan angin lalu. Yang paling sentap bila ayat ini diungkapkan. "Tikar buruk di penjuru rumah adalah lebih baik dari perempuan yang tidak boleh mengandungkan anak"

    ReplyDelete
  22. Slm...sedey baca luahan tu..mmg saya pun selalu kena kata mcm tu..tp yg paling sedey lg...suami nk kahwin lg 1..saya mmg serba salah n x setuju..tp memikirkan dah masuk tahun ke 13 km kahwin..demi zuriat dia saya terpaksa setuju...tp 1 perasaan yg sgt pedih dlm hati...moga saya mendapat syurga kalu izinkan suami kahwin lg...kawan 2 ada x pengalaman tu...share la dgn saya...suami saya baik orgnya...adilkah saya menghalang...keliru harap ada kawan2 bg pandangan

    ReplyDelete
  23. Assalam.saya juga tak bisa berkata apa2.sudah hmpir 11 tahun berkahwin dan tiada zuriat.mudah-mudahan Allah mengasihani kita dan mempermudahkan segalanya buat kita

    ReplyDelete
  24. assalam...perancangan ALLAH lebih indah dari perancangan manusia....saya dah 12 tahun masih senasib seperti anda semua....mmg sudah tiada kata2 yang mampu di ungkapkan....sindiran demi sindiran terus...dan terus menerjah ke cuping telinga ini....air mata mengalir...memujuk hati agar terus kuat...lalui ujian allah ini,,,,,HANYA ALLAH YANG TAHU.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslam..cuba try makan tembikai merah yg ada biji...bukan seeds less. Susah telan ..blend aje. Amalkan as diet seharian. Insyallah.

      Delete
  25. Allahu rabbi...sedihnya sy dh 8 thun belum ada rezeki zuriat

    ReplyDelete
  26. Salam, sedih baca komen2 semua sy juga senasib walau bru nak masuk 3 tahun usia perkahwinan tetapi kami masih belum dikurniakan zuriat, hinggakan rasa kasih dan sayang terhadap suami semakin pudar..Allahu ujianmu Ya Allah redhakanlah kami warga ttcians atas ujianmu.aminnn

    ReplyDelete
  27. Angaplah ujian hadiah dari allah.. setiap ujian allah sudah memilih siapa yg layak diuji dgn ujian2 tersebut.. kita selalu berdoa agar allah memberi ujian sekadar kemampuan kita.. mungkin ujian menjadi ayah dan ibu belum layak utk kita terima.. kata guru ku andai kamu boleh memilih takdir dan andai kamu boleh tahu hikmah disebalik takdir yg allah tetapkan kamu pasti tidak mahu mengubahnya.

    ReplyDelete
  28. As'salam....sy pun blum ada zuriat...bila bc blog ni...rasa hlg ckt sedih...

    ReplyDelete
  29. 😢 sedih sgt baca blog ni...sy pn mcm kalian...Allah ja mengetahui perasaan ni...😭😭

    ReplyDelete
  30. 😢 sedih sgt baca blog ni...sy pn mcm kalian...Allah ja mengetahui perasaan ni...😭😭

    ReplyDelete
  31. Hanya Allah maha mengetahui perasaan saya. Lepas operation endometriosis masih belum ada tanda-tanda pregnant. Chances utk pregnant bagi org yg ada endometriosis macam saya sgt rendah... sedih, mmg sedih.. Moga tabah menghadapi ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  32. Menangis bila baca luahan anda smua.Rupanya ramai senasib dgn akk .bls tahun kwin tp blm ada rezki.bersabar la hati, mcm2 ptanyaan,sindiran &pernah dfitnah org.yg bole di ucap hanyala sabar.Allah maha mengatahui ape yg tbaik..jgn risau, ada sebabnya yg kdg2 kita x prasan kenapa blm dikurniakan lg..
    Mgkin kita dpt berjasa pd org tua kita, dpt byk beribadah, dpt p umrah/haji masa muda, dpt travel mcm couple br kawen hehe..mcm2 la lg. Think positive dik wlpun akk kdg kecundang gak. X pe, bersangka baik dgn Allah x rugi dik.
    Jgn peduli kata2 org.dorang bule je tanya mcm2..wat bodo je, x yah jawab .itu hak kita.jgn biar diri disakiti..
    Sama2 kita usaha dan doa serta perbaiki diri.

    ReplyDelete
  33. Sedih baca komen semua.. sedih difitnah mgandung ank luar nikah sebelum kahwin dn lpastu keguguran.. sebab tu lah x mngandung smpai skg" itulah kata2 yg paling mnyedihkn.. adakh disebabkan pernikahan sy dibuat terlalu terburu2 mndatangkn fitnah smpai mcm tu skli?? Sabarlah wahai hati semua ni adalah ujian..

    ReplyDelete
  34. Sy pun saa dgn kalian smua..5 thn bkhwin, pernah kguguran after 4 bln kahwin..lps tu dh xda lg dh..mcm2 sy hadap dlm 5 thn ni..saudara sndiri kta sy mandul..pndangan sinis org, kononnya sy ni byk dosa..sy bela kucing pn, org kta pnyebab xde anak..hatta buah dada pun dikatanya pnyebab sy xde ank..allahurabbi, betapa dia tlupa yg dia telah campuri urusan allah..semua sy telan..klo awl2 kawen dulu, air mata laji mcm air syp kli tau org tdekat pregnant..but now, im getting better..sudah boleh "ajar" diri ini utk tsenyum tatkala mdpt berita sedemikian...sy memohon agat dikurniakan takdir yg tbaik buat kita smua..moga kita mampu bsabar..jn shaa allah..

    ReplyDelete
  35. saya juga di uji perkara yang sama.. baru mendirikan rumah tgga 4 bulan.. org dh mula tnya tntg zuriat.. kmi husbnd and wife weekend.. kdg2 3 mngu sekali bru dpt jumpa.. ade org tya sy knapa lmbat dpt ank.. allah, sedehnye... sy dh redha.. sbb msa awl2 pkhwinan check ade kntung myb semnggu or secnd week pregy.. tp bila scan lg kntung dh xde.. in shaa allah sy mampu nk hdap dgaan allah.. tapi nk hdap nk jwab soaln mnusia sy x kuat.. bce kisah2 akk2 kt ats rupanya dgaan kalian lg hebat .. bertahun lamanya..sy doakn akk2 smua sbr dan tbah mnghdapi dgaan allah.. slm syg dari sy.. smoga kita hidup brjiran di syurga allah nanti.. in shaa allah

    ReplyDelete
  36. Lagi sedih... bila tinggal dgn adik beradik suami yang berzuriat... bila kita nak pegang cucunya... neneknya seolah tak izinkan... macam2 kelaku dibuat supaya kita x pegang cucunya...

    Allah... jiwa siapa tak diruntun duka, menyimpan rindu pada anak kecil didalam rumah yang sama....

    ReplyDelete
  37. Saya pun ada refer pakar sakit puan sebab dah setahun lebih kahwin masih tak hamil. Siapa tak nak ada anak. Disaat saya berusaha untuk hamil, makin ramai pulak officemate yg mengandung, membuatkan saya rasa nak menangis. Even kawan sebelah dan dibelakang saya pun. Bila bercerita tentang kehamilan, masing2 rancak bercerita tanpa ada rasa sensitif pun dengan saya yang masih tidak hamil. Semua yg berdekatan dengan saya semua dah ada anak kecik dan masing2 sibuk nak bercerita tentang anak masing2. Saya pun tak boleh nak masuk campur sebab saya takde anak. Kadang tu, sampai berkaca mata saya dengar.

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...