Entry hari ni nak sambung cerita tentang hamil pulak. Kalau sebelum ni dah bercerita tentang perkahwinanku dengan encik suami, kini tibalah masa nak menceritakan detik-detik nak mendapatkan zuriat kami sendiri pula. Alkisahnya tidaklah sesenang yang disangka :(
Macam yang diwar-warkan sebelum ni, kami bernikah pada 12.3.2005. Setelah setahun lebih menanti, kami masih belum juga dikurniakan zuriat. Hasrat di hati nak tunggu lagi tapi bila memikirkan yang usia aku bukannya makin muda, esok dah makin bertambah umur makin kurang lagi tahap kesuburan aku so dengan hati yang tekad aku telah membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan LPPKN. Bagi yang tak tahu LPPKN tu apa, it stands for Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara. Bagi yang duduk luar dari KL aku tak tahulah kat mana diaorang boleh dapatkan rawatan dari LPPKN ni tapi bagi aku yang duduk di KL, aku ke Jalan Raja Laut tu je.
First thing first, kena call dulu buat appointment...jangan main redah je, confirm kena halau balik! Lepas tu, pihak LPPKN akan bagi tarikh yang kosong. Bila sampai tarikh tu, korang pergilah sana. Kat sana diaorang akan bagi kad kedatangan (next appointment akan ditulis atas kad tu)...dah buat appointment jangan tak pergi pulak! Sia-sia je...Staf-staf kat sana tak makan orang pun. Lagi pun prosedur yang dibuat tak menyakitkan sangat cuma ada sesetengahnya rasa tak selesa juga. Lupa pulak nak bagitau, kalau pergi kena datang laki bini. Bukan bini je datang, laki tak datang. Tak boleh! Sebab tak tahu masalah timbul daripada siapa...so bini pun kena check, laki pun akan disoal siasat. Seingat aku, laki aku dulu takde check apa pun, just ujian sperm je kot (pasal ujian tu aku tak nak cerita, tu korang kena tanya laki aku sendiri...:p)
Aku dah tak berapa nak ingat apa prosedur pertama yang diorang buat kat aku masa kat sana. Tapi aku dulu ada check darah (kena cucuklah yer...walaupun jarumnya besar tapi insyaallah tak sakit :D), kena buat x-ray & ujian HSG (nak pastikan tiub tak tersumbat)...x-ray & HSG ni tak silap aku kena buat kat Hospital Tawakal (Tawakal je la aku...). Yang lain-lain aku tak ingat sebab dah 6 tahun dah cik oiii!
Agak lama jugalah aku buat rawatan kat sana (rasa-rasa 6 bulan lebih) dan banyak ribu jugaklah habis untuk berubat (aku anggarkan RM2k lebih termasuk buat IUI). Setiap kali jumpa doktor mesti buat ultrasound. Ultrasound ni yang aku tak berapa gemar sangat. Ini yang aku kata tak berapa nak selesa sebab setiap kali lepas buat ultrasound tu, 1-2 hari lepas tu mesti aku kena kencing kotor. Sakitnya kena kencing kotor, Tuhan saja yang tahu. Sampai aku rasa aku dah tak nak lagi nak tanggung sakit tu. Kalau scan kat perut je tak apa sebab scan perut ni dia just buat atas perut je tapi ultrasound ni dia akan masukkan kamera kecik melalui alat sulit kita...itu yang aku tak suka.
Oh ya, doktor yang merawat aku kat sana, Dr. Hamizah. Orangnya tak berapa mesra tapi okey jugaklah sebab dia banyak juga bagi explaination. Dari apa yang doktor bagitahu aku, aku tak ada masalah dengan rahim atau pun saluran tiub tapi telur aku tak matang (tak boleh nak menetas). Korang tahulah, kalau benih nak jadi embrio kenalah sperma bercantum dengan telur. Kalau sperma ada tapi telur tak ada, tak bercantumlah benih tu (macamana nak bercantum kalau telur tak menetas? Macamana nak menetas kalau telur tak matang?). Complicated rupanya nak mengandung ni...dulu aku ingat lepas kahwin je boleh terus dapat baby :D
Kemudian aku diberi ubat kesuburan yang dicucuk di perut dan suamilah tukang cucukkan jarum tu ke perut aku (tak sakit, jangan risau! Atau mungkin suami aku ada ciri-ciri seorang doktor yang bagus?). Sebenarnya lepas ambik ubat ni, kami berdua merancang nak buat IUI. Sajalah nak try kot-kot boleh lekat. Untuk buat IUI, pasangan kita pun kena berusaha juga sebab dia (suami) kena keluarkan benih dia dan disimpan di dalam bekas. Benih tu nanti akan di senarai pendekkan mana yang 'terhebat' untuk disuntik ke dalam rahim isteri (hehehe). Proses suntik IUI ni tak lama pun dan tak sakit, so jangan risau sangat sampai gigil-gigil :P
Lepas aku buat IUI, aku dan suami pun tunggulah sebulan...ya la, kalau aku tak datang period dalam tempoh tu, bolehlah aku buat UPT nak check air kencing +ve ke -ve. Malangnya, aku datang bulan selepas tu. Memang aku kuciwa sangat-sangat time tu (tapi aku tak menangis la). Suami kata tak apa, kita pergi buat rawatan lagi. Aku yang dah kecewa & memikirkan sumber kewangan pun dah tipis sebab rawatan-rawatan tu terpaksa menolak. Aku kata aku nak rehat dan tak nak fikir apa-apa dulu (macamana aku tak nak fikir kalau setiap masa aku memikirkan benda ni??? Uwaaaa).
Lepas tu, aku cuba +ve kan diri aku. Kalau ada rezeki tu nanti, ada la....Sebenarnya terus-terang aku tak kisah lambat dikurniakan zuriat tapi orang sekeliling yang buat aku stressssssss! Macam entry aku sebelum ni, orang yang kepoh-kepoh ni memang suka bertanya macam-macam hal peribadi kita dan dia tak sedar benda tu sensitif pada kita. Kadang-kadang aku tak tahan, aku cerita juga kat suami. Dia cuma suruh aku sabar dan jangan ambil kisah sangat (masalahnya macamana aku tak nak kisah kalau pasal anak orang akan tanya aku? Jarang pula orang nak tuju kat laki aku tanya pasal anak...). Aku pun dah naik fobia nak ke majlis-majlis yang ramai orang. Paling tidak mesti terselit 1 soalan pasal anak...eiiiii, bencinya! Suami aku ni pula ada sorang mak sedara yang memang kalau nampak muka aku mesti nak tanya 'Bila lagi?'. Kadang-kadang aku malas juga nak ke rumah mak sedara dia tu tapi memikirkan dia mak sedara laki aku, aku gagahkan jugalah walau di dalam hati merana.
Nanti aku sambung lagi pasal kisah ni...panjang sangat pula aku baca. Tunggu next entry yer!
Thanks berkongsi.. :)
ReplyDeleteTumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set ingin hamil, bersalin, menyusu & set kecantikan :)
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom