Iklan

Thursday 29 November 2012

BEDAH BATIN HARAM?


Mula-mula memang ada terdetik nak mencuba kaedah ni tapi bila dah baca artikel ni yang diambil dari blog salah satu cawangan Darulsyifa', terpaksalah membatalkan hasrat tersebut.


AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.


APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.


FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.


RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!


Keluaran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :BEDAH BATIN HARAM di sisi ISLAM!

7 comments:

  1. i pun buat research psl ni before proceed bedah batin yg i buat tu tapi sbenanye ada byk kaedah dan cara, so kaedah & cara tu yg kite kena tengok dulu. kalau yg guna pemujaan, astu mcm sihir/blackmagic, guna patung2 atau benda2 pelik yang bercanggah dgn agama, then yg itu haram la. kite tgk pun takot. tapi mine, kalau buat mmg takde unsur syirik. baring je then sejam boleh balik. then 3 cycle my period dah baik, i pun mase tu cuba je. so before nak proceed benda2 mcm ni kena tanya dulu cara dia buat mcm mana.

    ReplyDelete
  2. and i know u nak cuba lepas i conceived with this kaedah. takpe la kalau tak yakin u jgn la buat, i dah penah baca yg u copy paste ni and i dah tanya tuan haji tu utk keterangan lebih lanjut. lepas dia terangkan i faham mana yang haram tu. cara dia buat is nothing like mcm blackmagic ke apa. mungkin namanya bukan bedah batin pun. dia tak gelarkan bedah batin, orang yg bagi nama tu. sbenanya dia lebih kepada perubatan islamic, perkataan 'batin' ni ramai yg mudah tersalah faham. tapi it's up to u la sbb mmg ada hikmah nya kalau u tak yakin then maybe rezeki u dkt perubatan moden maybe. Rasulullah pun dibedah cara batin dulu tapi bukan kaedah syirik yang diperkatakan skang ni la.

    ReplyDelete
  3. Maybe u terlepas post i yang ada mention pasal ni,

    dipetik dari: http://muis.ismaweb.net/2010/03/pembedahan-batin/

    Kesimpulan
    Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya.
    2. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:
    2.1 Berinteraksi dengan jin.
    2.2 Mengandungi unsur-unsur syirik.
    2.3 Penggunaan bahan yang haram.
    2.4 Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
    2.5 Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
    Sekian Wallahu A’lam.

    Disediakan oleh:
    Ustaz Ahmad Kamal Muhamad
    Ahli Panel MUIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay...a'ah memang tak terbaca post u psl ni. Saya tak habis buat kajian lagi, baru je terbaca psl yg kat atas tu, lps tu nak survey lagi internet buat hal plk. Saya pun tahu ttg nabi kita dibedah batin tu, sebab tu saya masih nak mencari maklumat lagi. Maaflah kalau thread saya ni buat org lain keliru pula. Saya pun x sure lagi sbb tu saya letak 'question mark'.

      Delete
    2. Sy pun keliru masa mule2 kawan suggest suruh buat. Sy jumpa tuan haji tu bulan april, saya proceed bulan june. 2 bulan saya berfikir sebelum buat, bertanya sana sini, cari maklumat dlm intenet supaya sy tak terpesong dan tak terbuat benda syirik. rupa2nya bedah batin ni cuma istilah, kaedah yang digunekan tu yg perlu dinilai. sebab itu sebelum berubat tu sy tgk dulu mcm mana cara dia, dan bila sy dah pasti yang dia takde menggunakan apa2 yg bercanggah dgn agama, sy yakin dan terus proceed. itupun 2 bulan la sy fikir kan., sy buat solat hajat minta Allah beri petunjuk, kalau benda ni salah, minta dijauhkan. Tapi makin lama macam dipermudahkan je, jd sy yakin benda ni tak salah. sbb tu sy suggest pegi je tempat tu dan tanya lebih lanjut dgn org yg nak berubatkan kite tu. kalau awak just tanya pada saya melalui email saja, mcm mana awak nak bayangkan.
      kalau benda ni syirik, kenapa pula saya disuruh tuan haji jgn tinggal solat dan setiap kali lepas solat mesti berzikir banyak2, zikir yg diberi adalah Lailillahaillah & selawat ke atas nabi. perbuatan ni haram ke? tak kan, malah mmg disuruh dalam agama. lain lah kalau sy disuruh hafal mantera2 mengarut yang mcm bomoh siam beri tu. Bedah batin bagi saya ialah mencuci 'rohani' jadi sy faham kenapa sy disuruh berzikir, untuk 'cuci' dalaman2 yg kotor, buang kekotoran dari dlm rahim, bersihkan hati. tenangkan minda dan positive kan semua system badan. apa yg tuan haji ajar tu sama mcm positive mindset cuma dia apply dgn cara islamic iaitu dgn zikir. jadi lepas buat semua ini, sy taknampak lansung apa benda yang syirik. Darussyifak buat statement tu utk ditujukan pada pengamal bedah batin yang mengarut2 menggunakan blackmagic, pemujaan jin&syaitan, dan sbgnya. maaf ya sy bukan beriya2 nak mempertahankan tuan haji ni tapi sbb sy taknak awak salah anggap kaedah yg sy buat haritu adalah syirik, sy perlu jelaskan. :)

      Delete
    3. it's ok Jay, ini kan tempat kita bertukar2 pandangan. Saya respect u sebab sudi bertukar pandangan dgn saya. Apa2 pun kita kena yakin dengan Allah. TQ Jay :)

      Delete
  4. http://veetle.com/index.php/channel/view/50793b7a46b3c/ba892523b82ca4caae322fafbc6c884e

    Sila lihat pembentangan kertas kerja berkenaan 'BEDAH BATIN' ini.
    Sekian.

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...