Iklan

Friday 2 November 2012

PANASNYA HATI AKU!

Hari ni cadang nak ke Giant membeli barang-barang dapur yang dah haus. Lepas Afif ke tadika dan lepas aku duduk merehatkan diri sekejap selepas penat menggoreng pisang untuk bekalan Afif ke tadika (dia request nak bawa ke tadika nak jamu kawan-kawan), aku pun duduk bersarapan sekejap sebelum bersiap untuk ke Giant.

Pukul 10, aku dan suami pun sampailah ke Giant yang hanya 5 minit dari rumah tu. Suami aku ni bila ikut aku mulalah dia buat muka bosan dia...ngantuklah apalah. Kadang-kadang aku rasa baiklah aku shopping sorang-sorang, senang hati nak berjalan cuci-cuci mata selepas terperuk je kat dalam rumah. Bila dia dah ada ni, aku nak singgah merata pun tak boleh :(

Okey2, takyahlah nak cerita sangat apa yang aku beli kat Giant tu. Aku cuma nak ceritakan ke'PANAS'an hati aku selepas balik dari Giant tu. Dalam pukul 12.30 tghr tu siaplah kami membeli & mulalah bergerak menuju ke tadika Afif untuk ambil dia. Tadi dah call tadika suruh Afif tunggu kat sana & jangan naik van. Kalau dia balik naik van nanti, siapa pula nak ada kat rumah?

Lepas ambik Afif tu, aku peringatkan balik suami aku suruh beli lauk untuk makan tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Tadi pagi cuma makan 2 ketul pisang goreng je. Beli lauk tu kat depan rumah kami je. Jadi, suami teruslah belok ke depan gerai tu. Mulanya tadi dah suruh dia beli lauk dalam Giant je, katanya nak beli kat kedai depan rumah ni, jadi aku tak naklah bantah. 

Alih-alih, dah tercongok depan kedai tu, dia boleh pulak ajak aku turun sekali untuk pilih lauk. Aku malaslah kalau setakat nak pilih lauk, dia pun boleh pilihkan. Tak payahlah nak ajak aku sekali kot! Aku minta Afif temankan, dia tak nak. Duduklah kami dalam kereta tu dok tunggu apa pun aku tak tahu. Aku dah macam berangin dah sebab benda tu kecik je, nak pilih lauk je...apasal nak ajak aku sekali? Nak makan bukannya ramai, kami 3 beranak je pun. Pilih 2-3 jenis lauk dahlah! Katanya tak tahu aku nak makan apa. Aku ni makan tak cerewet ok! Beli ikan, aku makan. Beli ayam pun aku makan. Beli daging pun aku makan. So, apa masalah besar sangat ni? Yang cerewet makan tu dia, so baiklah dia yang pergi pilih lauk. (Suami aku ni memang macam tu, kalau makan kat kedai tu, 2-3 kali dok main tolak2 menu sebab aku suruh dia order, dia suruh aku order. Itu kalau dah sampai kedai. Kalau belum tahu nak makan kat mana, pun macam tu...dok suruh aku cakap kat mana nak pergi. Pergi je la mana-mana bang oiii, kalau adik rasa tak suka nanti aku reject je...huh!). Korang mengalami masalah yang sama tak dengan aku? Aku kadang-kadang tension betul! Suami aku ni nama je nak masuk 4 series tapi perangai tak melambangkan langsung umur dia.

Aku tunggu punya tunggu, dia tak bergerak juga nak keluar dari kereta. Last-last aku kata, nak beli...belilah, tak nak beli jom balik! Aku dah angin satu badan. Tadi cakap lain, sekarang lain pula jadinya. Kalau tadi beli lauk dalam Giantkan senang, aku pun ada boleh pilih lauk. Sekarang ni, nak suruh turun 4-5 tapak nak pergi beli lauk, dia boleh buat perangai macam tu pulak! Kalau dia suruh aku, aku tak nak...mulalah dia bersyarah macam guru agama kata aku ni tak berdikari la, aku ni..aku tu...bila kena kat dia, tak apalah pulak!

Mula aku ingat dia nak beralah dan turun, rupanya dia terus masuk gear dan balik rumah. Panasnya hati aku Tuhan saja yang tahu. Aku rasa nak menjerit2 je kat situ. Bukannya apa, faham-fahamlah dah beli barang dapur, balik nanti nak mengemas lagi...nak menyiang ikan lagi (hari ni beli stok ikan banyak pulak tu!)...nak memasak pula! Aku memang tak laratlah!! Aku berharap sangat suami aku ni bertimbang rasa dan kesiankan bini dia. Bukan nak minta bawa makan kat hotel pun, cuma tolong belikan lauk je, nasi aku dah offer nak masak sendiri.

Balik rumah dah pukul 1 tghr. Suami dah siap-siap nak Solat Jumaat. Afif aku offer roti dulu buat alas perut. Aku yang lapar giler ni terpaksalah tahan je perut. Lepas tukar baju terus masuk dapur & kemas barang-barang yang beli tadi. Sayur semua masukkan dalam bekas. Siap-siapkan barang nak masak nanti. Siang ikan-ikan, udang & sotong....dekat pukul 5 ptg baru siap semua. Sampai suami aku dah balik solat, dah sedap-sedap lepak main games dengan anak...aku masih di dapur & berdiri selama 4 jam. Letih tak payah nak cakap sampai sakit belakang aku ni rasa macam nak pitam je...mana taknya, perut dahlah lapar!

Aku jamu dulu anak dan suami makan. Marah tu marah juga tapi makan dia aku mesti kena jagalah. Lepas diaorang dah makan, baru aku pula makan. Sekarang ni masa tengah menaip ni, kepala aku dah mula rasa berdenyut-denyut. Migrainlah tu. Dah lama juga aku tak kena migrain ni, sekarang nampaknya macam rajin pula nak kena balik. Nanti aku nak try minta tolong suami picitkan kepala, nak tengok dia kesian ke tidak dengan bini dia ni....;)

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...