Iklan

Thursday 1 November 2012

BLOG-BLOG TTC

Sejak akhir-akhir ni aku rajin pula menjenguk dan membaca blog-blog orang yang sedang ber'TTC'. Aku faham perasaan diaorang macamana...sedih, stress, marah & macam-macam lagi. Tapi orang kata kalau nak mengandung ni kena kurangkan stress...macamanalah nak kurang stress kalau sekeliling kita ada je benda-benda yang membuatkan kita tersentap :(

Bagi yang hidup mereka selepas berkahwin terus mengandung atau setahun sekali mengandung, mungkin istilah TTC ni agak 'weird' di pendengaran tapi bagi orang yang macam kami ni TTC tu dah sinonim dalam kehidupan seharian. Rasanya setiap hari, bangun tidur, sebelum tidur mesti fikirkan benda ni...kesian kat kamikan?

Aku pun macam kawan-kawan TTC yang lain, selalu juga terfikir kenapa benda ni jadi kat aku? Sedangkan keluarga sebelah mak mahu pun sebelah ayah aku tak ada yang ada masalah kesuburan. Semuanya subur-subur belaka. Semuanya anak lebih dari 3 orang. Emak aku sendiri 5 orang anak. Keluarga suami aku pun rasanya tak ada yang ada masalah. Kakak aku yang agak berisi badannya pun kalau tak berjaga-jaga, mahu tiap-tiap tahun mengandung. Sekarang pun anak dia dah 5 orang (seorang meninggal selepas lahir). Dia pernah cerita kat aku, bukan dia tak ambil pil perancang tapi lekat juga. Subhanallah, senang sungguh! Sedangkan aku yang tak pernah langsung terfikir nak ambil pil perancang ni tak pernah nak tersangkut.

Dulu aku ada kawan kat ofis, badan dia memang sihatlah. Isi dia memang padat. Kalau ditekan memang pejal. Kalau dia ketawa, memang berkocak-kocak perut dia tapi senang je dia lekat. Kali terakhir jumpa dia dalam 3-4 tahun lepas, anak dah 3. Sekarang ni tak tahulah. Sepupu aku pun ada sorang yang badan boleh tahan berisi tapi pun senang lekat. Umur dia setahun je tua dari aku tapi anak dah 5 nak masuk 6 (2 orang meninggal dalam perut - kembar-). So aku rasa lebih berat badan menganggu kesuburan tu sekadar mitos je.   

Aku tak pernah sentuh pil perancang lepas melahirkan Afif. Aku dan suami dah berbincang pasal pil perancang. Aku bagitahu suami aku tak nak ambil sebab seorang pun aku susah nak lekat, kalau makan pil perancang sok silap-silap tak lekat terus. Bila doktor sarankan aku ambil pil perancang, aku jadi takut sangat macam fobia. Aku takut aku takleh ngandung lagi, sampai macam tu sekali. Tapi, walaupun tak makan pil & tak pernah merancang, sekarang dah 5 tahun, aku tak juga mengandung. Macamana tu?? Apa sebenarnya masalah aku ni? Kalau aku tahu aku ada PCOS ke endometriosis ke tak apa tapi bila check semua ok. 

Pernah aku jumpa doktor, doktor tanya aku kenapa tak ambil pil perancang? Aku cakaplah aku tak nak merancang pun. Doktor marah aku pulak. Doktor kata pil perancang tu bagus sebenarnya sebab boleh stabilkan hormon kita. Oooo...manalah aku tahu sebab aku dok ingat pil perancang tu tujuannya cuma nak sekat benih suami aku bertemu dengan benih aku je. Dulu kenapa doktor tak explain pun pasal ni? Doktorlah yang salah!

Bila aku dah rajin melawat blog-blog orang yang tengah TTC ni, banyak juga input dan semangat yang aku dapat. Terima kasih kepada blogger-blogger ni yang tak kedekut ilmu. Sekarang aku dah kembali bersemangat nak mencuba balik segala tok nenek perubatan yang ada. Tapi buat masa ni aku kena cuba makan ubat-ubat yang simple dulu sebab kalau nak ke hospital atau pakar-pakar, sumber kewangan pulak terhad :( Tunggu dapat BR1M tahun depan dulu kot :D




1 comment:

  1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...