Iklan

Sunday 13 January 2013

GUGUR PULAK DAH!

Ish...nauzubillah! Sebelum ni aku kan cakap aku tak suka mimpi indah2 sangat sebab maksudnya nanti terbalik? Tapi, Jumaat hari tu (11/1/2013), malamnya aku mimpi keguguran pula. Boleh nampak jari2 halus dah terbentuk masa dah gugur tu. Aduh...dah aku tak suka pula mimpi2 tak indah. Kalau membawa maksud indah tak apa juga tapi macamana kalau maksudnya tetap tak indah? :(

Boleh dikatakan lengkap dahlah mimpi aku sejak kebelakang ni dari aku pernah bermimpi test UPT dapat +ve, lepas tu aku mimpi aku mengandung dan perut dah boyot. Sekarang ni aku mimpi pula gugur...apakah semua ni?? Mungkin mainan tidur semata2. Aku dengar semanis kurma hari Khamis hari tu, Ustaz Fauzi tu kata kalau mimpi ular ke, bayi ke kalau sekali tu hanyalah mainan tidur tapi kalau mimpi berkali-kali itu yang tandanya kita diganggu.

Dan ada satu lagi kejadian yang berlaku Jumaat hari tu yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Mungkin ke effect daripada mimpi tu? Mmm...entahlah! Pagi tu bila En. Mat Naat kejut aku untuk solat Subuh, bila buka je mata aku dah terasa kepala ni berat. Bila bangun rasa macam melayang2 tapi aku masih mampu solat walaupun masa solat tu aku tak mampu nak bukak mata langsung.

Lepas solat, biasanya aku akan kejutkan Afif untuk bangun ke sekolah tapi hari tu aku jadi tak larat dan terus aku baring je sebelah Afif. Bila En. Mat Naat datang memang membebellah juga mulut dia tengok aku tak kejut anak bangun lagi sebab dia dah lambat nak ke pejabat. Last2 dia yang kejutkan Afif dan uruskan Afif.

Aku dah terlentang sambil menahan pening kepala yang lain macam rasanya. Bukak mata aku nampak macam berpusing2. Pejam mata pun terasa macam berpusing2. Rasa macam tengah terbang pun ada...melayang2 je rasanya. Lebih kurang rasa macam lepas telan ubat batuklah, terasa melayang2 je....nak kata kena dadah, aku tak makan apa2 pun semalam, cuma makan roti krim sebungkus. Apa sebab tiba2 aku pening ni?

Bila En. Mat Naat masuk bilik nak bersiap ke pejabat, aku pun panggillah...konon2 nak manja2 dan mita simpati...dengarkan dialog aku dan si dia di pagi hari itu....
Aku: Abah, pening...
En. Mat Naat: Ha? Pening?
Aku: Rasa macam pusing2 je.
En. Mat Naat: Abis tu mama nak abah buat apa?
Aku: (menyakit hati betul!)
En. Mat Naat: Mama tak cukup tidurlah tu...(terus keluar dari bilik)

Ha...macam itulah lebih kurang situasi yang berlaku. Sikit pun dia tak datang tengok keadaan aku, sentuh mahu pun membelai bini dia ni. Sorrylah, aku yang memang tengah sakit terus tersentap maka berjuraianlah airmata. Bukan apa, suami aku ni selalu kata aku kuat tidur & banyak tidur, tapi bila aku kata aku sakit dia boleh pula kata aku tak cukup tidur. Cakap berbelit-belit. Memanglah aku selalu tidur lewat sekarang tapi paling lewat pun pukul 2.30 pagi aku dah merebahkan diri atas katil. Aku tak rasalah aku tak cukup tidur.

Yang paling sedih bila Afif datang nak salam tangan aku sebelum ke sekolah, dia tengok aku tengah menangis, dia tanya "Mama sakit ke?". Aku angguk, terus dia usap2 belakang aku. Lepas tu dia pegang tangan aku macam tak nak lepas je. Ya Allah! Budak sekecik tu pun tahu simpati dan kesiankan orang tapi suami aku yang dah besar tapi tak kenal erti simpati langsung ke? Langsung tak tengok keadaan aku, terus dia keluar rumah. Melalak jugalah aku sambil menahan kepala yang berat dan pening memusing2 tu.

Aku rasa mungkin tekanan darah rendah, so aku ambik gula2 sebiji dan hisap tapi tak lega juga. Lepas aku bangun berjalan tu, bila aku baring balik atas katil aku jadi sesak nafas. Dahlah badan rasa letih, kepala berat + memusing, lepas tu susah nak bernafas pula. Aku dah terpikir mungkin dah sampai ajal aku ke hari tu? Kalau betul, aku redhalah...meninggal hari Jumaat terlepas seksaan kubur tu tapi bila fikir2, aku ni dah cukup baik & cukup amal ke? Jadi takut pula. Aku terus capai telefon dan hantar sms kat En. Mat Naat. Nak bangun capai telefon tu pun aku rasa macam baru lepas maraton 10km. Aku suruh suami aku balik sebab aku tak tahan penat. Kalau aku sorang2 pengsan siapa pula nak uruskan Afif bila dia balik sekolah nanti. Aku dah tak kisah dah suami aku dah sampai ke mana, apa yang penting aku memang tak larat.

Bila En. Mat Naat dah sampai rumah, aku dah rasa lega sikit (mungkin aku baring sampai tak bergerak2 dari tadi), cuma kepala je masih berat dan memusing2. Barulah dia nak datang tengok keadaan aku. Tapi, last2 dia pun tertidur sama kat sebelah aku.

Okey...jujur cakap, satu hari tu kerja aku cuma tidur. Makan pun mujur suami ada, dia belikan je nasi bungkus kat kedai. Lepas bangun tidur masa Afif balik, aku sambung tidur lagi kat atas sofa. En. Mat Naat dah ke masjid nak solat Jumaat. Sampai dia balik solat, aku dok tidur lagi. Lepas tu En. Mat Naat suruh mandi sebab nak ajak ke klinik. Dalam pukul 3 ptg kot baru aku mandi :D Lepas mandi, makan jugalah sikit sebab lapar juga walaupun sakit2. Lepas makan, tidur lagi :D Suami aku kata aku tak cukup tidurkan? So, aku tidurlah puas2. Dia pun sambung tidur gak kat dalam bilik, last2 tak pergi pun klinik. Aku pun tak tahu apa punca aku pening & tak larat gila2 tu... 

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...