Iklan

Tuesday 29 January 2013

ADIKKU BERTUNANG AKHIRNYA

Okey, last week cuti lama sungguh rasanya. Walaupun aku ni hari2 cuti tapi sebab Afif pun Jumaat lepas tak pergi sekolah sebab demam, so cuti berderetlah dari Khamis sampai Isnin. Bila dah cuti lama, adalah beberapa story nak mory kat semua. Ada story suka dan ada juga story duka. Marilah kita mulakan dengan story suka dulu...

Hari Khamis walaupun cuti tapi suamiku tak cuti. So, aku & Afif cuma berjalan ke Giant je la buat mengubat bosan tapi tak lama sebab Afif disahkan demam...aku dah story tentang tu dalam entry sebelum ni. So, hari Jumaat Afif dibenarkan berehat di rumah & tak perlu ke sekolah.

Sabtu 26/1/2013 pula adalah hari pertunangan adik perempuan aku. Umur dia dah 32 tahun tapi agak lewat bertemu jodoh. Mujurlah jodoh yang diperkenalkan oleh tok aku kepada dia ni serasi pula dengan dia. Sebenarnya adik beradik kami juga tunang dia tu. Tok sedara aku punya anak angkat. Sebelum ni aku ada juga cuba perkenalkan dia dengan beberapa orang tapi tak berjaya tapi alhamdulillah tok aku yang berjaya. Boleh buka agensi mencari jodoh dah tok aku ni :)

Majlis bermula selepas Zohor. Aku ke rumah mak aku lewat sikit dalam pukul 10 pagi baru sampai sebab kami singgah sarapan dulu kat kedai mamak. Sampai2 aje, aku terus ke dapur sebab diamanahkan untuk membuat lauk tomyam. Menu tengahari tu biasalah nasi & lauk2 kampung saja. Selain tomyam, ada pajeri nenas, sayur campur, ayam goreng berempah (menu terlaris), ikan goreng, ikan masin, talapia masak 3 rasa, ulam2, sambal belacan, sambal tempoyak (ini pun antara yang paling laris), koktel buah, rojak, kek kukus (sumbangan mak long aku), Eclairs yg ala2 cream puff (buatan tangan kakak aku). Banyakkan menu2nya tapi alhamdulillah tak banyak yang berlebihan. Kiranya macam cukup2 je, tak adalah membazir sangat.

Busana adik aku pada hari itu dari atas ke bawah ditaja oleh aku :) Tudung yang dipakai tudung aku, baju & selendang pun aku punya. Baju tu sebenarnya baju kahwin aku yang aku pakai masa kenduri bertandang ke rumah mertua aku 8 tahun lepas. Mujur dia muat baju tu tapi selepas klim pada baju tu ditetas oleh mak aku (maknanya aku lagi kuruslah masa kahwin dulu :D). Mekap pula adik aku tempah sepupu kami juga yang mekapkan.

Okeylah, tak perlulah nak ceritakan macamana bila 2 keluarga yang memang saudara mara juga berkumpul. Pada aku terasa sedikit janggal, apatah lagi pada adik aku yang bakal panggil tok sedara dia sebagai 'ayah' bila dah kahwin nanti :D. Tentang hantaran dah dibincangkan & tak perlu juga aku sebut berapa jumlahnya di sini cuma tentang tarikh nikah masih belum mencapai kata putus. Pihak lelaki nak minta dibuat pada hujung tahun ni tapi mak aku tak nak buat lambat2 sangat. Kalau boleh dalam bulan 8 ni dia nak langsungkan. Pada aku pun lebih baik disegerakan benda yang baik. Lagipun umur adik aku pun dah lanjut, nak tunggu apa lagi? Takut juga kalau esok dia ditakdirkan mengalami masalah kesuburan macam kakak dia macamana? Bukanlah nak mendoakan tapi zaman sekarang ni semuanya berkemungkinan. Mak ayah aku pun dah berumur, takut diaorang pun dah tak daya nak uruskan kenduri kendara nanti.

Nak layan gambar pertunangan adik aku tak? Marilah kita layanzzzz.................

Tadaaa....inilah adik perempuan aku sedang di andam. 

 Upacara meletakkan selendang pula. Masa ni banyak betul tangan yang membantu membentukkan selendang tu agar tampak cantik dipakai termasuklah aku ;)

 Dah nak siaplah tu, itu sebabnya bergumbira je...

 Hati mula berdebar2 & ketar bila dah turun untuk upacara menyarung cincin. Macam pelakon Bollywood dah rupa dia ni.

 Duduk di tengah2 orang ramai, macam nak bernikah pula. Tiba2 teringat waktu aku menikah dulu :)

 Inilah bakal mak mertua adik aku. Mak mertua dia ni memang Chinese Muslim.

 Tadaaaa....memperkenalkan bakal pengantin! Itulah dia bakal adik ipar aku, Fendi. Muka macam Chinesekan? Memang dia ni pure Chinese tapi dia ni dah Muslim dari kecik2 lagi sejak tok sedara aku ambil jadi anak angkat. So bakal anak2 buah aku nanti ada kombinasi rempah kari + ginseng lah :)

 Sepadan tak? Alhamdulillah, tumpang gembira untuk adik aku yang seorang ni.

 Okey, inilah barisan ahli keluarga kami. Dari kiri (depan), Fendi, Liena, Tok Njang, Tasha (sepupu & anaknya Mikhail), Mak Ndak, Mimie (sepupu), aku meriba Asyraff (anak buah). Dari kanan (belakang), mak long, pak long, pak ndak, Mas (bini sepupu aku), mak Anye, Pak Teh, Mak Cik, Mama (mak akulah tu) & kakak aku :)

 Oh...ada tambahan ahli pula...yang tangan berbalut tu Ima (kawan baik adik aku & anak angkat mak aku) & yang tudung pink kat belakang aku tu Pija (sepupu aku).

 Yehaaa....orang pompuan kalau dapat bergambar memang suka bebenor. Semua ni dah berkahwin & bakal berkahwin yer!

 Adik aku, mama aku & Afif.

 Sila abaikan kekecohan yang terjadi di sebelah tepi itu :D Biasalah rumah agak semak sikit.

 Bakal pengantin bersama hantaran.

Ini kek hantaran yang diberikan kepada pihak lelaki, hasil buatan tangan & gubahan kakak aku. Pihak lelaki tak bagi kami kek pun :(

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...