Iklan

Wednesday, 31 October 2012

DAUN BUNGA RAYA

Aku ada terbaca dalam forum, orang kata daun bunga raya ada khasiat untuk membantu membetulkan perjalanan period kita yang tak teratur, sekaligus membantu kesuburan. Jadi, masa kat kampung hari tu, aku pun berusaha gigih mencari juga daun bunga raya.

Nasib baik kat rumah kakak ipar aku ada daun bunga raya. Apa yang aku baca kat forum tu, dia minum air daun bunga raya yang warna merah tapi mak mertua aku dan rata-ratanya kata daun bunga raya warna putih yang orang selalu guna buat ubat. Jadi, disebabkan dua-dua warna pun ada, aku ambil sajalah dua-dua daun tu berserta tangkai-tangkai sekali. Kakak ipar aku suruh aku balik tanam kat rumah. Rumah aku ni manalah ada tanah, tingkat 2 mana nak jumpa tanah tapi aku bagi kat mak dan mak cik aku suruh diaorang tanam. Esok kalau aku nak, aku ambik dari diaorang je...senang cerita!

Kata forumer tu dia minum air daun bunga raya merah yang ada 5 kelopak tapi kakak ipar aku punya daun raya bukan yang jenis 5 kelopak, yang jenis berkelopak-kelopak macam bunga ros tu tapi tak apalah, cuba sajalah dulu! Hari ni aku dah cuba minum air daun bunga raya yang warna putih. Aku nak tengoklah macamana period aku bulan ni. Tak salah mencubakan? Lagipun tak susah mana nak buat, cuma minum airnya je yang taklah rasa apa-apa pun.

Mak mertua aku tanya nak buat apa dengan daun bunga raya tu? Aku cuma kata nak buat ubat. Aku tak bagitahu sesiapa pun yang aku nak cuba untuk membantu kesuburan. Biarlah aku cuba dan dapatkan hasilnya dulu baru aku boleh dedahkan tujuan aku ni...

5 comments:

  1. petua yg saya dapat dr seorang makcik tukang urut mmg die suruh minum air daun bunga raya warna merah yg kelopak 5... n sy minum skali jer tros pregnant..alhamdullillah. kakak n k.ipar sy pon cuba n dorg pon juz mnm skali jer... sy xtau la bunga raya yg mn org bt ubt, sy juz ikut ckp makcik tukang urut tu jer, ms tu da sthn lebih kawen xdpt zuriat lg, k.ipar plak 7 thn kawen xde zuriat.. tp dgn skali jer cuba tros pregnant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki awak. Saya dah cuba tapi bukan dgn daun 5 kelopak tu & tak ada rezeki. Insyaallah nanti nak cuba dgn yg 5 kelopak ni pula. Rupanya area rumah saya ni ada je daun bunga raya tu :D

      Delete
  2. macam mana cara nak gunakannya admin...???saya nak try bagi bini saya cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma ambil beberapa helai daun bunga raya (jgn byk sgt sebab berlendir) dan ditumbuk @ dilenyek2 sehingga keluar lendirnya kemudian campurkan dgn satu cawan air suam, ditapis dan diminum. Minum selepas period kering.

      Delete
    2. maaf.. ibu sy sakit.. kami sekeluarga ngh cari bunga raya warna putih .. tlg rply mcg sy .. kalau ada tlg kol sy 012-9420233

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...