Ahaaa....ini kisah semasa aku mengandung pula. Trimester pertama, kedua & ketiga. Proses melahirkan insyaalah dalam entry selepas ini.
Alhamdulillah, dalam trimester pertama mengandung ni aku tak alami alahan yang teruk-teruk sampai tak boleh bangun atau muntah-muntah sampai lesu badan. Aku tak alami loya-loya mahu pun mutah-muntah, cuma aku tak boleh gosok gigi lama-lama dan gosok dalam-dalam sangat. Ha, kalau buat juga memang mengundang padahlah sebab masa tu lah aku akan luahkan segala isi perut. So, bila gosok gigi aku gosok sekejap je dan gigi bahagian depan je yang dapat belaian lebih dari aku. Gigi yang belakang-belakang tu aku mintak maaflah...tak dapek den nak nolong!
Sepanjang mengandung ni juga aku terpaksa ubah menu breakfast aku hari-hari. Selalunya tekak 'omputih' aku ni makan roti je sapu peanut butter. Sebenarnya malas nak buat sarapan, itu yang paling senangkan? Tapi bila dah mengandung, secubit roti pun tak boleh nak masuk dalam tekak aku ni. Aku rasa loya. Tekak aku cuma menerima nasi lemak je sepanjang aku mengandung sampai melahirkan. Mujurlah badan aku tak berlemak-lemak sangat.
Paling aku loya + nak termuntah time ni bila bau orang menumis, hatta aku sendiri tak membenarkan diri aku menumis (so, selalunya aku suruh suami aku beli kat luar je sebab banyak masakan orang-orang kita ni nak kena menumis). Baru aku percaya yang orang kalau mengandung memang banyak perkara-perkara pelik terjadi. Dulu aku macam tak percaya bila orang kata ada isteri tak boleh bau minyak wangi masa mengandung. What a nonsense? Ecehh...ye la, minyak wangi tu! Nama pun wangi, apsal takleh bau lak? rupanya memang betul ada kes, walaupun tak terkena kat aku tapi aku pun tak boleh bau juga...cumanya bau tumisanlah! Kalau tak mengandung, bukan main sedap lagi kalau kita bau orang menumis nak buat tomyam atau rendang ke, tapi pada aku time tu memang giler busuk sampai pening kepala!
Selebihnya, sampai 9 bulan aku okey dan sihat. Tak ada masalah darah tinggi atau kencing manis. Aku juga aktif dan rajin bergerak masa mengandung. Kat pejabat aku tu, kena angkat fail berat-berat dah biasa. Ada yang larang aku angkat, tapi aku buat juga. Takkan nak mengada-ngada buat orang menyampah pulak. Oh ya, lupa nak cakap...kita ni kalau susah nak lekat lebih baik awal-awal pregnant tu kita tutup mulut kita dari hebohkan pada sesiapa kecuali orang-orang tertentu macam mak atau suami kita je. Bukan apa, kita tak tahu hati orang ni macamana. Mana tahu ada yang busuk hati, dibuatnya sesuatu kat kita...macamana? Aku cuma bagitahu pada sorang kakak kat pejabat aku masa aku dah 4 bulan, itu pun sebab aku risau jadi apa-apa kat aku kat pejabat tu takde orang yang tahu aku pregnant. Masa bulan ke-5 baru satu pejabat tahu pasal aku (sebab perut pun dah makin membesar, nak rahsiakan apa lagi?).
Aku buat check-up bulan-bulan kat Hospital Selayang (next entry aku cerita pasal hospital ni....). Selalunya orang akan check-up kat klinik biasa je kan? Aku dapat surat rujukan daripada LPPKN sebab aku dikira special case dan aku minta LPPKN buat surat refer ke Hospital Selayang (hospital tu yang paling dekat dengan rumah mak aku). Check-up hospital ni biasalah, tak lama mana pun...kadang-kadang 5 minit pun tak sampai nak jumpa doktor tapi nak kena tunggu tu sampai 4-5jam. Selalunya aku akan ambik leave. Dapat pula sorang doktor lelaki bangsa India yang aku dah lupa nama dia (sebab dia tu tak mesra alam sangat!). Susah betul aku nak tanya apa-apa kat doktor ni sebab dia tak berapa nak layan...biasalah hospital kerajaan, mana ada masa nak layan soalan-soalan kita sebab kita pergi pun bayar RM5 je :p
Aku ingat lagi kejadian bila aku tanya doktor tu jantina anak aku (padahal aku dah tahu jantina anak aku...2 bulan buat scan kat LPPKN doktor dah detect) dan doktor tu mati-mati tak nak bagitahu. Dia kata takut ada kes orang sanggup bunuh diri sebab stress bila dapat tahu jantina anak. Aku kata itu mungkin bangsa lain tapi orang Melayu tak kisah jantina anak...dia tetap juga tak nak bagitahu. Suka hati kaulah doktor!
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?