Iklan

Monday, 18 November 2013

CARREFOUR AEON BIG PENIPU BESAR!


Hishhh...bengangnya aku! Kisahnya aku ke Carrefour untuk beli compact powder disebabkan bedak mula aku dah mula susut. Bila nampak bedak Maybelline ada bagi free gift, aku pun decided nak beli yang tu la...jimat sikit duit aku nak beli bedak lagi kalau bedak habis esok. Sebelum ni aku bukan pengguna setia Maybelline pun tapi sebab nak dapatkan free gift, aku pun belilah.

Dah lepas bayar, aku ke tempat nak redeem free2 gift ni lah. Waktu tu baru pukul 8 malam. Lepas dah explain yang aku nak ambik free gift, budak yang jaga kaunter tu tercari2 barang kat dalam almari dia. Lepas tu dia masuk dalam hypermarket tu. Bila dia keluar katanya free gift tu kena ambik dari promoter tapi promoter dah balik. Dah balik?? Baru pukul 8 kot! Takkan diaorang expect pukul 8 malam dah tak ada customer nak beli barang? 

Then budak tu suruh aku ambik another free gift yang aku tak tahu entah apa2 barang tah. So, aku tak naklah ambik. Dia suruh aku datang balik esok. Nasib baik rumah aku dekat je kan...kalau jauh, kau nak bayar ke minyak kereta aku nak ulang-alik semata2 nak ambik free gift tu? Aku pun berkali2 tanya budak tu boleh ke kalau resit aku tarikh hari ni tapi nak claim benda tu esok? Katanya boleh. Berkali-kali aku confirmkan dengan budak tu so, aku yakin memang bolehlah.

Esoknya aku tak sempat nak pergi ambik, so lusa tu baru aku pergi. Bila aku sampai kaunter tu, muka budak yang aku jumpa sebelumnya tak ada. Tak apalah, aku tanya ajelah budak pompuan yang ada kat situ. Bila aku tunjuk je brochure yang jelas2 terpampang tulis FREE gift tu kat budak tu. Cepat je budak tu balas, macam dah prepare skrip jerr..."Ooo kak, yang ni bukan FREE gift tapi akak kena beli refill tu dengan harga RM9.90."

Hah! Bukan FREE gift? Habis tu yang jelas2 terpampang dan besar2 tertulis FREE tu apa benda? Bukannya ditulis 2nd Buy at RM9.90 pun...aku ni memanglah tak dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris masa SPM dulu tapi aku juga tak failed untuk subjek tu! Ingat aku tak faham ke apa yang ditulis??? Memang aku bengang giler ahhh....sepekara lagi, kalau korang beli kat Carrefour ni, tengok betul2 harga kat rak tu dan check balik harga tu masa dah dapat resit sebab aku dah banyak kali kena. Harga kat rak lain, masa bayar harga lain! Harga kat rak murah, bila bayar, harganya mahal! Aku ni memang jenis yang suka check balik resit lepas bayar. So far kes harga lain dari harga kat rak ni biasa jadi kat Carrefour la sebab aku memang biasa membeli di Giant, jarang2 terjadi pula perkara ni tapi pernah juga terjadi cuma jarang2.

Aku ni bukanlah hadap sangat nak tuntut FREE gift tu tapi aku tak suka ditipu macam ni. Macam senang2 je korang nak permainkan customerkan? Kalau dah kata free tu maknanya freelah, apa kejadah lak kami nak kena beli untuk dapatkan benda tu??

 Tengok harga yang aku tanda arrow tu. Kat atas bil shower gel tu harga RM9.50 kan? Kat rak cuma harga RM7 lebih je. Yang Oral B tu kat bil RM3.45 tapi kat rak RM2 lebih je. Walaupun melibatkan beberapa sen je tapi aku tak suka ditipu! 

Ini kes paling menyakitkan hati akulah! Korang boleh baca tak, sah2 tulis FREE I Unit Maybeline Refill worth RM9.90kan? Maksudnya kalau aku beli bedak tu aku dapat satu unit refill kan? Tapi budak yang jaga Customer Service tu kata kalau akak beli bedak ni, akak dapat beli refill tu dengan harga RM9.90 je! Malaslah aku nak bertekak dengan budak tak habis sekolah disebabkan satu unit refill tu...


Saturday, 16 November 2013

TERGENDALA

Arghhh...banyak sebenarnya aku nak update dalam blog ni tapi semua tergendala dan tertunda dulu yer. Sibuk...sibuk dan sibuk lagi. Huhuhu....bila banyak benda nak story mory, tak ada masa pula...bila tak ada benda nak story mory banyak lak masanya tu...sabar jerlah Sabariah! 

Apa-apa pun tunggu ajerlah cerita backdated nanti! Chow chin chow...muah muah!

* Period masih turun..dah hari ke-5 tapi flow terlalu banyak macam hari pertama jer. Semalam jer aku tukar 4 kali pad overnight. Letih la juga bila nak mencuci. Pastu semalam aku jadi penat sangat2 sampai rasa nak baring jer. Rasa nak pitam pun ada tapi disebabkan anak ada Majlis Anugerah Kecemerlangan, aku gagahkan juga diri ni. Ajak suami pergi jumpa Ustaz yang turun KL nak buat rawatan tu, dia macam tak nak pula. Entah kenapa setiap kali aku terasa ingin nak buat rawatan macam ada jer halangan dan alasan suami. Aku ke yang kena 'ganggu' atau dia yang kena 'ganggu' ni? Sebab macam dia yang asyik mengelak. Ajak ke hospital pun dia banyak alasan juga. Masalah sekarang, aku yang menanggung...huhuhu....sedihhhhh!!

Thursday, 14 November 2013

BERDARAH KEMBALI

Errr...macam takut jer...macam seram jer...header di atas memang bunyinya agak menyeramkan tapi bukan kisah hantu atau mistik yang aku nak ceritakan sekarang ni :p

Apalagi kalau bukan kisah period aku ni. Aku ni baru je bersih dari darah pada 7/11 hari tu selepas 15 hari berdarah. Lepas 5 hari bersih, semalam 13/11 berdarah balik pulak dahhhhh...letihnya aku! Bukan letih apa, aku letih nak membasuh pad. Aku rasa tak selesa setiap masa sebab takut bocor. Kiranya aku ni 2 kali period dalam sebulan dan aku cuma bersih dari darah dalam sebulan tu 5-7 hari jer, selebihnya aku berdarah sentiasa...dah macam pontianak dah :p Korang bolehlah baca kronologi pendarahan aku kat sini.

Petang semalam lepas Asar aku dah rasa badan lemah jer. Anak aku bercakap dan bertanya macam-macam pun aku malas nak layan. Rasa semacam. Rasa letih, rasa malas, rasa benci pun ada. Entah kenapa! Lepas Maghrib sementara nak tunggu Isyak, aku dok mengadap lappy tiba-tiba rasa panties aku basah. Rasa macam air ketuban pecah tu, tiba-tiba je basah. Aku dah rasa tak selesa pun pergilah ke bilik air nak buat pemeriksaan :)

Tengok-tengok memang basah dan air tu ada bercampur darah coklat-coklat. Sebenarnya memang sehari sebelum tu pun dah ada keluar brownish2 tapi sikit jer. So memang terpaksa pakai pad lah! Malam tu tidur, bila en. suami balik, aku terjaga dan aku rasa sangat tak selesa macam dah bocor jer! Bangun ke bilik air dan memang pad maxi yang aku pakai lepas maghrib tadi dah penuh tapi bukan darah pekat, darah yang bercampur dengan air. Air apa pun aku tak tahulah. Bila check kat tilam memang ada bocor tapi tak nampak darah pun, cuma cecair jer...macam pelik jer, macam pelik jer.

Hari ni barulah betul2 darah pekat keluar. Macam biasa berketul2. Kalau orang lain boleh bezakan antara miscarriage dengan period, aku dah tak tahu beza sebab setiap kali berdarah mesti berketul2, cumanya aku tak pernah sakit setiap kali keluar darah. Nak kata period pain pun tak ada. Macam normal cuma rasa macam kepala melayang2 jer dan letih.

Pagi tadi ajak encik suami ke hospital sebab aku ni dah ada 2 surat refer ke hospital dari KK tapi sampai ke hari ni tak pergi2 pun. Masa nak minta surat refer beria2, bila dah dapat tak pergi pulak! Bukan aku tak nak pergi, ikut rasa hati aku ni nak sangat pergi tapi encik suami tu sibuk sangat. Pagi tadi aku ajak terus dia jawab, "tengahari pun tak masuk ofis lagilah abah". Maksudnya mesti lambat habis dan sampai tengahari pun dia tak boleh masuk kerja lagi. Terus aku sentap. Dahlah terjaga pagi tadi dah pukul 7.45 pagi, kalau nak bersiap2 nanti mau pukul 9 pagi baru boleh gerak. Konfem lambatlah habisnya. Aku macam heran dan tertanya2 juga kenapalah suami aku tak kejutkan aku Subuh pagi tadi ni? Selalunya bila dia bangun dia akan kejutkan aku tapi pagi tadi dia tak kejut pula. Sampai tengahari baru aku perasan...aku kan period! Hampeh!! 

Hish...entah bilalah suami aku nak luangkan masa bawa aku pergi check agaknya? Kadang2 sedih gak sebab surat refer tu aku letak betul2 kat tempat dia selalu letak dompet dia, takkan dia tak perasan dan ada hati nak ajak aku pergi buat appointment? Tak kesian ke kat bini dia ni? Dia macam buat tak tahu jerr, bertanya pun tak pernah, mengajak pun tidak...huhuhu. Kalaulah aku ada transport, akan aku lakukan semuanya sendiri :(

Tak kisahlah, selagi aku rasa tak memudaratkan, aku bersabar ajelah! Oh ya, buat rakan2 TTC sekelian, hari Sabtu (16/11) dan Ahad (17/11) ni ada seorang perawat nak datang ke Kuala Lumpur. Bagi yang nak mendapatkan rawatan aternatif bolehlah berjumpa dengan ustaz ni di Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut dari 3 ptg sampai tengah malam. Bawa bersama air mineral 1.5L sebanyak 3 botol. Aku tak tahu macamana cara rawatan dia sebab aku belum pernah berubat dengan dia. Insyaallah kalau encik suami ada masa, nak heret dia ke sana juga kot.  

Tuesday, 12 November 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU

Tanggal 3/11/2013 (Ahad) sahlah sudah adik bongsu aku, Hafiz (Apit) menjadi suami kepada Nor Safinah (Fiena) dengan 3 kali lafaz...kakaka. Aku gelak bukan sebab apa tapi mengenangkan tragedi pada hari akad nikah tu. Kisahnya adik aku ni bagi mas kahwin dalam bentuk bank deraf. Maklumlah nilainya ribu-ribu, takkan nak bawak cash pula. Macam takut jerr...macam takut jerr nak bawak cash. Sekarang ni orang main tembak-tembak je untuk kesenangan diri sendiri. 

Okey, dah sebab guna bank deraf, yang tok kadi tu pula tak nak guna ayat 'dengan mas kahwinnya sebanyak RM_____ tunai'. Tok kadi nak juga adik aku sebut 'berdasarkan bank deraf Maybank yang bernombor ****** bernilai sebanyak........'. Sudah!! Tak ke panjang dan payah nak menyebut, sampaikan pak mentua adik aku pun tercungap-cungap nak akad nikahkan adik aku sampaikan nama anak dia sendiri pun dia lupa dan terpaksa baca nama tu kat atas bank deraf. Lawak kot!

Wakil dari family aku yang tak dapat datang cuma kakak aku je sebab anak-anak dia masih belum bercuti sekolah. Yang lain-lain, mak ayah, adik2 aku yang lain semua ada. Majlis akad nikah dibuat di surau di depan rumah pengantin perempuan jer. Dalam pukul 11.15 pagi tok kadi pun sampai dan pukul 12 lebih semuanya selesai. Lepas tu terus ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. 

Alhamdulillah, orang utara kalau masak memang sedaplah. Walaupun masakan yang simple, ayam masak merah, ikan masin, ulam2, sambal belacan macam tu tapi memang sedap. Sebab lapar pun iya jugekkk.

Lepas makan, dah nak bergambar pula...tup-tup kami duduk kat sana sampai nak masuk asar kot. Gilerrr....tebal gak muka aku. Ntah2 tuan rumah tertanya2 dalam hati 'bilalah diaorang ni nak blah agaknya?' :D

Nampaknya dah settle satu benda...Selasa (5/11/2013) pula majlis kenduri akan berlngsung di Dewan Millenium, Kepala Batas Penang.

Sekarang marilah layankan je gambar2 sepanjang majlis tu...kalau nak layanlah :)

 Kami dah berkumpul di surau. Yang duduk atas kerusi tu mak aku, sakit lutut sebab tu dia tinggi sikit daripada yang lain :)


 Yang tengah pegang phone kaler hitam tu adik aku...bakal pengantin gak tu hujung bulan ni. Yang sebelah tu adik angkat kami dan anak angkat mak kami...yang tu masih solo :D


 Ini dia mas kahwinnya yang berbentuk bank deraf, seutas rantai tangan dan sebentuk cincin.

 Inilah dia adik ipar aku. Macam cantik jerr...macam comel jerr...


 Haa...ini hero2 idaman Malaya. Yang belakang tu hero kesayangan aku dan yang depan tu anak kakak aku.


Tu dia, Tok Kadi sampai dah...berdebar-debarlah tu adik aku yang segak bergaya :p


Ni semua mak-mak menakan aku. Yang tudung coklat, tudung oren dan tudung kuning tu semua adik-adik ayah aku.

 Semua dah ready untuk akad nikah. Aku dah siap ke depan nak ambik gambar. Semua gambar ni akulah yang tukang snap. Last2 muka sendiri adalah 2-3 keping...:(


 Tinggal ini sajalah seorang lagi adik aku yang belum berkahwin tapi dah berpunya. Ini abang kepada pengantin lelaki. Nampaknya adik dia dah langkah bendul dulu :D

 Masa ni dah selesai akad nikah pun. Tengah dengar Tok Kadi dok berkhutbah :p


 Ayah aku kat belakang tu tersengih riang nampaknya ;)



 Masa ni acara airmata pulak dohhh...yang aku pelik, mak aku yang menangis beria-ia padahal anak dia jantan. Patutnya mak pengantin perempuanlah yang sedih lebih-lebih tapi dah terbalik daa. Masa aku kahwin dulu mak aku tak de pun menangis macam ni okey!! Tersenyum riang jer macam suka je melepaskan aku pergi...sentap okey!!


 Solat sunat dulu...


 Adik perempuan aku dengan pengantin...


 Itu dia, akhirnya aku muncul jugakan?? Yang baju hitam tu mak pengantin perempuan.

 Masa ni dah lepas makan, masuk dalam rumah untuk sessi bergambar lagi.

 Antara hantaran-hantaran pemberian daripada pengantin perempuan.




















 Selamat Pengantin Baru my youngest Bro! Beribu-ribu tania dan moga kekal hingga ke anak cucu.


 Pengantin dengan mak masing-masing.


 Pengantin dengan kakak-kakak dan abang pulak :)


Pengantin dengan mak-mak menakan. 


Pengantin dengan mak menakan dan sepupu.

Pengantin dengan mak menakan dan sepupu-sepupu.

Akhirnya....pengsan hero-hero idaman Malaya ni dalam perjalanan balik. Ciannyerrr!

Thursday, 31 October 2013

SURAT REFER HOSPITAL UNTUK O & G

Tadi pagi2 ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tujuan ke sana sebab anak terunaku yang sorang ni demam...semalaman dia tak boleh tidur, sakit kepala katanya. So, risaulah juga aku. Budak kecik macam tu dah sakit kepalakan?

Bila dah sampai KK, aku pun terus register sekali sebab aku nak check apa masalah dengan period aku yang berlanjutan ni tapi kerani pendaftar tu kata kalau untuk anak aku kena ke bahagian ibu mengandung & anak. Laa...pulak dah! Tak apalah, terpaksalah masuk jumpa doktor asing2. Aku ingat tadi nak cepatkan kerja, boleh la masuk sekali. Aku pun tinggalkan IC aku kat pendaftaran tu dan bawa anak teruna aku ke bahagian ibu mengandung dan anak untuk mendaftar kat situ pula.

Sambil duduk menunggu giliran, tengoklah juga gelagat ibu2 tengah mengandung dan baby2 yang baru lahir. Terimbau kembali kenangan 6 tahun lepas masa bawa anak aku untuk check up setiap bulan. Rindunya nak merasai semua tu kembali...insyaallah!

Nasib baiklah abah Afif ada, so dialah yang menunggu untuk Afif sementara aku menunggu kat tempat lain. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah menunggu baru dapat masuk jumpa Doktor. Nasib baiklah doktor tu tak adalah layan aku gitu2 aje. Apa aku tanya dia jawab dan dia jawab details juga, so aku rasa berbaloilah aku menunggu 2 jam lebih tu. Dia tanya umur berapa aku start datang bulan? Dia tanya macam2 lah pasal period aku dan aku pun explain sekali yang aku tengah TTC sekarang. Tanpa aku minta, dia sendiri ambik surat rujukan untuk aku. Katanya kat KK memang tak ada peralatan khas untuk check semua ni.

Surat rujukan ke O & G dah ada...surat rujukan untuk fertility treatment pun dah ada tapi aku aje yang tak pergi2 lagi...sedih! Kalau ikutkan aku esok juga nak pergi tapi encik suami pula yang macam tak endah je. Dah tak pernah tanya pun bila nak pergi start balik treatment ke apa. Asik kerja je manjang...abah, anak tu pun rezeki juga, bukan kerja itu je rezeki....uwaaaa! Kalau aku ada transport, tak payah tunggu dia, aku boleh redah je :D

Tuesday, 29 October 2013

PADA SIAPA NAK KU WARISKAN??

Petang ni tiba2 rajin pula mengemas gobok anak teruna aku. Agak lama juga tak kemaskini baju2 dalam gobok dia yang mana boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Nasib baiklah anak teruna aku ni, baju masa dia umur 2 tahun pun muat pakai lagi...tapi pakai kat dalam rumah ajelah! Tak melebar dia ni, cuma memanjang je :)

Kemas punya kemas, agak banyak jugalah baju2 dan seluar yang dia dah tak muat nak pakai. Semuanya dah senteng2. Ada juga yang aku belasah je bagi dia pakai. Maklumlah mama dan abah dia ni asal shopping je baju raya. Selain hari raya memang tak pernah nak shopping baju2 anak. Sebab tu semua baju anak aku dah senteng2. Kalau ada baju baru pun disebabkan pemberian orang. Kadang2 nenek dia bagi, kadang2 mak lang atau umy (panggilan Afif untuk kakak aku) dia yang bagi.

Bila tengok banyak baju2 yang dia dah tak boleh pakai, rasa sayang je. Bukan nak buang pun, semua baju2 dia yang dah tak muat aku letakkan dalam satu bekas. Nak buang lagilah sayang. Mulalah terfikir, kalaulah Afif ada adik, adalah juga pewaris kepada baju2 lama dia tu tapi Afif tak ada adik, pada siapa aku nak wariskan semua barang2 dia? Lama2 semua baju2 dia dan permainan2 dia mungkin aku terpaksa buang saja kot. Nak bagi pada anak2 saudara yang lain rasa macam ada sentimental value kat situ, sayang nak bagi. Bukan kedekut tapi semua tu menjadi satu-satunya kenangan dan memori buat aku.

Ya Allah, Kau lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu ini namun aku masih tidak putus2 berdoa dan berharap agar Kau murahkanlah lagi rezeki buat aku dan suami. Janganlah Kau biarkan anakku keseorangan di dunia ini tanpa saudara terdekat yang dapat menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.  

Sunday, 27 October 2013

SYUKUR DIA BUKAN JODOHKU!

Tengok, tajuk je dah macam adaptasi novel ke dramakan? Mesti hebat cerita ni...hehehe. Tak adalah sehebat 'Love You Mr. Arrogant' atau 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tapi not badlah! :p

Alkisahnya hujung bulan 11 ni akan berlangsung majlis perkahwinan 2 orang adik-adik aku so aku ni dok kalut nak menjemputlah kenalan2 terdekat untuk memeriahkan majlis. Entah macamana tergerak pula hati nak menjengah Timeline FB ex-bf aku (dah tak ada apa2 perasaan dan hati pun kat mamat ni tapi masihlah berkawan).

Bila aku dah masuk Timeline dia, tiba-tiba terbacalah satu post dari seorang perempuan yang wish birthday dia walaupun aku tahu birthday mamat ni lama lagi...30/10 nanti. Tapi katanya kat situ takut terlupa. Baca punya baca, ayat bukan main la ber'sayang2'. Aku tengok nama dan profile picture tu bukan bini dia. Aku tahulah nama bini dia. Mulanya aku ingatkan bini dia tukar nickname dan profile pic ke so, aku yang ter'busy' body pun mula menyiasat...hahaha. Memang tak penting pun tapi aku memang nak tahu juga apa kisahnya.

Selidik punya selidik sampai timeline perempuan yang tak dikenali tu pun aku buka, timeline bini dia pun aku jengah...ooo, rupa-rupanya dah divorce! Adalah juga aku tertengok gambar2 ex-wife dia tu untuk majlis pertunangan (dengan tunang baru). Dah bertunang lain, maksudnya dah lama ke mamat ni dengan bini dia divorce? Hahaha, nampak? Masih tak puas hatikan? Bila aku selidik pula timeline awek baru ni, dengar kisahnya akan menikah tak lama lagi, hujung tahun ni kot. Daripada status2 dan ayat2 awek baru dia ni, bagi aku memang tak boleh blahlah. Nampak macam desperado sikit...sorrylah ek! Bukan apa, katanya dah nak kawen tapi masih dok accept lagi lelaki2 yang nak berkenalan dengan dia pastu memang ayat2 dia control2 ayulah senang cerita. Tak baikkan aku ni nak ambik tahu pasal orang tapi ada sebab aku buat macam tu. Biasalah dendam lama dengan mamat ni...walaupun dah lama tapi sikit2 masih terasalah dengan apa yang dia buat kat aku.

Disebabkan aku nakkan juga kepastian, aku pun saja2 PM kat inbox mamat ni konon2 nak menjemput dia ke majlis adik aku nanti (dalam hati tak berapalah nak jemput sangat pun!). Aku siaplah buat ayat, datanglah bawa anak dan isteri sekali. Esoknya tu kot baru dia balas mesej aku. Katanya insyaallah tapi kalau datang pun mungkin solo saja sebab memang dah solo. Hahaha...so, aku dah tahulah maksud dia tu tapi saja2 buat2 tanya, solo tu apa maksudnya? Dia balas balik, solo tu dah divorce. Aku tanya lagi, kenapa? Macamana boleh jadi macam tu? Eiii...busy body betullah aku ni! Dia kata nak dekat setahun dah. Panjang ceritanya. So sampai takat situ je aku stop tak tanya dah, malas pula nak layan, sekati dialah! :D

Kenapa aku kata aku bersyukur bukan mamat ni jodoh aku? Sebab mamat ni dah kahwin dengan ex-wife dia tu tak silap aku 7 tahun dah sebab setahun lepas aku kawen, dia pun kawen. Anak dah ada 2 orang. Bini kerja bagus dan boleh tahan comei orangnya tapi itu pun dia masih tak bersyukur? Kalau akulah yang kawen dengan dia, silap2 aku yang berada dalam kedudukan tu sekarang. Mana taknya, aku ni dahlah susah nak bagi anak kat dia, kerja pun tak ada tapi bab comei tu aku lebih comei dari ex-wife dia kot! :D

Mamat ni dari dulu aku kenal dia kat universiti memang 'playboy' jugakla. Eh, tapi kenapa aku boleh tersangkut kat dia ek? Ala...cinta monyet! Best tak aku punya jawapan coverline? ;p So, bila aku dapat tahu dia dah divorce, of course aku nak busy body sebab masa aku tengah bercinta suam2 kuku dengan dia, ex-wife dialah yang menyebabkan kami terputus. Eh, mana ada aku salahkan ex-wife dia. Kalau boleh aku nak jumpa ex-wife dia dan ucapkan terima kasih kerana disebabkan dialah aku tak berkahwin dengan mamat poyo tu! Masa aku bercinta dengan mamat ni, kami bercinta jarak jauh. Aku di selatan, dia di utara. So, alasan dia main kayu tiga dengan aku sebab dia sunyi...phuihhh! Tapi aku tak frust menonggeng pun masa putus dengan dia sebab masa dia dah tunjukkan perangai nak elak2 diri, malas call aku tu aku dah agak pun. Aku pun tak tunggu lama, aku pun start juga berkenalan dengan orang lain. Masa itu jugalah aku berkenalan dengan suami aku yang tercinta lagi tersayang ni.

Syukur aku dipertemukan oleh Allah dengan insan yang baik ini. Bukan setakat dia baik, seluruh ahli keluarga dia pun baik. Macam family mamat poyo tu, aku pernah cuba call rumah dia masa bercinta dulu. Aku pernah bercakap dengan abang dia dan sorang lagi perempuan, aku tak pasti kakak atau emak dia tapi memang macam tuttt la layanan yang aku terima. Cakap dengan aku pun kasar macamlah aku desperate sangat! Setakat ni aku rasa suami aku adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenal (macamlah banyak sangat bf :p). Syukur sangat2 sebab dia sanggup menempuh semua ni bersama dengan aku. Dia bersabar dan redha dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kami ni. Dia layankan saja perangai2 buruk aku. Walaupun kadang2 memang ada gaduh2 kecik atau gaduh besar tapi semua tu makin menguatkan rasa cinta aku pada dia...sayang abah!


Friday, 25 October 2013

DARAH TURUN LAGI SELEPAS 5 HARI PERIOD STOP

Tak tahu dah nak mengadu nasib diri ni kat siapa lagi....aku buat kronologi la tentang cycle period aku.


8/7 - 12/7/2013 (5 hari)
|
(CD72 > tak ada brownish atau apa2 tanda)
|
17/9 - 26/9/2013 (10 hari)
|
(CD19 > 8 hari sahaja darah kering)
|
5/10 - 18/10/2013 (14 hari)
|
(CD20 > 5 hari sahaja darah kering. Tak betul2 kering, ada brownish)
|
24/10 - 7/11/2013 (15 hari)


Boleh faham tak kronologi aku kat atas? 
Aku pernah lewat period sampai 72 hari. Lepas tu bulan 9 period datang. Lama juga selama 10 hari. Lepas tu bila darah dah kering 8 hari, darah turun balik sampai 14 hari. Bagi seseorang yang baru sahaja dapat period selama 10 hari, then turun darah lagi selama 14 hari pula memanglah lama rasanya. Sebenarnya selepas 14 hari tu pun bukan darah betul2 kering sebab masih ada brownish dan kadang2 ada ketul darah kecik tapi aku tak consider as period dah, aku consider istihadah dan aku mula solat.

5 hari lepas tu (semalam) turun balik darah. Bukan sikit, bukan spotting atau brownish tapi banyak! Banyak! Aku pakai overnight punya pad, tak sampai 6 jam pad aku penuh dan bocor lagi! Aku pula semalam bantai coconut shake. Masa period elok ke minum air kelapa? Memang mencurah2 darah turun.

Patutla dalam tempoh 5 hari sebelum ni, asal tidur malam, aku sakit pinggang sampai nak nangis sebab aku tak boleh nak gerak, sakit sangat. Biasanya itu memang tanda aku nak period. Lepas tu perut aku kembung je. Dah macam pregnant 6 bulan pun ada. Aku tak suspek apa2 pun sebab baru je periodkan? Entah2 darah yang turun 14 hari sebelum ni yang darah istihadah dan darah kali ni darah period tak? Alamakkkk.....aku dah konfius ni. Macam betul juga sebab darah yang turun sebelum ni aku macam tak ada tanda2 nak period pun, kali ni yang aku ada tanda2. 

Macamana ek? Aku dah tak solat untuk darah yang turun sebelum ni, so untuk darah kali ni aku solat macam biasa tapi kalaulah aku tersalah perhitungan macamana? Moga2 Allah ampunkan dosa aku sebab aku pun dah tak tahu nak pastikan bila aku period sebenarnya. Bukan setakat nak pastikan bila period, bila subur pun aku dah tak ambik tahu sebab aku memang tak tahu....uwaaaaaa :(

Monday, 21 October 2013

PANTASNYA MASA BERLALU

Eh, aku tak teringin pun nak bercerita pasal Hari Raya AidilAdha yang lepaskan? Macamana nak bercerita kalau raya aku macam hari2 biasa je, tak ada yang best pun. Dahlah tahun ni kakak aku beraya dia kampung suami dia bersama anak2. Ini sebab kes dia beranak masa raya Aidilfitri lepaslah. Lepas beranak berpantang kat rumah mak aku walaupun raya tu turn dia kena beraya kat kampung belah laki dia. So terpaksalah dia tukar turn kali ni. Bermakna aku dan anak-anak buah aku tak akan bertemulah lagi setiap kali raya...huuuuu. Sedih!!!!

Ceritalah sikit pasal raya korban hari tu ek. Aku raya tu tak pakai baju raya pun. Mujur tak beli baju baru sebabnya aku jadi orang dapur je. Mak aku tak berapa sihat...sakit lutut. Menu pagi raya tu pulut bersama rendang (yang ni mak aku sempat juga buat dalam sakit2), pas tu aku buat mee kari. Alhamdulillah menjadi mee kari aku walaupun baru first time aku mencuba buat...muahahaha!

Ayah aku sibuk di masjid. Suami aku lepas balik sembahyang raya, bawalah anak teruna aku yang sorang tu nak tengok lembu kena korban tapi rupanya anak teruna aku tu penggeli! Di ajaknya abah dia balik sebab geli tengok lembu kena korban dan takut tengok darah...teruna oh teruna! Aku ingatkan nak bagilah dia pengalaman tengok semua tu tapi lain pula jadinya.

Seharian tu aku cuma dok rumah ajelah. Sambil2 dok tu aku membuat reben untuk dilekatkan kat botol2 cenderahati pada tetamu untuk majlis perkahwinan adik2 aku bulan November ni nanti. Sebelah petang barulah Pak Teh aku datang bersama isteri dan anak-anak dia. Malamnya, lepas adik aku belikan kek bersempena belated birthday mak aku pada 10/10 lepas, barulah kami bertolak balik rumah. Kena balik jugalah sebab si teruna aku tu nak sekolah esoknya.

Oh, ni nak bercerita pasal teruna aku. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1 dah dia. Aku ni masih dalam dilema nak fikir pasal sekolah anak. Suami aku pula bila diajak berbincang macam tak kisah. Bila ditanya, jawapannya tak tahu! Kadang2 hati aku ni sakit sangat tapi aku terpaksalah pendam saja. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Sekolah yang dekat dengan rumah ni, aku agak kurang berkenan sikit nak masukkan anak aku ke sana. Sekolah tu bukannya berprestasi tinggi. Bukanlah anak aku tu bagus sangat tapi aku nak dia bergaul dengan rakan2 yang boleh diharap. 

Persekitaran kawasan rumah aku ni budak2nya macam tak sesuai sikit untuk membesarkan anak. Biasalah rumah kos sederhana ni macam2 masalah ada. Aku ni nak lepaskan anak aku keluar bermain kat luar pun aku berfikir banyak kali. Aku risau! Sekarang ni anak aku diam tak diam dah pandai, setiap petang mesti nak keluar bermain dengan kawan2. Mula2 aku memang berat hati nak lepas dia keluar main sorang2 kat bawah tu. Mujur padang permainan ni depan tingkap rumah aku. Setiap kali dia turun, aku akan pastikan betul ada kawan bersama dia. Masa tu aku dah tak boleh nak buat kerja, dah jadi jaga pula aku depan tingkap tu dok perhatikan dia. Rasa nak alih pandangan sekejap pun berat je hati. Kadang2 aku terfikir, aku ni terlalu mengawal anak ke? Entahlah...apa yang pasti, aku risau. Kadang2 tengok dia bermain dan terjatuh pun aku dah menggelabah. Tengok kawan2 dia buli dia pun aku dah serba tak kena. Macamanalah aku nak biarkan anak aku masuk Darjah 1 ni??? Boleh ke dia berdikari? Pandai ke dia mencari kawan yang baik2? Takkan ada ke budak2 yang akan ambil kesempatan dan membuli dia nanti? Risau dan risau lagi :(

Sebab itulah kalau boleh aku nak anak aku tu dihantar ke sekolah tahfiz sekurang-kurangnya. Bila aku bercakap dengan suami, mula2 dia kata hantar ajelah, anak sorang je pun bukannya ramai. Tapi bila aku ajak dia survey sekolah2 tahfiz yang ada, lain pula alasan dia. Katanya kan dah register sekolah? Pulak dah! Angin satu badan aku ni. Apa orang lelaki ni semua benda pun nak ambil mudah dan ringan ke? Apa diaorang tak ada perasaan risau ke? Dahlah nak 'buat' anak yang sorang tu pun bukan mainlah perit dan jerih yang aku kena lalui. Kena cucuk sana, kena cucuk sini. Kena makan itu, kena makan ini...alih2 macam tu je jawapan yang aku terima. Sedih lagi :(

Kalau nak masukkan anak aku ke sekolah tahfiz, sekurang2 satu sessi je. Tak perlulah dia terkejar2 balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Lepas tu malam nak belajar mengaji pula. Kat sekolah tahfiz tu semua dah lengkap. Agamanya dah diajar, mengaji dah diajar dan silibus sekolah kebangsaan pun diajar di satu tempat saja. Memanglah belanjanya mahal sikit tapi bak kata suami akulah, anak sorang je pun! Kalau nak kejar2 cari duit pun untuk siapa? Bukan untuk anak juga? So, aku memang betul2 nak yang terbaik untuk anak tapi macamana lagi aku nak cakap dengan cik suami aku ni??  

CIK 'P' STOP PADA HARI KE-14

Cik 'P' bulan ni datang selama 2 minggu...sebenarnya 16 hari pun still ada brownish2 tapi since after 14 hari dah kira darah istihadah dan kena solat, so aku dah start solat pada hari ke 15. Masih ada juga sikit2 brownish yang keluar walaupun dah 16 hari. Lama juga period aku kali ni...semalam pun macam ada rasa cramp kat bawah perut macam nak period balik pulak...huhuhu. Entahlah dik non! Sekati dialah nak datang balik ke tidak, aku dah malas nak fikir. Nak kira waktu subur pun memang dah tak pandai dah aku ni dengan period yang lintang pukang ni.

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...