Iklan

Wednesday 20 February 2013

RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI

Dah seminggu blog ni berhabuk...pertama sekali sebab cuti hujung minggu baru2 ni kami sekeluarga ke Johor sebab ada kenduri. Mak & ayah mertua turun KL dan kami bertolak bersama2 ke Johor dari sini. Keduanya sebab berukband ni tak disumbat dengan duit, so dia tak nak berkhidmat. Terpaksalah tunggu sumbat duit baru boleh ber'berukband'. Beruk tullah!

Tak faham dengan tajuk di atas? Aku nak bercerita kisah aku ke kenduri kahwin seorang saudara jauh belah En. Mat Naat. Aku pun kenal2 macam tu aje. Tanya En. Mat Naat pun dia tak berapa ingat salasilah adik beradik dia tu, so aku lagilah tak tahu. Kenduri bertempat di Jementah, Johor. Dapatlah aku mengimbau kembali kenangan beberapa belas tahun dulu masa aku dok ulang-alik naik bas untuk balik ke UiTM Segamat. 

Mula-mula aku tak nak pergi kenduri ni. Pertamanya sebab kenduri...biasalah golongan TTC ni memang fobia dengan kenduri. Keduanya sebab kakak ipar aku yang mulanya kata nak pergi tapi last2 minit tak jadi, so aku tak ada teman & kereta pula sempit dengan 5 orang dewasa dan seorang kanak2 dalam kereta. Aku dok bayangkan kalau anak aku mengamuk nak tidur. Dia kalau dah mengantuk memang akan buat perangai sikit, so aku risau nanti habis semua orang yang ada kat belakang tu kena tendang dengan dia. Ketiganya aku malas nak pergi sebab aku malas kalau kena tinggal & tidur beramai2 dalam sebuah rumah. Satu aku payah nak kena jaga aurat. Tidur malam kat ruang tamu pun aku kena bertudung litup. Takkan dah ramai2 tu ada hati pula nak tidur dalam bilik dengan encik suami? Lepas tu ada pengalaman kami makan kenduri sedara En. Mat Naat juga kat Pahang, kena bermalam kat rumah tu dan bilik air ada 2, satu kat dalam rumah & satu lagi kat luar. Yang kat luar tu pintu dah rosak, kenalah mandi yang kat dalam. Dah kena beratur macam nak beli tiket wayang bila nak mandi. Aku memang cerewet betul bab2 penginapan ni. Aku ni kalau ke mana2 memang pentingkan penginapan. Mungkin sebab tu turun perangai tu kat anak aku.

Aku ni payah sikit bila En. Mat Naat dah pujuk2, tak sampai hati nak menolak. So, masa tu juga aku bersiap kemaskan beg untuk kami bertiga. Sepanjang perjalanan tak nak fikir yang tak best, so bila sampai sana tak adalah aku moody sangat. Alhamdulillah tak ramai sangat yang bermalam kat rumah yang kami duduk tu. Sebenarnya tuan rumah dah sewa 2 buah rumah yang ditinggalkan dekat2 situ juga. Sebuah untuk adik beradik bini tuan rumah dan satu lagi untuk adik beradik dia...kamilah tu. Kami dapat rumah semi-d. Memang besar giler la rumah tu. Kami pula duduk 8 orang je. Masalahnya cuma rumah tu dah lama ditinggalkan so tak berkemas. Walaupun ada katil & bantal tapi semuanya berhabuk. Aku pun naik geli geleman juga nak guna sampai bersin2lah aku. Itu tandanya memang banyak habuk.

Syukurlah sepanjang kat sana, tak ada aku disoal dengan soalan2 cepucemas yang boleh membangkitkan angin ribut taufan dalam badan. Ada jugalah seorang dua yang tanya anak dah berapa? Seorang ni je? Bagi aku okey lagi soalan macam tu. Yang bestnya bukan aku yang tukang jawab...yang tolong jawab mak mertua aku & suami akulah. Aku buat dono je dengan soalan2 tu :D

Apa yang aku kesalkan sebab ada sesetengah orang ni yang suka bersuara di belakang. Ini bukan berkaitan tentang aku tapi tak kisahlah terkena pada sesiapa pun. Aku tak pasti samada ini metaliti masyarakat kampung atau mentaliti golongon tua-tua. Masalahnya bila ada sesuatu perkara dan dalam hal ni, kenduri yang aku pergi ni...walaupun majlisnya dah berlangsung & tak ada apa2 masalah tapi pahat masih berbunyi. Kita ni dahlah dijemput ke majlis orang, sekurang2 kita bersyukur sebab masih ada orang yang ingat nak menjemput kita. Pula tu kita sanggup datang jauh2 untuk menghadiri kenduri tu tapi kenapa bila semua dah selesai, kita nak bercakap belakang tentang majlis tersebut? Itukan majlis orang, ikut suka dialah nak buat macamana dengan majlis dia. Kalau kita rasa kita perfect, buat masa majlis kita sendiri nanti.

Lepas kenduri yang aku pergi tu aku ada dengar orang cakap-cakap belakang pasal majlis tu. Tuan rumah dah sediakan nasi briyani (nasi brasmathi tu...mahal & elok) tapi ada pula yang merungut2. Katanya kenapa tak sediakan nasi putih sekali? Tak puaslah makan nasi brasmathi tu bla...bla...bla...Pada aku okey je. Aku kalau pergi kenduri memang jarang nak ceduk nasi putih. kalau setakat nak makan nasi putih, balik rumah masak sendiri ajelah. Ada juga kata lauk tak sedap sedangkan pada tekak aku sedap je. Ayam sedap, daging lembut, ada gulai kambing lagi! Apa yang tak puas di hati? Pasal bunga telur pun bising. Tuan rumah bagi telur masin. Bagi aku, telur masin pun okey boleh makan dengan nasi. Kalau bagi telur ayam katanya budak2 boleh juga makan. Entahlah, setahu aku budak2 pun dah tak berapa nak pandang dengan telur rebus sekarang ni. Dah tu pasal goodies bag pun nak jadi hal. Katanya kenapa tak bagi kerepek ke, kuih-muih ke sikit? Aduhhh...ikut suka tuan rumahlah apa dia nak bagi dalam goodies bag tu. Dah nama pun majlis dia. Kalau kita nak merungut semua benda, lain kali offerlah diri jadi perancang majlis perkahwinan. Tengok perfect tahap manalah majlis yang kita kendalikan. Tak ada ke orang nak bercakap2 kat belakang?

Masa majlis aku kahwin dulu pun ada juga sedara2 suami aku bersuara kat belakang. Aku pun dapat tahu lepas majlis, dia cakap kat aku masa diaorang sampai tak ada orang nak pelawa tengok bilik pengantin. Ya Allah! Dalam hati aku memang tak faham langsunglah kenapa benda2 kecik macam ni boleh jadi isu. Aku masa tu dah jadi pengantin memang aku tak boleh nak ambik tahu semua tu. Lagipun rumah aku 2 tingkat, bilik pengantin kat tingkat atas so memang kadang2 terlepas pandanglah rupanya ada juga orang yang kemaruk sangat nak tengok bilik pengantin walaupun bukanlah ada apa sangat pun dalam bilik pengantin tu. Aku pun bukannya buat majlis yang grand2. Bilik pengantin sekadar tukar cadar pengantin dan gantung bunga2 je, takkan itupun nak tengok sangat? Yang bestnya, bila kenduri anak2 dia kahwin, sorang pun dia tak hias bilik pengantin. Kesimpulannya dia tak pentingkan pun bilik pengantin so kenapa bila kenduri orang lain dia beria2 nak tinjau sampai ke bilik pengantin? Mungkin orang pun tak beranggapan yang akan ada orang yang begitu teruja nak tengok bilik pengantin pada zaman2 sekarang ni.

Entahlah...walaupun bukan kena atas batang hidung aku tapi hati aku terasa sakit juga. Kalau orang2 ni boleh mengata belakang tentang benda2 kecik macam ni, tak mustahil ada juga perkara2 pasal aku yang aku tak jangkakan akan mereka perkatakan kat belakang...TTC misalnya! Wallahualam...aku serahkan segalanya pada Allah yang Maha Besar.  

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...