Iklan

Wednesday, 3 October 2012

SEMUANYA OK, SO APA MASALAHNYA??


Bulan lepas 4/9/2012 aku kan 1st time pergi Klinik Dr. Hamid Arshad untuk check masalah period aku...ingat tak? Kalau tak ingat, pegi belek balik aku punya entry sebelum-sebelum ni :)

Aku punya appointment biasalah...petang! Bukan apa aku pilih petang, sebab pagi Afif sekolah. Pukul 2 lebih sikit je, aku dah sampai klinik tu tapi rupanya dah ramai yang sampai lebih awal lagi. Nampaknya terpaksalah aku tunggu turn lagi :(

Tak lama, nama aku kena panggil sebab nak timbang berat. Macam tak percaya dalam sebulan berat aku turun 2 kg. Tapi memang bulan lepas aku agak malas nak makan. Makan nasi sekali je, itu pun lewat petang baru makan, so bila malam dah tak lapar.

Lebih kurang nak dekat pukul 4 ptg jugaklah baru turn aku. Appointment kali ni sebab nak tengok keputusan ujian darah yang aku dah buat bulan lepas. 

So far, Doktor kata aku tak ada apa-apa masalah. Hormon semua ok! Bulan lepas check rahim pun doktor kata tak ada masalah. So, apa masalah aku sebenarnya sampaikan period aku ni tak regular sangat? Bagi orang pompuan, dah kawen pulak tu masalah period memang sedikit sebanyak akan mengganggu mental. Aku mengaku kadang-kadang aku sendiri stress. Nak solat pun susah sebab masalah aku ni period turun banyak dan dalam tempoh yang lama. Aku sampai dah tak tahu bila masanya aku ni datang period atau darah tu darah penyakit. Aku cuma tawakal dan solat je kalau aku tak tahu sangat.

Bila semua Doktor dah kata ok, Doktor then bagi cadangan aku buat rawatan bersihkan rahim. Bersihkan rahim? Bunyi macam menakutkan...errr! Doktor tambah ganda lagi ketakutan aku bila dia kata better buat sekali Laparoscopy (yg tebuk2 kat perut tu) untuk tengok kalau ada masalah lain. Kalau buat dua-dua tu sekaligus jimat sikit.

Untuk bersihkan rahim tu Doktor kata kat Hospital Pantai kosnya dalam 1-2 ribu dan untuk Laparoscopy tu dalam 7-8 ribu. Nasib baik aku ada INSURANS (Prudential BSN Takafulwhich is Doktor said memang syarikat insurans yang senang nak berurusan...So, sesiapa yang belum ada insurans tu aku memang cadangkan ambil Prudential BSN Takaful (boleh tinggalkan mesej atau email aku...aku ada contact no. agen yang terbaekkk :D)

Kalau ikutkan memang penyakit orang perempuan macam masalah period, mengandung atau bersalin memang insurans tak cover tapi Doktor kata ini masalah internal bleedingso should be no problem. Masalahnya aku tak suka perut aku ditebuk-tebuk, mesti akan tinggalkan parut :( Setakat nak bersihkan rahim tu ok lagi pada aku.

Aku tanya Doktor kalau nak check masalah lain memang kena buat Laparoscopy tu ke? Ya la, kalau dah tebuk-tebuk tapi sebenarnya tak ada masalah juga, so apa cerita? Kiranya pengorbanan aku ditebuk-tebuk tu sia-sia saja? Ishh...aku ni, nak sihat pun banyak berkirakan? Eh, mestilah banyak berkira...kos dah mahal, lepas tu perut berlubang lak tu...huhuhu, camna ni?? 

Aku tak bagilah jawapan lagi kat Doktor nak buat ke tak. Doktor kata kalau nak buat, lepas period aku datang bulan ni, call klinik untuk buat appointment. Akan aku fikirkan lagi...Aku was-was nak buat sebab aku ni bila check tak ada masalah dalaman tapi kenapa aku jadi macam ni? Hei...aku ni tak ingat kuasa Tuhan ke? Astaghfirullah...

Bila dah keluar dari bilik Doktor, aku risaukan pula berapa bil aku kena bayar kali ni...bukan apa, bulan lepas dah kena RM360, kali ni aku risaulah jugak kalau kena RM300 lebih lagi. Alhamdulillah bil aku kali ni RM70 je. RM60 untuk consultation dan RM10 untuk ubat. Mula-mula klinik ni nak charge lebih juga bila tiba-tiba bagi supplement untuk suami aku (vitamin) tapi suami aku tak nak. Aku pun heran, yang ada masalah aku tapi suami aku yang dapat ubat :D. So dia cadang tak nak ambillah supplement tu. Kat situ dah jimat RM70. Bukannya sombong atau berlagak tapi bagi orang yang tak berapa nak berkemampuan macam kami ni, kalau boleh berjimat...silalah berjimat :)

Lepas ni aku kena fikirkan rawatan lain pula kalau masalah aku masih sama. So far sejak makan ubat yang Doktor bagi, period aku agak ok tapi baru sebulan dan itu pun bergantung dengan ubat. Lepas ni dah tak ada ubat, entah macamanalah ya?

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...