Iklan

Saturday 20 October 2012

FAHAMILAH ISTERI ANDA

Terjumpa kisah ni daripada Facebook...rasa tertarik & hiba membacanya. Kadang-kadang benda yg kita rasakan remeh sebenarnya ada makna terselindung di sebaliknya. 

Ingatlah, isteri dikahwini untuk dibelai, disayangi, difahami dan dilindungi. Jangan jadikan isteri anda sebagai tempat melepaskan kesusahan anda wahai suami dengan melonggokkan segala beban kerja di atas bahunya tanpa anda mengambil peduli apa rasa hatinya & tidak mengambil kisah sakit peritnya. Tambah memilukan bila isteri yang tidak bekerja dianggap tidak penat dan tidak sibuk. Sedihnya!


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….” itu la buat kerja banyak sangat, sakit 
urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening, rasa nak pitam”lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu….. ”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”. Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”. Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check–up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”. 

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawa anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun pada suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tak abang tolong saya? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap, saya nak tidur saje, letih yang amat sangat ni”. Melihatkan airmata dan rayuan isteri, suami telah bersetuju….” Baiklah abang bawak anak pergi ke rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun….
Sekembalinya suami ke rumah……dilihat isterinya masih tidur dengan nyenyak. Apabila dikejutkan, rupanya si isteri telah tidur untuk selama-lamanya…..Akhirnya si suami baru sedar, walaupun sudah terlambat ….Rupanya……

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi rupanya penyakit itu telah lama menular di segenap nadi SAYANG…. Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol sjer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalam SAYANG pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah tak mampu lagi nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal itu hanya alas an. Kononnya kerja opis abang tak pernah habis…..Kekadang abang lebih suka tolong kawan-kawan berbanding diri sayang sendiri…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan, Abang hanya kata Sayang nak demam. Rupanya itu adalah tanda-tanda yang SAYANG akan pergi meninggalkan abang dan anak2…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….…Abang tak pernah bagi walau setengah hari…..

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami itu….kuatnya SAYANG menghadapi setiap kesakitan itu. Plus pula dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawa SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Kerana sayang kelihatan sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik….
Maafkan abang, kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …... Kini semuanya sudah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya…..

Selepas seminggu pemergian SAYANG….. abang ambil cuti menguruskan anak-anak. Baru abang dapat rasakan keletihan dan kelelahan SAYANG selama ini…..Kerja di opis banyak juga waktu rehatnya….Tapi sayang tidak pernah cukup rehat….Patutlah SAYANG penat sangat….

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku selama ini. Aku amat zalim kepada isteriku...........



Kebetulan hari ini aku tidak sihat dan terasa letih badan. Bangun pagi sudah aku siapkan Afif untuk ke sekolah sambil menahan sakit yang amat. Hati terhibur melihat Afif tidak menangis seperti selalu bila nak ke sekolah. Mujurlah! Kalau Afif buat perangai pagi tadi mungkin dengan keadaan aku yang sakit tu, aku akan naik singa juga.

Bila aku terbaring kesakitan di atas sofa, Afif yang datang ke sisi. Dia cium pipi aku. Dia bawakan ubat untuk aku sapu. Dia juga yang selimutkan aku yang kesejukan. Hati aku hiba. Anak aku yang kecil masih tidak tahu apa-apa tapi sudah pandai mengambil berat. 

Suami aku pula hanya berlalu ke pejabat tanpa bertanya bagaimana keadaan aku tapi sempat bertanya aku nak siapkan sarapan untuk dia atau pun tidak? Dan sempat pula berpesan akan ada orang hantar barang ke rumah pada petang nanti. Aku yang sakit bertambah-tambah sakit jadinya. Rasa nak menangis sangat sebab sakit pening aku selama ni hanya boleh dikira dengan jari berapa kali aku dijaga oleh dia....sob...sob...:(

Tabahlah wahai hati...mungkin bila aku dah tak ada nanti barulah kesedaran itu akan datang...

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...