Iklan

Wednesday, 31 October 2012

BERAYA KORBAN DI PENDANG

Semua masih dalam mood raya haji ke? Tahun ni aku tak rasa mood beraya haji pun. Tahun ni raya haji jatuh turn ke Pendang, Kedah. Tahun depan baru rumah mak aku yang jauhlah sangat di Kepong nun!

Boleh tak masa dah sampai ke kampung, aku dapat tengok orang macam meriah sangat. Ada yang pasang khemah, ada yang nampak tengah membakar (entah apa yang dia bakar aku pun tak tahu sebab nampak asap je) dan memang nampak macam semua sibuk nak buat kenduri. Dalam hati aku dok bisik, kenapa ramai sangat orang nak buat kenduri ni? Aku langsung tak teringat yang esok nak raya haji! Apa aku lupa tujuan aku balik kampung tu buat apa? Takkan saja-saja nak jalan menghabiskan duit minyak dan tol? :p

Sampai-sampai ke Pendang dalam pukul 4 ptg (25/10/2012) tu, suami aku dapat panggilan yang pak sedara dia (abang kepada mak mentua aku) meninggal. Lepas melepaskan lelah sekejap kat rumah mak mentua aku, dalam pukul 6 ptg, teruslah bertolak ke Gurun untuk tengok orang mati. Aku yang berseluar jeans dan bert-shirt je ke sana sebab aku tak ada masa dan kudrat nak menggosok baju kurung! :D Aku seorang ajelah yang berseluar jeans kat situ. Tak ada syarat nak tengok orang mati kena pakai baju kurungkan? So, aku peduli apa? :D Kak ipar aku tegur, ni mesti bawa balik baju kurung sehelai...taklah, aku malas gosok je! Kami dok kat sana sampai pukul 11.45 malam, selesai orang dah kebumi baru kami bertolak balik. Aku punyalah letih, rasa nak landing je kat mana-mana tapi aku kena menjaga tatasusila dan kesopanan diri aku :p

Sampai balik rumah mak mentua aku dalam pukul 12.15 malam. Sampai-sampai je terus mandi dan solat. (Lepas tengok orang mati, disarankan supaya kita membersihkan diri dan tukar pakaian yang kita pakai semasa pergi tengok orang yang mati tu). Lepas solat, kami semua teruslah memengsankan diri kami yang dah sedia penat...

Di kampung ni kalau beraya, tak sah kalau tak menziarah ke satu...satu rumah sedara mara. Sampai kadang-kadang aku rasa macam nak tolak je bila orang ajak berjalan merata ni sebab penat. Penat berjalan satu, penat makan satu hal lagi. Kalau tak makan, nampak macam tak sudi pula. Tapi disebabkan raya memanglah kena ziarah menziarahi, maka aku relakan hati ini :)

Satu perkara lagi, aku kesian kat mak & pak mentua aku. Time-time macam ni lah diaorang dapat berjalan ke rumah sedara mara terutama yang jauh sebab diaorang ni tak ada kereta, yang ada cuma motor. Kalau nak berjalan jauh naik motor tu agaknya macammanalah kan? So, bila anak-anak dia baliklah dia akan ajak kami ke sana ke mari.

Aku ni jenis ingatan tak kuat...maafkanlah aku sebab aku dah tak ingat ke mana kami berjalan masa raya pertama tu. Tapi raya pertama rumah mak mentua aku tahun ni tak ramai yang bertandang so, jimat sikit tenaga aku nak membuat air :D Raya pertama ni juga tak ramai orang buat korban, so tak adalah kenduri kendara yang perlu kami hadiri.

Raya kedua ada jiran buat korban, kami kenalah ke sana. Aku pergi makan je :) Biasalah raya haji, lauknya pun daginglah! Seingat aku, selama 3 hari berturut-turut aku dijamukan dengan lauk daging sampai naik mampat perut aku ni dengan daging. Di kampung rupanya tak sama caranya dengan bandar. Kat sini orang kampung buat korban sendiri kat rumah diaorang dan lepas tu adalah kenduri untuk jamu orang kampung makan. Kalau kat bandar kita bagi bahagian kita ke masjid-masjid je, mana ada orang sembelih lembu sendiri kat depan rumah :D

29/10 ada dua rumah buat kenduri korban. Satu kat rumah isteri adik ipar aku kat Kuala Nerang...makan daging lagi! Lepas tu kat rumah Mak Su suami aku pulak...makan daging sekali lagi! :( Lepas balik dari rumah Mak su tu kami semua ke rumah adik ipar aku di Changlun. Kami tidur sana. Cadangnya nak tidur Homestay adik ipar aku tapi bila dah ke rumah dia, rasa malas pula nak bergerak ke homestay tu, last-last semua pakat tidur rumah dia je.

Pagi esoknya ada cadangan nak ke Padang Besar tapi disebabkan adik ipar aku kata hari Isnin tak ramai orang meniaga, kami tukar plan ke Wang Kelian. Kat Wang Kelian pun sama juga tak ramai orang meniaga hari Isnin tapi saja je nak berjalan dan tengok tempat tu. Dengar orang dok bercerita tempat tu macam havoc je hujung-hujung minggu. Perjalanan nak ke Wang Kelian tidak seperti yang aku bayangkan. Jalannya lebih dasyat dari nak ke Genting Highlands. Bengkang bengkok dan corner dia memang baring punya! Kalau nak ke sana, make sure kereta korang benar-benar kukuh & tahan lasak!

Wang Kelian pada hari Isnin memang tak menarik. Cuma ada sesetengah kedai je yang bukak dan barang yang dijual hampir sama dari satu kedai ke kedai yang lain. Biasanya orang ke Wang Kelian hujung minggu sebab kat sebelah Thailand (Wang Kelian ni sempadan Thailand) sana akan ada pasar minggu dan banyaklah barang dijual di sana.

Afif dapat 'pow' abah dia remote car control satu, tapi mama tak dapat 'pow' abah periuk kukus sebab kasi chance kat Afif :( Tak apalah, itu sebagai hadiah harijadi Afif bulan 12 ni, kata abah ;)

Kereta mainan yang berjaya Afif dapatkan...

Balik dari Wang Kelian, aku ajak pulak ke Gua Kelam yang jaraknya taklah jauh dari situ. Dapatlah aku masuk ke dalam gua yang memang kelam tu...Nak masuk dikenakan bayaran RM1 untuk Kanak-Kanak dan RM2 untuk Dewasa tapi masa kami sampai, orang yang jaga tiket tak ada, so kami masuk free je :)

Gua ni ada sungai yang mengalir kat bawahnya. So, rasa macam tenang je dengar bunyi air sungai tu. Kat dalam sana pun sejuk je dan memang cantik. Afif memang takut dengan tempat gelap ni, jadi dia tak banyak bercakap bila masuk tu tapi nasib baik dia nak ikut juga masuk. Kat situ ada tempat untuk berkelah dan mandi-manda juga, jadi kalau rasa nak ke sana, bawalah sekali pakaian untuk mandi so, tak adalah rasa macam rugi sangat.

Suasana di dalam gua...

Oh ya, disebabkan kami berjalan tak ingat dunia...cadangan nak pulang ke KL hari ni terpaksa dibatalkan :D Nampaknya esoklah baru kami balik...cuti oh cuti! Sekali-sekala bercuti memanglah seronoknya :D

Itu Gunung Jerai...semasa perjalanan untuk balik ke KL (3 ptg)

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...