Iklan

Thursday, 25 July 2013

1st TIME TERLEPAS SAHUR :(

Allahuakbar! 1st time dalam sejarah hidup aku, aku boleh terlepas nak bersahur. Dulu2 ada juga hampir terlepas tapi hampir je, belum terlepas. Kiranya sempatlah nak teguk air pun tapi hari ni buka2 mata je jam dah pukul 6.28 pagi!

Memang syahdu sikitlah bila terlepas sahur walaupun bersahur pun bukan nak lalu makan sangat tapi sebab aku memang dah terbiasa sejak kecik memang wajib bangun sahur so, bila tak bersahur rasa tak lengkap amalan puasa hari ni. Lagipun kesiankan suami yang turut tak makan disebabkan aku.

Yang bestnya, jam memang berbunyi tapi aku lost langsung entah bila aku tutup jam tu dan letak bawah bantal. Biasa sebelum tidur aku akan kunci jam dan letak atas meja tepi katil. Pernah juga jam berbunyi aku tak terus bangun, aku tutup bunyi jam dan pegang telefon tu sampai aku terjaga juga akhirnya. Entah kenapa semalam aku tak sedar langsung bila aku tutup jam telefon tu, ambik telefon dan letak bawah bantal. Aduhhh...Mujurlah sempat juga Subuh. Kalau Subuh pun terlepas tak tahulah nak cakap.

Apa yang aku ingat, aku mimpi dikelilingi ular lepas tu kaki aku kena gigit dengan ular (bukan dipatuk). Lepas2 aku kena gigit tu yang aku terjaga dari tidur dan terus capai telefon. Mimpi ular memang tak baguskan? Tapi aku memang kerap mimpi ular dan mimpi berada di tempat yang kotor (tandas) tapi bukan mimpi yang berturut2, cuma ianya kerap datang sejak dari aku belum kahwin lagi.

Alhamdulillah sampai ke waktu ni, dah pukul 4 ptg, aku taklah terasa lapar @ dahaga sangat. Biasa aje keadaannya macam aku bersahur juga. Oh, hari ni ada orang tu berbuka di luar. Bos belanja katanya... 

*Note: Baju raya anak pun tak beli lagi. Baju raya mak dan abah dah ada (baju abah tak ambil je lagi kat tailor). Mujur tahun ni aku cepat2 tempah baju, kalau tak mungkin nasib aku sama macam anak, belum berbaju raya. 


Friday, 19 July 2013

RESEPI INTI KARIPAP

Aku pernah buat entry pasal karipap kentang & aku dah pernah try buat inti karipap guna resepi tu. Baca kat sini. Tapi aku terjumpa satu lagi resepi inti kentang yang lagi sedap daripada resepi inti kat link yang aku bagi tu sebab aku dah try buat juga. Tak ada banyak beza pun tapi mungkin sebab resepi inti kat link tu guna cili kisar kot yang buat rasanya tak berapa kena pula dengan tekak aku. So kat bawah ni aku bagi resepi inti karipap yang satu lagi, kot2 la korang nak cuba.

RESEPI INTI KARIPAP

1kg kentang/keledek (dipotong dadu)
600g bawang besar (dipotong dadu)
800g daging lembu/ayam
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu makan jintan manis *
1 batang kulit kayu manis
1 bungkus serbuk kari
3/4 cawan minyak masak
700ml air 
Garam 
Gula

(Bahan2 * dikisar sekali). Langkah2 nak tumis dan masak tu tak payahlah aku nak story, mesti korang tahukan? 

Selamat mencuba!

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalkan selepas Fajar ataupun Solat Subuh.

Amalan pertama:
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua:
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya

2 HARI LA PULAK

8/7 - Spotting
9/7 - Period + period pain
10/7 - Period
11/7 - Brownish
12/7 - Brownish
13/7 - Clear

Wahhhh....itulah catatan period aku untuk bulan ni. Perasan tak cuma 2 hari je darah keluar? Yg lain cuma spotting & brownish. Nak kata aku implementation bleeding @ miscarriage, dah try buat UPT sebelum period memang tak ada naik 2 lines. Jadi apakah makna semua ini? Yang pelik lagi tu, masa 1st day period tu aku kena period pain sampai nak pengsan2 dibuatnya. Bolehlah baca kat sini. Selalu kalau aku kena period pain memang period aku akan heavy dan makan masa seminggu atau lebih tapi kali ni...

Yang bestnya, aku cuma tinggal puasa 3 hari je...yeay! Aku confirm CD aku akan lewat macam sebelum ni juga, so mesti hujung Ramadhan ni period belum datang :) 

Tuesday, 9 July 2013

CIK 'P' SUDAH DATANG!

Kannn...patutlah UPT -ve :D Akhirnya dia munculkan diri. Semalam dah start ada spot dan hari ni dah mula aku kena period pain. Bangun2 je pagi masa Afif nak pergi sekolah, aku dah terguling2 menahan sakit. Maaflah, mama tak dapat bantu nak siapkan Afif, abahlah mangsanya. Nasib baik abah ambil berat pula kali ni, bertanya jugaklah dia kenapa dengan bini dia ni, kalau tak selalunya buat dono je...dan dia offer nak belikan panadol menstrual. Syoknya! Lepas beli panadol, dia buatkan milo & roti...barulah rasa macam ada suami ;)

Kalau ikutkan aku period pada CD57 bulan ni. Esok dah nak puasa. Tak dapatlah aku berpuasa pada hari pertama Ramadhan tapi aku harap aku dapat berpuasa sekurang2nya 24 hari bulan ni. Tak payahlah aku nak ganti berbelas2 hari lagi. 

Hari ni juga gagah ke Carrefour untuk beli barang2 dapur. Nak buat macamana dah hari ni je ada kesempatan dengan encik suami yang sibuk tu. Sakit2 pun kenalah aku pergi juga. Nak harapkan dia belikan barang dapur macam tak je! Nasiblah lepas telan 2 biji panadol tu kurang sikit sakit. Habuannya, lepas sejam lebih dalam Carrefour tu, aku dah macam nak pitam. Aku jadi letih & mmg tak daya nak melangkah pun. Nasib baik dah nak habis shopping, so aku minta suami aku je la yang pilihkan ikan sejenis dua. Aku ni melangkah setapak dua, aku terpaksa duduk. Bila aku bangun aku rasa kepala aku panas macam nak pitam sangat2. Entahlah kenapa. Darah tak sampai ke kepala ke apa ke tak tahulah tapi letih dan tak daya sangat2 sampaikan bila berjalan nak balik tu aku berpaut kat troli sekuat hati sebab tak mampu nak usung badan aku. 

Balik dari Carrefour tu singgah Giant pula sebab ada lagi benda nak beli. Suami je yang turun. Aku dan anak tinggal dalam kereta. Sempatlah aku merehatkan badan dan lelap sekejap. Bila buka mata, anak bising sebab lapar so aku pun call suami dan kami berdua turun makan kat dalam Giant tu. Alhamdulillah dah tak lemah macam tadi & aku boleh sambung shopping lak tu...hahaha. Ye la, nak harapkan 2 jenis ikan yang suami aku beli tadi memang tak cukup stok seminggu pun!

Balik dari Giant dalam pukul 6 petang, aku masih ada kudrat nak menyiang ikan, ayam dan mengemas barang2 yang dibeli sampai pukul 8.30 malam. Syukur! Mujur aku tak boleh solat, so dapatlah aku teruskan dengan kerja2 dapur tu sampai selesai.

Friday, 5 July 2013

PERIOD - UPDATE

3/7/2013 (Rabu)
CD 52
Waktu: 11.30 pagi
UPT Test: -ve

Sekian, terima kasih! Itu aje nak bagitahu :) Dah try buat UPT tapi negatif :D 

Hampa tapi dah agak resultnya so gelak sorang2 ajelah. Ni dah dekat 2 bulan delay period. Paling lama cycle aku pun kalau tak silap 55 hari, lepas tu period pun datang tapi hari ni (5/7/2013) dah CD 54 masih juga belum ada apa2 tanda macam spotting, perut kembung, sakit2 pinggang walaupun sakit pada breast dah berminggu2. Biasanya tanda2 ketara aku nak period adalah sakit pinggang & kembung perut berbanding sakit pada breast. 

Kalaulah period ni nak datang, datanglah sekarang supaya bolehlah dia kering cepat sikit & dapatlah aku menjalani ibadah puasa dengan hati yang girang. Jangan dibuat lagi 18 hari kena ganti puasa macam tahun lepas....menangis tak berair mata aku nanti! 

Monday, 1 July 2013

PETUA PUTIHKAN KETIAK

Maaflah terlari sikit dari bab TTC. Tapi masalah ketiak gelap di kalangan orang asia ni dah macam normalkan? So kalau ada jalan penyelesaiannya, marilah kita mencuba. Kalau berkesan...alhamdulillah! Nampaklah berseri sikit depan suami :)

Petuanya: 
  1. Lap ketiak hingga kering selepas mandi sebelum pakai deodorant. Lebih cepat proses penyerapan bahan daripada deodorant ke dalam lapisan epedermis kulit. Lagi cepat proses penyerapan, lagi cepat produk tu beri kesan pada kulit anda.
  2. Guna temulawak (gosok-gosok di ketiak setiap pagi & malam)
  3. Limau nipis/lemon (dua benda ni ada kandungan asid yang baik untuk memutihkan kulit secara selamat) potong dua, gosok-gosok pada ketiak setiap malam@bila-bila masa anda inginkan. Kesannya dapat dilihat dalam masa 2 minggu.
  4. Soda bikarbonat/natrium bikarbonat(benda ni selalunya orang guna untuk buat kek@kuih je, tapi sebenarnya boleh guna untuk putihkan ketiak jugak..ambik secubit je, larutkan dalam air dan gosok-gosok di ketiak 2-3minit, bilas dan lap hingga kering) Kesannya dapat dilihat dalam masa seminggu - dua minggu selepas anda amalkan.
  5. Ubat gigi (ubat gigi yang anda gunakan boleh bantu anda tanpa anda sedari..ambik ubat gigi, picit sebesar kacang soya pada tangan, gosok di ketiak setiap malam sebelum tidur) Anda boleh tengok kesannya dalam masa seminggu saja.

BAWANG PUTIH MERANGSANG PENGELUARAN HAID

Bawang putih? Biar betul? Memang tak pernah dengar lagi petua ni tapi apalah salahnya kalau nak mencuba sebab tak melibatkan kos yang tinggi pun dan bahannya mudah je nak didapati kat setiap rumah.

Tapi cara bawang putih ni perlu diingatkan, hanya untuk mereka yang tiada sebarang masalah kemandulan tapi cuma sukar mendapatkan zuriat saja. Apa yang dimaksudkan dengan masalah kemandulan tu jangan tanya aku, aku cuma copy paste ayat dari blog seorang blogger ni je. Pada aku memang tak ada istilah 'mandul' dalam hidup ni dan aku tak suka betul dengan istilah 'mandul' tu.

Cara nak amalkan bawang putih ni senang je. Cuma makan 3 ulas bawang putih bersama dengan nasi. Perlu diingatkan, bawang putih tu bukan yang kita bubuh dalam masakan atau buat tumisan...bawang putih tu perlulah MENTAH a.k.a dibuat ULAM! Kalau nak makan saja tanpa nasi pun boleh tapi tahan ke dengan baunya? Kalau tahan, teruskanlah. Amalkan benda ni sebanyak 3x seminggu sampailah dapat hasilnya ya! Sebenarnya boleh je diamalkan berapa ulas pun dan bila2 masa tapi ini sekadar panduan. Apa yang penting bawang putih tu MENTAH ya....diulangi MENTAH!! Bawang putih jeruk pun tak masuk list.

Kat bawah ni antara fakta2 menarik pasal bawang putih ni:-

~ Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi. Bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

~  Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

~  Dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Begitu la sedikit sebanyak kebaikan bawang putih terhadap kesihatan manusia. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hal ini kerana telah terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah amalkan mengambil bawang putih dalam rutin pemakanan. Insyaallah, dengan izin Allah mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan.

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...