Aku sukakan nak buat tajuk yang bikin gempak. No..no..no.. aku belum lagi dapat UPT 2 lines, cuma malam tadi aku mimpi aku pregnant. Perut aku besar dan of courselah ada baby inside :D Aku tak ingat pun mimpi tu tapi tiba-tiba masa nak sembahyang Zohor, that mimpi muncul lak depan mata aku. Ya Allah! Alangkah bahagianya kalau betul tapi aku tak suka sebenarnya mimpi indah2 macam tu sebab selalunya mimpi indah ni terbalik maksudnya. Bulan lepas pun aku pernah gak mimpi UPT naik 2 lines tapi aku tak pregnant pun lagi. Ini kisahnya. Tak apalah...aku redha.
By d way, Cik 'P' yang sepatutnya dah munculkan diri hari ni tak nampak batang hidung. Ni dah CD40 dah ni. Takkan tak nak jenguk2 aku dah? Masa CD35 hari tu lepas BD ada keluar darah seketul kecik je masa aku pee pee & ada flow beberapa kali tapi sehari tu ajelah. Yang peliknya esok & hari2 selepas tu terus ghaib, langsung takde darah, dot2, spot2 dan sewaktu dengannya. Cuba rujuk balik aku punya entry ni Masalah Miss 'P' untuk Jan 2013. Aku dah order UPT dah, mungkin 1-2 hari lagi sampailah barang tu kat tangan aku. Walaupun aku dah tahu result sebelum buat test tapi tak kisahlah, aku beli je. Maklumlah addicted :p
Oh ya, hari ni aku puasa ganti. Sepatutnya ambiklah semalam dengan hari ni kan? Ngeng! Semalam Isnin memang sunat berpuasa tapi nak buat macamana mak cik lupa! Tak kisahlah, asalkan aku sempat nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas sudah! Nak tahu ada berapa hari lagi aku tak ganti? 14 hari kau!!! Maklumlah tahun lepas aku tinggal puasa 17 hari...gilakan! Tu lah aku kata Cik 'P' aku ni memang ting tong teng!
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?