Iklan

Friday, 25 January 2013

PEROKOK YANG BONGOK!

Hish...aku paling tak suka orang marah anak aku tanpa sebab. Kalau anak aku buat salah, aku tak kisah. Mungkin aku sendiri akan marah anak aku juga tapi kalau anak aku tak buat salah nak marah2...memang bongok la orang tu!

Kenapa aku marah2? Al-kisahnya hari Rabu hari tu aku, suami & anak ke KLCC. En. Mat Naat nak bawa anak dia jalan-jalan (sebab dia sedarlah kot yang dia jarang spend masa dengan anak dia). Kitaorang cadang nak tengok wayang. Sebab nak hiburkan Afif, belilah tiket cerita kartun 'Wracked-It Ralph' (eh, betul ke aku eja ni?) Seronok bila tengok Afif enjoy. Sesekali bawa dia keluar, memang dia sukalah.

Lepas habis tengok wayang, makan & solat. Lepas Maghrib, tengok kat air pancut kat luar KLCC tu macam menarik. Ajaklah Afif duduk depan kolam tu tengok air & lampu kaler2. Lamalah duduk kat situ. Saja tengok air & lampu. Ada pula persembahan air pancut berirama ikut muzik. Memang walllahhhh. Masa duduk kat situ aku dah sentap dengan suami aku dah sebenarnya. Ya lah, aku ingatkan keluar jalan2 dia nak habiskan masa dengan family tapi rupanya dia masih gak sibuk dengan kerja. Sibuk dengan telefon, call sana call sini. Sibuk dengan sms...aduiii, tension! Yang aku menyirap tu bila aku gurau2 dengan anak, anak bising & gelak2, dia marah sebab dia on phone. Bila anak terlanggar lutut dia, dia mengamuk marahkan anak. Aku memang menjelinglah. Aku taklah marahkan dia, cuma aku tegur sikap dia tu. Kenapa perlu marah2 sedangkan tempat tu public, open space. Boleh buat apa saja tambah2 lagi budak manalah dia nak tahu yang abah dia tengah sibuk dengan telefon ke apa. 

Okey, itu dah satu kemarahan aku pada orang yang tak pasal2 marah anak aku walaupun suami sendiri. Kejadian kedua pun kat tempat yang sama. Masa tu suami tak ada, dia masuk dalam untuk belikan Afif air. Afif dok main belakang aku walaupun aku dah tegur dia jangan main belakang aku sebab aku tak boleh nak nampak dia kat belakang. Manusia pun ramai hari tu sebab esok tu cuti. Tapi kebanyakan orang Arab, Siam, Indon & Bangla. Afif nak juga berdiri belakang aku, cuma tak lari jauhlah. Lepas tu aku dengar dia tanya aku, 'Ni pen apa ni?'. Berkali-kali dia tanya, so aku tolehlah juga nak tengok pen apa yang dia maksudkan. Dia dok kuis2 dengan kaki dia. Bila aku tengok, rupa benda yang dia dok kuis tu memang panjang macam pen tapi bukan pen. Aku baru nak cakap dengan dia jangan usik tapi tiba2 plak ada sorang mamat...nak kata mamat tak mamat sangatlah, nampak dah tua pun...mungkin umur dekat 50-an adalah sebab kepala pun dah beruban.Aku gelarkan pakcik jelah! Tiba-tiba dia terus sound anak aku, "Apa main-main benda ni? Ingat benda main ke?". Eh...eh...aku terus pandang muka dia. Bila masa pula anak aku dok main 'menatang' tu? Itupun anak aku yang jumpa, kalau tak mungkin orang lain dah ambik 'menatang' tu.

Rupanya 'menatang' tu pakcik tu punya. Mungkin tercicir atau mungkin sebab cuai sangat sampai tergolek2 benda tu ke belakang, aku pun tak tahu tapi jangan nak salahkan anak aku pula. Aku masa tengok 'menatang' tu pun tak tahu apa benda alah tu, inikan pula anak aku. Kami pun tak tahu siapa punya, jangan nak expect kami nak buat announcement kat situ tanya siapa punya 'menatang' alah yang tercicir tu. Guess what is that thing sebenarnya? Itu rokok elektrik ke elektronik ke aku tak tahu yang tengah hangat orang jantan tak guna dok hisap sekarang (maaf kalau anda yang sedang baca ni pun menghisap 'menatang' alah tu.) 

Aku memang anti dengan perokok. Bukan apa, perokok ni biasanya tak tahu etika. Dah tahu tempat awam janganlah nak menghembus2 asap sesuka hati. Kalau rasa nak merokok sangat kat tempat ramai orang yang ada budak @ ibu2 mengandung, bawa plastik beg, bila nak hembus asap, hembus dalam plastik beg yer! Aku alergik dengan asap rokok. Aku boleh kena migrain, mata pedih & susah bernafas kalau bau asap rokok ni. Mujurlah dalam keluarga aku tak ramai yang merokok. Ayah aku tak merokok, suami aku tak merokok, abang ipar aku tak merokok, suami sepupu2 aku yang rapat semua tak merokok. Cuma adik lelaki aku yang 2 orang tu aje yang merokok tapi tak pernah lagi diaorang merokok depan kami sekeluarga.

Aku memang bengang dengan pakcik tadi tu. Bila dia dah sound anak aku, aku pandang muka dia dengan muka tak puas hati, aku tanya "Apa?". Dia tetap nak salahkan anak aku, dia dok bebel-bebel lagi kata anak aku ambik benda tu & buat main benda tu sambil dia dok hisap benda tak guna tu. Buat pertama kali aku berani pandang je muka orang dengan muka bengis, sampaikan bila bini dia (tak tahulah bini ke, girlfriend ke, anak ke sebab muda je kalau nak dibandingkan dengan dia) tengok aku pun aku jeling. Kerana benda yang tak berfaedah tu kau nak marahkan budak? Anak aku pula tu! Kalau aku tahu benda tu rokok yang tak guna, aku dah ambik cepat2 aku campak dalam kolam terus. Sakit betul hati aku! Sampai balik rumah aku dok teringat je perkara tu. Mujur Afif tak dengar dia dok marah2. Kalau Afif dengar dan menangis, tahulah aku nak bahasakan orang tua tak guna tu.

Sebelum tu pun Afif dok tengok sorang minah sebelah aku, muka macam minah Indon ke, Siam ke aku tak tahu dok sedap2 merokok. Afif sampai tanya kat aku, "Mama, kenapa orang perempuan pun hisap rokok?" Aku tak tahu nak jawab apa. Aku terus-terang ajelah kat Afif yang perempuan2 macam tu orang tak baik, tak sayang nyawa. Aku tak kisah kalau orang nak blame aku balik sebab ini pendapat aku. Apa kebaikan yang boleh diperolehi daripada rokok? Marilah berdebat dengan aku kalau memang betul ada kebaikan rokok ni.

Balik dari KLCC tu kena caj parking RM21!!!! Muahahaha....aku rasa parking kitaorang yang paling mahal antara ramai2 yang beratur tu.

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...