Hari ni 25/1/2013 dengan rasminya Cik 'P' dah menghilangkan diri. Maka bermulalah cycle baru kembali dalam hidup ini. Bulan ni 8 hari Cik 'P' menjengah since 17/1/2013 (malam) sampailah ke 24/1/2013 (malam juga habisnya).
Ok, antara usaha2 yang aku dah mulakan untuk cycle kali ni....aku minum jus delima + manggis. Mulanya nak minum Jus Delima Gulsan tu tapi mak teh aku yang jual ubat plak tak de stok masa aku nak beli. Aku cuma beli Jus Perawan je dari dia. Beli dari dia dapat murah sikit...RM30 sebotol. Tak apalah, next time bila dah ada jus delima Gulsan tu aku minum yang tu pula. Oh, jus delima + manggis tu aku beli kat Giant. Sebenarnya kat mana2 supermarket ada kot. Jus brand Fruit Tree. Mulanya nak beli jus delima brand Freshie tapi agak mahal berbanding Fruit Tree ni. Asal ada delima aku beli ajelah. Rasa taklah teruk cuma masam ajelah. Aku ni kalau masam2 memang bukan taste aku tapi nak buat macamana, telankan aje.
Oh, malam ni aku dah start minum Jus Perawan. Aku ambil 2 sudu dengan perut yang kosong. Lepas tu minum segelas air. Sekarang ni ada rasa macam menyucuk2 plak kat perut ni. Tak sherashi bersama ke? Tak pe2, baru minum, tunggu dulu beberapa hari serasi ke tak serasi. Oh, nasib baik rasanya tak teruk mana. Ada rasa madu2 sikit. Oklah....sedap.
Sejak 2 minggu lepas rasanya aku amalkan minum Yakult. Ok, rasanya memang tak ada kaitan dengan TTC kot tapi disebabkan aku ni macam ada masalah penghadaman sikit, itu sebabnya aku jadikan amalan. So far, sejak minum Yakult ni okey jugalah...angin2 dalam perut tu masih ada tapi senang keluar. Kalau tak keluar kot atas, dia keluar kot bawah...hahaha. Perut pun tak adalah moncit manjang, nampak gaklah surut.
Rasanya itu sajalah antara usaha aku setakat ni. Cengkih yang aku nak amalkan selama 41 malam tu tak berjaya dibuat lagi sebab susah benor nak curi masa suami aku. Ialah, kan dia yang nak kena genggam cengkih2 tu dan bacakan doa kat cengkih tu nanti. Telur ayam kampung + madu akan disusuli kemudian. Yang ni untuk suami akulah kot!
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?