Oh! Sangatlah tak sukanya dengan orang yang pilih bulu ni...kan? Apa sangatlah yang ada pada bulu tu yang nak pilih2?
Ok entry ni bukan nak bercerita tentang bulu...cuma nak bercerita tentang sikap sesetengah orang yang suka memilih bulu. Memilih sangat orang untuk dijadikan kawan. Kenapa ek? Kalau tengok orang tu macam takde standard, rasa tak nak kawan ke? Atau kalau tersilap tutur kata sikit terus bertanggapan yang orang tu tak boleh dibuat kawan ke?
Arghhh....persyaitoonkan semua tu!! Ada aku kesah kau nak berkawan ke tak nak berkawan ke dengan aku? Sikit pun tak terkesan di hati akulah. Pernah tak korang alami perkara macam ni...(selalunya terjadi kat FB la), ada orang dah add korang dalam friendlist...tup2 kita tak usik dia, dia remove kita. Nak kata ada benda yang kita terkata kat status kita yang buat dia benci atau menyampah tu tak tahulah kan...siapa makan cili, dialah terasa pedasnya! Dahlah dia yang add kita, pastu dia lak sesuka hati nak remove2...mental ke apa orang macam ni? Aku memang tak boleh nak layanlah orang yang masalah otak macam gitu. Paling aku bengang kalau sedara2 aku yang buat perangai macam tu. Ada pulak yang kesnya dah buat akaun, kejap tutup kejap bukak balik. Apa kejadahnya?? Best sangat ke dok tutup bukak tutup bukak tu?
Kalau dalam dunia blogging ni...ada kes yang dah follow pastu tak follow dah. Okeylah tak kisahlah, itu hak dialah kan? Tapi ada plak kesnya yang kita menjengah blog dia & dah bertegur sapa tapi tuan rumah buat macam tak nampak je...eh2, aku ni halimunan ke? Tapi rasa2 aku tinggalkan komen, orang lain boleh je balas komen aku tu tapi tuan rumah lak yang tak reti nak say 'hai' ke, 'bye' ke, 'tq' ke...biarlah beradab sikitkan...kalau tetamu datang rumah takkan kita tak layan? Kalau benci tahap gaban pun, sekurang2 buat ikon ni ---> :) (Kes ni takde kaitan dengan follower aku...hehehe)
Aku tahulah aku ni blogger baru tapi pengalaman aku tak sebaru blog akulah. Aku ni memang rajin juga mengomen kat blog orang tapi bila dah selalu sangat aku komen & dia buat macam tak nampak je kewujudan aku, aku faham2 sendirilah kan...Apa pula yang aku dah buat orang tersentap dengan blog aku ni? Blog aku luahan perasaan & pendapat aku. Kalau dia yang mungkin 'silent reader' tiba2 terbaca dan terasa hati tu bukanlah aku sengajakan. Aku pun tak pernah tujukan pada sesiapa @ mention nama sesiapa kalau aku buat entry tak puas hati. Aku taklah kemaruk sangat nak dia balas komen aku, cuma vengang...tahu tak vengang? Orang yang komen selepas2 aku boleh pulak dia balas panjang berjela. Eh, dia bukan artislah kalau nak kata tak sempat nak balas komen aku :p
Eh, aku tak marah! Tak kisahlah siapa pun 'dia'. Biarlah dia berbahagia dengan dunia dia. Aku pun tak heran nak ambik tahu atau komen kat blog dia dah...banyak lagi blog lain yang aku follow & yang follow aku yang boleh aku hantarkan komen aku yang tak berharga ni...
Bila dah terasa2 hati sikit ni, nak bagilah satu lagu buat meredakan keadaan :)
AdaMU - Najwa Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2Hb1AWZWm
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2Hb1AWZWm
Chill hanie...xyah sentap sgt or 'vengang' ngan org gtu...awak x rugi ape pun. Die yg rugi kot heheh
ReplyDeleteeh, betul ke dia rugi? Hahaha...tak sentap cuma rasa tak best je orang buat kita halimunan sedangkan I ni manusia you! :D
ReplyDelete