Hah! Peduli apa aku kalau orang lain dah berjaman mengucapkan selamat tinggal 2012 & aku baru terkedek2 nak mengucapkannya. Ni semua salah berukband aku ni la...time2 nak tahun barulah plak dia tak boleh connect (sebenarnya tak bayar :D)
Okeylah...aku tak de apa nak ucapkan pada 2012 sebab pada aku tahun 2012 tak memberangsangkan aku dan tak ada apa yang aku achieve sepanjang tahun tu. Conceive pun tak jugak! Biarlah aku menanam azam pada tahun 2013 pula walaupun awal2 lagi aku dah hilang semangat (untuk ber'TTC' la...).
Sepekara yang aku nak tanya sebab aku tak faham dari dulu lagi...kenapa setiap kali tahun baru orang akan suka? Ini dibuktikan dengan pelbagai sambutan dibuat untuk tahun baru especially letupan bunga api dum dam dum di sana sini. Kenapa ek? Aku sebenarnya setiap kali tahun baru akan sedih sebabnya usia aku makin meningkat & aku masih tak conceive2. Bukan ke tahun baru menandakan usia kita makin meningkat dan itu tandanya kubur makin menghampiri kita. Bukan tu saja, kiamat juga semakin dekat. Jadi perlu ke kita bergembira?
Okeylah, ada orang kata tahun baru ni boleh buka buku baru, lembaran baru. Bagi aku bila2 nak buka lembaran baru pun boleh, tak perlu nak tunggu tahun baru kot! Mungkinlah kena ada sambutan sikit sebab Maal hijrah pun kita sambutkan? Tapi tak perlu kot nak bazir2 duit bakar bunga api dan buat konsert sana sini. Kalau sambutan Maal Hijrah tak pulak semua pakat rajin nak berhimpun kat masjid baca doa akhir tahun dan awal tahun ramai2. Manusia...manusia....benda yang baik tu memanglah berat nak buat tapi kalau yang tak elok @ haram tu suka sangat. Padahal benda yang berat tu lah banyak pahala dan berkat di dalamnya tapi sayang orang tak nak kejar yang berat sebab susah. Kalau kat dunia ni nak dapat kerja elok2 dan gaji tinggi2 kena belajar susah2 ke senang2? Macam tu juga nak dapat kelebihan di akhirat, kenalah bersusah2 dahulu.
Cakap banyak pun tak guna, dah macam Ustazah Noor Bahiyah dan Prof. Dr. Muhaya dah aku ni. Fikirlah sendiri wahai umat manusia....:p
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?