Iklan

Thursday 14 November 2013

BERDARAH KEMBALI

Errr...macam takut jer...macam seram jer...header di atas memang bunyinya agak menyeramkan tapi bukan kisah hantu atau mistik yang aku nak ceritakan sekarang ni :p

Apalagi kalau bukan kisah period aku ni. Aku ni baru je bersih dari darah pada 7/11 hari tu selepas 15 hari berdarah. Lepas 5 hari bersih, semalam 13/11 berdarah balik pulak dahhhhh...letihnya aku! Bukan letih apa, aku letih nak membasuh pad. Aku rasa tak selesa setiap masa sebab takut bocor. Kiranya aku ni 2 kali period dalam sebulan dan aku cuma bersih dari darah dalam sebulan tu 5-7 hari jer, selebihnya aku berdarah sentiasa...dah macam pontianak dah :p Korang bolehlah baca kronologi pendarahan aku kat sini.

Petang semalam lepas Asar aku dah rasa badan lemah jer. Anak aku bercakap dan bertanya macam-macam pun aku malas nak layan. Rasa semacam. Rasa letih, rasa malas, rasa benci pun ada. Entah kenapa! Lepas Maghrib sementara nak tunggu Isyak, aku dok mengadap lappy tiba-tiba rasa panties aku basah. Rasa macam air ketuban pecah tu, tiba-tiba je basah. Aku dah rasa tak selesa pun pergilah ke bilik air nak buat pemeriksaan :)

Tengok-tengok memang basah dan air tu ada bercampur darah coklat-coklat. Sebenarnya memang sehari sebelum tu pun dah ada keluar brownish2 tapi sikit jer. So memang terpaksa pakai pad lah! Malam tu tidur, bila en. suami balik, aku terjaga dan aku rasa sangat tak selesa macam dah bocor jer! Bangun ke bilik air dan memang pad maxi yang aku pakai lepas maghrib tadi dah penuh tapi bukan darah pekat, darah yang bercampur dengan air. Air apa pun aku tak tahulah. Bila check kat tilam memang ada bocor tapi tak nampak darah pun, cuma cecair jer...macam pelik jer, macam pelik jer.

Hari ni barulah betul2 darah pekat keluar. Macam biasa berketul2. Kalau orang lain boleh bezakan antara miscarriage dengan period, aku dah tak tahu beza sebab setiap kali berdarah mesti berketul2, cumanya aku tak pernah sakit setiap kali keluar darah. Nak kata period pain pun tak ada. Macam normal cuma rasa macam kepala melayang2 jer dan letih.

Pagi tadi ajak encik suami ke hospital sebab aku ni dah ada 2 surat refer ke hospital dari KK tapi sampai ke hari ni tak pergi2 pun. Masa nak minta surat refer beria2, bila dah dapat tak pergi pulak! Bukan aku tak nak pergi, ikut rasa hati aku ni nak sangat pergi tapi encik suami tu sibuk sangat. Pagi tadi aku ajak terus dia jawab, "tengahari pun tak masuk ofis lagilah abah". Maksudnya mesti lambat habis dan sampai tengahari pun dia tak boleh masuk kerja lagi. Terus aku sentap. Dahlah terjaga pagi tadi dah pukul 7.45 pagi, kalau nak bersiap2 nanti mau pukul 9 pagi baru boleh gerak. Konfem lambatlah habisnya. Aku macam heran dan tertanya2 juga kenapalah suami aku tak kejutkan aku Subuh pagi tadi ni? Selalunya bila dia bangun dia akan kejutkan aku tapi pagi tadi dia tak kejut pula. Sampai tengahari baru aku perasan...aku kan period! Hampeh!! 

Hish...entah bilalah suami aku nak luangkan masa bawa aku pergi check agaknya? Kadang2 sedih gak sebab surat refer tu aku letak betul2 kat tempat dia selalu letak dompet dia, takkan dia tak perasan dan ada hati nak ajak aku pergi buat appointment? Tak kesian ke kat bini dia ni? Dia macam buat tak tahu jerr, bertanya pun tak pernah, mengajak pun tidak...huhuhu. Kalaulah aku ada transport, akan aku lakukan semuanya sendiri :(

Tak kisahlah, selagi aku rasa tak memudaratkan, aku bersabar ajelah! Oh ya, buat rakan2 TTC sekelian, hari Sabtu (16/11) dan Ahad (17/11) ni ada seorang perawat nak datang ke Kuala Lumpur. Bagi yang nak mendapatkan rawatan aternatif bolehlah berjumpa dengan ustaz ni di Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut dari 3 ptg sampai tengah malam. Bawa bersama air mineral 1.5L sebanyak 3 botol. Aku tak tahu macamana cara rawatan dia sebab aku belum pernah berubat dengan dia. Insyaallah kalau encik suami ada masa, nak heret dia ke sana juga kot.  

5 comments:

  1. Replies
    1. Miss L, kalau ikutkan hati memang nak pergi sangat2 tapi apakan daya, suami sibuk sikit. Saya pula tak ada transport. Kalau pergi nak kena balik cepat sebab anak sekolah. Tapi memang saya akan minta suami luangkan masa sikit nanti utk bawa saya ke hospital. Tq :)

      Delete
  2. hanie..rasanya elok g check cpt2 kot hanie..kalau dapat cuba paksa rela dia..pujuk dia sungguh2 sbb ni pun melibatkan kesihatan org tersyg jg kan..huhu..takut lebih memudaratkan lg bahaya nanti kemudian..jumpa yg pakar untuk tahu apa puncanya ..dah tahu punca at least kita dpt ikhtiar apa yg patut..hanie, smga semua dipermudahkan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia...terima kasih sebab prihatin dgn saya. Ikutkan hati memang saya tak nak lengah2kan tapi apakan daya. Memaksa sgt kang hangin plk dia, maka sabar je lah dulu

      Delete
  3. Salam perkenalan. Saya suka akan kandungan blog ini. Mohon jika sudi bertukar pautan blog di side bar. Saya sudah letakkan blog anda di sidebar saya. Harap dapat lakukan yang sama buat saya. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...