Iklan

Tuesday 10 September 2013

ORANG LAIN MAKIN BERTAMBAH TAPI AKU...

Eh...eh, raya dah habis ek? Aku tak berapa nak perasan sebab tahun ni jemputan open house pun agak kurang. Bagus juga kurang jemputan ni sebab tak adalah aku nak diterjah dengan soalan2 annoying dan tak jugalah mata aku menahan cemburu melihat pasangan2 lain yang berderet2 mengangkut anak.

Mmm...orang lain semuanya dah bersusun2 anak. Yang baru kahwin pun terus je 'lekat'. Yang dah ada anak, nak bertambah lagi ahli keluarga. Jeles ok! 

Baru hari tu sepupu aku yang sorang ni anak sulung baru setahun lebih dah bersalin anak kedua. Dia bagitahu pula adik lelaki dia yang dah dekat 2 thn kahwin, sekarang ni bini dia dah pregnant (suami isteri ni agak obes juga tapi berjaya juga pregnant). Lepas tu kakak aku pula dah bersalin anak ke-6 you! Dah tu dapat tahu pula sepupu aku yang baru kahwin awal bulan 3 dah pun pregnant, sekarang ni dah 6 bln mengandung. Jumpa seorang lagi sepupu baru beberapa minggu gugur padahal anak sulung baru 8 bln (eh, macam senang je ek kau boleh mengandung. Dan dia ni pun badannya besar). Dah tu  datang pula sorang lagi sepupu dok tengah mabuk2 dan anak sulung dia pun baru setahun lebih nak masuk 2 tahun. Sorang sepupu sebelah ayah aku pula pun dah 2thn kot kahwin, pun dengarnya bini dia dah pregnant (pasangan ni pun berbadan besar). Masa balik kampung raya hari tu tengok wife sepupu suami aku yang baru setahun kahwin pula tengah sarat nak melahirkan dah. Eh! Diaorang ni guna baja apa ek yang subur sangat? Aku ni dah 6 tahun menyemai benih dan membaja dengan gigihnya tak pula ada hasil lagi. Sedih ok! Sangat2 sedih...:(

Asik dengar berita orang mengandung, beranak, mengandung, beranak je aku ni. Aku punya turn entahlah bila tapi, aku redha...mungkin ada salah dan silap aku kat mana2 pada Allah yang menyebabkan Allah tarik nikmat tu, siapa tahu? Tak apalah, selagi ada kudrat ni aku akan berusaha lagi. Kadang2 tak dinafikan aku muak dengan cakap2 orang yang menyuruh aku menambah lagi bilangan anak...'sorang lagi pun cukuplah' (korang ingat anak tu macam ikan boleh beli kat pasar ke?)...'tambahlah sorang lagi, perempuanlah pula' (korang rasa2 kalau aku mengandung pun, aku boleh pilih2 jantina anak ke macam pilih jawapan untuk soalan UPSR??) 

2 comments:

  1. L langsung xada.. seorang pn cukuplah pd L.. teringin nk rasa nikamt jadi ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Manja Lara, saya dulu pun macam tu...minta supaya Allah beri seorang sebab nak merasa sgt mcmn mengandung, melahirkan dan membesarkan. Alhamdulillah Allah beri dan sekarang teringin lagi nak merasa nikmat tu. Kdg2 terfikir, x bersyukurkah aku? Tapi aku bukan minta apa sgt, cuma minta zuriat sahaja. Nak buat macamana, Allah lebih mengetahui...jgn putus doa dan berusaha ya!

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...