Iklan

Saturday, 21 September 2013

5 Pusat IVF dan 5 Doktor Popular di Malaysia

Senarai 5 Pusat IVF dan 5 Doktor Popular di Malaysia

Dato’ Dr. Prashant Nadkarni (KL Fertility)
Dr Prashant mempunyai pengalaman selama lebih 24 tahun dalam bidang IVF. Atas pencapaian serta jasa beliau dalam penglibatan sebagai sukarelawan, beliau telah dikurniakan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang. Dr Prashant menerajui KL Fertility yang sudah dua dekad menawarkan khidmat dalam mengatasi masalah ketidaksuburan. KL Fertility kini bekerjasama dengan Monash IVF Australia yang mempunyai reputasi yang amat mengkagumkan dalam kejayaan IVF.
Dr Tee Swi Peng (Metro IVF)
Metro IVF ditubuhkan pada tahun 1998 dan pada merupakan sebahagian daripada Metro Maternity Klang. Ia menyediakan rawatan dan kajian kepada pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan dan mencatatkan sejarah antara hospital yang terawal berjaya dalam bidang IVF di Malaysia dengan kelahiran bayi tabung uji pada tahun 2000.  
Dr Surinder Singh (Tropicana Medical Centre)
Dikenali dengan nama Damansara Fertility Centre pada awalnya, pusat rawatan ini antara yang terawal memperkenalkan teknologi IVF di Malaysia sejak 2003. Dr Surinder Singh mempunyai pengalaman selama 18 tahun dan bergiat aktif dalam memperkembangkan teknologi dalam bidang ini. Buat masa ini, beliau juga merupakan Presiden tidak rasmi  bagi Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART). Menurut beliau, peratus kejayaan IVF di TMC ialah 59.2 peratus.
Dr Wong Pak Seng (SunFert)
Sungguhpun baru ditubuhkan pada akhir tahun 2009, SunFert semakin gah menempa nama dalam bidang IVF di Malaysia apabila mula mencatatkan kelahiran IVF yang pertama pada tahun 2010. Pusat kesuburan ini merupakan pusat perubatan sehenti yang menawarkan rangkaian komprehensif untuk rawatan kesuburan. Sunfert juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana turut menawarkan khidmat rundingan MindBody Fertility yang menggunakan teknik kuasa minda untuk mempertingkatkan peluang mengandung. Dr Wong yang merupakan Pakar Kesuburan di sini mempunyai pengalaman selama sepuluh tahun dan menemui beberapa kejayaan cemerlang dengan IVF.
Dr Suhaimi Hassan (Columbia Asia Setapak)
Dr Suhaimi bergiat aktif dalam bidang penulisan blog serta pendidikan. Hospital Columbia Asia Setapak adalah cawangan Columbia Asia yang kesepuluh dan mula beroperasi sejak 2012. Sungguhpun baru beroperasi, ramai yang tidak was-was untuk menjalani rawatan di sini kerana nama Hospital Columbia Asia sememangnya terkenal sebagai sebuah hospital yang mementingkan kualiti dan sentiasa mempertingkatkan kemudahan serta perkhidmatan perubatan. 


Rawatan IVF di hospital kerajaan

 Di hospital kerajaan, Assisted Reproductive Technology (ART) semakin pesat membangun dan pusat ART pertama di negara ini terletak di Hospital Kuala Lumpur sejak tahun 2006.
Kini, negara kita memiliki tiga pusat ART lagi yang terletak di Terengganu, Alor Setar dan Likas, Sabah. Tiga pusat ini disokong oleh tiga hospital satelit iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Bayi tabung uji pernah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Alor Star, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu dan beberapa lagi hospital kerajaan yang lain. 
Kebanyakan pusat IVF kerajaan terpaksa mengehadkan keperluan IVF kepada kuota tertentu memandangkan sebahagian kos rawatan ditanggung oleh kerajaan. Ini menyebabkan bilangan pesakit yang berjaya melalui IVF menjadi rendah kerana mereka tidak dapat mengendalikan banyak kes IVF. Namun, ini tidak bermakna mereka kurang bagus. Sungguhpun pelaksanaan rawatan IVF di hospital kerajaan adalah terhad, pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas atau intrauterine insemination (IUI) disediakan hampir di setiap hospital besar negeri.

Apakah kos rawatan IVF di Malaysia?

Kos IVF adalah mahal dan kebanyakannya dikendalikan di klinik swasta dengan anggaran sekitar RM12,000 hingga RM18,000 mengikut usia anda (keperluan dos ubat sederhana sahaja). Di klinik kerajaan pula, kosnya sekitar RM 5,000 hingga RM10,000. 
Perlu diingat bahawa IVF mungkin perlu dilakukan beberapa kali sebelum wanita berjaya hamil tanpa sebarang komplikasi. Terdapat juga wanita yang hamil melalui kaedah ini, tetapi kandungannya hanya kekal selama beberapa bulan.
Kebanyakan pasangan berasa tertekan apabila IVF pertama tidak berhasil dan ingin melakukan IVF buat kali kedua dan seterusnya. Oleh itu, buatlah sedikit pemantauan dan kajian tentang doktor atau hospital yang bagus dan sesuai dengan kemampuan anda. 

13 comments:

  1. Tq Hanie for sharing this info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Atie, semoga memberi manfaat buat kita semua.

      Delete
  2. Tq for sharing the info....sy baru shj selesai melakukan ivf kali ke 2 di hosp kerajaan....tp hasilnya masih negatif. Rasa sgt down....

    ReplyDelete
  3. sabo puan Anon, kuatkan azam & jangan mengalah awal sangat...nanti kumpul duit pastu cuba tempat lain pulak. kawan saya buat kat sunfert dapat kembar. dulu buat kat government xberhasil. ada jugak kawan buat kat pantai dpt gak sorang. hospital swasta buat kerja lebih teliti kot.

    ReplyDelete
  4. Kalau untuk dptkan anak lelaki..blh ke gn kaedah ni?

    ReplyDelete
  5. Sy pernah dpt rawatan utk kesuburan dgn Dr Suhaimi...sgt brpuashati dgn layanan & rawatan beliau, sayangnya jarak jb-kl trlalu jauh trpaksa tukar Dr lain kat Jb..untung la org kl byk pakar yg bagus2

    ReplyDelete
  6. Hi all, would like to share on the upcoming forum on fertility titled "Next Gen IVF" organized by Sunfert@Bangsar South on 23rd April 2016 at 1330pm. For more info, visit the Facebook page at https://www.facebook.com/sunfert

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi semua saya sudah berkahwin hampir 10 thn masih lagi x di kurniakan cahaya mata... bantu lah saya untuk kurniakan cahaya mata

    ReplyDelete
  8. adakah rawatan di hospital2 kerajaan perlu buat apointment dlu untk dptkn rawatan

    ReplyDelete
  9. macam mana nak dapatkan rawatan pemeriksaan kesuburan di hospital kerajaan? adakah perlu pergi ke KK terlebih dahulu? atau pergi ke KK sbg reference untuk set appointment ke pakar?

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...kami bersyukur pd Allah kerana telah dikurniakan bayi lelaki melalui kaedah IVF di Hospital sultanah Nur Zahirah KT pada 21Jun 2014.Yg penting jgn putus asa....ini kerana kami juga pernah gagal 3x dlm proses IUI..Alhamdulillah 1st IVF, isteri saya positif mengandung.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...kami bersyukur pd Allah kerana telah dikurniakan bayi lelaki melalui kaedah IVF di Hospital sultanah Nur Zahirah KT pada 21Jun 2014.Yg penting jgn putus asa....ini kerana kami juga pernah gagal 3x dlm proses IUI..Alhamdulillah 1st IVF, isteri saya positif mengandung.

    ReplyDelete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...