Iklan

Saturday 29 June 2013

JUN TAK ADA TANDA2 PERIOD :(

Bulan Jun ni tak ada period :( Hari ni dah 29/6, esok dah last day bulan Jun...oh! Esok Birthday aku!!! Happy Birthday to me :) (Apa yang happy sangat sambut birthday ni? Tak sedar umur makin lanjut? Anak takleh nak tambah2 jugak!) 

Setiap kali period lewat, mulalah berangan2 supaya ada berita baik tapi setiap kali juga hampa...takmo sedih2, semua itu perancangan Allah belaka. Apa yang aku perlu buat, berusaha, doa, tawakal sahaja tanpa putus asa.

Hari ni 29/6 dah CD48 (last period 13/5). Kalau genap2 2 bulan a.k.a 60 hari tak ada juga period, nak try test upt walaupun hari tu ada test opk tapi hampehhhh, tak terang pon! Ni pun dah ada tanda2 macam nak period. Mata asyik mengantuk je, perut dah berangin, breast dah sakit2, cuma tang pinggang je tak sakit2 macam selalu. Mungkin seminggu dua lagi kunjung tibalah period tu.

Oh, hari ni last day aku ganti puasa. Mujurlah sempat juga habiskan. Risau gak aku kalau hujung2 dan dekat2 Ramadhan ni Cik 'P' datang sebelum aku sempat habiskan puasa ganti aku. Tahun lepas aku tinggal 18 hari hokey!! Banyak giler kot! Dah separuh bulan tu kiranya. Mana taknya, tahun lepas memang period aku jenis datang long & heavy. Buat pula dia datang awal bulan puasa dan hujung bulan puasa, tak ke aku kena ganti berbelas2 hari. Aku berharaplah supaya tahun ni aku tak menghadapi masalah yang sama. Manalah tahu kot2 puasa tahun ni penuh ke.....(dengan harapan ada baby dalam puyut...ngeee).

5 comments:

  1. In shaa Allah hani...mudahan murah rezeki awk. Anyway, happy birthday in advance... ♥

    ReplyDelete
  2. sebut ttg period,last period feb dan april..tu pn sbb duphaston, tu pn sbb plan nak iui, 2 kali preparation utk IUI, dua kali tak jadi, sbb telur tkde..

    n now july..masih tiada apa..baru genap sebulan buat dgn cara rawatan islam, tgk la hasilnya camne nanti..

    takmo sedih2 k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nissa buat iui kat hosp mana yer

      Delete
    2. owhh...lama gak tu Nissa. Takpe, sabar je mudah2an Allah dah rancang sesuatu untuk awak nanti

      Delete

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...