Iklan

Wednesday 12 June 2013

HARIJADI EN. MAT NAAT YG KE....

Aduii...disebabkan banyak berjalan, sampai tak ada masa dan mood nak buat entry sempena birthday suami terchenta...En. Mat Naat. Actually birthday dia pada 27/5/2013 hari tu. Sambutan ala-ala kadar je sebab masalah kewangan :D 

Aku cadang nak masak sendiri je sebagai special candle light dinner untuk suami. Dalam pikiran nak buat steaklah! Tak pernah lagi buat steak, so ni 1st time mencuba...harap2 menjadi. Bahan2 dah beli tapi guna duit suami...ahahaha, aku cuma masak je, boleh??

Pada 27/5 tu aku pun skiplah lunch sebab takut nanti petang kenyang lak nak makan steaklah bagai....sekali, suami aku balik lambat daaa....lepas Maghrib baru dia sampai rumah. Dalam hati memang sumpah seranah gakla, kalau aku puasa pun dah boleh berbuka. Steak ni kenalah bakar bila dia dah balik, takkan nak bakar awal2kan...so bila semua dah ready barulah aku panggang steak tu tapi disebabkan aku tak ada periuk yang special untuk panggang steak, aku gunakan aje apa yang ada.

Tadaaaa....inilah antara hidangan candle light dinner pada malam tu...

 Steak air tangan aku. Nampak portion macam kecik tapi bila kami berdua makan, dah macam ular sawa kekenyangan la plak :D

 Ini dim sum...also 1st time buat. Bolehlah...nak kata sedap sangat pun tak :D Cicah dengan Thai sos not bad lah!

Ini red velvet cake, air tangan kakak aku, sedapppp...jauh import tu, dari Batu Pahat. Kebetulan parents aku baru balik dari sana, so terus order dari kakak aku yang memang buat kek. Blog dia Luvly Taste. Sebenarnya kek ni kakak aku bagi je, so thank you my sista!

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...