Entry kali ni bukan ada maksud lucah ke apa, ini semua sekadar ilmu semata2 untuk dikongsikan bersama. Sejauh mana kebenarannya...wallahualam! Hanya Allah yang mengetahui.
Berapa kali seks untuk seminggu?
Perhubungan seksual suami isteri sememangnya bagus dari segi mental dan fizikal untuk pasangan dan manfaatnya bergantung kepada frekuensi perhubungan tersebut di dalam seminggu.
Sekali seminggu untuk tidur yang sempurna.
Menurut Ahli Antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, seks membuatkan otak anda merembesoxytocin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur anda. Selain itu, lebih tidur bermaksud kurangnya rasa lapar sekali gus membantu anda mengurangkan berat badan.
Dua kali seminggu untuk kesihatan.
Pasangan yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit. Kajian turut menunjukkan mood yang terhasil selepas hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk anda kekal sihat.
Tiga kali seminggu untuk jantung.
Menurut kajian dari Universiti Bristol, seks tiga kali seminggu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana seks membantu kadar denyutan jantung sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.
Empat kali seminggu untuk awet muda.
Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh telah menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukan hubungan seks. Ini adalah kerana, seks menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu memberikan kulit yang cantik.
Lima kali seminggu untuk prestasi kerja.
Seks yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti sekali gus membuatkan anda lebih positif dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.
Enam kali seminggu untuk menjadi lebih pandai.
Seks menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan itu sahaja, menurut kajian, seks sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yang baru.
Tujuh kali seminggu untuk kurangkan stress.
Seks setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor di California, seks yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?