Tidak mudah untuk hamil
dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila
sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama.
Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.
Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi - Jika haid
anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan
sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan
berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur
peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur
yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami
bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada
faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda - Pastikan anda bebas dari
sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis
atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya
wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya
diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan
dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda
teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh
mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk
memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal - Sekiranya anda
mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh
memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI
(Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda - Hari subur anda cuma
4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh
meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat
sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (Suhu badan asas) anda dan cuba
perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan
senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya
mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap - Melakukan seks
dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.
Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur,
berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih
senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini
mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma
dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan
sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan
zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami - Pastikan kesihatan
reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat
termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan
elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa
seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor.
Ia mungkin juga menjadi penyebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin - Adalah disarankan
kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian
termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula
disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran
sperma.
8. Bersenam secara rutin - Bersenam adalah cara
untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan
semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang - Mengawal
pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah
ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu
sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal
terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita
baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan
haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan
kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya
dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti
seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk
nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais
krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan Tekanan - Life is stressful, memang
tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu
tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat
aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?