Risau sebab haid tidak
datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang
memeningkan kepala kebanyakkan wanita. Kehamilan adalah perkara pertama yang
anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab
mengapa haid tidak datang.
Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh
terjadi:
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh
mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan
tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan
seterusnya memberhentikan haid kita.
Masalah kesihatan : Sakit secara tiba-tiba seperti
demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif
boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu
kedatangan haid kita.
Penggunaan Ubat-ubatan : Mungkin baru baru ini anda
baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk
menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid
anda lewat.
Berlebihan Hormon Prolaktin : Hormon prolaktin yang
berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda
lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari
puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana
kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
Menyusu badan : Sekiranya anda menyusu badan
terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga
berbulan-bulan.
Masalah tiroid : Rasa panas, berdebar dan
kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda
mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid
yang sedikit atau tiada langsung.
Gemuk : Berlebihan lemak dalam badan boleh
memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon
estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu
seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan
kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Terlalu kurus : Tidak cukup lemak dalam badan juga
boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka
yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali
berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid
anda semula.
Tersilap kira : Masalah ini juga kerap terjadi.
Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.
Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit
dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
Menopos : Bagi mereka yang berusia lewat 40’an,
mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda
menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan
sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan
untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah
dipangkal rahim.
Pencegah hamil : Sekiranya anda baru-baru ini
mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah
sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang
ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
Hamil : Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid
adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat
memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan
doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing
negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan
semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil.
Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab
yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar
mengapa haid anda lewat.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?