Lately suka benor boh kisah artis :) Bukan apa, artis tu yang paling banyak ceritanya sebab mereka ni public figure. Banyak lagi kisah2 pasal mereka kalau nak dipost kat sini tapi malaslah. Blog ni bukan blog gosip artis2. Mana cerita yang dirasakan perlu je akan berjaya menembusi blog I yang eksklusip ni :p
Malam semalam tertengoklah majlis FFM25...diulangi...'ter', bukan saja2 nak tengok pun. Alkisahnya, dalam beberapa minit yang pertama tertengok tu, sempatlah tertengok juga beberapa orang penyampai anugerah yang kebanyakannya dah bertudung (yang perempuanlah! Yang lelaki bertudung apa kejadahnya?). Ada seorang artis yang dulu aku memang respek jugalah kat dia sebab dia di antara artis yang awal sekali berhijah secara drastik. Penampilan dia memang terus berubah 100%, berjubah & hitam aje warna pilihan dia. Malam semalam tiba2 aku tengok kemunculan dia lagi sekali & alhamdulillah penampilan dia masih macam dulu. Manis je pada aku tapi...sekali dicemari pula dengan acara bersalam-salaman dengan pemenang anugerah yang mana pemenang tersebut adalah lelaki. Aku pasti itu bukan abang dia atau anak dia apatah lagi ayah dia. Tapak tangan dia tak berlapik pula tu tapi dengan selambanya dia menyambut huluran tangan si lelaki ni. Dulu aku pernah tengok dia ni selalu juga bersarung tangan tapi malam tu dia tak bersarung tangan. Sudah! Terus aku geleng kepala dalam hati...boleh ke geleng kepala dalam hati???
Tak salah kalau dia menolak dengan sekadar melemparkan senyuman ke atau mengangkat tangan je. Dah tahu diri tu artis, lain kali pakai ajelah sarung tangan sebab memang benda2 macam ni tak jangka. Kadang2 ada je orang hulur tangan nak bersalam. Bukanlah aku nak galakkan orang ni pakai sarung tangan dan bersalam sesuka hati dengan bukan muhrim tapi dah mereka ni golongan artis, cuma mereka sajalah yang perlu buat macam tu kot. Kita2 yang tak glamer ni, kalau orang bukan muhrim hulur tangan tu tolak ajelah.
Bukan terhenti setakat pada artis senior itu aje, lepas tu ada lagi seorang artis veteran yang juga bertudung (tapi dia ni kadang aku tengok berlakon pakai tudung, kadang buka tudung) pun bersalam dengan pemenang anugerah yang juga lelaki. Memanglah pemenang anugerah tu muda dari dia dan mungkin dia anggap macam anak2 atau adik2 je tapi tetap bukan muhrim. Kalau lelaki tu dah cukup umur & baligh memang dah jatuh haramlah nak pegang2 tangan dan pada pandangan aku confirm2 lelaki tu dah baligh :p Bukan takat salam, siap pelakon lelaki tu cium lagi tangan dia. Donia...donia!
Disebabkan meluat, aku terus tukar channel ke TV AlHijrah. Tengok Dr. Zakir Naik lagi bagus. Bila dah habis rancangan Dr. Zakir, sengaja tukar balik ke anugerah tadi. Sekali lagi nampak penyampai anugerah yang bertudung juga. Pemenangnya juga lelaki & sekali lagi berlaku lagilah adegan salam-menyalam konon2 yang muda hormat yang tua tapi kali ni si penyampai hadiah yang menghulur tangan dulu a.k.a yang bertudung hulur tangan dulu nak bersalam dengan lelaki tu. Huh! Benci betul aku dengan dunia artis yang penuh kepura-puraan ni.
Sebenarnya golongan artis ni yang dah berhijrah atau yang memang dah bertudung, tak boleh ke menjaga sikit pembawaan diri? Sah-sah diaorang tahu yang acara tu LIVE dan satu donia...eh, satu Malaysia tengok kot apa yang diaorang buat. Dahlah korang tu role model (konon2!) pada remaja remaji di luar sana. Nanti bila remaja remaji kat luar tu bila ditegur, ada je yang nak jawab..."eh, artis dalam TV boleh je buat macam tu", ha! sapa nak jawab?? Janganlah kita ni menutup aurat semata2 sebab tuntutan agama tapi kita tak tahu apa selebihnya yang agama minta.
Sudahlah sehari sebelum tu tengok Galaksi, ada 2 orang artis ni menjawab soalan wartawan macam dah tak ada pegangan agama & iman di dada. Yang seorang tu perempuan. Dia ni memang selalu kontroversi. Berpakaian memang tak pernah nak kalah. Lagak macam hidup di Hollywood. Dah tak ingat yang dia tu beragama Islam. Memanglah dia tak hipokrit & menjadi diri dia sendiri tapi bila orang menegur bermakna adalah yang tak betul & sebagai sesama Islam kita memang diwajibkan untuk menegur. Kalau awak tu bukan agama Islam, orang tak kisah. Kalau dengar jawapan dia memang bengang sangat. Katanya hidup dia bahagia dengan menjadi diri dia sendiri. Bahagia cuma di dunia, di Akhirat esok macamana???
Seorang lagi pula artis lelaki. Yang ditegur wartawan ialah tentang isteri artis ni yang berpakaian terlalu menjolok mata. Dia sebagai suami apakah reaksi dia bila isteri dia pakai macam tu? Jawapannya...kami bahagia! Ya Allah...dayuslah seorang suami kalau membiarkan tubuh isterinya ditatap & diratah oleh mata-mata orang lain. Tak sangka yang dia akan menjawab macam tu. Selama ni aku ingatkan si artis ni IQnya tinggi sangat sebab lagaknya macam serba boleh & serba tahu.
Aku berdoa semoga mereka ini dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah oleh Allah. Aku memang tak dapat nak menegur mereka ni secara terang-terang tapi aku harap aku dah menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim untuk membuatkan mereka sedar kesilapan mereka (manalah tahu artis2 ni Google dan terjumpa blog aku ni :p). Sekurang2nya kalau aku mati esok dan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim sudah dilaksanakan? Aku boleh menjawab yang aku ada berusaha...wallahualam!
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?