Fuhh! Semalam dalam pukul 12.30 tgh malam kot suami aku pun sampai dari Kedah setelah puas pergi ke sana semata2 nak makan kenduri. Nasib baik dia balik hari ni juga. Dah tak sanggup aku nak tidur seorang diri bertemankan anak je. Aku perlukan suami untuk bermanja-manja jugekkk....uwekkkk!! Serius aku tipu :p
Bila dia sampai, belum sempat dia mandi lagi aku dah duduk nak dengar cerita dia. Maklumlah orang berbujang-bujangan pergi ke Kedah nun mestilah happy. Dia pun ceritalah betapa seronoknya dia dapat hidup seperti orang bujang bersama kawan-kawan dia ke sana. Owhhhh....suka ek hidup macam orang bujang? Kang aku suruh masak sendiri, tidur luar rumah macam orang bujang jugak....suka tak agak-agaknya?? :D
Okeylah, tak payah ceritalah apa yang kami berdua bualkan. Banyak cerita pasal tempat makan yang dia pergi sebab dia dan kawan-kawan dia sempat singgah ke Penang untuk cari2 makan. Penangkan syurga makanan. Aku ni walaupun orang Penang tapi aku sendiri tak pasti kat mana tempat makan yang sedap2 sebab aku membesar di Kuala Lumpur...orang bandar k! Orang Penang masak memang mabeles la, toksah nak gebang panjangla :)
Tiba-tiba terkeluar cerita yang bos suami aku tanya dia macamana dia boleh terlepas kandang? Dapat tangkap tak apa maksud dia? Konon2 macam aku ni selalu dok kontrol suami aku & tiba2 hari tu plak suami aku terlepas gak & dapat join diaorang ke Kedah tu. Hello!!! Sorry sikit ek. Aku tak pernah nak halang ke mana laki nak pergi. Kadang2 aku tak tanya pun ke mana dia nak pergi & apa yang dia nak buat. Asalkan jangan sampai lewat2 malam & abaikan keluarga sudah. So, aku pandang muka suami aku & tanya dia "Selama ni saya kontrol awak sangat ke, tak bagi awak pergi mana2 ke?". Suami aku jawab "Tu lah, abah pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu." Okey, tak pe kalau suami aku pun rasa memang aku tak pernah kontrol dia. Suami aku ni jenis kalau nak ke mana2, macam kenduri kahwin, gathering ke apa2 yang melibatkan officemate atau family dia memang suka ajak aku walaupun aku selalu menolak. Then aku suruh dia pergi sendiri, dia kata kalau aku tak pergi macamana dia nak pergi sorang2? Macam tu lah selalunya. Jadi mesti orang ingat aku ni jenis yang suka nak kontrol dan jaga laki sangat sampai ke mana2 nak ikut. So, semalam aku salahkan suami aku sebab dia, aku punya nama busuk! Cettt...
Lepas keluar cerita tu, dia cakap pula yang bulan March tahun depan ni diaorang mungkin nak buat family gathering ke Pulau Perhentian. Okey...yang Pulau Perhentian tu aku suka dengar tapi tang gathering tu aku tak suka...tak suka...& tak suka lagi! Biasalah bagi orang yang berTTC dan tak bekerja pula macam aku ni, bila dengar gathering memang berat jeeeee. Suami aku ada tanya kenapa aku tak suka sangat kalau dia bawak jumpa kawan2 dia? Katanya dulu tak ada anak bolehlah nak segan tapi sekarang dah ada anak pun. Okey, aku mengaku tang ada anak tu aku dah tak berapa segan nak berjumpa orang walaupun kadang2 memang ada je mulut2 syaitoon yang nak bertanya "Ni bila nak tambah lagi ni?".
Isu yang timbul sekarang dah lain pula. Isu sekarang ialah aku ni surirumahtangga :( Faham2 je la kalau sebut surirumahtangga, orang akan fikir aku ni bodoh sangat, tak ada pendidikan sebab tu tak bekerja...sorry okey! Aku ada pendidikan cuma aku nak tumpukan perhatian kat anak yang membuatkan aku berhenti kerja. Maklumlah anak sorang, kalau rosak yang satu tu, dah tak ada spare part lain! Huh!! Aku bukan apa, kalau dah beramai2 tu aku rasa rendah diri. maklumlah yang lain2 tu mesti kerja hebat2, sedangkan aku ni dok rumah je. Malu lak nak cakap kerja apa kalau orang tanya. :(
Isu yang timbul sekarang dah lain pula. Isu sekarang ialah aku ni surirumahtangga :( Faham2 je la kalau sebut surirumahtangga, orang akan fikir aku ni bodoh sangat, tak ada pendidikan sebab tu tak bekerja...sorry okey! Aku ada pendidikan cuma aku nak tumpukan perhatian kat anak yang membuatkan aku berhenti kerja. Maklumlah anak sorang, kalau rosak yang satu tu, dah tak ada spare part lain! Huh!! Aku bukan apa, kalau dah beramai2 tu aku rasa rendah diri. maklumlah yang lain2 tu mesti kerja hebat2, sedangkan aku ni dok rumah je. Malu lak nak cakap kerja apa kalau orang tanya. :(
Entah kenapalah aku rasa status aku sebagai surirumahtangga ni hina sangat? Mungkin sebab orang di sekeliling aku yang selalu menjatuhkan aku & selalu merendah2kan aku yang membuatkan aku rasa apa yang aku buat sekarang ni priceless. Sedangkan tugas seorang surirumah yang menjaga suami & anak itu lebih mulia di sisi Allah. Arghh....persyaitoon kan semua itu! Bak kata seorang kakak blogger kat aku, fikirkan apa yang aku buat tu kerana Allah. Allah tahu walaupun orang lain tak tahu!
Oh ya, entah macamana tiba2 aku teringat kisah seorang kawan baik suami aku. Waktu aku dan suami aku masih menantikan zuriat pertama kami dulu, bila berjumpa dengan dia, ada la beberapa kali dia akan tanya kami soalan "Bila lagi ni?" "Takkan nak berdua je. Esok dah tua susah!". Walaupun lelaki, tapi mulut boleh tahan! Masa tu dia masih single, belum berkahwin. Kami suami isteri cuma mampu tersenyum dan terus berikan alasan "Nanti2lah...".
Beberapa tahun lepas kami dapat Afif, dia pun berkahwin. Rasanya dalam setahun lepas dia kahwin, kami ada pergi open house rumah dia & mereka masih berdua (belum ada anak). Rupanya mereka pun susah nak medapatkan anak. Dalam fikiran aku masa tu, aku cuma simpati pada dia dan isterinya. Tak ada langsung dalam hati aku nak kutuk2 dia atau nak kata padan muka pada dia. Cuma, hati aku ada juga terdetik, dulu kau pernah kata kat kami...sekarang kau sendiri melaluinya, apa kau rasa agaknya kalau orang tanya balik soalan yang sama kat kau?
Masa kami berjumpa dengan dia kat open house tu, suami aku tanpa segan pun berkongsi cerita yang kami pernah melalui rawatan di LPPKN sebelum mendapatkan Afif. Aku tengok muka dia macam excited nak dengar cerita suami aku. Rasa kesian sebab aku tahu apa perasaan dia. Aku pun turut membantu memberi maklumat yang aku tahu. Sebelum balik, kami suami isteri ada mencadangkan agar dia mencuba rawatan di LPPKN tu atau terus mencuba cara lain untuk mendapatkan zuriat. Tapi aku tak tahu dia ada pergi mencuba atau pun tidak, sekurang2nya kami sudah membantu setakat yang mampu. Rasanya sekarang dah 2 @ 3 tahunlah dia kahwin tapi aku tak pernah dengar apa-apa berita lagi dari mereka.
Kesimpulannya, jagalah mulut kita. Sekelip mata Allah boleh berikan kita nikmat & sekelip mata juga Dia boleh tarik semula nikmat tersebut. Allah yang memberi semuanya kepada kita...kesihatan, akal, harta, rezeki, zuriat dan sebagainya. Kita tiada kuasa untuk mendapat semua itu selain dengan izin Allah juga.
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?