Hari ni dah CD27 aku. Tak tahu kenapa excited sangat nak tunggu sampai ke CD30 sebab bulan lepas CD30 cik 'P' datang. Bulan ni kalau cik 'P' datang lewat macam nak gatal2 tangan check UPT :D Macam tak ada kerja kan?
Bukan apa sebab bulan ni rasanya banyak juga masa dihabiskan bersama suami dan bulan ni juga dapat spot EW walaupun tak tahu sebenarnya betul ke tidak EW :D Kepala ni pula dok pusing2 dah beberapa minggu. Perut kembung dari minggu lepas, tapi minggu ni dah agak kurang. Hari tu plak ada rasa sakit kat bawah perut, kerap nak terkencing, ada rasa letih & malas memanjang...hahaha, bunyi cam best je. Macam nak naik 2 lines je kat UPT sebab 1st experience mengandungkan Afif itulah tanda2 awal yang aku alami tapi selepas dah 5 tahun menanti untuk 2nd baby & tanda2 macam ni akan datang setiap kali cik 'P' nak datang, aku dah jadi lali.
Tunggu je la next entry aku (probably by next week), mesti kisah cik 'P' bertandang akan aku paparkan...for sure! Entry yang ni sebenarnya saja2 je nak gembirakan hati sendiri. Chill! :D
No comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?