Pagi2 mood dah swing. Ada orang pagi2 dah buat muka sardin dengan kita. Puncanya kecik je. Sedih! :(
Dari semalam sebenarnya mood dah down sebab ada mulut-mulut yang cakap tak bertapis. Sengaja ke tak sengaja ke aku tak tahulah.
Apa perasaan kalau orang cakap yang kita ni memang selalu menyusahkan? Aku sedar memang selalu orang terpaksa menjemput aku kat rumah ni kalau nak ke mana-mana sebab aku tak ada kenderaan. Kalau ada kenderaan pun aku tak berani nak drive walaupun aku ada lesen. Kesibukan suami yang menyebabkan aku yang ingin menikmati keseronokan dunia luar menerima pelawaan orang. Kadang2 orang yang ajak aku keluar bersama, bukan aku terhegeh2 sangat nak ikut. Walaupun adik beradik sendiri tapi aku jenis yang tahu malu dan tak meminta2 selalu.
Aku mengaku aku terasa sangat dengan kata-kata tu tapi aku tahankan je dan cuba anggap kata-kata dia sebagai gurauan walaupun jauh di dalam hati, aku menangis :(
Sepekara lagi aku sakit hati kalau ada orang yang kata surirumah ni tak ada kerja. Seolah-olah duduk rumah goyang kaki. %^*#...sorry aku termencarut! :D Jadi surirumah tu hina ke? Jadi kenapa nak pertikaikan kerja kami? Jeles sebab tak layak nak jadi surirumah? Surirumah adalah sebaik-baik pekerjaan ok! Surirumah bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Kerja surirumah tak ada MC. Sakit pun kerja juga & paling sedih, sakit pun tak ada siapa peduli.
Selama aku jadi surirumah, tak pernah lagi aku duduk goyang kaki je seharian. Cubalah aku betul2 goyang kaki, entah macamanalah keadaan rumah jadinya? Nasib baik aku sendiri jenis tak tahan nak duduk dalam rumah yang tak terurus. Kalau aku jenis hati kering, memang aku biarkan je apa nak jadi dengan rumahtangga.
Orang yang nak kata aku duduk rumah tak buat apa tu sebenarnya duduk seorang diri je kat rumah. Tak ada suami, tak ada anak jadi jangan nak judge hidup aku macamana. Rumah dia harap kat ruang tamu je bersih. Kalau masuk dalam bilik dan ke dapur dia...geli aku dibuatnya! Masa dia duduk dengan mak aku dulu pun, bilik air tak pernah bercuci dan habuk dalam bilik tak pernah di buang, sampai mak aku sendiri bising so jangan nak menilai aku pula. Cermin diri sendiri sikit.
Tak perlulah aku nak listkan apa aktiviti dan kerja yang aku lakukan di rumah sebab semua surirumah akan melakukan kerja yang sama cuma aku ada tambahan kerja di hadapan komputer. Kerja2 aku memang kena duduk mengadap komputer. Agaknya sebab tu orang kata aku tak ada kerja kot. Tapi ingat duduk depan komputer ni best sangat? Sakit belakang dan bahu aku ada korang ambil tahu?
Atau mungkin aku cuma ada anak seorang je, sebab tu orang ingat kerja aku menjadi senang. Memang Tuhan nak kurniakan anak kat aku sorang tapi anak soranglah memerlukan perhatian dan layanan lebih dari aku. Disebabkan sorang diri, anak aku tak ada teman nak bermain. Balik je dia dari sekolah, dia dah mula mencari aku untuk diajak bermain, bersembang dan segalanya. Kalau tak nak dilayan, terasa kesian sangat. Orang lain yang adik beradik ramai bolehlah nak ajak abang, kakak atau adik main bersama tapi anak aku nak ajak siapa kalau tak mama @ abah dia? Disebabkan abah dia pun sibuk memanjang, keluar pagi balik malam, siapa lagi yang tinggal untuk menemankan dia kalau tak aku? Anak aku juga jenis yang tak pandai nak berdikari lagi. Makan atau mandi dan beberapa perkara lagi masih memerlukan bantuan aku. Even nak tidur pun aku kena tidurkan dia.
Atau mungkin aku tak sehebat kakak aku? Kakak aku pun surirumah tapi dia buat kek sambil-sambilan kat rumah dan setiap hari dia akan menerima order jadi nampaklah sibuknya dia kat situ. Aku tak ada niat nak tandingi atau cemburukan kakak aku tapi bila setiap orang kalau nak bercerita depan aku mesti nak tonjolkan kehebatan kakak aku. Itu bakat dia dan rezeki yang dah Allah tentukan untuk dia, syukur untuk dia. Mungkin pintu rezeki aku belum sehebat dia lagi sebab bisnes online aku pun tak mampu nak tandingi pendapatan bulanan dia. Aku redha.
Mungkin ke aku ni terlalu mudah terasa? Bagi orang yang tak berada di tempat aku tak akan faham apa perasaan aku. Aku dah menanggung dan memendam banyak perkara. Hati aku dah tak cukup kuat nak bertahan dan gembira. Bila tengok hidup orang lain yang senang, bahagia dan murah rezeki, aku gembira. Mungkin belum masanya untuk aku menimati semua tu. Allah cuma turunkan ujian kecil buat aku. Ada orang lain yang ujian hidup mereka lebih besar dan hebat daripada aku.
Kadang-kadang aku rasa nak mengurungkan diri seorang diri tak perlu nak berdepan dengan masyarakat sebab hati aku sakit dengan mulut-mulut berbisa sesetengah daripada mereka. Aku bahagia dengan hidup aku dan aku tak perlu orang lain untuk memusnahkan kebahagiaan hidup aku dengan mulut-mulut longkang mereka. Biar aku dikategorikan tak bergaul dengan masyarakat pun tak apa daripada aku menempah dosa dengan memaki mereka di dalam diam.
Sekian luahan perasaan untuk hari ini!
sabar la nanie.... hidup memang mcm ni. saya ni lagi la....ssh nk kongsi apa yg ada dlm hati. telan n telan n telan........cuma dlm forum RH je tpt luah rasa. dapat kwn2 baru lagi baik dari yg sedia ada....betul tak??? ada rezeki kita jumpa kwn RH. take care....
ReplyDeleteeLL...bukan apa, saya sedih sbb selalu sgt org ckp mcm tu. Sebab saya anak seorang, org rasa saya tak sibuk, tak penat. Nak mengadu pun tak tahu dgn siapa. Mcm eLL cakap, telan n telan n telan...samalah :( Mmg org yg melaluinya saja yg faham. Thanks eLL ;)
DeleteNanie dear,
ReplyDeleteJangan sedih2 ya.
Pada ahkak ZI, surirumah la keje yang paling mulia.
Keje tak abis2 dari terbit sampai terbenam matahari.
Yang keje kat opis ada gak time break.
Itu yang sempat sembang2, ngumpat2, gossip2, jual tupperware la, jual produk itu ini.
Ahkak ZI selalu tgk contoh mak ahkak ZI sendiri.
Dia fulltime housewife.
Dari kami adik beradik kecik sampailah dah tua bangka ni, mak masih tetap pastikan kami semua cukup makan.
Kalau balik kampung tu, tak sah kalau tak bawa balik bekal ke KL.
Ada je lauk pauk, makanan yang mak bekalkan.
Ignore je sapa2 yg mulut laser tu.
Semua tu tak penting.
Yang penting asuh anak Nanie jadi insan kamil dan anak yang soleh.
Tanamkan dalam hati apa yang kita buat kerana Allah bukan kerana orang ok!
Thanks Ahkak ZI...sebenarnya yg sedih sgt tu sbb org yg kita syg & percaya pun kata kita mcm tu sdgkan kita menjaga amanah dia dgn baik & uruskan segala keperluan dia. Lagi satu, bukan saya je yang surirumahtangga dlm family, sepupu2 saya pun ada yg tak bekerja tp disebabkan diaorg ada yg berderet2 anak & ada yg ada anak istimewa, so yg nmpak hidup paling senang tu sayalah & sayalah yg selalu jd mangsa kena kata.
DeleteSaya pn skrg dah malas nak fikir mulut org. Betul apa yang Ahkak ZI kata tu, buat sesuatu kerana Allah. Biar org lain x nampak, Allah nampak apa yg kita buat :)