Iklan

Sunday, 25 November 2012

-VE (NEGATIF!!)

Oh rakan2 TTC sekalian mesti faham apa maksud -ve ni sebab istilah ni dalam hidup TTCians memang tidak asing lagi. Bagi yang tak tahu tu, tak perlu tahulah sebab kalau tak tahu memanglah benda ni tak penting pun untuk korang.

Pagi tadi nak bangun sahur, aku dengan berat hati nak membuat UPT. Dah 7 hari period aku delay. Aku dah tahu yang aku akan kecewa tapi semua ni terpaksa juga orang-orang seperti aku lalui. Tak perlu nak cerita prosesnya...yang penting UPT aku -ve :( Cuma naik 1 line je dan satu lagi line memang tak nampak samar ke apa ke, memang tak nampak langsung. Sedih! Tapi sebab dah biasa dikecewakan macam ni, aku redha je la...Nampaknya keberkatan buat UPT di bulan Muharaam ni tak ada lagi. Baik aku pergi masak sahur lagi baik dari dok pikir pasal ni...huh!

Entah apalah masalah dengan period aku ni. Sebelum jumpa doktor tempoh hari datangnya long & heavy. Lepas jumpa doktor datangnya delay, macam tak nak datang pulak. Seriously aku fade-up nak fikir. Rasanya aku dah cukup dengan perubatan moden ni. Lepas ni rasa nak try perubatan alternatif macam yang JayFarhana try pula. Aku tak rasa aku ni ada masalah kesuburan dah ni, mungkin gangguan lain kot. Tapi suami aku nak ke bagi aku cuba benda2 macam tu?

Ok, malas nak fikir kisah sedih di pagi hari tadi...nak cerita pulak kisah bangun bersahur hari ni. Alkisahnya aku terjaga pukul 4.10 pagi, itupun sebab Afif mengigau. Entah apa mimpinya, dia bangun nangis2 suruh aku cium dia macam aku selalu buat sebelum tidur. Tiap2 malam sebelum tidur memang ada satu aktiviti kami berdua cium2 dan ucap goonight sebelum tidur. Dia ingat dia baru nak tidur & aku terlupa nak cium dia. Nangis2 dia suruh juga aku cium dia macam selalu. Aku cakaplah dengan dia, Afif mimpi apa ni? Tadi nak tidur mama dah cium Afif la! Adehhh....Tengok2 jam dah pagi, teruslah aku pun bangun nak masak sahur.

Semalam kami tinggal berdua saja sebab suami aku ke Kedah. Ada kenduri kawan dia kahwin. Mujurlah tengah2 malam tadi Afif tak mengigau yang bukan2. Kalau dia mengigau, memang aku yang penakut ni tak boleh tidurlah jawabnya! Time aku masak, Afif lak tak boleh tidur dah. Dia pun doklah melepet kat atas sofa sambil tengok Astro Channel 106 citer Tanah Kubur :D Sambil tengok cerita tu, mulut dia tanyalah macam2 pasal cerita tu...kenapa orang mati masa tanam kena sengetkan badan dialah? Kenapa orang baik Allah bagi matilah? Terpaksalah aku menjawab sekadar yang aku tahu. Lepas tu apa je yang Chaneel tu tayang, mulut dia dok ikut. Daripada zikir, doa, surah sampai ke azan dia dok ikut. Bila aku nak solat, dia pun nak solat sama...okeylah! Nasib baik bangun pagi2 mood dia ok, kalau dia ko, mau aku menyinga pagi tu sebab aku pun terkejar2 nak bersahur.

Lepas solat, aku ajak dia tidur balik. Sebelum tidur tu mulut dia pok...pek...pok...pek padahal mata aku dah mengantuk. Lepas tu aku cakap nak telefon abah, muka dia terus berubah. Rupanya dia tak sedar yang abah dia tak ada :D Lepas tu barulah dia tanya abah pergi mana? Kenapa abah tak balik? Lepas habis cakap dengan abah dia, baru dia senyap sikit...teringat kat abah rupanya. Bila dia tanya pasal abah dia, mata dia dah berair dan suara pun macam nak nangis je. Dia tanya kenapa abah nak tidur rumah kawan tak nak tidur kat rumah? Aku saja2 kenakan dia, aku kata abah merajuklah tu sebab Afif selalu gaduh dengan abah. Afif selalu pukul abah kuat2, selalu cakap tengking2 dengan abah. Dia pun terdiam je...kesian anak aku. Tapi Afif ni dengan abah dia memanglah tak hormat langsung. Salah abahnya juga sebab jarang menghabiskan masa dengan anak. So abah, fikirkan cara macamana nak bagi anak awak lebih mesra dan hormatkan awak ya! :p

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...