Iklan

Saturday 1 February 2014

KU TITIPKAN DOA

Alhamdulillah hari ni ada lagi yang telah berangkat ke tanah suci Makkah. 

Beberapa bulan sebelum ni aku pernah titipkan doa pada salah seorang teman yang telah ke tanah suci dan kali ni ku titipkan sekali lagi doa yang sama pada mereka agar mereka dapat mendoakan diriku di sini.

Apa doa aku?

Biasalah sebagai seorang TTCians, apalagi yang kami harapkan? Aku cuma kirimkan 2 perkara buat sepupuku yang pergi mengerjakan umrah hari ini bersama mak long dan pak longku. Aku minta dia sampaikan salam aku buat junjungan besar Nabi dan juga aku minta dia doakan agar aku dan adik aku yang baru berkahwin 2 bulan lepas dikurniakan zuriat. Walaupun adik aku mungkin tak kirimkan doa begitu tapi aku tak mahu dia menerima nasib macam aku yang terpaksa melalui tempoh2 yang mencabar sepanjang belum dikurniakan zuriat. Aku tak nak dia alami tekanan macam yang pernah aku alami. Aku nak dia cepat2 punya anak sendiri sebab selama ini banyak perhatian dan wang ringgit yang dia habiskan untuk anak2 buahnya.

Harapan aku agar sepupu aku tak lupa...itu saja!

Waktu bersalam dengan mak long aku lepas menziarah dia semalam, dia peluk aku sekejap dan cakap pada aku, dia nak doakan aku dapat anak sambil usap2 perut aku. Aku senyum dan aku cakap pada dia terima kasih. Aku tak pasti dia tahu yang aku sedang berTTC tapi bila dia cakap macam tu, aku terharu. Sekurang2nya dah ada seorang lagi yang akan mendoakan aku tapi sekiranya Allah dah tetapkan masih juga belum sampai masanya, aku redha...

No comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...